Pages

Friday, March 09, 2007

Erti SAHABAT

Manakah lebih penting, sahabat atau cinta?
Bila kita mengalami kesulitan apakah orang yang kita cintai sanggup bersama2 kita,dalam suasana hidup yang amat sulit, sehingga dipikul,bahu rasakan runtuh ,di junjung kepala rasakan pecah ?Siapa yang akan lebih mendekati kita disaat2 ini, kekasih atau sahabat setia? Biasanya cinta hanya mendorong kepada perasaan yang tertentu seperi yang enak2,rindu2an ,rasa bahagia ketika memberi dan mendapat perhatian dan juga kasih sayang.Andainya salah seorang menghadapi masaalah besar dan tidak dapat memberi sepenuh perhatian dan tumpuan kepada pasangan mereka maka akan timbul pula pergolakan dalam hubungan cinta mereka...perasaan mesra akan mula pudar manakala seorang sahabat akan tetap berada disamping sahabatnya walau besar mana masaalah yang di hadapi oleh sahabatnya.

Manusia harus paham, bahawa cinta (dalam perkahwinan)adalah dalam linkungan bathin manakala sahabat adalah dalam linkungan dzahir.Manusia terutama laki2 tidak boleh hidup dalam linkungan bathin sahaja tetapi memerlukan teman atau sahabat di luar linkungan bathin mereka.Mereka perlu membincangkan soal hidup,perjuangan,soal pertimbangan akal membuat keputusan dan bertukar2 fikiran.Cinta tidak boleh menyekat orang laki-laki untuk mencari sahabat.

Bagi laki-laki ,carilah sahabat sebanyak2nya tapi cukuplah dengan cinta yang satu kerana sifat cinta itu adalah cemburu jadi memadailah dengan yang satu....cemburu seorang perempuan itu boleh memutuskan tali persahabatan.

Ciri2 sahabat setia;

-Dia jujur dan amanah.
-Terus terang dan tidak takut menegur kesalahan kita.
-Sanggup bekorban waktu,wang dan tenaga bila diperlukan begitulah sebaliknya dengan kita.
-Sabar dengan kerenah buruk kita.
-Dihurmati dan dimuliakan akan dia keluarga kita.
-Tinggi budinya, amalnya ,akalnya dan tujuannya sehingga dia mengangkat darjat kita bukan menjatuhkan kita.
-Di persetujui dan disamakan pendapat dan fikiran kita dengan nya.
-Rahsia kita disimpan dengan baik.

Maka beruntunglahlah orang yang mempunyai seorang sahabat yang setia dalam kehidupan mereka.Bagi mereka yang bercinta ...sekiranya cinta terputus di tengah jalan atas sebab2 tertentu, maka ikatkanlah semula dengan tali persahabatan dan carilah ciri2 seperti di atas...........sekian dan salam persahabatan dari saya....

NAHA.

No comments: