Pages

Friday, December 29, 2006

Otak Aku Beku

Entah kenapa otak aku tiba2 beku......

Semalam waktu maghrib aku tak ingat aku sudah solat asar atau belum....

Bila terjaga pagi ini untuk solat subuh aku tak ingat pula samada aku sudah sembahyang isya semalam sebelum tidur atau tidak.......

Apa dah jadi dengan aku ni ?????

Sekolah akan di buka semula....anak2 aku rileks je tapi aku yang cemas....
risau......apa yang bakal aku hadapi dengan kerenah anak2ku dengan cikgu sekolah mereka atau dengan kawan2 mereka.....Apa masaalah tahun ini lebih hebat dari tahun lepas ke....peliknya bila mereka di rumah ok aje....
kena tinggal berhari2pun tak komen apa2 tapi siaplah bila pulang ke asrama nanti ade je yang tak kena sedangkan makan minum di sediakan oleh pihak asrama...

Sebenarnya ini lah perasaan aku tiap kali tahun baru bermula....2007 buang 2......tinggal 007 cantik juga nombor hujungnya......mudah2an ya Allah semua kami sekeluarga selamat....mudah2an ya Allah semua anak2ku berjaya dalam peperiksaan mereka....mudah2an ya Allah tiada lagi dugaan yang besar yang aku tak mampu lalui....mudah2an ya Allah permudahkan urusan ku di dunia....Mudah2an ya Allah tahun 2007 tahun yang membahagiakan kami semua........AMIN>

No comments: