Pages

Sunday, October 01, 2006

Pasar Ramadhan

Hari ini masuk seminggu umat islam berpuasa di bulan Ramdhan iaitu satu bulan yang sangat istemewa dalam kalendar islam.Bulan dimana manusia mengerjakan ibadat atau rukun islam yang ketiga.Apa yang menarik perhatian semua penghuni Malaysia ini ialah bukan saja keistemewaan bulan tersebut tetapi sambutan terhadap bulan tersebut.....
Awal-awal lagi khemah2 pasar ramadhan didirikan sepanjang jalan yang telah di khususkan oleh peniaga2 yang menempah lot2 yang disediakan oleh majlis perbandaran sesebuah daerah.
Kebanyakan jualannya tertumpu pada pakaian dan aksessori .Ada juga yang menjual barang2 untuk hiasan rumah.
Yang menarik hati saya sebagai rakyat malaysia ialah juadah2 berbuka puasa yang beranika rupa dan rasa.Maklumlah orang2 Melayu khususnya memang pandai memasak dan suka makan.Tak hairan lah dikalangan kita terdapat ramai yang berat badannya melebihi kadar yang sesuai.
Apa yang harus kita ingat disini,bukan semua masakan kuih-muih atau lauk-pauk yang dijual mereka itu sedap,sebab kebanyakan mereka memikirkan keuntungan mereka daripada tekak pelanggan mereka.Oleh itu beralah kadarlah ketika membeli...sekian selamt menjamu selera.

No comments: