Pages

Monday, October 30, 2006

Kongsi Cerita

ragam manusia
Salam again.
It has been more than a week we celebrated Hari Raya Aidul Fitri.I just came back from my village somewhere in north and now back to south again.My husband took a week off and we had to devide it into two. First half we spent in Taiping that is his hometown and the other half in my hometown.JUst imagine how short the time was after minus two /three days on the roads.

Anyway as usual we were damn happy and satisfied with our short holidays .Being together with our family is the happiest moment we had especially during this festive.

Macam biasa adik-beradik akan pulang ke kampung dan berkumpul di rumah orang tuanya dan waktu itulah banyak cerita yang hendak dikongsi bersama bayangkan lah setahun tak jumpa!!!Dalam keluargaku yang sembilan orang ini semuanya sudah berumah tangga dan dah beranak-pinak....Pelik betul dulu waktu kecil2 kami cuma tenguk perangai luaran saja,kalau abang long dulunya penyayang jarang marah adik2nya.Bila dia dapat gaji dia akan belikan kami permainan begitu juga untuk ibu. Manakala abang angah garang suka pukul kami kalau kami nakal dan tak dengar cakapnya.Abang anjang pulak dengan kasut sukannya saja.

Sekarang semuanya telah berubah...some of us are lucky with our lives but some are not.Macam abang long dia tak lagi macam dulu..pergerakannya macam terikat.Kerja kuat macamana pun nampak susah.Baru2 ni pulang beraya dia kelihatan 'melanus'.Pipinya kelihatan 'cempung' ,rambutnya panjang tak terurus ,giginya banyak yang 'rongak' malahan dia kelihatan lebih tua dari bapa kami!!.Kalau dia pulang beraya dengan familinya dia dah jarang tidur di kampung mungkin kerana Ipoh dan Kuala Kurau tak jauh sangat tapi apa salah nya bermalam untuk menambah kemesraan keluarga.Kalau ada orang kondem abang long belakang2 akulah orang pertama akan defend dia dengan alasan dia adalah mangsa keadaan...(aku masih ingat zaman kanak2 waktu abg long belum kahwin)

Abang angah yang dulunya 'garang nak mampus' sekarang dah jadi 'cikgu besar' di salah satu sekolah di Parit Buntar.Anak ada lima orang semuanya hero....Yang aku hairan ialah dengan anak2nya dia tak pernah pukulpun semasa mengajar tak macam kami, adik2nya yang selalu kena bantai bila tak paham.Macamanapun abang ngah cuma ada 2 tahun lagi nak pencen dan anak sulungnya baru berumur 18 tahun.

Tahun ni Abang Anjang yang tinggal di Sepang tak pulang kampung dengar cerita dia 'renovate' rumah lagi.

Syukur,adik saya yang pertama...sekarang dah bergelar 'business man' dulu kerja polis atau 'mata-mata'.Satu yang masih sama dengan nya ialah mulutnya yang 'becuk' suka bercakap tu!No wonder he can be a successful businessman.Ada satu perubahan yang ketara tentang dirinya sejak bergelar juragan ni ialah dia dah semakin alpa melakukan sholat malahan kebelakangan ini saya tak pernah nampak lagi dia sholat.Bab2 lain especially layanan terhadap saudara tetap macam dulu.

Ain, adik saya yang kedua juga kerja mata-mata bahagian trafik juga tidak ketinggalan hebatnya apabila memberi pendapat atau komen pada perkara2 yang tidak sebulu dengannya.Dulu masa kecik dia cuma komen bila dapat makanan sikit dari orang lain sedangkan mak dah bahagi sama rata.Yang ni pun satu nampak pelik depan isteri takut nak berbelanja tapi kat belakang lain pulak.Jadi kalau nak suruh dia belanja tunggu kalau isterinya tak ikut tapi peluang macam ni memang sussah nak dapat!!

Ini pula kisah Dolah, adik lelaki saya yg ketiga.Dulu masa kecil kami panggil dia adik sebab mak ingat dah tak ada adik lagi tapi setelah umurnya hampir sepuluh tahun emak termengandung lagi!!Masa ni lah dia jadi rebellious sebab emak tak pay attention kat dia...masa zaman persekolahan dulu dia amat pemalu...mana taknya zaman kanak2 kami tak pernah dapat pujianpun...cara bapa tunjukkan kasih sayang memang pelik ... dia akan kutuk kami kemudian gelak terkekek-kekek ..siapa yang kena kutuk waktu tu sengsaralah sebab ditertawakan oleh adik beradik yang lain. Sekarang Dolah dah berubah dari seorang yang pemalu dah jadi ulat bulu...Tiba2 saja dia dah cari madu untuk isterinya.Tahun lepas masa honey moon dengan isteri muda masih nampak seri kat muka dia tapi tahun ni dahinya dah mula sulah kiri kanan.Yang lucunya dia siap nasihatkan abang2nya jangan kahwin dua!!

Dalam keluargaku ada dua lagi perempuan selain aku..iaitu kakak dan adik bongsu ku......i will write about them in some other time.

Dalam kemeriahan hari raya sebenarnya ada juga makhluk yang bersedih....mungkin di luar sana anak2 yang tidak beribu dan berbapa berasa sedih dan sayu begitu juga isteri/suami yang kematian pasangan mereka.Macam kawan ku Saftuyah.. dalam sms nya mengadu rasa sepi dan sedih atas kehilangan suaminya.Aku cuma tumpang simpati...mudahan roh almarhum suaminya sentiasa dicucuri rahmat....dan mudahan dia akan bertemunya di syurga atas kesabarannya memelihara dua orang anak2nya tanpa bapa mereka di sisi.Untuk adik ipar aku Ati, bersabarlah...anggaplah apa saja di dunia ini bukan milik kita..semua dipinjamkan oleh Allah dan padaNya lah kamu mengadu....

Sekian jumpa lagi....

No comments: