Pages

Saturday, November 18, 2006

SHAH JEHAN MALAYSIA

http://www.greatbuildings.com/buildings/Taj_Mahal.html
Kenal tak dengan nama Raja Shah Jehan? Atau lebih di kenali dengan kisah Taj Mahalnya. Kisah cinta yang mengorban kan ramai nyawa manusia semata2 hendak mempamirkan rasa sayang yang mendalam terhadap isterinya yang telah meninggal dunia justru memaksa sebuah makam di bina. Sila rujuk link di atas.


Saya terpanggil untuk membuat sedikit pandangan pada seorang pembesar yang telah sewenang2 nya memberi nama mendiang isteri beliau pada tempat atau ruang pejabatnya.Bukan kah pejabat itu dimiliki oleh kerajaan dan kerajaan itu bermakna pemerintah yang di pilih oleh orang ramai.Satu persoalan yang timbul dari saya tidak kah dia merasa bersalah langsung ? Tidak kah dia rasa malu pada isterinya andaikata si isterinya masih hidup kerana menghadiahkan sesuatu yang bukan datang dari duit titik peluh nya sendiri.Atau sekurang2nya dengan sokongan padu orang ramai itu sendiri.


Bagi saya tak perlulah menunjuk2 yang kita terlalu mengasihi seseorang hingga terpaksa melambangkan nya pada umum sebab orang umumnya akan bertanya apa jasa beliau telah buat kepada orang ramai,jikalau sekadar beliau isteri seorang pembesar masih belum mencukupi....kecualilah pembesar itu sehebat Raja moghul Shah Jehan yang mempunyai empayarnya sendiri !

No comments: