Pages

Wednesday, March 21, 2007

ERTI KEBAHAGIAAN PT 1



Apakah kebahagiaan? Ok my own words ,perasaan gembira kerana tidak ada masaalah...(tepat?).Sebenarnya susah nak define what is happiness especially true happiness.Manusia boleh define kekayaan tu kebahagiaan dia atau ramai anak ke atau ramai istri ke atau kejayaan kerjayanya ke dan lain2.Kalau itulah defination yang tepat kenapa ada orang kaya yang masih bunuh diri atas sebab kesunyian atau orang yang ada anak pulak sanggup bunuh familinya kerana banyak pinjam dari along atau orang yang dulunya banyak istri dan anak terdampar di rumah orang tua tanpa sesiapa melawatnya ...so what is true happiness and why people are seeking and willing to die for it.

Apakah perasaan bahagia itu berubah2 dan sifatnya yang tidak kekal membuatkan kita susah mendifinasikannya secara tepat.

Tell me frankly can money really makes u feel happy?U buy happiness with money,invest atas cinta yang sangat didambakan oleh u and at the end bila u dapat cintanya u rasa tidak murni,tidak sejati..kerana dia cuma mahu harta u. Money cannot make u happy,not without love.Money is only solution.

Then LOVE is happiness may be.Lebih tepat lagi cinta yang tidak bermasaalah.Mencapai kejayaan juga satu kebahagiaan.Terlalu luas definasinya.Walaupun u sedang mengecapi kebahagian sekarang ,yang menghairankan di celah2nya masih ada rasa bosan ,jemu ,marah ,malas dan lain2.Dan manusia mula mencari solutions dengan pergi berkelah,berjogging dan berhibur .Kenapa tidak dapat maintain kebahagiaan itu di dalam hati kita .Apakah kerana rasa cinta itu sendiri sifatnya tidak kekal selama2nya.Atau cinta itu hanya satu dari cabang2 nafsu selain daripada nafsu makan, nafsu kepada barang yang mahal dan indah dan lain2 keinginan .Dan nafsu pula cenderung kepada sifat suka berlebih2an kerana ia dapat mengembirakan hati kita.Lagi banyak kegembiraan yang kita perolehi, bertambah bahagialah hati kita.Dan bagaimana bagi mereka yang tidak dapat belebih2an dalam soal di atas , apa kah mereka tidak akan menemui kebahagiaan atau kegembiraan? Tidak mustahil bolehkan.


Jadi kalau soalan apakah anda bahagia dengan hidup anda sekarang ? jawapan saya ya saya bahagia. Tetapi kalau soalan yang berbunyi apakah anda benar2 bahagia dengan hidup anda? jawapan saya entah, saya sendiri tidak tahu.

Sekian dari saya yang mencari erti kebahagiaan yang sebenarnya.......

No comments: