Pages

Wednesday, November 15, 2006

Kolestrol


Semalam suami beli paper New Straits Times....jadi sambil pasang TV ,aku belek2 surat khabar NST .Tak banyak cover story untuk Perhimpunan Agong Umno 2006.Tak ada isu yang baru dan menarik...rugi duit je beli paper fikir ku...


Walau macamanapun di tengah2 halaman nya ada cerita pasal bahaya kolestrol dan macamana hendak mencegahnya...


Kalau ikutkan tulisan berkenaan kolestrol ni sudah di ulang berkali2 namun sebagai pembaca,aku selalu terlupa bukannya apa .....Susah sangat nak ingat apa itu LDL,VLDL dan HDL !Jadi untuk makluman aku ringkaskan saja apa yang aku tahu>>>>


Tahu tak kolestrol tu boleh di bawa masuk ke dalam darah melalui molukul yang dinamakan lipoprotin ?


LDL >>> low-density lipoprotein

VLDL >>>very-low density lipoprotein

HDL >>>> High -density lipoprotein.


Kerja VLDL dan LDL ialah membawa lemak,biasanya triglycerides dan KOLESTROL dari hati ;iaitu organ besar di dalam badan yang berfungsi mengeluarkan hempedu dan membersih darah , ke sel2 badan.

Kerja HDL pula membawa pulang lemak2 itu ke hati.


Jadi bolehlah di kaitkan peningkatan VLDL dan LDL, akan
menambah risiko penambahan atherosclerosis ia itu komponen utama penyebab strok atau serangan jantung.


Manakala kalau HDL tinggi akan mengurangkan risiko di atas.


Untuk kesihatan ,JUMLAH kolestrol mesti di bawah paras 200mg/dl.

Level LDL >>>>>mesti kurang dari 130mg/dl

Level HDL>>>>>mesti mesti lebih dari 35mg/dl dan

Level triglyceride >>>>>mesti kurang dari 150mg/dl.


NASIHAT DARI PAKAR UNTUK SELALU SIHAT.

>>>> Jangan merokok

>>>>Jangan Gemuk

>>>>Jangan MInum KOpi

>>>>Exercise

>>>>>Tukar pada lelemak kacang soya

>>>>>Makan makanan yang kurang lemak dan koleastrol.
contoh;jangan makan daging merah berlebihan.

>>>>>kurangkan makanan yang bergaram

>>>>>Tukar pada makanan yang bearsirat tinggi contoh ;
bijiran ,buah2an dan sayur.

>>>>>Ganti daging merah dengan ikan dan ayam.


Sekian Semoga Sihat2 Selalu.





No comments: