Pages

Monday, October 30, 2006

Kongsi Cerita

ragam manusia
Salam again.
It has been more than a week we celebrated Hari Raya Aidul Fitri.I just came back from my village somewhere in north and now back to south again.My husband took a week off and we had to devide it into two. First half we spent in Taiping that is his hometown and the other half in my hometown.JUst imagine how short the time was after minus two /three days on the roads.

Anyway as usual we were damn happy and satisfied with our short holidays .Being together with our family is the happiest moment we had especially during this festive.

Macam biasa adik-beradik akan pulang ke kampung dan berkumpul di rumah orang tuanya dan waktu itulah banyak cerita yang hendak dikongsi bersama bayangkan lah setahun tak jumpa!!!Dalam keluargaku yang sembilan orang ini semuanya sudah berumah tangga dan dah beranak-pinak....Pelik betul dulu waktu kecil2 kami cuma tenguk perangai luaran saja,kalau abang long dulunya penyayang jarang marah adik2nya.Bila dia dapat gaji dia akan belikan kami permainan begitu juga untuk ibu. Manakala abang angah garang suka pukul kami kalau kami nakal dan tak dengar cakapnya.Abang anjang pulak dengan kasut sukannya saja.

Sekarang semuanya telah berubah...some of us are lucky with our lives but some are not.Macam abang long dia tak lagi macam dulu..pergerakannya macam terikat.Kerja kuat macamana pun nampak susah.Baru2 ni pulang beraya dia kelihatan 'melanus'.Pipinya kelihatan 'cempung' ,rambutnya panjang tak terurus ,giginya banyak yang 'rongak' malahan dia kelihatan lebih tua dari bapa kami!!.Kalau dia pulang beraya dengan familinya dia dah jarang tidur di kampung mungkin kerana Ipoh dan Kuala Kurau tak jauh sangat tapi apa salah nya bermalam untuk menambah kemesraan keluarga.Kalau ada orang kondem abang long belakang2 akulah orang pertama akan defend dia dengan alasan dia adalah mangsa keadaan...(aku masih ingat zaman kanak2 waktu abg long belum kahwin)

Abang angah yang dulunya 'garang nak mampus' sekarang dah jadi 'cikgu besar' di salah satu sekolah di Parit Buntar.Anak ada lima orang semuanya hero....Yang aku hairan ialah dengan anak2nya dia tak pernah pukulpun semasa mengajar tak macam kami, adik2nya yang selalu kena bantai bila tak paham.Macamanapun abang ngah cuma ada 2 tahun lagi nak pencen dan anak sulungnya baru berumur 18 tahun.

Tahun ni Abang Anjang yang tinggal di Sepang tak pulang kampung dengar cerita dia 'renovate' rumah lagi.

Syukur,adik saya yang pertama...sekarang dah bergelar 'business man' dulu kerja polis atau 'mata-mata'.Satu yang masih sama dengan nya ialah mulutnya yang 'becuk' suka bercakap tu!No wonder he can be a successful businessman.Ada satu perubahan yang ketara tentang dirinya sejak bergelar juragan ni ialah dia dah semakin alpa melakukan sholat malahan kebelakangan ini saya tak pernah nampak lagi dia sholat.Bab2 lain especially layanan terhadap saudara tetap macam dulu.

Ain, adik saya yang kedua juga kerja mata-mata bahagian trafik juga tidak ketinggalan hebatnya apabila memberi pendapat atau komen pada perkara2 yang tidak sebulu dengannya.Dulu masa kecik dia cuma komen bila dapat makanan sikit dari orang lain sedangkan mak dah bahagi sama rata.Yang ni pun satu nampak pelik depan isteri takut nak berbelanja tapi kat belakang lain pulak.Jadi kalau nak suruh dia belanja tunggu kalau isterinya tak ikut tapi peluang macam ni memang sussah nak dapat!!

Ini pula kisah Dolah, adik lelaki saya yg ketiga.Dulu masa kecil kami panggil dia adik sebab mak ingat dah tak ada adik lagi tapi setelah umurnya hampir sepuluh tahun emak termengandung lagi!!Masa ni lah dia jadi rebellious sebab emak tak pay attention kat dia...masa zaman persekolahan dulu dia amat pemalu...mana taknya zaman kanak2 kami tak pernah dapat pujianpun...cara bapa tunjukkan kasih sayang memang pelik ... dia akan kutuk kami kemudian gelak terkekek-kekek ..siapa yang kena kutuk waktu tu sengsaralah sebab ditertawakan oleh adik beradik yang lain. Sekarang Dolah dah berubah dari seorang yang pemalu dah jadi ulat bulu...Tiba2 saja dia dah cari madu untuk isterinya.Tahun lepas masa honey moon dengan isteri muda masih nampak seri kat muka dia tapi tahun ni dahinya dah mula sulah kiri kanan.Yang lucunya dia siap nasihatkan abang2nya jangan kahwin dua!!

Dalam keluargaku ada dua lagi perempuan selain aku..iaitu kakak dan adik bongsu ku......i will write about them in some other time.

Dalam kemeriahan hari raya sebenarnya ada juga makhluk yang bersedih....mungkin di luar sana anak2 yang tidak beribu dan berbapa berasa sedih dan sayu begitu juga isteri/suami yang kematian pasangan mereka.Macam kawan ku Saftuyah.. dalam sms nya mengadu rasa sepi dan sedih atas kehilangan suaminya.Aku cuma tumpang simpati...mudahan roh almarhum suaminya sentiasa dicucuri rahmat....dan mudahan dia akan bertemunya di syurga atas kesabarannya memelihara dua orang anak2nya tanpa bapa mereka di sisi.Untuk adik ipar aku Ati, bersabarlah...anggaplah apa saja di dunia ini bukan milik kita..semua dipinjamkan oleh Allah dan padaNya lah kamu mengadu....

Sekian jumpa lagi....

Friday, October 20, 2006

Jatuh Cinta

ragam manusia
Salam again.

I am desperately wanted to write about this topic for so long ever since b4 i started this blog.Since the story is a long long time ago so it takes me quite sumtimes to do.

love for my own defination is a feeling of happiness inside u when u involve with the person that u like,fond or interested in.How to know that u re in love....U only know it when u feel the opposite way when the person is not around u...u feel unhappy.

Di sini secara umum nya saya tak dapat memberi definasi cinta dengan tepat...terdapat juga definasi cinta sebagai cahya yang keluar dari jantung ,semangat dan lain2 tapi biar lah bagi saya cukup dengan perasaan bahagia dalam hati sebagai definasi cinta saya.

Cinta yang paling gembira ialah cinta monyet/puppy love.Cinta yang tidak matang biasanya membawa banyak cerita atau kenangan2 lucu...kalau saya nak kumpulkan dari kawan2 lama mungkin sampai esok pun belum tentu habis menaip jadi saya pendekkan dengan cerita saya sahaja.

Orang kata budak perempuan cepat dewasa dari budak laki2 jadi saya akui yang saya mula meminati budak laki2 sejak hingusan lagi iaitu dalam darjah satu...Sampai sekarang saya masih ingat budak tu nama Amir...Yang peliknya saya boleh ingat nama dan rupa nya tapi saya tak boleh ingat KENAPA saya suka dia??konklusi saya hari ini (a) mungkin sebab dia budak laki2 (adik-beradik saya banyak laki2),(b)kerana saya macam tom-boy dan dia saja yang berani berkawan dengan saya.(jadi rapatlah).Bila saya ikut bapa berpindah pulang ke kampung,saya sangat2 rindukan dia
pada waktu itu.

Tak lama kemudian saya mula suka pada budak kampung pulak.Tak tau kenapa.Waktu tu jangan terkejut saya baru darjah tiga,mugkin belum ada kawa baru agaknya dan saya memang terbiasa dengan kaum laki2 saja.Hari berlalu sebab di kampung banyak budak perempuan yang sama spesis lasak macam saya ...saya dah tak kisah dengan siapa saya suka.

Lama juga saya tak punya perasaan suka/cinta pada kaum laki2 ni, tapi yang suka kat saya banyak.. sebab sibuk dok main guli saya ignore aje....

Adalah sorang budak laki2 ni bukan nya orang lain pun tapi dua pupu ngan saya.Berkawan pulak dengan abang saya dan abang pupu saya..dia ni ala2 romeo dan jadi kegilaan budak2 perempuan di kampung saya.suami pernah mentioned once dia macam actor Noordin Ahmad.

Pernah usha saya dan bawa saya tenguk wayang macam gf dia.Masa tu saya darjah enam dan happy sngat dapat buat perempuan lain jelous..lawak je.Sebenarnya saya benci dengan cara dia asyik bercerita perempuan so n so tergila2 kat dia.Satu lagi bila dia buat2 jatuhkan diari kecilnya kemudian nampakkan gambar2 prempuan bogel yang tutup anunya ngan bunga ros.eeeeeeeee.Waktu ni aku dah hampir dewasa agaknya...tak suka orang secara membabi buta.

Lepas tu saya dapat masuk asrama maka dengan rasminya saya DUMP dia.

Masa di asrama lagilah semua kawan saya perempuan sebab sekolahpun tak bercampur dengan laki2.Alhamdulillahlah , Kalau tidak habis budak2 laki saya yang mengorat.

Masa berlalu..banyak teman2 asrama waktu tu dah ada kekasih,cuma saya yang belum dan tak terfikir pun.sebenarnya saya dah gembira dengan kehidupan saya
waktu itu.

Akhirnya saya jatuh cinta juga di usia saya baru mencecah14 !
The above feelings which i mentioned earlier kept crowling up into me.Itulah cinta pertama...my puppy love.

When u fell in love semua cantik...semua u suka....cara dia berjalan walaupun kenkang,cara dia bercakap walaupun gagap(tengah exagerating),cara dia berpakaian walaupun seluarnya terlondeh sikit....its love,purely love.

Dia sekampung dengan saya.Rumah nya agak belakang dan terlindung sedikit jadi tiap kali kalau dia nak tenguk saya dia kena datang rumah kawannya yang terletak betul2 di belakang rumah saya.Mula2 dia akan tinggikan suaranya panggil nama kawan tu,tapi saya tahu dia nak attract attention saya...macam kucing dan saya punya respons...tentulah tak leh keluar terkam dia...malulah saya.my respons cuma satu ...happy n hilang rasa rindu..kalau nasib baik dapat surat cinta post by hand.

Dalam waktu bercinta kami cuma dating dua kali.Every year cuma dapat jumpa bila hari raya sempena kunjung mengunjung orang2 tua di kampung..itu pun sesudah satu kampung tahu hubungan ku dengan dia malunya nak berkunjung ke rumahnya.Bila bercinta perasaan cemburu tu tiba2 saja datang kalau ada perempuan2 cantik yang datang kunjung kerumahnya tapi dia pandai buat jokes kononnya nak mengusik.

Peristiwa yang tak boleh lupa bila saya terpaksa berbohong ngan ibu kata nak pergi rumah Idah kawan saya yang tinggal di Bagan Serai tapi sebenarnya nak dating tenguk wayang dengan dia...takutnya bukan kepalang..even my friend Idah pun tak tahu cerita ni hingga sekarang.Di kampung banyak spy manakala bapa waktu itu memang garang.Kakak dah ada pengalaman kena tempeleng depan saya sebab pergi rumah orang kenduri di mana bf nya pun ada di situ.

Mungkin saya anak perempuan kedua dan belajar di luar kampung iaitu bandar jadi kuranglah sedikit gosipnya.Namun saya selalu berhati2.

Pertama kali dating dalam usia 15tahun tentu lah berdebar-debar.Sampai di Bagan Serai kami kena main hide and seek or macam police and thief.Banyak spy bapa di situ kalau kantoi habislah kami...terutama sekali akulah..sebab aku anak dara sunti below age.Dia belanja tenguk Chinese Movie.Nice movie i should say sampai sekarang saya masih ingat cerita tu tapi tajuknya dalam Mandarin susah lah nak ingat.

That was my 1st Chinese movie,my 1st true dating my first lie and my 1st k***.I was taken by surprise actually.In hostell i seldom or never read love story books not like some of my friends are craving for the stuffs but i made it and i did it.

Time passed by he got a job in KL and still sent me letters.We only met during raya when he came back.When he told me not to lie to my parents when asking permission for the 2nd date. I did and in return got a scold and nasty words in exchange for that.i was still 15 then.Then after a while i coughed out blood...u know why...the one that i dumped couldn't take the blow that i was with someone else from the same kampung.He told my brother he was happy i found the right man but he lied.He wanted me to die,i guess.

Ada satu ketika hati saya tawar tanpa sebab...saya tak balas surat2 nya hinggakan dia tanya kenapa...saya masih ingat bila Caba mentioned kalau orang laki2 yang bekerja di KL masih terus berhubungan dengan kita tandanya dia tak flirt..Manalah saya tahu apa yang ada di KL waktu tu tapi saya terima komen kawan saya dengan hati terbuka dan meneruskan hubungan kami dengan memberi alasan palsu agar dia tak berkecil hati.

Bila umur meningkat 17...datang pula seorang laki2 lain hendak mengenali saya.Saya terima dia sebagai kawan dengan berterus terang yang saya sudah ada kekasih.Dia budak Taiping dan sedang bercuti semester.Masa terus berlalu dan berlalu dan saya tersepit antara kekasih dan kawan...kedua2nya sama baik.

Satu tamparan hebat bagi bapa saya bila adik kekasih saya yang 2 tahun lebih muda sudah bertunang sedangkan saya dah berkawan dengannya sejak umur 14 tahun tidak ada sesiapa dari keluarganya yang merisik atau bertanya.Saya terdesak tambah2 lagi ada orang lain yang ingin masuk meminang,sudah berkali2 saya tahan tapi dia tak mahu mengalah.Dua kali saya pergi bertemu kekasih saya tapi perkataan jadi berat,words were not easy to say hingga dia yang terpaksa ungkapkan dulu...dia dah dengar khabar2 angin yang ada orang hendak melamar saya tapi dia tak bersedia lagi..mana tidaknya dia masih belajar luar kampus lagi manakala gaji seorang kerani manalah cukup untuk membina satu keluarga.Saya pasrah kerana selama ini mimpikan dia yang akan masuk melamar saya dahulu.

Saya sumbatkan dalam kepala saya dia tak bersungguh2 mencintai saya tetapi orang lain yang lebih menyayangi saya. Dia tak datang pada hari perkahwinan saya tapi menghadiahkan sesuatu melalui adiknya..Lepas berkahwin saya pergi bertemunya sekali lagi sahaja sekadar nak buat penutup pada kata2nya yang saya mungkin tak akan datang berjumpa nya lagi.Saya bawa dia gambar perkahwinan saya atas permintaannya dulu.Bodohnya perbuatan saya...tak sangka air matanya bergenang di kelopak matanya ....kami berpisah tanpa ada ucapan apa2 cuma saya yang terasa sedikit sayu kerana tersalah menilai dia...

Sekarang dia pun dah happily married dah ada anak dah gemuk pun dan dah pergi haji dengan isterinya...apa lagi saya nak sedih...that are friends for b happy for them.

sekian jumpa lagi.

Tuesday, October 17, 2006

Hati seorang ibu



Salam again.Dua hari berturut2 saya asyik membaca satu laman web yang sangat menarik hati saya. Minat ini lebih banyak di tarik oleh naluri keibuan bukan sebab semata2 minat untuk membaca.Penulis nya seorang laki2 yang sedang menuntut di Melbourne Australia dan berusia 22 tahun.

SEbagai seorang ibu banyak yang merisaukan hatinya..apatah lagi budak ini telah memenuhi sedikit dari ruang masa anak perempuannya..kalau boleh dikatakan begitu.Tapi lebih merisaukan ibunya bukan sahaja takut pelajaran anaknya tertanggu malahan lebih kpd perasaan luka kalau dikecewakan oleh manusia yg dipanggil laki2.

Siapa yang tak mahu merasai perasaan cinta..tambahan di usia yang sedang memekar ini.Apa yang menakutkan saya dan kaum ibu yang lain di zaman ini ialah daya intelek mereka,keterbukaan minda berinteraksi,budaya campur,saingan yang rapat,kekurangan benteng penahanan nafsu dan sifat 'explorasi' mereka.

Namun apapun ada pada diri mereka, saya rasa pada dasarnya jiwa mereka tidak sekebal manapun.
Atas sebab2 inilah saya habiskan masa berjam2 membaca blog budak ini yang di panggil If,kisahnya yang ditulis di dalam blog adalah panduan untuk saya mengenalinya lebih dekat.Dia yang akan dan telahpun merangkupi ruang rasa kasih anak perempuan saya.Persoalannya apakah anak saya sesuai untuk dirinya?...apakah hubungan ini akan berjaya tanpa halangan dan dugaan.?..Apakah akan selari jua kejayaan anak saya n dia dlam pelajaran mereka nanti.?

SEtelah membaca blognya banyak peribadi2 istemewa dalam dirinya yang saya nampak dan tidak terdapat dlm diri anak saya...maksudnya dia terlalu hebat untuk anak saya...di sini saya hanya berperanan menasihati anak saya sebagai seorang ibu...Dia kena berubah demi cinta...dia harus meminati apa yang teman lelakinya minat walau tidak sepenuh minat tetapi mesti berminat . Contohnya soal politik.DIa kena ada daya toleransi yang tinggi,membuang rasa curiga dan mengawal rasa cemburu kerana budak itu banyak teman.itulah peraturannya jika mahu berterusan...dan akhir sekali sebagai seorang ibu apa lagi yang harus saya katakan....cuma memanjatkan doa pada Illahi semoga selamat kedua2nya di dunia dan akhirat.Dan saya juga ingin mereka berjaya mencapai matlamat hidup mereka. sekian jumpa lagi.

Saturday, October 14, 2006

Berpada2 bila berpakaian

Salam sekali lagi,hari ini saya ingin sangat bercakap soal tabarruj yang pertama kali saya dengar melalui kaset oleh seorang Ustaz yang nama nya sudah saya lupa.Saya terkejut apabila dia menghukumkan pakaian cantik2 yang kita pakai waktu keluar akan jadi haram.Dia ada menyebut tentang tabarruj.Semasa saya di KL tidak lama dulu saya terjumpa buku kecil ini yang mempersoalkan tentang tabarruj.Penulisnya adalah seorang wanita dari Mesir yang satu ketika dulu pernah mengalami kesakitan yang teruk di muka sesudah mencabut gigi gerahamnya.Dalam bukunya dia menulis bagaimana keinsafannya timbul di dalam kesengsaraan dia melawan sakit dan kemudian sembuh tanpa dokter sendiri mengetahui apa punca penyakitnya.Di bawah saya paparkan sedikit cedukan dari buku tersebut,mudah2an kita semua mendapat hidayat.-NAHA

Catatan ringkas buku Pamer Aurat.Tulisan :Ibu Hajah Ni'mat Shidqy (muslimah Mesir)
AT TABARRUJ.
dEFINASI secara etimologis,tabarruj adalah penampakan diri(dzahir)iaitu bersolek atau berhias mencantikkan diri yang dilakukan oleh kaum wanita dan mempamerkan keelokan wajah serta keindahan postur tubuh sehingga menimbulkan daya tarik lawan jenis dan fitnah bagi keduanya.
Secara terminologis ajaran Islam,tabarruj adalah penampakan perhiasan,aurat dan keindahan tubuh selain kepada suaminya.
BERTABARRUJ ADALAH HARAM!!
Allah swt dalam firmanNYA yang berbunyi;
-"Katakanlah kepada wanita2 beriman,hendaklah mereka menahan pandangannya,memelihara kemaluannya dan JANGANLAH MEREKA MENAMPAKKAN PERHIASANNYA,KECUALI YANG (BIASA)TAMPAK DRPADANYA.Dan hendaklah mereka menutupkan kain kearudung ke dadanya,serta janganlah menampakkan perhiasan kecuali kepada suami mereka,atau ayah mereka,atau ayah suami mereka,atau saudara2 laki2 mereka,atau putera2 saudara lelaki mereka,atau putera2 saudara perempuan mereka atau wanita2 Islam,atau budak2 yang mereka miliki,atau pelayan2 lelaki yang tidak mempunyai keinginan(terhadap wanita)atau anak2 yang belum mengerti tentang aurat wanita.Dan janganlah mereka menghentakkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yg mereka sembunyikan.Dan bertaubatlah kalian kepada Allah,hai orang2 yang briman, supaya kalian beruntung." -surah an Nuur 31
-Tabbaruj juga terjadi dalam ucapan dan perkataan yang mengalun lembut,manja dan lunak.Dalam firman Allah swt yg bermaksud;
-"Maka janganlah kalian melembutkan/menundukkan dalam berbicara sehingga berkeinginan orang2 yg terdapat penyakit dalam hatinya dan ucaplah perkataan yang baik"( al Ahzaab 32)
-Tabarruj juga terjadi dalam pemakaian perfum oleh para wanita ketika keluar dari rumah.-Sabda Rasullullah saw,"Apabila seorang wanita keluar(dari rumah nya)dengan menggunakan wangi2an,maka dia adalah seorang penzina"
-Dalam buku kecil Ibu Hajah Ni'mat Sidqy juga turut menyebut tentang bahayanya lirikan mata.Agar laki2 maupun wanita mejaga pandangan mata kerana Rasullullah pernah bersabda "Mata itu berzina dan zinanya adalah pandangan"
-Sabdanya lagi,"Tiga jenis mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka:mata yang menahan dari hal2 yang diharamkan Allah;mata yang selalu terjaga kerana fisabilillah;dan mata yang selalu menangis kerana takut kpd Allah."
PERINGATAN:
--Banyak wanita yang bersuami telah terpedaya oleh setan.Mereka dengan mudah bertabarruj dengan alasan masih terlalu muda.Seakan2 kerudung(jilbab) disyariatkan hanya untuk ketika waktu tua untuk menutup uban yang mula tumbuh.Padahal sebaliknya;yakni menutup keindahan tubuh dan perhiasan yang dikenakan pada diri mereka.
-Firman Allah swt;"Dan wanita2 tua yang telah berhenti (dari haid dan mengandung), yang tiada ingin nikah(nafsu) lagi,tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian mereka dengan tidak (bermaksud)menampakkan perhiasan.Dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka.Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (an Nuur 60)
-Maksud ayat ini apabila wanita sudah lanjut usia tidak dosa dia membuka kerudung kepala selama tidak bermaksud menampakkan perhiasannya.Sebab rambutnya yang beruban,wajahnya yang sudah menua dan kulit yang sudah keriput itu,tidak akan menggetarkan hati orang yang memandangnya.Lain halnya dengan gadis remaja,apalagi yang berwajah cantik,tentu banyak mengundang fitnah.
-Dan bagi wanita2 tua yang masih terus mempercantikkan diri dan menutupi cacat mukanya yang dimakan usia dengan kosmetik dan mengecat rambutnya agar orang yang melihatnya menyangka dia masih muda,tidak dapat digolongkan dalam wanita yang lanjut usia sebagaimana ayat di atas.Sebab dirinya masih menjadi sumber kenikmatan setiap mata yang memandang dan sumber fitnah kaum laki2.
Saya juga tertarik dengan syair yang dipaparkan dalam buku beliau.Untuk pengetahuan umum syair ini juga pernah di cetak dalam buku'BELENGU NAFSU' tulisan Ibnul Jauzi.
-Bait2 syair adalah seperti berikut;
Setiap peristiwa,awal mulanya adalah pandangan,dan kobaran api, berasalkan dari percikan api(kejelekan).Seringkali pandangan menikam hati pelakunyalaksana tikaman anak panah,meluncur tanpa busurtanpa senarDalam pandangan mata bahaya itu bersarangapa yang mengembirakan matanya membawa bahaya bagi jiwanyaTiada sambutan kegembiraan yang datang tawarkan bencana.
Selain menyeru kita kaum wanita bertaubat penulis juga mengajak kita menjadi "USWAH HASANAH" yang bermakna suri teladan yang baik dengan mengingat2kan kita dengan beberapa keratan ayat quran.

Jadi untuk mengelak diri kita dari tersasar mencari pahala pada bulan yang mulia ini berpada2lah kita menghias diri.Sebab kita sedia maklum kalau di rumah memang kita malas hendak menghias diri untuk suami tetapi apabila kita keluar waktu itulah kita akan tukar baju kita yang dah berbau dan hampir lusssuh tu.

Manusia vs kuching

ragam manusia:
Hari ini telah masuk hari ke duapuluh umat Islam berpuasa.Dah sampai penghujung suku ketiga dan nak masuk suku akhir.Ada orang mula sibuk bercuti khusus nak bakar biskut dan kek,anak2 yang belajar di institut tinggi pun ada yang mula bercuti dan ada juga yang tengah sibuk dengan peperiksaan semester.
Walau apa suasana pun,kita harus bersyukur dapat menikmati kehidupan ini.Yang sebaik2 kehidupan ialah besederhana.Dalam kita keletihan dan sibuk beribadat kadang2 kita terlupa untuk memberi perhatian pada makhluk Allah yang lain iaitu binatang peliharaan kita.Adakah kuching kita hari ini mendapat makanan yang secukupnya atau dia juga terpaksa berpuasa seperti kita.Harus kita ingat menzalimi binatang sangat dilarang oleh agama.
Di negara barat sudah terdapat undang2 yang melindungi binatang-binatang peliharan mereka tidak termasuk binatang2 liar yang hampir pupus.Mereka mempunyai skuad mereka sendiri yang akan menangkap tuan2 punya binatang dan akan menghadapkan mereka ke mahkamah jika didapati bersalah.Penganiayaan terhadap binatang termasuklah tidak memberi makanan,tempat tinggal yg sempurna ,rawatan dan kasih sayang kepada binatang2 peliharaan mereka.Sepatutnya negara2 Islamlah yang menerajui hal2 ehsan binatang ini terlebih dahulu kerana ia dituntut oleh agama suci kita.
Sebenar nya saya menyedarkan diri saya juga dalam hal ini kerana sejak bulan puasa saya jarang ke pasar membeli ikan untuk kuching saya.Saya cuba gantikannya dengan nasi yang digaul dengan ikan sardin tapi tidak digemari olehnya.Mungkin kerana kurang makan dia agak kurus dan sekali-sekala datang pada saya seakan2 minta dikasihani.Atas dasar simpati saya korbankan sedikit duit saya dengan membeli makanan kucing dalam bentuk paket yang saya tahu menjadi kegemarannya...sekarang dia dah tak ganggu saya lagi.
Ada peristiwa yang menyentuh hati saya hari ini.Antara manusia dan kuching yang mencari makanan dalam tong sampah.Ia berlaku di stesyen bas KLuang ketika saya menunggu anak pulang dari Melaka.Saya berhentikan kereta saya hampir pada sebuah tong sampah yang besar kerana ada tempat kosong.Disitu memang tempat kuching berkeliaran tapi waktu itu saya hanya nampak dua ekor.Niat hati nak cari seekor lagi untuk kawankan dengan kuching dirumah.Saya tak dapat tangkap kuching yang saya minat sebab dia lari masuk kedalam longkang yg tertutup.Kecewa,lalu saya masuk semula ke dalam kereta.Waktu itu saya melihat seorang laki2 yg berbadan tegap,ber t-shirt putih dan seluar hitam dan memakai selipar menghampiri tong sampah tersebut.Saya tak memperdulikan sangat apa yang dia buat atau cari sehinggalah saya ternampak dia memakan sisa2 daging ayam yang ada dalam bekas polistrin putih yang telah di buang orang.Seketika tekak saya rasa loya.Kemudian lahir rasa simpati.Dia makan dengan lahap seolah2 benda itu sangatlazat untuk dia.Inilah yang dikatakan manusia yang hilang akal.Kerna akal lah yang membezakan kita dari binatang.Dan walau pun akal sudah hilang nafsu makannya masih ada dan Allah bagi dia rezki dengan cara mudah yang dapat difikirnya.Disinilah saya melihat manusia dan kuching sama mertabat bila kedua2 mencari rezki di tempat buang sampah.

Tuesday, October 10, 2006

TIPAH TERTIPU

Dalam dunia yang serba kompleks ini banyak perkara2 canggih yang berlaku.Dunia sekarang manusia bertungkus lumus mencari duit untuk hidup senang.JIka boleh kita tidak mahu ketinggalan dalam arus pembangunan dan kemodenan penggunaan teknologi tinggi yang canggih.Lihat saja penggunaan talipon bimbit masa kini. Ia bukan saja di gunakan oleh orang dewasa malahan digilai oleh kanak2 yang baru hendak melangkau alam remaja.Kalau dahulu talipon hanya sekadar memanggil dan menerima panggilan,sekarang tidak lagi.Ia boleh digunakan untuk mengambil gambar dan muat turun data2 yang lain ke internet.
Sementara orang2 pandai mencipta rekaan ini telah mendapat keuntungan yang besar dengan daya kreatif mereka dan telah kaya-raya.Yang pandai tapi kurang daya kreatif pula akan meniru setiap model2 yang telah mendapat nama di pasaran.orang2 ini kadang2 mengaut keuntungan yang lebih kerana tidak perlu mengeluarkan modal untuk patent right .SEbagai pembeli pula kita kadang2 terpengaruh membeli yang tiruan kerana harganya murah walaupun kualitinya tak seberapa,janji boleh pakai.


Dalam dunia perniagaan yang sedang rancak inilah timbul bermacam2 jenis business baru.Kadang2 mereka tidak perlu ada produk sendiri untuk berniaga cukup sebagai jadi ejen penjual.Oleh kerana kelemahan manusia amat mudah terpengaruh,maka muncullah segelintir peniaga yang melariskan jualan tanpa produk dengan cara meyakinkan pembeli dengan berbagai2 kemudahan dan potongan harga apabila menjadi ahli.Walau macamana kita cuba berhati2 dengan peniaga2 seperti ini kita sering kali juga terpedaya dengan penerangan yang meyakinkan dan juga promosi2 hebat yang kononnya kita akan perolehi dengan menjadi ahli.Mana tak hanya bayar amoun yang kecil anda sudah menjadi ahli seumur hidup dan layak mendapat harga istemewa ketika menginap di hotel2 begitu juga tambang kapal terbang dengan harga diskaun.Anda juga dikata kan telah di beli insuran kemalangan untuk setahun.Kereta anda juga jika rosak dlam linkungan 200km akan ditunda secara percuma.Semua ini hanya menjadi ahli seumur hidup dengan bayaran ringgit malaysia 199.
Dan aku salah sorang pembeli yang terpengaruh membelinya tanpa was-was.Perasaan was-was hanya timbul apabila suamiku menimbulkan beberapa soalan kepadaku seperti nama syarikat itu,siapa pemilik nya.Kalau betul ada insuran mana polisi nya.Apa mereka betul2 akan datang ketika kereta kita rosak dan menunda ketempat yg kita suruh.Ketika itu aku benar2 kelihatan bodoh.Apa yang nyata disini mereka dengan mudah mendapat wang dari saku aku sebanyak RM199 dan sedangkan aku belum tahu sama ada akan mendapat apa yang dijanjikan oleh mereka atau tidak!

Thursday, October 05, 2006

Directors Games -Bab Akhir

Pada permulaannya suami seakan mernerima hakikat bahawa misi nya sudah berjaya dan tamat.Cuma dalam diam2 ada sesuatu yang membebankan perasaannya.Kehadiran seorang wanita.Dan wanita ini cuba mempengaruhinya mencari kerja lain di Indonesia.Di Indonesia terdapat wanita2 'desperate' dan 'pembelit' yang mahir menggunakan kesempatan.Di samping wanita ,suami juga terpaksa berhadapan dengan bekas Gm yang masih bekerja di sana dan berdendam atas peralihan kuasa pada suami.Pada hakikatnya suami tidak ada kaitan dengan kejatuhan MF.Dia jatuh kerana tidak memberi layanan istemewa kepada bosnya yg datang dari KL iaitu Hj.Apabila semua keperluannya disana 'dilayan' oleh suami maka timbul rasa tidak puas hati Mf lalu berkomplot menghantar surat layang ke meja pengarah memburuk2 kan nama Hj,suami dan seorang lg pegurus.Oleh kerana hal ini suami telah dipinggirkan.
Apabila surat itu sampai ke tangan Hj,dia lalu menalipon suami memberitahu ada surat layang memburuk2 kan suami begitu juga nama KH tetapi tidak menyebut namanya.Atas rasa marah kerana selalu disindir oleh kawan2 sekerja, suami lalu bertindak dan pergi ke tempat fax dihantar dan nyatalah yg menghantar itu ialah kawan sendiri,orang Malaysia tetapi menggunakan nama penduduk daerah.SEjak kes surat layang inilah orang2 yg terlibat terpaksa dibicarakan dan terbongkarlah siapa yang jadi mastermind nya. Sejak saat ini permusuhan berlarutan.Dan yang peliknya pada waktu yang sama juga wanita ini timbul.Pada permulaannya suami telah menggunakan dia untuk mendapat 'contacts' untuk menjayakan missinya bertemu denga menteri pertanian yang saya telah ceritakan terlebih dahulu.
Sebagai seorang gentleman adalah berat meninggalkan seseorang yang telah banyak membantu tambah2 lagi apabila diselang seli dengan berbagai2 ugutan dan rayuan.Saya pernah dimarah kerana tidak tahu apa yang wanita ini boleh buat untuk merosakkan imejnya.Bagi mereka yang mengenali wanita Indonesia mereka akan paham.
SEmasa di Malaysia banyak perkara berlaku.Cermin kereta mpv kami di pecahkan sebanyak 3 kali.Suami di ugut dengan kata2 mati.Dalam 1 tahun suami juga mendapat 3 showcause letters atas perkara yg tidak dilakukannya.Dia juga dicuba dengan wang yg banyak.Pada satu ketika gaji wang pekerja yang terkandung dalam beg berseal di salah beri oleh sekuriti sebanyak 2 kali dan ini tidak masuk akal.Tidak puas lagi mereka juga menguji dengan ilmu2 sihir dari Indon mahupun Malaysia.sebagai seorang isteri aku kurang sabar tetapi suami mempunyai hati yang kental dan dapat membaca situasi.
Persoalannya kenapa mereka mahu menyingkir suami dari syarikat ini? Apakah ada unsur2 konspirasi tetapi kenapa ?Apa yang mereka mahu lindungi dan dari siapa? 4 tahun mereka mencuba hinggalah showcause yang paling kemudian membabitkan Indonesia. Suami terpaksa mengaitkan nama2 pengarah dan Hj didalamnya supaya mereka tidak lepas tangan. Didalam masa empat tahun juga musuh2 suami resign satu persatu.Gm bahgian SEcurity((yang paling berkuasa dan paling lantang cari kesalahan orang lain),finance manager di syarikat Indonesia(menjadi perancang orag dayak) dan manager India(budak suruhan mantan Gm) yang menghantar surat layang dan akhir sekali Human Recourse(tukang taip surat) pun berhenti.Semua ini kami yakin ada kaitan dengan projek indonesia..cuma tinggal suami seorang setelah kawannya MYO meninggal dunia kerana serangan jantung..kata orang dia sakit jantung kerana tekanan dari orang atas,wallahualam.Apa yang nyata mereka mahu suami resign supaya apa2 cerita yg akan menyusul kemudian bolehlah dibabitkan dengan suami.Sekarang semua managers tahu apa yang berlaku pada suami. Kejayaan dan pengorbanan suami pada projek tersebut tidak penting ,yang penting nama syarikat,yang penting ialah kerusi2 pengarah dan siapa bakal duduk di atasnya !!!

Permainan Orang Atasan

Kehidupan masyarakat di kalimantan tidak jauh berbeza dengan Sarawak pendalaman.Penduduk majoriti ditempat suami bekerja iaitu Bodok adalah penempatan kaum Dayak.Kebanyakan mereka beragama kristen.Sikap orang dayak disini masih kuat dengan adat serta kedaerahan mereka.Orang Madura yang sifat semula jadi mereka memang keras dan dianggap pendatang sukar mendapat tempat baik di kalangan orang melayu maupun orang dayak disini.Sewaktu pemerintahan Suharto media massa indonesia tidak mempunyai kebebasan mutlak untuk menyiarkan berita2 pergaduhan antara kaum.Antara tahun 1997 hingga 2000 pintu masuk antara Sarawak dan Kalimantan ditutup sebanyak dua kali kerana takut pergaduhan kaum yg bermula disana merebak ke sini.Pada mata dunia masaalah dalaman yang berlaku tidak serius dan dapat dikawal oleh kerajaan tetapi keadaan sebenarnya jauh lebih dasyat.
Dalam era inilah suami saya bekerja membanting tulang untuk menjayakan satu projek bersama dengan pengurus2 Malaysia yang lain.Era dimana keadaan ekonomi dan politik Indonesia sedang kucar kacir.Pernah sekali saya masuk bersama keluarga dan terus ke Pontianak.Waktu itu baru selesai pergaduhan antara orang melayu dan madura sehinggakan kerajaan mengishtiharkan darurat.perjalanan dari kuching ke pontianak mengambil masa lebih kurang lapan jam.Masaalah yg paling utama di dalam perjalanan ialah tidak ada tandas2 awam yg bersih disediakan.Keperluan asas seperti paip air memang sukar sekali.kami sampai lebih kurang pukul 7 malm jam Indonesia. Waktu itu Pontianak hampir lengang,yang kami nampak hanya kepulan asap dari beca2 yg dibakar.Tiap2 selekoh ada timbunan kayu atau 'barricade'manakala kedai2 ditutup.Sekali sekala kami nampak jip2 tentera mara dengan laju seperti mengejar sesuatu.Jip suami yang dipandu oleh supirnya yg berketurunan dayak terpaksa bergerak 10km/jam.Di tepi jalan ada segelintir manusia rata2 terdiri dari anak muda yang memakai pengikat kepala yang bewarna.Kata supir suami pengikat itu menandakan kumpulan mereka.Mereka ini lah yg mengawal 'barricade' sambil memegang bilah2 pedang.Keadaan kami ketika itu seperti 'cowboy' sesat dalam pekan hantu atau 'ghost town'.Kami bernasib baik kerana dapat bilik hotel yang terakhir di Hotel Kapuas.Banyak orang yang terkandas tidak dapat kemana2 setelah kerajaan mengishtiharkan darurat.Di hotel itu terdapat ramai pemberita dari dalam dan luar negeri dan dari situ juga kami dapat tahu angka kematian yang mencecah beratus2 orang.
Malam itu juga suami buat tempahan penerbangan ke Jakarta untuk esok.Kami berangkat pagi2 lagi dalam keadaan polis sedang berkawal.Oleh kerana kami pemegang passport antara bangsa dari Malaysia kami diberi laluan mudah ke lapangan terbang. Di Jakarta kami tidur selama dua malam.Dari Jakarta kami dapat tahu bahawa orang besar berpangkat general telah turun ke Pontianak.Apabila kami pulang semula ke Pontianak selepas dua hari,bandar itu menjadi bersih seperti sediakala seakan2 tidak ada rusuhan berlaku semalam dan kemarin.Ia seperti'camouflage'.Kami langsung tidak nampak kesan2 kebakaran atau longgokan2 kayu tepi jalan.Didalam akhbar2 tempatan pun tidak ada liputan.Cerita dan gambar hanya dapat diseludup keluar dan berisiko tinggi.Itulah kehebatan Indonesia!!
Di Indonesia wang dan pangkat adalah aset penting.Kedua2nya punya pengaruh yang besar di sana.Kita kena ada wang untuk berikan pada orang yg berpengaruh .Tanpa rasuah kerja kita terbantut.Sebagai Gm suami mempunyai kuasa membuat keputusan tetapi belum cukup tanpa wang.Untuk mendapatkan surat izin mengimport benih kelapa sawit dari Malaysia suami terpaksa membayar sejumlah wang pada menteri pertaniannya.Untuk berjumpa menteri suami kena terbang ke Jakarta dan berjumpa dengan beberapa 'contacts'nya yang terdiri dari reporters.Mereka juga perlukan duit pendahuluan.Dalam keadaan suami sebagai Gm tetapi kuasa duit di tangan finance manger adalah menyulitkan kerja suami.Akhirnya 'supplier' yang bersimpati dengan suami telah mengeluarkan duitnya sendiri untuk membantu suami biayai perbelanjaan untuk berjumpa dengan Pak mentri.Apabila berpeluang berjumpa mentri tersebut suami terpaksa meyakinkan secara bersungguh2 dan consistent mengapa kerajaan Indonesia kena bagi keistimewaan pada suami untuk membawa masuk benih dari Malaysia.Setelah panjang lebar berbual suami pulang semula ke Pontianak tanpa ada kata2 persetujuan yang penuh dari menteri.Keadaan suami semakin tegang apabila 'orang KL'terdesak dan mendesak mahukan loan koperasi diluluskan oleh bank Indonesia manakala petani pula memberi syarat mahukan benih dari Malaysia kerana tahu mutunya yang baik..dan suami tersepit jika permintaannya tidak diluluskan oleh menteri pertanian waktu itu.
Akhirnya suami menyusul dengan satu surat formal kepada menteri tersebut dan akhirnya beliau bersetuju memberi izin dengan beberapa syarat tertentu.Ini adalah satu kejayaan yang amat besar untuk suami kerana sebelumnya ada orang2 tertentu mencuba tetapi di tolak bulat2 walaupun wang sogokan di sediakan.Waktu ini suami terpaksa mendesak orang KL turun ke Jakarta untuk meangambil surat izin dan menjadi saksi apabila sejumlah wang yang terpaksa dikeluarkan sebagai imbalan kepada 'orang tengah'dan mungkin juga ada sagu hati untuk orang2 tertentu.Setelah syarat pertama telah berjaya timbul pula syarat kedua apabila ketua koperasi mahukan sejumlah 1% dari wang atau loan yang akan dikeluarkan dari bank.Suami tidak ada bidang kuasa dari segi ini lalu terpaksa membawa wakil2 koperasi bertemu orang KL yang bertaraf directorsDi KL mereka dilayan seperti raja.Di dalam perjumpaan ini juga wakil2 itu meletak syarat bahawa suami saya di keluarkan dari syarikat Indonesia lalu menjelik2kan suami didepan pengarah untuk memancing kemarahan suami dan menggagalkan perjumpaan tersebut. sebenarnya mereka tahu hanya suami yang tidak tunduk pada tekanan yang berjaya mematahkan semua strategi jahat mereka.Akhirnya orang atasan yang memikirkan mereka boleh handle dayak2 ini telah bersetuju menghantar suami pulang.Sebenarnya dayak2 ini menjadi sebegitu kerana ada dalang yang menyuruh dan dalang2 itu terdiri dari orang Malaysia sendiri.

Wednesday, October 04, 2006

Directors' Games

ragam manusiaTiga hari yang lepas kami dapat berita dari seorang kontraktor cina bahawa kawan kami Nur Jihad dari co Tradewing telah berhenti dari company tersebut.Dulu ketua nya Dr redzuan ex Sime Darby kini telah diganti oleh orang lain.Baru2 ini syarikatnya telah pun membuat joint venture dengan syarikat J Top yang kebanyakannya berpengkalan di Johor.Berita yang kami terima ini agak mengejutkan kerana pada pendapat kami Nur Jihad yg berkelulusan Sarjana itu adalah seorang yang rajin,bercita2 tinggi dan serius dalam pekerjaannya.Tetapi seperti yang kita sedia maklum dalam satu2 syarikat memang terdapat atur mainnya.Kalau kita pandai bermain kita dapat bertahan kalau tidak, kita akan kalah dan terpaksa berundur.Nampaknya kawan kami telah kalah dalam permainan ini.
Kalau dibandingkan dengan suami saya,permainan yang saya namakan 'permainan orang atasan'(poa) atau 'directors' games',yang dihadapi oleh Nur Jihad sangat kecil.Mungkin kerana egonya yg kuat dia memilih untuk'mss'(berhenti secara mutual bukan volunteer) dari di hantar ketempat yg terpencil dan kecil dari sekarang.
Suami saya pernah menjadi mangsa poa.Apa tidaknya orang2 ini mempunyai agenda yang tersembunyi selama ini.Sebagai seorang pekerja yang komited dan jujur suami saya di pilih sebagai pengganti GM secara mendadak.Semua ini kerana bekas2 Gm yang terdahulu telah tersasar dari agenda mereka.Ini berlaku semasa syarikat suami hendak membukaladang baru di nagara jiran iaitu Indonesia.
Pada peringkat awal tiga pengurus ladang dan seorang finance manager telah dihantar kesana.Mereka ialah PY,MF,PL dan SA.Kerja2 mereka banyak pada survey dan meminta izin lokasi.Hampir setahun mereka disana dan setelah mendapat izin lokasi,syarikat telah menghantar dua orang lagi pengurus iaitu suami dan kawannya MYO untuk mula beroperasi membersihkan hutan.Suami telah dikhususkan membuat jalan kerana ini amat penting untuk jentera masuk.Sebagai'investor' mereka tidak boleh nampak lemah dan juga tidak boleh nampak seperti penjajah dimata rakyat setempat.Ini penting untuk mendapatkan kerja sama penduduk tempatan yang memang suka mendatangkan masaalah pada perusahaan.
Pergeseran mula timbul apabila pejabat bahagian admin telah dibuka dan seorang lagi pengurus dihantar untuk mengendalikan nya.Pengurus itu ialah MN.Kemudian menyusul tiga lagi pengurus untuk mengendalikan ladang yang sudah dibersihkan untuk menanam benih kelapa sawit.Pengurus2 itu ialah KH,MW dan S.Pada waktu ini sudah ada 10 orang pengurus disana dengan tanggung jawab masing2.Pada waktu itu PY telah dilantik oleh ibu pejabat sebagai GM disana.Dalam diam2 sudah terbentuk dua team iaitu yang menyokong dan tidak menyokong Gm yang ada.Pada hemat saya berlakunya keadaan sedemikian ialah kerana tidak suka di perintah oleh orang yang pada asalnya sama2 ranking.Kedua ialah dengan memburuk2kan imej pemimpin supaya pemimpin tersebut boleh dihantar pulang dan diganti oleh orang lain.Ketiga ialah perebutan kuasa untuk menjadi GM.
Keadaan ini memang berlaku apabila PY dihantar pulang dan tempat GM diganti oleh PL yang hampir pencen.Pada pendapat suami dan juga saya secara peribadi PY mempunyai sifat2 leadership yg cemerlang.Dan malangnya PY seperti Nur Jihad juga memilih berhenti dari syarikat.Sebelum Py pulang ke Malaysia,keadaan tidak lagi terkawal MN yg mengikut andaiannya boleh menggantikan Py,telah membuat satu kesilapan dengan mengambil perempuan2 muda sebagai setiausha untuk tiap2 pengurus.Akhirnya dia dan MYO telah kahwin secara mengejut bak kata orang yg tahu menikah diujung pedang.mereka kemudian juga dihantar pulang.
Apabila PL pencen tempatnya diambil alih oleh MF,seorang pengurus yang jauh lebih muda .MF pada mulanya adalah seorang pekerja yang mengikut jadual dan well organised tapi apakan daya kedudukan membuat dia lupa diri.Dia semakin hari seamakin kurang berada dilokasi. malahan banyak waktunya dihabiskan di bandar dengan alasan banyak urusan pejabat yang hanya boleh diuruskan di bandar.Sedangkan masaalah banyak timbul di ladang.Masaalah paling besar yang dihadapi disana apabila pembahagian tanah dan biji benih pada petani yang tidak mencukupi syarat begitu juga peratus tanah yang sepatutnya syarikat dapat dari peserta iaitu petani.Rasa2 tidak puas hati mula timbul begitu juga komplot2 untuk menjatuhkan pengurus kerana risaukan kedudukan tercabar.Disamping tanah, syarikat juga menghadapi satu lagi masaalah apabila modal telah banyak dikeluarkan untuk projek.Untuk mengelakkan tanggungan hutang berterusan syarikat juga meminta petani mengambil loan menerusi koperasi dan kemudian disalurkan semula pada syarikat.
Dipendekkan cerita MF juga kecundang sebagai seorang GM.Dia dihantar pulang dan memilih untuk bekerja di syarikat lain.Kini tibalah giliran suami menjadi GM.Mulanya suami keberatan menerima lamaran tersebut.Atas galakan saya akhirnya dia setuju.Pada waktu itu saya berkeyakinan suami boleh memikul title tersebut kerana dia seorang yang dedikasi terhadap kerja.Kedua selama hampir lima tahun disana,dia berjaya mengharungi berbagai cobaan.Untuk pengetahuan umum sejak 7 tahun disana Indonesia telah bertukar pemimpin sebanyak 3 kali.Indonesia juga mengalami berbagai2 rusuhan dan perang kaum.Seperti rusuhan antara dayak dan madura.Madura dan Melayu.Rusuhan menjatuhkan Presiden Suharto yang dipanggil reformasi.
Sebenarnya telahan saya sedikit meleset.Saya terlupa untuk mengambil kira cobaan2 lain.SEbagai Gm musuh nya bertambah begitu juga kawan yang mengambil kesempatan.Kalau dulu dia di pimpin sekarang dia memimpin.Kekuatan yang menjadi kelemahannya ialah perasaan 'over confident'dan ingin mencuba dan menguji sesuatu.
Ketabahan yang ada padanya akhir membuah hasil apabila dia berjaya mendapat kata sepakat dengan peserta tentang pembahagian tanah.Dia juga akhirnya berjaya mendapatkan kelulusan izin permit benih dari Malaysia yang telah diharam pengimpotannya.Akhir sekali dia berjaya membawa ketua koperasi datang ke ibu pejabat menemui direktur untuk membincangkan soal loan peserta.Dan pada waktu yang sama ketuanya dari KL memberi tahu suami ,"your mission is accomplished,i am taking u out".Dan selepas suami pulang ke Malaysia bermulalah saat2 suami diuji dengan berbagai2 cara agar suami mengikut jejak2 GM terdahulu iaitu meninggalkan syarikat yang selama ini telah melahirkan dia sebagai pekerja bermatlamat,tidak bekerja untuk tuan tapi untuk syarikat.Saya akan cerita satu demi satu cubaan orang2 tertentu untuk mematahkan semangat suami saya insyaallah.

Tuesday, October 03, 2006

Bajet

Dalam keadaan ekonomi yang sedang mengalami inflasi ini harga barangan semakin melambung naik.Baru2 ini harga ayam dan juga gula naik dengan mendadak.Pada hemat saya pada waktu ketika rakyat malaysia sedang berpuasa, dan kedatangan syawal serta deepavali tidak lama lagi adalah bertepatan untuk peniaga2 mengaut keuntungan dari kenaikan ini.Kalau dahulu,waktu wabak selsema burung kita dihidangkan dengan harga daging ayam yang termurah, kini giliran kita dihidangkan dengan harga yg sebaliknya pula.Sebagai pengguna kita ada kuasa untuk membeli ataupun tidak.Yang menjadi persoalan saya sekarang ialah kenapa kita tidak menggunakan hak tersebut.Jika kita semua tidak membelinya penjual terpaksa menurunkan harga ayam kerana barangan itu tidak tahan lama.
Satu lagi harga barangan yang cuba dinaikkan secara haram (iaitu barangan kawalan) ialah gula.Kerajaan berkali2 telah memberi jaminan bahawa masaalah kekurangan gula akan selesai secepat mungkin tetapi hingga sekarang keaadaan belum pulih seratus peratus.Salah satu sebab kekurangan gula dikatakan kerana diseludup keluar negara jiran manakala yang satu lagi ialah kerja2 menyorok stok gula oleh sesetengah pihak dengan tujuan hendak menjual dengan harga yg lebih mahal.Untuk mengelak perasaan gawat orang ramai,Kerajaan telah memberi satu mesej bahawa gula adalah racun apabila digunakan secara berlebihan.Pada hemat saya kemungkinan juga gara2 kekurangan gula ini memang disengajakan oleh kerajaan.95% gula adalah diimpot dan dengan mengurang pengimpotan gula kerajaan berhasil mengurangkan wang negara mengalir keluar.Kerajaan juga mungkin tidak mampu membiayai kos perubatan rakyatnya yg banyak mengidap kencing manis.Adalah wajar sekiranya kerajaan lebih telus mendidik rakyatnya secara formal tentang bahaya gula dari mendatangkan masaalah kepada peniaga2 kecil yang menjual kuih-muih atau minuman ringan.Walau apapun secara individu saya sedikitpun tidak risau dengan kekurangan gula kerana saya telah lama mengamalkan minuman tanpa gula manakala sarapan pula saya mempunyai alternatif lain seperti makn roti,telur,migoring kicap,roti canai dan lain2.Saya yakin kenaikan harga barang2 diatas terjadi sebab kedua2nya dikategorikan sebagai harga barangan yang dikawal oleh kerajaan..iaitu tidak boleh dinaikkan seenak2nya tanpa kaebenaran kerajaan.Dan harganya jauh lebih murah dari harga sebenar.
Dalam keadaan ekonomi sekarang,saya selalu tertanya2 bagaimana seseorang itu boleh hidup dalam lingkungan bajetnya?Pekerja yg bergaji paling rendah ialah pembantu hospital yang dikatakan tidak mencecah lima ratus ringgit sebulan.Saya teringat waktu mula2 berkahwin dengan suami dalam awal lapan puluhan.Waktu itu gaji permulaan suami ialah seribu ringgit,waktu itu suami hanya mampu membeli Fiat ST yang dikeluarkan dalam tahun tujuh puluhan.Setelah menolak loan kereta(yang wang depositnya dipinjam dari kakak),duit petrol,perbelanjaan dapur,duit ubat jika sakit baki tiap2 bulan hanya cukup untuk menunggu gaji masuk.Ini tidak termasuk waktu2 darurat seperti kereta tiba2 sakit dan masuk klinik kereta.Semua ini membuatkan baki duit gaji suami tiap2 bulan tinggal kosong.Apatah lagi pada waktu sekarang dimana nilai duit semakin rendah dan kos sara diri semakin tinggi.
Sekarang alhamdulillah sebagai senior managr pendapatan suami agak lumayan.Pun begitu kami suami isteri masih suka mencari barang yang berkualiti tapi pada harga yang rendah.Kami juga selalu membanding2 kan harga sebelum membeli...mengapa mesti jadi bodoh membeli barangan yang sama pada harga yang lebih tinggi!Perbuatan ini sudah menjadi sebati dengan diri kami hinggakan anak2 juga terikut2.
Bagi saya berapapun pendapatan anda,yang palimg utama berbelanjalah secara berhemah.Rancang lebih dahulu apa yang hendak dibeli dan belilah mengikut kemampuan.Bagi anda yang bergaji kecil boleh juga mencari kawan2 untuk membeli secara sistem kutu.Sistem ini saya dapati sangat berkesan dan diamalkan oleh ibu saya sejak saya kecil lagi...tapi bak kata kawan saya Saodah bermain kutu kena sabar untuk menunggu giliran tambah2 lagi kalau undinya jatuh pada nombor yang terakhir. sekian jumpa lagi.
agam manusia

Monday, October 02, 2006

Shopping spree

Sudah menjadi kebiasaan manusia mempunyai rencana masing2.Manusia hanya diberi 24 jam sehari.Jika ditolak waktu tidur,waktu bekerja,mandi,makan dan lain2 waktu kebiasaannya manusia seolah2 tidak cukup waktu untuk melakukan sesuatu yang diluar dari rencana yang rutin.
Nasib baiklah dalam seminggu bekerja ada dua hari cuti atau sehari untuk sesetengah pekerja swasta.Pada waktu2 beginilah manusia akan melakukan rencana yang 'extra' untuk diri mereka seperti membeli belah,memancing,melawat famili ,berjumpa sahabat dan lain2 lagi aktiviti.
Hari ini cuti Ahad suami telah membawa saya ke Johor Bahru untuk membeli belah.Kalau dibandingkan dengan pekan Kluang tempat saya tinggal sekarang Johor Bahru adalah jauh lebih bagus.Di Johor Bahru ada beberapa kompleks membeli belah tetapi bagi orang yang baru dengan tempat ini mencari sesuatu barang yang hendak dibeli akan menjadi sukar jika salah memilih tempat.Kalau anda hendak membeli pakaian tradisional melayu anda tidak akan jumpa barang itu di Pelangi Mall,kalau ada pun terlalu sedikit pilihannya.Disini rata2 fesyennya ala Hong Kong dan pelanggannya ramai cina maupun dari Malaysia atau Singapore.
Kalau anda mau melihat dimana tempat paling ramai orang melayu membeli belah di JB anda kena pergi ke Kompleks KOta Raya .Disini rata2 penjualnya terdiri dari bangsa melayu. Ia seakan2 berada di Bandar Shah Alam seketika dulu.
Paling istemewa kompleks ini bercantum dengan sebuah masjid dan ditepinya juga terletak deretan cafe yang moden dan bersih.Untuk mereka yang ingin berbuka puasa sambil beribadat setelah membeli belah saya cadangkan anda membawa famili anda kesini... sekian jumpa lagi.

Sunday, October 01, 2006

Pasar Ramadhan

Hari ini masuk seminggu umat islam berpuasa di bulan Ramdhan iaitu satu bulan yang sangat istemewa dalam kalendar islam.Bulan dimana manusia mengerjakan ibadat atau rukun islam yang ketiga.Apa yang menarik perhatian semua penghuni Malaysia ini ialah bukan saja keistemewaan bulan tersebut tetapi sambutan terhadap bulan tersebut.....
Awal-awal lagi khemah2 pasar ramadhan didirikan sepanjang jalan yang telah di khususkan oleh peniaga2 yang menempah lot2 yang disediakan oleh majlis perbandaran sesebuah daerah.
Kebanyakan jualannya tertumpu pada pakaian dan aksessori .Ada juga yang menjual barang2 untuk hiasan rumah.
Yang menarik hati saya sebagai rakyat malaysia ialah juadah2 berbuka puasa yang beranika rupa dan rasa.Maklumlah orang2 Melayu khususnya memang pandai memasak dan suka makan.Tak hairan lah dikalangan kita terdapat ramai yang berat badannya melebihi kadar yang sesuai.
Apa yang harus kita ingat disini,bukan semua masakan kuih-muih atau lauk-pauk yang dijual mereka itu sedap,sebab kebanyakan mereka memikirkan keuntungan mereka daripada tekak pelanggan mereka.Oleh itu beralah kadarlah ketika membeli...sekian selamt menjamu selera.