Pages

Wednesday, April 25, 2007

QUESTION MARKS??

Ibu , aku tidak sempat mengadu....


Di dalam perjalanan hidup ini banyak sangat situasi yang kita tidak jangkakan berlaku atas diri kita .Ada yang bagus ada juga yang tidak.Di sebabkan manusia di lahirkan dengan sifat kekurangan maka tidak hairanlah di sepanjang perjalanan itu kita tidak dapat mengelak dari melakukan bebarapa kesilapan .Kerana Tuhan juga mencipta kita akal dan menganugerahkan badan yang sihat dan cukup sifat maka melalui nya juga kita akan gunakan untuk bersaing dan bekerja keras untuk mendapat apa saja yang terbaik dalam hidup kita.Kejayaan atau kemenangan adalah satu kepuasan pada setiap manusia.Tetapi bukan semua yang akan mengecapinya.


Dalam sebuah kehidupan juga ada pasang surut nya.Kita kadang2 merasa sesal kerana tidak melakukan sesuatu yang sepatutnya kita lakukan dahulu.Adakalanya kita belajar dari kesilapan kita yang dahulu dan menghargai peluang yang datang buat kali kedua dan berusaha semula se hingga berjaya.Tetapi ada juga yang sudah terlambat untul disesalkan.

Manakala asam garam kehidupan seperti di tipu , di marah,di herdik, di puja ,di sayang ,di sanjung dan lain2 merupakan satu perkara biasa dalam kehidupan manusia.Manusia suka membangga2kan diri atas kelebihan yang mereka miliki dan merasa amat rendah diri apabila kekurangan dari orang lain.

Inilah satu persoalan yang berlegar dalam kepala saya selama ini kenapa kita sebagai manusia merasa malu dan rendah diri pada kesilapan dan kegagalan yang kita lalui?kita tidak berani bercerita perkara2 yang mengaibkan kita walaupun kesilapan itu tidak di sengajakan atau telah di insafi.Apakah menjadi satu lagi kesilapan kita sekiranya cerita kita di ambil sebagai iktibar.....

Saya cuba memahami persoalan ini dengan bertanya pada diri saya , apakah saya akan meanjawap dengan jujur tanpa ragu2 pada soalan2 di bawah .Apakah saya akan di hina sekiranya orang membaca jawapan saya nanti.Apakah dengan menjawap semua soalan itu nanti saya akan mencatit satu lagi penyesalan yang besar.Apakah dengan mencerita segalanya saya tidak lagi ada rahsia yang boleh di anggap rahsia.Jawapan nya hanya ada pada diri saya sendiri......dan saya sedang memikirkan jawapan 2 nya !


Describe a perfect man or woman.
Advice to dad.
Advice to mum.
Advice to husband.
People like me because.....
Your ideal partner.
Your ideal family.
Your ideal friend.
Your best moment.
Your childhood dream.
Nobody knows that i am....
Your biggest lie.
Your biggest fear.
Your biggest regret.





To be continued......

No comments: