Pages

Tuesday, February 27, 2007

BERTUNANG ATAU TIDAK BERTUNANG ?

Hari ini tajuk blog agak pelik kan.Sebenarnya tajuk ini adalah susulan dari satu soalan yang pernah dilemparkan kepada saya beberapa hari yang lalu.Pertanyaan yang datang dari anak perempuanku sendiri yang sedang menuntut di Institut pengajaian tinggi.Katanya ,*kalau kakak bertunang dulu apa emak dan abah akan izinkan?*Soalan main2 agaknya.

Tiap kali soalan2 mengejut yang berkaitan dengan usia remaja di bangkitkan kepadaku secara automatik aku terpaksa menyandarkan pengalaman ku semasa remaja.Ada sesetengah perkara tidak lagi relevan kerana perubahan masa yang amat ketara...Semasa zaman remaja kami tidak mempunyai telefon bimbit atau internet...malahan untuk memasuki talian talipon tetap pun agak lewat iaitu setelah kami semua sudah berumah tangga.Menyentuh mengenai perhubungan laki2 dan perempuan di zaman ku iaitu dalam tahun 70han ia agak berbeza sedikit dari tahun 60han (zaman kakak)yang lebih kuat pada tradisi anak perempuan tidak boleh keluar menemui laki2 sewenang2nya.Untuk mengikat satu ikatan persahabatan kami menggunakan medium surat menyurat yang kadang2 di tapis oleh kedua orang tua kami.Untuk bertemu selalu adalah sesuatu yang amat mustahil kerana susah untuk menghilangkan diri tanpa di sedari orang tua.Zamanku berjumpa (dating) dengan budak laki2 akan menjatuhkan air muka kedua ibu bapaku.Perumpamaan seperti *perigi mencari timba* ,*menjaga lembu sekandang ...*,*buah ditebuk tupai*,sering di ungkap oleh orang tua2 dahulu untuk mencerminkan kejelikan perbuatan berdua2an ketika itu.

Waktu itu memang timbul perasaan ingin bertunang dengan segera kerana dengan cara itu perasaan bersalah untuk menemui pasangan akan berkurangan dan lagi satu dapat mengurangkan gangguan dari laki2 lain(kerana dalam Islam haram bagi orang lain meminang perempuan yang sudah bertunang).Dan akhir sekali ia menandakan sudah ada ikatan kasih sayang yang sah di segi agama.

Selain dari kebaikan di atas terdapat juga beberapa masaalah yang akan timbul dalam hubungan pertunangan.Pasangan yang bertunang ini mesti menjaga tata tertib orang bertunang.Mereka harus menjaga status mereka sebagai tunangan orang.Di zaman yang serba bebas ini apakah mungkin mereka tidak tertakluk dengan godaan yang maha dasyat.Apakah perlu mereka membawa status 'bertunang' untuk mengelak kan semua godaan ini sedangkan mereka boleh berjumpa dengan ramai orang dan mengenali lebih dalam sifat tiap2 seseorang dan membuat pilihan.Dan apakah boleh kita terus mengatakan dengan beberapa bulan berkenalan dia adalah pilihan yang tepat dan terus mengikat diri kita dengan ikatan pertunangan.Dan setelah menjadi tunangan orang apakah tidak ada rasa *bersalah* bila keluar dengan orang lain walau hanya sekadar kawan biasa dan bagaimana pula hendak menangani cerita atau gosip yang mungkin sampai kepada tunang orang tu.

Kata ramai orang yang pernah bercinta ....waktu cinta itulah yang paling terindah
dan kemuncaknya ialah perkahwinan.Kenapa harus kita tidak sabar....Dalam banyak pekerjaan yang tidak dirancang dengan teliti akan berkesudahan dengan hasil yang kurang memuaskan.Pertunangan ialah satu perjanjian/kontrak(iaitu berapa lama tempoh untuk mula melaburkan diri dalam membina keluarga ) manakala perkahwinan itulah pelaburan yang sebenarnya.Tidak ada satu manusia pun yang melabur tanpa memikirkan untuk mendapatkan pulangan yang baik.Demi mendapat pulangan sepanjang hayat yang baik seperti ekonomi yang stbil,keserasian,anak2 yang sihat dan cerdik dan lain2,apakah kita mesti terburu2 membuat perjanjian....ingat ini bukan satu transaksi perniagaan untuk jadi kaya.Aku rasa dah terkeluar topik ni...no idea actually tapi sebenarnya apa yang aku nak tanya di sini is it very2 important to be engaged?

Ya saya tahu lain orang lain pendapat jadi saya telah membuat beberapa soalan kepada kawan2 e mail saya dan akan menyalin pendapat mereka dalam blog ini sebaik saja menerima jawapan dari mereka.ebagai penutup trimalah rangkap pantun ini...*kalau ada sumur di ladang,boleh kita menumpang mandi.Kalau ada umur yang panjang, boleh kita bertemu lagi.*