Pages

Wednesday, November 09, 2011

Majlis Pertunangan Anak Saya



Alhamdulillah ,majlis pertunangan berjalan sungguh lancar dan hampir sempurna . syukur pada Allah swt kerana cuaca baik ,saudara-mara pun hampir semua datang sebelah saya dan suami untuk membantu.

Saya yakin semua tetamu gembira dan puas hati. saya sempat tanya bakal besan macamana dengan makanan hari tu katanya ramai yang bertambah ,alhamdulillah mungkin juga terlalu lapar entahlah.

Di sini saya ingin ucapkan ribuan terima kasih pada semua yg hadir terutama saudara-mara dan sahabat tolan anak2. Rasa meriah sangat dan paling hiba apabila bapa saya dalam keadaan kakinya belum baik kerana terjatuh datang dan masuk duduk antara orang ramai beserta dulang2 hantaran mereka ,saya tak dapat menahan air mata dan curi2 masuk dalam bilik sambil menahan sebak..alhamdulillah tak lama mungkin dalam satu minit saya dah ok.

Gambar2 pertunangan insyaallah saya akan upload dari fb anak tak lama lagi ,sekian semoga dicucuri rahmat semua.
http://lamadanbaru.blogspot.com/2011/09/update.html

Saturday, October 15, 2011

Kehidupan

Bila manusia hidup berpuluh-puluh tahun dengan pengisian kehidupan tiba-tiba datang satu ketika dia merasa kekosongan tanpa memori indah dlam kehidupannya .Memori itu sendiri mesti diisi dengan keindahan kehidupan dan dikongsi dengan orang2 terdekat ,ia dilihat dari sudut keredhoan dan kepuasan melalui kehidupan itu sendiri.

A bit nervous

Salam, tinggal 2 minggu je lagi persiapan hari pertunangan anak dara saya yang sorang tu...saya dah buat yang terdaya walaupun mungkin tidak yang terbaik .Rasanya macam boleh buat lebih baik tapi tak boleh pun.

Minggu lepas saya rasa gementar sanagt sebb banyak benda yang tak settle, seperti tempahan makan untuk 200 orang tetamu , bunga fresh yang saya belum order ,gubahan yang tak siap2 dan benda2 kecil seperti kat mana nak cari daun sireh atau cara dan waktu terbaik nak petik daun2 hijau sepanjang jalan ke ijok tu ....dah pakat dengan ayum katanya waktu subuh ,good idea sebb kalau lepas magharib takut serempak jembalang tanah pulak.

Hari ini dah back to normal again sebb dah confirmkan dengan catering makanan cuma risau juga dia tak mahu duit deposit katanya bayar waktu dah hantar semua makanan dan khemah tu.Hmmm fikir yang baik2 ok walaupun emak saya ajar suruh fikir yang buruk dulu sebagai back up atau sediakan payung sebelum hujan.Kemudian sireh pun dah tahu mana nak dapat ..begitu juga soal rumah yang perlu untuk tempatkan adik -beradik kalau ramai yang datang.

Harap2 semua berjalan dengan baik ...gambar nanti akan di upload kemudian ,insyaalllah..

Wednesday, October 05, 2011

Garisan kehidupan.

Jika kehidupan hanya satu garisan lurus maka dua kehidupan umpama dua garisan lurus samada garisan itu akan bertemu atau tidak terpulang. Tapi aku dan dia seperti dua garisan yang sama2 menegak atau melintang ,seiring tidak akan bertemu dan terus di atas garisan lurus.

Monday, September 19, 2011

Kami serupa...16th Sept-bekas asrama convent taiping.

Seronok dapat jumpa kawan2 lama yang membesar bersama2 di bawah satu bumbung asrama. Lepas berpuluh tahun tak jumpa dan berkumpul dan apabila sampai ke detik pertemuan ini kami saling melihat,teka apa jadi...masing2 lawan ketawa geli hati melihat perubahan ketara kami .Namun ada yang tidak berubah langsung iaitu perangai KAMI!




Thursday, August 18, 2011

Buat apa yang perlu...

Sambungan entry yang terdahulu ....sebenarnya aku masih dengan prinsip mahu melakukan sesuatu tanpa pembaziran ,jadi aku decide untuk gunakan bekas2 kaca di bawah ni untuk gubahan hantaran anak aku tak lama lagi ...aku yakin benda2 ni nanti dapat digunakan untuk isi nasi dan lauk oleh besan aku kelak :)








Rasanya masa berputar begitu pantas , hari ni dah masuk minggu ke dua berpuasa.Masa beredar bermaksud umurku juga bertambah. Badanku tahun ni rasa sedikit lemah dari tahun lepas,mungkin juga kerana ubat batuk dan antibiotik yg aku ambil kerana aku terkena bronchiatic yg mungkin dijangkit dari suamiku. Oleh kerana paru2 ku memang tak eluk jadi aku mudah terjangkit.

Apapun aku bersyukur pada Allah kerana mampu meneruskan puasa dan sembahyang tarawikh yg aku lakukan sendiri di rumah. Rasanya memang aku seperti sendiri mengadap tuhan dan akan terus sendiri mengadapNya ,moga Allah beri aku kekuatan. Alangkah bagusnya kalau aku pergi ketika aku seperti kain putih yang bersih.

Oh ya selain kesibukan ku menyediakan apa2 yang perlu untuk hari pertunangan dan perkahwinan anak perempuan ku ,aku juga rasa lega sangat kerana akan memiliki apartment murah di Puchong. Apartment tu aku niatkan untuk anak2 ku tinggal dari pada menyewa baik beli dan bayar loan bank dan akhirnya boleh jadi harta sendiri. http://www.iproperty.com.my/propertylisting/646331/Puchong_Apartment_ForSale

Aku tahu ,apartment tu tak la besar sangat tapi kalau dibandingkan dengan bilik hotel yang aku dok tidor di KL selama ini ,ia memang jauh lebih besar dan akan jadi lebih selesa Insyaallah ,sebab aku nak buat sedikit ubah suai .Aku harap dengan yg sedikit ini akan memberi erti yg besar untuk anak2ku.Pertama ,kita mesti buat simpanan ,kedua kita mesti buat harta, ketiga kita kena pasti dengan keputusan yang kita buat....





Thursday, July 21, 2011

Persiapan

Kawan aku yang dah ramai menantu cakap kalau sorang dah mula kawin nanti tunggulah yang lain2 akan turut. Aku macam tak boleh terima teori tu dari segi saintifik tapi dari segi lojik boleh lah sebab salah satu menunjukkan kalau sorang dah cukup dewasa untuk kahwin anak2 lain pun mestilah sebaya dan dah cukup umur juga. Mungkin juga benar ada teori berjangkit .Bila sorang dah kahwin yang lain pun teringin nak kahwin.

Cukuplah bab jangkit-mengjangkit tu. Sebenarnya hari ni aku nak ceritapasal anak no 3 aku yang the only perempuan dlm 5 adik beradik dah nak kahwin awal tahun depan...siapa yang terbaca entry ni dan rasa ingin datang memeriahkan hari bersejarah anak ku tu datanglah ,tunggu aku post kan entry jemputan bila tiba masanya.

Sebenarnya dalam merealisasi kan impian anak ku nak masuk gerbang perkahwinan aku mahu yang terbaik sekali gus yang terindah. Konsep ku yang pertama ialah santai dan mesra. Banyak hal yang aku lihat sewaktu hari bahagia pengantin nampak kaku macam patung! Pelamin di gubah begitu indah tapi hanya tatapan untuk ketika beberapa minit ketika makan .

At first i wished the wedding to be in the garden ,the bride n bridegroom can walk freely around the tables of relatives n guests but then i dont like the ideas of lot of 'khemah' in the garden .Cant avoid the khemah because of the weather in Malaysia .Sometimes it shine sparkling hot and sometime it rains heavily.

Satu lagi yang merimaskan aku sewaktu hari perkahwinan apabila aku terpaksa bawa balik beg goodies yang penuh benda manisan.Dah sah menggalakkan kencing manis untuk orang2 berumur macam aku.Telur is ok tapi leceh sikit nak rebus beribu2 biji sewaktu kenduri jadi aku lebih suka bagi cendera hati yang boleh disimpan untuk kenangan.Kalau boleh aku langsung tak mahu ada beg kertas sebb aku tak suka orang banyakkan sampah.

Yang penting aku nak makanan sewaktu khenduri tu sedap sebab tahu2lah orang datang memang dah pasang niat nak makan. Jadi bab makanan aku amat cerewet sikit. Aku mahu semua yang hadir suka dan dapat makan dengan puas,insyaallah.Kalau boleh aku nak dua2 nasi putih pun ada nasi minyak pun ada walaupun buat aku selalu confius nak makan yang mana satu tapi biasanya dua2 aku letak sebelah2 dalam pinggan aku.Pembasuh mulutnya samada cendul atau bubur kacang yg mesti cukup lemak dan manisnya.

Akhir sekali aku dah tak suka pada adat2 tepung tawar dan sebagainya seperti berinai yang melampau tapi entahlah bila dah ada bunga pahar atas pentas tu mesti lah kena bagi pada orang dan pada siapa yg harus di beri bila bunga tu duduk atas pentas mestilah pada mereka yg naik untuk merinjis.

Oh ya ,walaupun aku nak buat ala2 islamik dengar lagu2 spiritual iaitu nashid tapi hari tu bukan aku yg nak kahwinkan jadi lagu2 mungkin dipilih oleh ankku yang suka sentimental love songs.

Bersambung kot,insyaallah.

Saturday, July 16, 2011

Kelab Taat Suami

Tak tahu kenapa hati aku terbakar bila mendengar ayat yg keluar dari mulut somebody tu. Sakit hati bukan kepalang.Rasa tak disayangi satu hal dan rasa tak dihargai yg menyakitkan hati. Tak ada nada kelembutan yang dapat mendamaikan sanubari seorang insan yang akan menemaniku sampai mati. Jadi aku terfikir sejenak jika aku tua nanti ,will my life be a bed of roses? Complain,complain dan terus complain....

Memang aku tak sebagus family kamu kalau memang family kamu bagus sangat tapi kenapa menghina dari mana aku datang. Kalau sekadar bandar tempat tinggal kera dan monyet ,aku dah puas berak kencing di situ dan satu lagi aku cuma tinggal di kampung selama solid 3 -4 tahun saja so apa kena mengena perangai aku dengan kampung jika rumah aku semak ,jika aku tak suka make up ,atau jika aku malas!

Lagi satu aku suka orang kampung berbanding dari pekan so jangan kutuk aku sekarang kalau dari dulu dah tahu aku memang orang kampung!!

Terima seadanya? Ikhlaskah atau terpaksa telan semua rasa ketidak puasan. Sekarang rasa macam satu beban untuk menunjuk yang aku tak kisah semua itu sedangkan aku kisah dan aku terguris dengan sifat tidak pernah puas kamu.Bila kamu menghurmati seseorang ,orang itu akan menghurmati kamu semula dengan tak payah kamu harap atau minta, itulah keikhlasan namanya.

Mungkin sudah masanya antara kita mengadap wajah ke khiblat ,menjernihkan hati cuba memenuhi kekosongan yg menjarakkan hati kita atau terus biarkan apa yg menjadi jurang perbezaan ini sebagai satu cabaran kehidupan untuk bersabar.

Nota~ 4 hari aku mogok !

Saturday, July 02, 2011

Susah mahu membenci...



Sudah lama aku meminati lagu2 nashid dari kumpulan Indonesia ni .Baru2 ini bila rindukan lagu2 untuk santapan rohaniku aku akan kembali ke u tube mencari lagu2 nasyid dan aku dapati lagu ini sudah diberi nafas baru....any comments?

Biar aku simpan pendapatku dalam diriku sendiri .

Thursday, June 30, 2011

Merisik Khabar

Aku pernah terfikir dulu ,apa akan berlaku jika ditakdirkan aku bertemu semula wajah2 yang ingin aku temui. Mungkin selepas 5 tahun ,10 tahun 15 tahun . Dan sungguh aku pernah tulis dulu apa yang terdetik dalm hatiku seperti doa yang tersembunyi dan aku telah temui bekas teman ku melalui face book semalam .Kali akhir dia datang temui aku bila anak ku yang nombor 2 tu lahir dan aku masih ingat lagi perkataan punk yang terpantul dari mulutnya bila melihat rambut anakku yang terpacak tu.

Waktu itu dia masih bujang dan aku sudah beranak dua. Kedatangannya kerumah ku sebagai seorang jiran dan sahabat dan sesungguhnya hati kami bersih terasa keikhlasannya menemui untuk mengucapkan tahniah pada ku..tak lama kemudian dia pula berkahwin dengan wanita pilihannya..kalau tak salah, aku dah berhenti kerja waktu itu dan mengikuti suami ku ke Johor..namun aku sempat titipkan sejadah bewarna merah...suatu yang aku tidak sedari ialah aku sedang sakit ketika itu dan berat badan ku menurun secara mendadak dan aku selalu batuk dan berkahak!

Aku pernah berpeluang berjumpanya dengan isterinya bila ada kenduri di kampung, cuma ketika dia datang mahu berbual dengan ku ,seperti biasa tekak ku berkahak dan aku terpaksa bangun untuk meludah ..aku harap dia tidak anggap aku sengaja memalukan dia.Waktu itu aku duduk berdepan dengan isterinya ,sungguh kalau aku sudah lama kenal tentu aku sudah menegurnya tapi kami belum kenal dan aku tentu rasa kekuk sebab satu kampung sedang memerhatikan gelagat ku. Bagi ku isterinya mempunyai semua kulaiti yg seorang perempuan mahu .

Dan seterusnya berita demi berita aku dengar seperti dia pernah accident, dia naik haji ,dia dapat cahaya mata~ senua itu buat aku tumpang gembira. Bila bapanya meninggal dunia ,familinya berpindah pulang ke kampung asal mereka..dan sejak hari itu aku tidak lagi mendengar beritanya ,namun aku yakin satu hari nanti kami akan bertemu jika bukan kerana kenduri mungkin kerana kematian .

Akhirnya apa yang berlaku pada hari kenduri anak abang ku di sepang tempohari ,aku berpeluang berjumpa adiknya dan dari situ kami bertukar alamat face book dan dari situ terpampang nama abangnya dan aku akhirnya dapat melihat gambar2 keluarga nya,,, lagi sekali aku tumpang gembira ~

Kalau orang lain bertanya kan aku tentang perasaan bertemu semula bekas teman lama aku akan jawab tiada ada perasaan istimewa cuma hanya ada perasaan yang kami pernah kenal dan pernah berkawan sama seperti dengan kawan2 ku semasa akau belajar dahulu cuma lucunya dulu pernah terfikir yang aku akan jadi isterinya ~senyum*~ inilah yang dikatakan jodoh tak sampai!

Wednesday, June 22, 2011

Kematian bah 2

Walaupun aku pada zahirnya nampak kejam kerana meninggalkan jenazah tapi hati aku tenang. Aku tahu jenazah apak akan ditemani ramai sanak saudara dan cucu2nya. Apatah lagi esuk adalah hari Jumaat. Sudah tentu masjid akan dilempahi ramai orang yang bersholat Jumaat.

Bila pulang ,suamiku menceritakan suasana sebenar. Bagaimana jenazah apak diuruskan oleh orang-orang yang biasa memandikan jenazah. Ia dimandikan dengan tertib hampir 2 jam ditolong oleh anak dan cucu.Sesudah selesai mandi jenazah tidak terus disembahyangkan dan di kebumikan seperti yang disuruh oleh pak su tetapi menunggu habis sholat jumaat baru di sembahyangkan.Dari sinilah perasaan tidak puas hati pak su lalu dijaja bahawa jenazah tidak dimandikan dengan sempurna dan lambat ditanam bermakna jenazah tersiksa.Katanya dia belajar dan apa orang lain tidak?

Dua minggu kemudian bila suami berjumpa dengan pak su masih mengungkit cerita tersebut ...sebenarnya setelah kami berbincang adik beradik kami yakin bahawa pak su terlalu iri hati kerana keluarga suami langsung tidak memerlukan pertolongannya dalam menguruskan jenazah. Dari apak(iaitu abngnya) sakit masuk hospital dia sudah salahkan anak2 apak kononnya menyiksa orang tua.

Tapi yang pelik apabila di beri tahu kematian apak pada malam tersebut dia tidak datang terus walaupun rumahnya bukan jauh.Kalau dia belajar tentu dia tahu kan?

Dan mak cik pun satu lagi sedang berkabung selama 4 bulan,bila aku tunjuk muka hairan
katanya ada dalam quran, ustazah pun cakap macam tu...aiit macam dalam edah pulak kataku..tapi lantaklah..penasihat nya ramai. Semua mengaku belajar.

Apapun aku teramat yakin apak mati dalam imam dah oh ya aku mimpikan apak ,dia kelihatan sihat walafiat,berbaju walaupun tak berkata sepatah apapun aku tahu apak mahu memberitahu ku yang dia selamat ,amiin,amiin.