Pages

Wednesday, December 20, 2006

I AM BACK


<< <<<>
>>>keadaan sesak di LCC.

I am just back from a long long trip that is Kuala Lumpur to Bali then back to Kuala Lumpur then to Taiping .From Taiping we went to Kuala Kurau and then to Penang .The next day we went to Batang Berjuntai and then back to Taiping again. Now i am back in Kluang ,my own house fuhh....what a trip.


Yesterday Kluang town was flooded and today many of the shops are closed .Near my place the dragon fruits field is flooded too.I wonder wether the plants will survive the flood or not.If not what will happen to the farmer's income. The school will reopen soon and New Year is round the corner.


Ahh...tak mau cakap hal orang lah....

Bulan ni aku datang haid dua kali....sebelum ke Bali dan semalam,selepas balik dari Taiping....apa maksud nya hah?

Dan ini bukanlah kali pertama tapi adalah kali kedua...tanda2 nak mena-paus agaknya !Walau apa kemungkinan pun aku sangatlah bersyukur sebab2 baru2 ni aku dapat melancung ke Bali tanpa menghadapi masaalah sakit tumit atau heel spur.

Kami menaiki pesawat Air Asia,tambang murah,murah2 pun tambang ke Bali untuk dua orang pergi dan balik berharga dua ribu lebih tapi masih murah jika di bandingkan dengan MAS. Dan ini adalah kali pertama aku akan meanaiki kapal terbang melalui LCC atau Airport tambang MURAH.

Pertama kali menjejakkan kaki dan tenguk tempat tu aku nak kasi tahu walaupun namanya airport tapi keadaannya seperti di stesyen bas saja...padat, tidak teratur,kurang kemudahan seperti tempat duduk ,kedai2 makanan , kurang sejuk dan juga kemudahan troley yg terhad...sesiapa yang nak buka kedai makan i suggest to open it here.Waktu hendak berlepas dlm pukul 5 petang , hari itu hujan jadi banyak penerbangan tertangguh jadi dewan menunggu agak padat...untuk duduk kami terpaksa pergi ke tempat yang agak jauh hinggakan panggilan untuk pesawat kami tak berapa perasan...kononnya nak beratur paling hadapan akhirnya dapat yang akhir..."WE TREAT EVERYBODY THE SAME" so u kena cepat kalau nak duduk depan sebab Air Asia tak pakai no bangku...duduk aje mana2 suka.

Masa nak pergi riuh suara orang yang tak sabar kena berbaris lama...penerbangan ke Bandung,Bangkok dan Bali juga tertangguh 30 minit.Akhirnya cuaca bertambah baik dan orang ramai mula bergerak ke pesawat masing2.Pesawat boeng yang kami naiki agak baru,bangkunya semua berbalut dengan kulit bewarna hitam cuma ruang antara bangku hadapan dan belakang agak sempit dan menyukarkan untuk orang mahu kealuar tanpa membangunkan orang yang duduk disebelah kirinya kalau dia duduk sebelah kanan dan begitu juga sebaliknya. Penerbangan mengambil masa 3 jam dan aku tersangatlah gembira kerana berjaya menahan diri dari nak terkencing dalam kapal terbang....kejayaan yg sungguh mengagumkan diriku sendiri.

Sampai di Air POrt Denpasar...suasana Bali dah dirasai dengan muzik ala2 gamelan nya tu...aku terus cari tandas...of course tandas nya bersih tapi bahan yang dipakai adalah yang murah bila dinding yang diperbuat dari plywood nya berlubang...di sini aku nak cakap yang betul kalau u all lalu highway PLUS singgah2 lah kat tandas tempat rehat mcam kat Tapah ke Kuala Kangsar ke....boleh tertidur dalam jamban punya bestnya tempat rehatkan punggong.Bersih,sejuk,nyaman dan selesa.


At first i was reluctant going to Bali because i was there before...dulu pergi ikut Jakarta.And to tell u the truth when i was there,i still enjoyed every moment that past by me...a place with world class arts and hand crafts and a unique culture and breathtaking sceneries...all this and also lots of oghang putihs made my heart never feel enough and wanted to stay longer.

Tinggal di sana 5 hari and it's time to go home...of course my husband promised to take me again there ,Insyaallah...

Masa pulang kat airport Denpasar orang ramai berbaris so my husband guna taktik BIJAK nya yang aku anggap tak adil....dia terus jumpa officer kat dalam bahagian immegresen dan akhirnya kami dapat masuk ke pejabatnya tanpa beratur..passport kami di chop dan kami terus keluar melalui pintu lain .Sebagai token husband bagi duit sikit yang mulanya di tolak tapi suami yakinkan dia itu bukan rasuah tapi tanda terima kasih kerana menolong.....Sebelum suami ada oghang india dah cuba tapi langsung di tolak tapi tidak dengan suami sebab suami memang terer bab2 ini....katanya kita kena mula dengan pertanyaan..."boleh tolong saya Pak?"

Suasana dlam kapalterbang masih sama seperti kami mula datang cuma kali ini kami boleh order makanan dan bayar dalam rupiah atau ringgit.Mee maggi segera dlam mangkuk beharga 7 ringgit dan nasi lemak 5 ringgit,masih murah dari hidangan dalam penerbangan MAS kan...lepas makan,tidur dan jaga akhirnya sampai juga ke distinasi Kuala Lumpur...sebelum bangun ketua pramugari akan membuat pengumuman . Sekali lagi riuh di belakang bila orang Malaysia bersorak(oghang putihs cuma geleng kepala je) Pramugari pun mengumum kan..."Di sini dengan bangga kami mengumumkan Air Asia telah mendarat 15minit lebih awal dari jadual ketibaannya...sekian trima kasih dan jumpa lagi." Fulamak siapa kata Air Asia selalu lambat hah?bangun *TABIK HURMAT* kat AIR ASIA!

No comments: