Pages

Monday, April 30, 2007

Advice to Husband

The last person i want to give a piece of advice is my husband.Not because i don't have any advices for him but he is the kind of person who won't take my advises.There are so many things i ve spoken to him but fell on deaf ears.I just hope one day he will say to his children your mum was right.

If i could advice him, the first thing i want to say to him is please listen to some advices from your love ones.

Friday, April 27, 2007

ragam manusia: WAJAH SEORANG BAPA

ragam manusia: WAJAH SEORANG BAPA

My advice to Mum and Dad



A photo of Mak drawn by me.

Arwah emak meninggal dunia pada bulan November tahun 2002.Saya tak sempat nak melihat wajahnya buat kali terakhir kerana penerbangan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinanag tergendala.Hingga saat ini wajah yang saya terbayang ialah wajah yang bersih dan cantik pada usianya 70 tahun....Saya selalu terbayang2 wajah emak masa dia muda dulu,tentu cantik dengan kulit nya yang cerah dan hidung nya yang mancung cuma dia rendah.Bapak selalu buat joke kalau kami anak2nya dapat potongan Tok Siah(emak nama Asiah)tentu kami semua pendek2.Anak2 pulak protest ,kami ikut pak dapat kulit gelap ,hidung macam serombong kapal(nak express betapa besar nya hidung bapak)...kami semua ketawa terbahak2....(semuanya tinggal kenangan sewaktu arwah mak ada)

Sebenarnya itu kisah sewaktu kami sudah dewasa tapi lain pulak sewaktu bapak bekerja sebagai askar dan setelah dia pencen.Waktu itu kami masih kecil, bayangkan lah waktu umur kami baru setahun jagung pun kami sudah kena pukul oleh bapak.Bapak memang garang...mungkin terbawa2 dengan hukuman dalam tentera.Aku pula jenis suka merengek.
Kadang2 saya lihat emak menangis sorang2 mungkin juga sebab saya mungkin juga sebab lain....Sebenarnya bapak dengan mak tak pernah bergaduh.Bila saya besar baru saya tahu kenapa mak menangis....salah satu sebab nya,memang lah sebab kami...

Semasa bapak bertugas di perbatasan kadang-kadang hingga beberapa hari lamanya, sakit demam kami memang emak lah kena uruskan. Semasa di Port Dickson saya ingat lagi bila emak bawa saya ke hospital tentera kerana kencing berdarah (tak tahan makan buah mata kuchig).Tiap kali kena cucuk menjerit2 saya.Adik saya yang nombor dua (waktu itu dalam umur 2 tahun lebih)baru pandai berjalan kakak saya jaga di rumah dan adik saya yang no 3 yang baru berumur setahun ,emak dukung sekali ke hospital.

Bila saya masuk darjah satu,naik basikal dengan kakak nak pergi mengaji,tiba2 kaki saya tersepit dalam roda belakang.Dua2 terbalik tapi nasib baik lah dalam kawasan kem masa tu tak banyak kereta sangat.Kulit pangkal kaki saya terkoyak teruk juga dan sekali lagi tiap kali emak sapu ubat saya terlolong2 sakit.Seminggu saya tak ke sekolah.

Masih terbayang rasa gembira nya kami setiap kali bapak balik, bayanglah kami yang seramai 6 beradik yang masih kecil2 tu menerpa bapak dari jauh.bapak mesti bawa balik sesuatu untuk kami...kadang2 ration makanan tenteranya yang tak habis seperti jem,butter.Kalau kami bernasib baik bapak akan bawa chokelat wafer yang berbalut merah tu memang sedap sangat.Kalau musim buah2an bapak juga tak lupa bawa balik seperti buah mata kuching ,langsat atau rambutan.

Sebenarnya bila bapak pulang kami tak tahu bapak perlu berihat dan satu2nya bapak tak dapat ialah suasana sunyi untuk melelapkan mata...kakak dan abang kaki mengusik dan saya pula kaki menjerit ....lepas tu kami semua kena balun dan saya paling teruk sebab saya kalau menangis memang lambat berhenti,terbangun dari lena pun saya boleh sambung lagi.Bapak juga pernah mengikat kami pada pokok mempelam atau di tiang rumah sebagai hukuman.

Saya sudah lupa apa salah saya ketika itu tapi saya yakin atas sebab2 yang sama.Mula2 bapak kurung saya dalam jamban supaya saya berhenti menangis tetapi saya melolong lagi kuat jadi bapak rejam saya dalam kolam..Sebenarnya waktu tu kami tak rasa apa2 pun (seperti takut atau marah pada bapak)bila kena hukum kami tahu kami buat salah tapi bayangkanlah hati emak waktu itu.Tapi mak tak terkata apa2 sebab mak paham suaminya balik letih kami yang tak paham walaupun dah bagi tahu jangan buat bising.

Untuk emak saya cuma kesal kerana saya kurang bersama nya sejak saya memasuki asrama kemudian terus bekerja dan berkahwin....banyak sangat cerita yang saya ingin tahu tetapi tak sempat bertanya.....

Untuk bapak, saya tak pernah menyesal kerana selalu di pukul sebab saya tahu bapak sentiasa sayang kami.Saya tahu ada kekesalan dari kata2 bapak.Bapak selalu sebut yang bapak mungkin dah masuk penjara kerana mendera anak.Dan bapak selalu menyebut bila bapak marah macam kena rasuk hantu dan alhamdulillah selepas 2 tahun bersara bapak berubah dan tak pernah pukul kami lagi.Tapi kesan nya sungguh dalam terutama pada jiwa kami sekarang.Abangku yang sulung seperti merajuk dengan bapak.Kakak ku mudah menangis apabila bertengkar sehingga sekarang dan aku....sperti manusia yang mempunyai dua watak...mudah sedih dan mudah berontak....Yang paling mengembirakan kami apabila di usia dewasa ini kami adik beradik tidak pernah bergaduh dan saling berbincang bila pulang jumpa emak dan bapak di kampung dan mengingat2 kembali cerita lama sambil ketawa bila teringat kembali cerita2 lama.

Perfect woman / man

Perfect woman;

For me a woman can be perfect eventhough she is not working or genius or rich.

She must be independent, thinker,self starter,mind of her own ,attractive, appreciative and approachable.

Perfect man;

A perfect man for me is not by his look but by his characters and also his principles.A man that everybody will be proud off not because of what he did to himself but what he has done to his family and to the people under or around him.He must be dependable,bright and fast in thinking,courages and loveable.


Semasa aku tinggal di Kuching selama 6 tahun aku pernah berjiran dengan beberapa pasangan yang sangat ideal jika di pandang dari mata kasar...untuk mencari ciri2 seorang wanita yang sempurna bagiku tidaklah susah kerana kita akan berasa kagum dengan cara dia menguruskan keluarganya.Yang penting cara suaminya melayaninya sebagai seorang insan yang bernama wanita.

Ada juga suami walau pun berpendidikan agama tetapi suka menpersendakan isteri dengan kata2 ingin berkahwin lagi yang menjadi satu mental torture kepada isteri kerana takut di madu lalu mengikuti semua kata2nya.Walaupun si Isteri datang dari keluarga berada tetapi perasaan terikat atau terlalu bergantung kepada suami masih tebal.(kebiasaannya kebanyakan wanita yang telah berkahwin amat takut di tinggalkan oleh suami)

Ada juga wanita yang berpendidikan tinggi dan berjawatan besar terlalu sibuk bekerja hinggakan urusan anak2 di biarkan kepada pengasuh. Walau pun kejayaan mereka itu membanggakan tetapi saya masih tidak menganggap wanita itu sebagai perfect.

Perfect woman yang saya nampak ialah wanita yang telah menguruskan anak2 nya dari kecil sehingga berjaya semuanya dan telah di beri pengiktirafan oleh suaminya bahawa kejayaan yang di capai itu adalah kerana usaha isterinya .Kata2 ikhlas itu datang dari seorang suami yang berpangkat dan berpengaruh .Alangkah bahagianya wanita itu ! Dan dia lah yang mempunyai ciri2 seorang wanita sempurna yang telah saya tuliskan di atas tadi.

Manakala ciri2 lelaki yang perfect ialah dia berjaya menundukkan ego nya sedikit apabila berhadapan dengan kekurangan dari apa yang di jangkakan.Seorang ketua yang boleh membimbing
dan memberi motivasi.Boleh memahami sifat orang lain selain dari dirinya.Boleh menyesuaikan diri dan tahu perbezaan character seorang majikan,bapa ,kawan dan suami.Seorang laki2 yang perlu di hurmati bukan di takuti.

Wednesday, April 25, 2007

QUESTION MARKS??

Ibu , aku tidak sempat mengadu....


Di dalam perjalanan hidup ini banyak sangat situasi yang kita tidak jangkakan berlaku atas diri kita .Ada yang bagus ada juga yang tidak.Di sebabkan manusia di lahirkan dengan sifat kekurangan maka tidak hairanlah di sepanjang perjalanan itu kita tidak dapat mengelak dari melakukan bebarapa kesilapan .Kerana Tuhan juga mencipta kita akal dan menganugerahkan badan yang sihat dan cukup sifat maka melalui nya juga kita akan gunakan untuk bersaing dan bekerja keras untuk mendapat apa saja yang terbaik dalam hidup kita.Kejayaan atau kemenangan adalah satu kepuasan pada setiap manusia.Tetapi bukan semua yang akan mengecapinya.


Dalam sebuah kehidupan juga ada pasang surut nya.Kita kadang2 merasa sesal kerana tidak melakukan sesuatu yang sepatutnya kita lakukan dahulu.Adakalanya kita belajar dari kesilapan kita yang dahulu dan menghargai peluang yang datang buat kali kedua dan berusaha semula se hingga berjaya.Tetapi ada juga yang sudah terlambat untul disesalkan.

Manakala asam garam kehidupan seperti di tipu , di marah,di herdik, di puja ,di sayang ,di sanjung dan lain2 merupakan satu perkara biasa dalam kehidupan manusia.Manusia suka membangga2kan diri atas kelebihan yang mereka miliki dan merasa amat rendah diri apabila kekurangan dari orang lain.

Inilah satu persoalan yang berlegar dalam kepala saya selama ini kenapa kita sebagai manusia merasa malu dan rendah diri pada kesilapan dan kegagalan yang kita lalui?kita tidak berani bercerita perkara2 yang mengaibkan kita walaupun kesilapan itu tidak di sengajakan atau telah di insafi.Apakah menjadi satu lagi kesilapan kita sekiranya cerita kita di ambil sebagai iktibar.....

Saya cuba memahami persoalan ini dengan bertanya pada diri saya , apakah saya akan meanjawap dengan jujur tanpa ragu2 pada soalan2 di bawah .Apakah saya akan di hina sekiranya orang membaca jawapan saya nanti.Apakah dengan menjawap semua soalan itu nanti saya akan mencatit satu lagi penyesalan yang besar.Apakah dengan mencerita segalanya saya tidak lagi ada rahsia yang boleh di anggap rahsia.Jawapan nya hanya ada pada diri saya sendiri......dan saya sedang memikirkan jawapan 2 nya !


Describe a perfect man or woman.
Advice to dad.
Advice to mum.
Advice to husband.
People like me because.....
Your ideal partner.
Your ideal family.
Your ideal friend.
Your best moment.
Your childhood dream.
Nobody knows that i am....
Your biggest lie.
Your biggest fear.
Your biggest regret.





To be continued......

25 April

Pushie yang lemah.


Hari ini Pushie batuk2 pula ,suami suruh saya bawa dia jumpa doktor.
Dia agak letih tapi batuknya sudah berhenti.....mungkin agaknya dalam tekaknya ada *furball* tak pandai nak di muntahkan nya.....macamana nak ajar dia muntahkan fur ball tu.

Yeakkkk tuuii!

Pushie ikut cepat !

Yeakkkkk Tuiiiiiiiiiii!

Bodo punya kuching !

Tuesday, April 24, 2007

Pushie oooo pushie

Badan Pushie semakin kurus kerana tak makan....hari ni pun dia tak mahu makan...nak kata demam pun tidak sebab hidung nya basah....apa dia tak selera makan ni disebabkan keletihan yang melampau ke?

Kebelakangan ni tiap2 malam dia keluar dan pulang semula esok pagi dan terus masuk bilik air untuk minum kemudian tidur terlentang macam letih sangat...apa disebabkan itukah dia keletihan sangat sampai tak berselera nak makan....macam tu punya letih ke !

Pushie selalu buat aku kerisauan....dia tak balik pun aku risau,dia tak makan pun aku risau...susah nya sebab dia tak boleh bercakap dengan aku dan dia juga tak tahu betapa risaunya aku pada dia...Kenapa dia buat aku macam ni hah! tak tahu ke dia kat luar tu bersepah kuching2 kelaparan ,dia bertuah kerana aku sediakan makanan untuknya tiap2 hari ,itu pun dia tak mahu makan.Bila aku sua cokelat dia bedal pulak...tak paham le aku dengan feel dia ni.

Aku tak mahu dia mati meragan depan aku...anak2 pernah suggest aku cari kuching betina sekor bagi untuk Pushie...nak mampos ,nanti beranak-pinak pula ,siapa nak jaga. Cukup le sekor Pushie ni saje...nanti tak pasal2 aku kena high blood preasure pulak...Pushie oooi....makanle sikit !

MY WORRINESS












Aku sedang bersantai dengan kesayangan ku.





PUSHIE : Di pungut pada 5 hb April, 2006.

Sunday, April 22, 2007

Sekarang aku lagi sedang dengar lagu2 dari fail Ares.Ku ulang2kan dan sengaja aku kuat kan speaker suround system Altec Lansing....itu cara ku bila mendengar musik suka bunyi yang kuat dan rancak kalau slow nama nya lembab dan boleh buat aku tidur.

Kalau lagu2 rancakmemang mudah buat aku menghayun kan tangan dan menggoyang2 kan punggong dan mungkin aku boleh excercise semula...tapi susah nak download lagu2 yang sesuai sebabnya aku sendiri kurang tahu nama lagu maupun album atau penyanyinya. Oh ya aku dah tahu gaimana nak ke radio channel yang bagus2 tapi kadang2 ada juga masaalahnya bila selalu tergendala.Sekarang ni aku bosan kerana most of the blogs yang aku baca kadang2 tak update their postings. Aku kena fikir apa aku harus buat seterusnya.

Sekarang ni diri aku dah terurus..bukan itu maksud ku, aku tidak bermaksud yang aku tidak mandi ke tidak makan ke, bukan aku tapi keliling ku. Sekeliling aku tak terurus kerana aku yang tak mengurus jadi samalah tu aku tak terurus kerana tak mengurus semua tu...

Aku kena ada jadual waktu untuk diri aku ...sejak aku gila surf internet ni aku langsung tak gerakkan badan aku,bukan, bukan tak gerak macam orang mati tu tapi tak bergerak untuk keluarkan peluh.Aku pun dah tak kisah sangat rumah aku semak ke tidak, cis tak leh jadi ni.

Dalam kepala aku sebenarnya dah ada list nak buat tu nak buat ni...Tapi tak mula2 jugak....Aku nak start dengan berjoging pagi2 sekurang2 nya keliling rumah 10 kali macam dulu2.Hirup udara segar ,tenguk matahari naik atau kadang2 boleh juga nampak kabus pagi.Lepas tu buat sembahyang Dhuha.Arrghhhh! apa nak jadi dengan hidup aku ni.

Tuesday, April 10, 2007

BerKaWan


(Gambar Che' Mat sedang menyanyi)

Terlalu lama rasanya tidak luah kan perasaan2 halus yang ada di benak hati.Perasaan yang hanya diri sendiri yang dapat mndengar dan memahami.Tetapi hari ini hanya sekadar ingin menulis apa saja yang terlintas di kepala dan terasa di hati.

Detik ini perasaan terkilan kerana digi-cam telah di curi orang masih terasa...kerana melalui gambar juga kia dapat melahirkan perasaan jadi disini mungkin separuh dari perasaan itu tidak dapat di paparkan di sini.
Walaubagaimanapun aku yakin akan dapat penggantinya,Insyaallah.

Kedua, bukan kerana rasa terkilan akan kehilangan digi-cam yang hendak aku tuliskan di sini tetapi watak2 manusia yang aku tidak dapat terima dalam kehidupan ku.Dalam jangka masa setahun ini aku tinggal di sini, aku tidak pernah mempunyai kawan baru.Duniaku dan kawan2 ku banyak berligar antara suamiku dan anak2 ku.

Aku jarang merasa kekosongan kerana tiada kawan baru itu, malahan aku sudah terbiasa dengan keadaan keseoranganku.Aku cuma berjumpa kawan baru dengan secara tidak langsung kalau di kenalkan melalui kawan suami dan itupun sekadar menegur sapa.

Sungguh aku kagum dengan pemberian Allah yang satu ini ialah keupayaan kita menilai sesuatu atau seseorang dengan mengimbas pertuturan atau keadaan. inilah yang dinamakan *instinct*.Aku menilai dan aku juga pasti di nilai orang.

Ada beberapa manusia kebelakangan ini yang aku temui tetapi terlalu berbeda rasa dengan ku.Aku kagum dengan kecenderungan mereka bercakap tetapi ada sesetengah isu itu aku tidak suka mereka bercakap .Tetapi mereka akan bercakap terus kerana dari percakapan inilah mereka akan menjebak kita.

Aku sebenarnya tidak suka kepada percakapan yang hanya untuk menjebak!

Suatu masa dulu aku mengenali Mami - dan aku telah lama putus hubungan dengan nya.Dia tidak lagi datang atau memanggilku melalui telepon.Anak2 serta suamiku juga tidak selesa dengan sikap nya yang terlalu pro-aktif atau mendesak.

Mula kenalnya pada Hari Raya Aidil Fitri tahun 2005,apabila dia mengikuti rombongan marhaban ke rumah ku.Pada hari pertama bertemu aku sudah kehairanan kerana di dalam majlis di rumahku dia sudah berura2 mengadakan rombongan untuk membawa *orang2 marhaban* ke Kuala Lumpur.

Selang dua hari dia datang kerumahku dengan suaminya .Waktu itu seperti biasa HANYA aku sahaja di rumah.Seboleh2 nya dia mengajak aku mengikuti rombongan ke KL dengan alasan masih ada 2 bangku kosong.Alasan lain ialah untuk aku mengenali orang kampung dengan lebih dekat dan mempelajari sesuatu yang baru.

Aku menolak kerana aku dan suamiku sudah selalu ke KL.Yang menjadi tanda tanya ku ketika itu kenapa dia sanggup mengambil masa berjam2 untuk memujuk aku sedang kan dia tahu aku tidak mahu pergi dan tidak akan pergi tanpa izin suami dan yakin suami tidak akan benarkan aku membuang masa dengan bangun jam 4 pagi untuk menaiki bas dan bila sampai di KL akan mandi- manda serta sembahyang subuh di masjid negara.Kemudian pulang semula pada malam itu juga setelah melawat beberapa tempat.

Aku sudah merasai seperti ada sesuatu yang dilindunginya.Dan bila alasan ku ia memenatkan dan akan memburukkan lagi tumit ku yang *SAKIT*.Barulah aku tahu yang dia adalah direct selling agen.Menyesalnya aku bukan kepalang kerana terpaksa mendengar KHUTBAH UBAT nya pula dari barangan LUXOR untuk tambahan masaku.

Taktiknya amat mudah kalau kita tidak begitu yakin disuruhnya kita ambil daulu tanpa bayaran dan tenguk keberkesanannya. Selepas itu timbullah perasaan RIMASku apabila dia mengunjungi tempat ku hampir setiap hari dan menyuruhku membuat makan2 dan mencari orang datang mendengar ceramah LUXOR.Dan ada satu2 ketika dia seperti mengarahku untuk mendengr LUXOR di Johor Bahru (100km) dan hendak menumpang orang2nya dengan NAZA suamiku,MASYAALLAH apa jenis manusia yang tak ada rasa segan silu ni.

Akhirnya, aku langsaikan semua harga barangan walaupun tidak habis dipakai dan belum ada apa2 kesanpun dengan kata2,* Mami barangan2 ini langsung tidak sesuai dengan saya.Kulit saya rasa pedih seperti terbakar ,apakah ada jaminan jika kulit saya rosak?*

Aku tidak menyukai perangai mami kerana dia mahu memperalatkan aku.Aku jenis yang menghurmati orag tetapi tidak bermakna aku boleh dipermainkan.Aku tidak menyukai dia kerana cara dia menjual barangannya dengan menjebak bukan membantu.Dia hanya pentingkan kantung duitnya,tetapi tidak memikir kantung orang lain.Dan diriku tidak menyukai dia kerana apabila dia bercakap dengan ku mata nya melilau ketempat lain.Dan dia akan membanding2kan diri aku dengan orang lain yang boleh di bodohkan melabur beribu2 kerana termakan dengan kata2nya ingin menolong kita jadi kaya.SAYA BUKAN KAWAN DIA tetapi saya berterima kasih padanya kerana telah mengajar saya sesuatu dalam hidup.

Kemudian muncul lagi kawan baru nama CT,yang saya rasa tidak serasi dengan diri ini.Dia tidak macam mami kerana dia tidak jual ubat tapi dia terlalu amat sangat peramah sehinggakan semua akan di ceritakan nya walau pun kita tidak ingin tahu dan ingin bertanya.Dua hari mengenali nya seperti sudah kenal dua tahun.Express kan?Tidak kah dia ingin menyimpan sedikit cerita supaya kita sebagai kawan baru terasa ada thrill untuk tahu akan dirinya?

Kemudian aku mengenali Che' Mat ,kawan suami di bangku sekolah rendah lagi.
Dia juga peramah yang amat sangat,tetapi beza nya dia laki2, dia bercerita soal pengalaman, dia tidak menjebak .Dia juga tidak menceritakan hal peribadinya terlalu mendalam.(sebab itu masih ada thrill untuk mengetahui peribadinya)Dia banyak bercerita mengenai pengalaman dan kawan2nya...dan sama juga ada masa2 tertentu suami tidak rasa selesa bila bersama2 nya tetapi pada satu2 masa suami perlukan keberadaannya.

Dan yang terbaru aku mendapat kawan baru ialah bila ada parti direct selling ELKEN ,di rumah EN Hamid,bekas OCPD Kluang tetapi asal orang Perak.Orang2 di situ semuanya ok termasuk kawan kami Che'Mat.

Syam ex KE semasa mempromosi barangan nya cuba memberi penjelasan perihal kebaikan produk suppliment nya itu.Sebenarnya secara tidak langsung aku seperti mengulangi mata pelajaran biologi bab sistem organ dalam badan.Aku dapat menyoal dan mengeluarkan pendapat ku dan aku puas hati kerana tidak timbul perasaan di paksa.Tetapi isteri Syam pula memainkan peranan yang lain,dia suka menjebak.

Ada 4 kes selama 6 jam aku berada dalam parti Elken itu yang kata2nya berniat menjebak kami untuk membeli barangannya.

1)Bila suamiku duduk terlampau lama tapak kaki nya jadi merah.
Bini Syam: tenguk tapak kaki suami u, tu tanda kolestrol tinggi.Puan Azimah bole buat GUASA.(sambil mengambil alat merupakan tanduk kerbau yang nipis dan menggosok atas kuli belakang suami.)

Pendapat ku:SEORANG DOKTOR PUN TERPAKSA AMBIL DARAH UNTUK TENGUK KANDUNGAN KOLESTROL DALAM DARAH ,BUKAN MAIN TENGUK TAPAK KAKI ATAU GOSOK KULIT BADAN.

2)Bila air RO yang jual dengan mesin di tepi jalan (air ini dibawa oleh Che'Mat)dan di test kandungan pencemarannya dan jawapannya ialah O(bagus).
Bini Syam : Eeeee jangan belilah air tepi jalan tu kadang2 bekas botol yang dia orang guna tu ada bekas2 air liur mereka.

Apabila kami bertanya Up Linenya samaada penapis air nya boleh menapis kuman kerana terlalu halus ibarat rambut di belah 500per belahan,katanya ya..Bagaimana pulak dengan kuman dari udara bagaimana pulak dengan imun sistem kita melawan kerana tiada kuman langsung dalam badan.Ia mengiakan kata2 kami.

3)Bila dah hampir selesai semua nya.
Bini Syam : kulit u nampak kusam le biar Puan Azimah buat facial,kulit muka i dulu pun teruk juga.I pakai Nutrimatics ,masih ada lagi ,habis ni i pun nak tukar.
(lantas Puan Azimah melakukan facial atas ku)


4)Bila dah bayar dan nak angkat punggong untuk pergi.

Bini Syam: Sambil tenguk pada Qayum,anak i pun macam ni le kurus je,kulit pun ada jerawat....dan aku terus mencelah.

Aku: budak sekarang mana suka gemuk2, tenguk orang gemuk sikit pun dia dah phobia........

Bini Syam: Diam terus.Mungkin terasa ,mungkin juga tidak !



Dan aku seperti biasa ,sudah terbiasa tanpa KAWAN.

Friday, April 06, 2007

Monday, April 02, 2007

SuraT Untuk Wanita

Wahai Wanita,

Sudah sekian lama aku pendamkan sesuatu untuk kamu.Apa yang terkumpul di dalam benak hati ku sudah lama melekat seperti karat yang sukar hendak di kikis.Kini karat itu semakin menebal,dan aku perlu sangat membersihkannya,agar karat itu tidak memudaratkan hatiku.

Adakalanya aku merasa seperti getirnya menjadi wanita.Yang sering dianggap kaum lemah.Apa mesti kelemahan itu sahaja menjadi sandaran, bagaimana dengan akal, dengan perasaan atau dengan kesabaran.Sebenarnya wanita seperti aku dan juga kamu di beri Allah dengan akal yang sempurna dan boleh berfikir.Tetapi kenapa ya laki2 suka meletakkan akal ku di bawah.Kadang2 langsung tidak mahu menilainya dahulu.

Apakah ayat yang mengatakan wanita punya 9 nafsu dan 1 akal itu di jadikan sandaran...bagiku hanya manusia yang tidak berilmu sahaja akan menyandarkan ayat ini sebagai semata2 nafsu sex. Sebenarnya cabang2 nafsu itu banyak.Nafsu kami pada makanan,nafsu pada barang2 perhiasan ,pakaian dan lain2. Apakah ayat2 ini juga membuat kan kami hanya di pandang atau di label sebagai objek sex sahaja .Laki2 jenis ini adalah yang terkutuk dan mudahan Allah mengutuk mereka dengan keras.

Wanita sepertiku memang beremosi.Hati ku juga kadang kala boleh menjadi keras seperti batu.Aku boleh melawan kalau mahu tapi untuk apa...kerana yang merasa sakit nanti ialah diriku sendiri .Dari terus aku di sakiti lebih baik diam, tetapi ketahuilah ada kalanya hati ini mahu memberontak supaya di dengari supaya di beri peluang untuk melakukan cara aku sendiri.

Tidakkah kamu tahu wahai laki2 ,ego mu tanpa kamu sedari telah mengongkong akal ku dari berfikir.Kamu lebih suka aku menuruti setiap perintahmu.Dan jadilah aku manusia yang paling malas untuk berfikir.Lalu kamu menegurku tidak melakukan apa2.Apa yang harus aku lakukan hanya sekadar memuaskan hati mu ,bagaimana dengan hatiku...bebaskah aku melakukannya?

Memang aku selalu bersyukur kerana memiliki mu wahai laki2,yang tanpa mu aku rasa terlalu kekurangan,terlalu lemah.Di sini aku cuma sekadar ingin memberitahu padamu.Berilah satu pengiktirafan kepadaku bahawa pendapatku juga benar .

Sekian ,

Dari Ku Untuk Wanita.

Sunday, April 01, 2007

Budak Nafsu

Baru2 ini ada miss call lagi .Terpapar nama *MAD* dalam screen hp ku."Dia masih belum boleh melupakan " fikirku dalam hati ".

Sudah dua tahun dan dia masih belum boleh melupakan.Mestikah aku memarahinya atau mengasihani nya. kerana dia mempunyai jiwa yang malang ,jiwa yang kosong. Aku ingat lagi susun kata2ku pertama kali dia menaliponku .Aku sambut salamnya dengan baik dan aku sulami dengan kata 2 nasihat...berkawanlah tapi andaikata berlaku perpisahan janganlah kamu dendam dan janganlah kamu anggap persahabatan itu mengikat kamu.Dan kebimbanganku menjadi nyata.

Dia seorang laki2 yang obsess dengan rasa cinta dan sanggup mengugut untuk menghancurkan orang yang di cintainya....Aku cuma dapat bayangkan perasaan sakit hatinya hingga dia mahu orang itu merasainya barulah dia rasa puas .Jiwanya sakit parah apabila cintanya tidak di balas.

30 tahun dahulu aku telah merasainya...aku telah disantau.Apakah satu dosa jika kita tidak mencintai orang yang mencintai kita.Apakah satu dosa jika kita mencintai orang lain.Dan aku telah terima padah atas dosa yang aku tidak pernah lakukan.

Aku masih ingat kata2 ugutan itu melalui sms.....dan aku masih bimbang selagi dia masih tidak mahu melupakan....berapa lama lagi harus dia sembuh dari penyakit obsessnya hanya Tuhan saja yang maha mengetahui.

Pernah satu ketika sahabatku menceritakan kepadaku yang dia sedang menderita. Hari2 dia sembahyang hajat dan memohon pada Allah agar dia dapat melupakan orang yang di sayanginya.Lelaki yang sudah berkeluarga.Lelaki yang sudah berumur 60 tahun!Alasannya laki2 ini melayan anak2nya dengan baik dan tidak lokek untuk bersedekah dan menolong orang2 yang susah.Ayat apakah yang dapat aku lontarkan kepadanya hanya sekadar menjadi pendengar hibanya.

Penyakit ini adalah 'isyq. Dalam buku Ibnul Jauzi yang bertajuk *Belengu Nafsu*
mengupas dengan dalam tentang penyakit 'isyq ini iaitu *di mabuk cinta, atau budak nafsu.*Orang yang di serang penyakit ini akan menderita kesedihan kerana tidak dapat melupakan wajah orang yang disayanginya.

'Isyq mula terjadi dari pandangan mata dan kemudian menyambung kepda perbualan dan seterusnya menguatkan rasa "isyq itu.Pandangan yang berulang kali di lemparkan akan melahirkan rasa cinta atau 'isyq tanpa di sedarinya.Sekelompok berpendapat hanya orang yang mempunyai tabiat yang halus sering mengalami nya tetapi tidak pada yang bertabiat kasar atau kejam.

Ada pula satu kelompok berpendapat 'isyq adalah perbuatan tercela kerana ia menawan,mengikat,memikat orang yang di landa 'isyq. Malahan 'isyq menjadikan si pemilik dalam posisi sebagai budak nafsu.Walau pun sesetengah kelompok berpendapat 'Isyq mungkin boleh mempertajamkan daya fikir dan mengasah perasaan selagi tidak melampaui kewajaran fikiran tetapi ia akan berubah menjadi racun yang siap membunuh.

Sesiapa pun tidak dapat menolong orang yang di landa 'isyq ini kecuali dirinya sendiri .Dia seperti berada di lautan api ,dan kita tidak dapat memadam api itu
apa yang dia boleh lakukan ialah berenang mengharungi lautan api itu hingga sampai ke penghujung.

Jadi setelah kamu paham semua ini apakah kamu mahu memarahi mereka atau mengasihani mereka?Aku cuma dapat berdoa agar jiwa2 mereka kembali tenang.

Oleh kerana nafsu adalah pemberian Tuhan untuk kesinambungan hidup maka jagalah ia dengan baik. Kecenderungan nafsu ini adalah kepada perkara2 yang di fikirkan lazat dan nyaman.Selagi daya akal kita dapat meletakkan nafsu pada propotion dan keperluan tabii manusia maka akan selamat lah diri kita dari menjadi budak nafsu.Sekian fikir2kan lah.