Pages

Wednesday, January 03, 2007

AJAL

Salah satu urusan Allah yang tidak diketahui oleh semua makhluk ciptaan Tuhan ialah kematian.....semua makhluk akan mati dan penyebabnya adalah berlainan..dan semuanya telah tertulis dalam kitab sejak terciptanya makhluk itu sendiri......aku akan mati cuma aku tidak tahu bila dan apa penyebabnya.

Saddam Hussein, satu nama yang hebat suatu masa dulu di Iraq kini mati di tali gantung .....perlukah kita berasa sedih ? bagi aku tidak perlu kerana ajalnya telah sampai dan penyebab kematiannya ialah tali gantung yang menjerut lehernya itu membuatkan dia tidak boleh bernafas.Cuma hati aku rasa sakit pada rakyat Iraq yang hidup yang telah menjadi boneka orang2 kafir iaitu Amerika...bukan kah Islam itu bersaudara dan kafir itu musuh nyata orang2 Islam!

Ada dua jenis kematian yang ingin aku tulis di sini satu kematian yang kita tahu tarikh dan penyebabnya dan satu lagi kematian yang kita tidak tahu atau di sebut kematian mengejut seperti kemlangan jalan raya, mati lemas atau terbakar dan lain2.Perbezaan yang amat ketara.....seperti Saddam dia tahu bila ajalnya akan sampai.....dan sudah tentu dia sudah membuat persiapannya seperti, sembahyang taubat ,mengucap dan lain2....begitu juga kebanyakan pengidap penyakit kanser yang rata2 pengiraan doktor pakar adalah tepat.

Tidakkah ini memberi Saddam satu kelebihan apabila menghadapi kematiannya.....iaitu persediaan menemui Penciptanya.Mudah2 an itulah hikmah bagi seorang pejuang islam yang agung...dan dunia khususnya dunia Islam mendapat iktibar dari nya.

Nota: Sehari sebelum Saddam digantung aku berdoa agar ada satu keajaiban berlaku seperti hukuman tiba2 di batalkan....sebab ajal maut adalah urusan Allah jadi tidak ada satu yang mustahil....tapi akhirnya aku dapat tahu juga memang ajalnya sudah tertulis pada keesokan harinya.*DariNya kamu datang dan kepadaNya kamu kembali...*

No comments: