Pages

Sunday, April 01, 2007

Budak Nafsu

Baru2 ini ada miss call lagi .Terpapar nama *MAD* dalam screen hp ku."Dia masih belum boleh melupakan " fikirku dalam hati ".

Sudah dua tahun dan dia masih belum boleh melupakan.Mestikah aku memarahinya atau mengasihani nya. kerana dia mempunyai jiwa yang malang ,jiwa yang kosong. Aku ingat lagi susun kata2ku pertama kali dia menaliponku .Aku sambut salamnya dengan baik dan aku sulami dengan kata 2 nasihat...berkawanlah tapi andaikata berlaku perpisahan janganlah kamu dendam dan janganlah kamu anggap persahabatan itu mengikat kamu.Dan kebimbanganku menjadi nyata.

Dia seorang laki2 yang obsess dengan rasa cinta dan sanggup mengugut untuk menghancurkan orang yang di cintainya....Aku cuma dapat bayangkan perasaan sakit hatinya hingga dia mahu orang itu merasainya barulah dia rasa puas .Jiwanya sakit parah apabila cintanya tidak di balas.

30 tahun dahulu aku telah merasainya...aku telah disantau.Apakah satu dosa jika kita tidak mencintai orang yang mencintai kita.Apakah satu dosa jika kita mencintai orang lain.Dan aku telah terima padah atas dosa yang aku tidak pernah lakukan.

Aku masih ingat kata2 ugutan itu melalui sms.....dan aku masih bimbang selagi dia masih tidak mahu melupakan....berapa lama lagi harus dia sembuh dari penyakit obsessnya hanya Tuhan saja yang maha mengetahui.

Pernah satu ketika sahabatku menceritakan kepadaku yang dia sedang menderita. Hari2 dia sembahyang hajat dan memohon pada Allah agar dia dapat melupakan orang yang di sayanginya.Lelaki yang sudah berkeluarga.Lelaki yang sudah berumur 60 tahun!Alasannya laki2 ini melayan anak2nya dengan baik dan tidak lokek untuk bersedekah dan menolong orang2 yang susah.Ayat apakah yang dapat aku lontarkan kepadanya hanya sekadar menjadi pendengar hibanya.

Penyakit ini adalah 'isyq. Dalam buku Ibnul Jauzi yang bertajuk *Belengu Nafsu*
mengupas dengan dalam tentang penyakit 'isyq ini iaitu *di mabuk cinta, atau budak nafsu.*Orang yang di serang penyakit ini akan menderita kesedihan kerana tidak dapat melupakan wajah orang yang disayanginya.

'Isyq mula terjadi dari pandangan mata dan kemudian menyambung kepda perbualan dan seterusnya menguatkan rasa "isyq itu.Pandangan yang berulang kali di lemparkan akan melahirkan rasa cinta atau 'isyq tanpa di sedarinya.Sekelompok berpendapat hanya orang yang mempunyai tabiat yang halus sering mengalami nya tetapi tidak pada yang bertabiat kasar atau kejam.

Ada pula satu kelompok berpendapat 'isyq adalah perbuatan tercela kerana ia menawan,mengikat,memikat orang yang di landa 'isyq. Malahan 'isyq menjadikan si pemilik dalam posisi sebagai budak nafsu.Walau pun sesetengah kelompok berpendapat 'Isyq mungkin boleh mempertajamkan daya fikir dan mengasah perasaan selagi tidak melampaui kewajaran fikiran tetapi ia akan berubah menjadi racun yang siap membunuh.

Sesiapa pun tidak dapat menolong orang yang di landa 'isyq ini kecuali dirinya sendiri .Dia seperti berada di lautan api ,dan kita tidak dapat memadam api itu
apa yang dia boleh lakukan ialah berenang mengharungi lautan api itu hingga sampai ke penghujung.

Jadi setelah kamu paham semua ini apakah kamu mahu memarahi mereka atau mengasihani mereka?Aku cuma dapat berdoa agar jiwa2 mereka kembali tenang.

Oleh kerana nafsu adalah pemberian Tuhan untuk kesinambungan hidup maka jagalah ia dengan baik. Kecenderungan nafsu ini adalah kepada perkara2 yang di fikirkan lazat dan nyaman.Selagi daya akal kita dapat meletakkan nafsu pada propotion dan keperluan tabii manusia maka akan selamat lah diri kita dari menjadi budak nafsu.Sekian fikir2kan lah.






No comments: