Pages

Wednesday, February 21, 2007

AIR PAPAN MERSING



Anak2ku bergembira menikmati cahaya matahari di pagi hari di pantai Teluk Godek,Air Papan.


Di bawah adalah gambar2 permandangan yang menarik di pantai Teluk Godek yang di ambil dengan telefon bimbit Nokia N 7 series.


Azlan Shah.


Permandangan di waktu pagi.



Ini adalah kali ke empat suami membawa kami sekeluarga menghabiskan cuti di Teluk Godek,Air papan.Dalam tahun 1983 kali pertama kemari,tempat ini tidaklah mempunyai kemudahan asas seperti sekarang.Waktu itu Farah,Qayum dan Khaliq belum lagi di lahirkan.Kemudahan asas untuk menginap seperti sekarang tidak ada manakala jalan raya untuk sampai hingga ke pantai juga tidak disediakan.Ketika itu jalan tar hanya separuh dan kami terpaksa melalui jalan2 kecil antara rumah2 kampung dan pohon2 kelapa yang banyak di tanam ketika itu.Alhamdulillah sekarang sudah banyak kemudahan asas.

Kami menginap selama dua malam disana...dengan bayaran sebanyak dua ratus lima puluh untuk semalam kami di sediakan dengan dua buah katil dua tingkat yang boleh memuatkan lapan orang.Kami boleh memasak sendiri dengan membawa periuk nasi elektrik dan tempat membakar yang di sediakan.Walaumacamanapun pada hari cuti bersempena Hari raya Cina ini orang terlalu ramai hingga membuat saya yang agak anti sosial ini berasa rimas kerana terdapat rombongan Mat Motor yang menginap berdekatan dengan bilik kami...
Apapun setelah dua malam disana ternyata keberadaan budak2 ini tidak langsung mengganggu orang2 lain.

Kalau di bandingkan dengan pantai Kuta di Bali saya lebih menyukai pantai Teluk Godek.Pasirnya yang halus dan pantai nya yang landai...membolehkan kita mandi tanpa rasa risau jika tiba2 kaki kita akan memasuki kawasan dalam.Pantai ini yang bercirikan teluk juga terlindung dari angin dan ombak yang kuat.Ini juga satu kelebihan kepada pantai ini.Di sebelah barat pantai ini terdapat deretan batu2 besar yang membolehkan pemancing ikan memancing dengan selesa.

Apa yang saya terkilan di sini ialah tahap kesedaran orang ramai untuk menjaga kebersihan pantai...seperti di pantai Kuta, orang tempatannya sanggup mengadakan gotong royong membersih pantai siap menggunakan jentera untuk melandaikan pasir.Bagi mereka pantai itu adalah nadi kehidupan mereka untuk menarik pelancung datang.Kita tak perlu kedatangan pelancung2 asing di sini kerana mereka akan merosakkan identiti kita kelak.

Ok dah panjang bercakap pasal pantai.....penutupnya....masa yang sangat saya dan anak2 gemari ialah bangun seawal pagi dan turun ke pantai untuk mandi kemudian mlihat matahari naik...Qayum orang pertama akan menggigil kesejukan dan minta kami memeluknya.....bila mathari mula memancar air akan menjadi suam dan ombak mula kelihatan kerana air mulai mahu pasang.Waktu itu adalah yang terindah ketika berada di Pantai Teluk Godek !

No comments: