Pages

Wednesday, October 04, 2006

Directors' Games

ragam manusiaTiga hari yang lepas kami dapat berita dari seorang kontraktor cina bahawa kawan kami Nur Jihad dari co Tradewing telah berhenti dari company tersebut.Dulu ketua nya Dr redzuan ex Sime Darby kini telah diganti oleh orang lain.Baru2 ini syarikatnya telah pun membuat joint venture dengan syarikat J Top yang kebanyakannya berpengkalan di Johor.Berita yang kami terima ini agak mengejutkan kerana pada pendapat kami Nur Jihad yg berkelulusan Sarjana itu adalah seorang yang rajin,bercita2 tinggi dan serius dalam pekerjaannya.Tetapi seperti yang kita sedia maklum dalam satu2 syarikat memang terdapat atur mainnya.Kalau kita pandai bermain kita dapat bertahan kalau tidak, kita akan kalah dan terpaksa berundur.Nampaknya kawan kami telah kalah dalam permainan ini.
Kalau dibandingkan dengan suami saya,permainan yang saya namakan 'permainan orang atasan'(poa) atau 'directors' games',yang dihadapi oleh Nur Jihad sangat kecil.Mungkin kerana egonya yg kuat dia memilih untuk'mss'(berhenti secara mutual bukan volunteer) dari di hantar ketempat yg terpencil dan kecil dari sekarang.
Suami saya pernah menjadi mangsa poa.Apa tidaknya orang2 ini mempunyai agenda yang tersembunyi selama ini.Sebagai seorang pekerja yang komited dan jujur suami saya di pilih sebagai pengganti GM secara mendadak.Semua ini kerana bekas2 Gm yang terdahulu telah tersasar dari agenda mereka.Ini berlaku semasa syarikat suami hendak membukaladang baru di nagara jiran iaitu Indonesia.
Pada peringkat awal tiga pengurus ladang dan seorang finance manager telah dihantar kesana.Mereka ialah PY,MF,PL dan SA.Kerja2 mereka banyak pada survey dan meminta izin lokasi.Hampir setahun mereka disana dan setelah mendapat izin lokasi,syarikat telah menghantar dua orang lagi pengurus iaitu suami dan kawannya MYO untuk mula beroperasi membersihkan hutan.Suami telah dikhususkan membuat jalan kerana ini amat penting untuk jentera masuk.Sebagai'investor' mereka tidak boleh nampak lemah dan juga tidak boleh nampak seperti penjajah dimata rakyat setempat.Ini penting untuk mendapatkan kerja sama penduduk tempatan yang memang suka mendatangkan masaalah pada perusahaan.
Pergeseran mula timbul apabila pejabat bahagian admin telah dibuka dan seorang lagi pengurus dihantar untuk mengendalikan nya.Pengurus itu ialah MN.Kemudian menyusul tiga lagi pengurus untuk mengendalikan ladang yang sudah dibersihkan untuk menanam benih kelapa sawit.Pengurus2 itu ialah KH,MW dan S.Pada waktu ini sudah ada 10 orang pengurus disana dengan tanggung jawab masing2.Pada waktu itu PY telah dilantik oleh ibu pejabat sebagai GM disana.Dalam diam2 sudah terbentuk dua team iaitu yang menyokong dan tidak menyokong Gm yang ada.Pada hemat saya berlakunya keadaan sedemikian ialah kerana tidak suka di perintah oleh orang yang pada asalnya sama2 ranking.Kedua ialah dengan memburuk2kan imej pemimpin supaya pemimpin tersebut boleh dihantar pulang dan diganti oleh orang lain.Ketiga ialah perebutan kuasa untuk menjadi GM.
Keadaan ini memang berlaku apabila PY dihantar pulang dan tempat GM diganti oleh PL yang hampir pencen.Pada pendapat suami dan juga saya secara peribadi PY mempunyai sifat2 leadership yg cemerlang.Dan malangnya PY seperti Nur Jihad juga memilih berhenti dari syarikat.Sebelum Py pulang ke Malaysia,keadaan tidak lagi terkawal MN yg mengikut andaiannya boleh menggantikan Py,telah membuat satu kesilapan dengan mengambil perempuan2 muda sebagai setiausha untuk tiap2 pengurus.Akhirnya dia dan MYO telah kahwin secara mengejut bak kata orang yg tahu menikah diujung pedang.mereka kemudian juga dihantar pulang.
Apabila PL pencen tempatnya diambil alih oleh MF,seorang pengurus yang jauh lebih muda .MF pada mulanya adalah seorang pekerja yang mengikut jadual dan well organised tapi apakan daya kedudukan membuat dia lupa diri.Dia semakin hari seamakin kurang berada dilokasi. malahan banyak waktunya dihabiskan di bandar dengan alasan banyak urusan pejabat yang hanya boleh diuruskan di bandar.Sedangkan masaalah banyak timbul di ladang.Masaalah paling besar yang dihadapi disana apabila pembahagian tanah dan biji benih pada petani yang tidak mencukupi syarat begitu juga peratus tanah yang sepatutnya syarikat dapat dari peserta iaitu petani.Rasa2 tidak puas hati mula timbul begitu juga komplot2 untuk menjatuhkan pengurus kerana risaukan kedudukan tercabar.Disamping tanah, syarikat juga menghadapi satu lagi masaalah apabila modal telah banyak dikeluarkan untuk projek.Untuk mengelakkan tanggungan hutang berterusan syarikat juga meminta petani mengambil loan menerusi koperasi dan kemudian disalurkan semula pada syarikat.
Dipendekkan cerita MF juga kecundang sebagai seorang GM.Dia dihantar pulang dan memilih untuk bekerja di syarikat lain.Kini tibalah giliran suami menjadi GM.Mulanya suami keberatan menerima lamaran tersebut.Atas galakan saya akhirnya dia setuju.Pada waktu itu saya berkeyakinan suami boleh memikul title tersebut kerana dia seorang yang dedikasi terhadap kerja.Kedua selama hampir lima tahun disana,dia berjaya mengharungi berbagai cobaan.Untuk pengetahuan umum sejak 7 tahun disana Indonesia telah bertukar pemimpin sebanyak 3 kali.Indonesia juga mengalami berbagai2 rusuhan dan perang kaum.Seperti rusuhan antara dayak dan madura.Madura dan Melayu.Rusuhan menjatuhkan Presiden Suharto yang dipanggil reformasi.
Sebenarnya telahan saya sedikit meleset.Saya terlupa untuk mengambil kira cobaan2 lain.SEbagai Gm musuh nya bertambah begitu juga kawan yang mengambil kesempatan.Kalau dulu dia di pimpin sekarang dia memimpin.Kekuatan yang menjadi kelemahannya ialah perasaan 'over confident'dan ingin mencuba dan menguji sesuatu.
Ketabahan yang ada padanya akhir membuah hasil apabila dia berjaya mendapat kata sepakat dengan peserta tentang pembahagian tanah.Dia juga akhirnya berjaya mendapatkan kelulusan izin permit benih dari Malaysia yang telah diharam pengimpotannya.Akhir sekali dia berjaya membawa ketua koperasi datang ke ibu pejabat menemui direktur untuk membincangkan soal loan peserta.Dan pada waktu yang sama ketuanya dari KL memberi tahu suami ,"your mission is accomplished,i am taking u out".Dan selepas suami pulang ke Malaysia bermulalah saat2 suami diuji dengan berbagai2 cara agar suami mengikut jejak2 GM terdahulu iaitu meninggalkan syarikat yang selama ini telah melahirkan dia sebagai pekerja bermatlamat,tidak bekerja untuk tuan tapi untuk syarikat.Saya akan cerita satu demi satu cubaan orang2 tertentu untuk mematahkan semangat suami saya insyaallah.

No comments: