Pages

Thursday, October 05, 2006

Directors Games -Bab Akhir

Pada permulaannya suami seakan mernerima hakikat bahawa misi nya sudah berjaya dan tamat.Cuma dalam diam2 ada sesuatu yang membebankan perasaannya.Kehadiran seorang wanita.Dan wanita ini cuba mempengaruhinya mencari kerja lain di Indonesia.Di Indonesia terdapat wanita2 'desperate' dan 'pembelit' yang mahir menggunakan kesempatan.Di samping wanita ,suami juga terpaksa berhadapan dengan bekas Gm yang masih bekerja di sana dan berdendam atas peralihan kuasa pada suami.Pada hakikatnya suami tidak ada kaitan dengan kejatuhan MF.Dia jatuh kerana tidak memberi layanan istemewa kepada bosnya yg datang dari KL iaitu Hj.Apabila semua keperluannya disana 'dilayan' oleh suami maka timbul rasa tidak puas hati Mf lalu berkomplot menghantar surat layang ke meja pengarah memburuk2 kan nama Hj,suami dan seorang lg pegurus.Oleh kerana hal ini suami telah dipinggirkan.
Apabila surat itu sampai ke tangan Hj,dia lalu menalipon suami memberitahu ada surat layang memburuk2 kan suami begitu juga nama KH tetapi tidak menyebut namanya.Atas rasa marah kerana selalu disindir oleh kawan2 sekerja, suami lalu bertindak dan pergi ke tempat fax dihantar dan nyatalah yg menghantar itu ialah kawan sendiri,orang Malaysia tetapi menggunakan nama penduduk daerah.SEjak kes surat layang inilah orang2 yg terlibat terpaksa dibicarakan dan terbongkarlah siapa yang jadi mastermind nya. Sejak saat ini permusuhan berlarutan.Dan yang peliknya pada waktu yang sama juga wanita ini timbul.Pada permulaannya suami telah menggunakan dia untuk mendapat 'contacts' untuk menjayakan missinya bertemu denga menteri pertanian yang saya telah ceritakan terlebih dahulu.
Sebagai seorang gentleman adalah berat meninggalkan seseorang yang telah banyak membantu tambah2 lagi apabila diselang seli dengan berbagai2 ugutan dan rayuan.Saya pernah dimarah kerana tidak tahu apa yang wanita ini boleh buat untuk merosakkan imejnya.Bagi mereka yang mengenali wanita Indonesia mereka akan paham.
SEmasa di Malaysia banyak perkara berlaku.Cermin kereta mpv kami di pecahkan sebanyak 3 kali.Suami di ugut dengan kata2 mati.Dalam 1 tahun suami juga mendapat 3 showcause letters atas perkara yg tidak dilakukannya.Dia juga dicuba dengan wang yg banyak.Pada satu ketika gaji wang pekerja yang terkandung dalam beg berseal di salah beri oleh sekuriti sebanyak 2 kali dan ini tidak masuk akal.Tidak puas lagi mereka juga menguji dengan ilmu2 sihir dari Indon mahupun Malaysia.sebagai seorang isteri aku kurang sabar tetapi suami mempunyai hati yang kental dan dapat membaca situasi.
Persoalannya kenapa mereka mahu menyingkir suami dari syarikat ini? Apakah ada unsur2 konspirasi tetapi kenapa ?Apa yang mereka mahu lindungi dan dari siapa? 4 tahun mereka mencuba hinggalah showcause yang paling kemudian membabitkan Indonesia. Suami terpaksa mengaitkan nama2 pengarah dan Hj didalamnya supaya mereka tidak lepas tangan. Didalam masa empat tahun juga musuh2 suami resign satu persatu.Gm bahgian SEcurity((yang paling berkuasa dan paling lantang cari kesalahan orang lain),finance manager di syarikat Indonesia(menjadi perancang orag dayak) dan manager India(budak suruhan mantan Gm) yang menghantar surat layang dan akhir sekali Human Recourse(tukang taip surat) pun berhenti.Semua ini kami yakin ada kaitan dengan projek indonesia..cuma tinggal suami seorang setelah kawannya MYO meninggal dunia kerana serangan jantung..kata orang dia sakit jantung kerana tekanan dari orang atas,wallahualam.Apa yang nyata mereka mahu suami resign supaya apa2 cerita yg akan menyusul kemudian bolehlah dibabitkan dengan suami.Sekarang semua managers tahu apa yang berlaku pada suami. Kejayaan dan pengorbanan suami pada projek tersebut tidak penting ,yang penting nama syarikat,yang penting ialah kerusi2 pengarah dan siapa bakal duduk di atasnya !!!

No comments: