Pages

Monday, May 14, 2007

BERSARA

Baru2 ini aku tenggelam dengan aktiviti lama ku iaitu membaca dan melorek gambar.Oleh sebab talian internet bermasaalah jadi aku langsung tidak memegang komputer...tetapi sebelum itu pun aku juga lama tidak menulis e mail pada kawan2 sehingga kawan ku menghantar tanda tanya yang berulang untuk aku....mestilah pelik sebab aku lah yang tak pernah berhenti menulis dan akulah orang yang selalu keluarkan berbagai2 soalan untuk mendapat balasan agar hubungan kami tidak terputus atau sunyi atau sekurang2nya dlm in box kami mesti ada satu e mail antara kami.



Tapi tiba2 mood aku menurun ,aku jadi malas .Dua minggu darah haid ku lambat dan dalam waktu itulah buah dada ku rasa sakit dan kepalaku kadang2 rasa pening...Aku idak mahu memikirkan sangat hal ini sebab aku yakin ia berkaitan dengan hormonku...samaada darah haid aku datang atau tidak bulan ini aku akan terima ia sebagai tanda2 awalan untuk seorang wanita yang akan putus haid.



Semalam aku dapat satu lagi fakta dari kawan ku Rahimah yang boleh aku menafaat kan .Setelah aku hantar e mail pada semua orang tentang topik yang perlu kami bincang iaitu menopause,aku dapat jawapan ini dari Im.Katanya jangka wanita mengalami haid ialah 33tahun 3 bulan ,jadi jika kita mengalami haid pada umur 12 tahun maka haid kita akan putus pada 45 tahun 3 bulan...(kenapa 3 bulan ujung tu...entahlah! ).Manakala apa yang aku tahu menopause boleh berlaku pada wanita antara umur 40 tahun keatas sehingga 50.Dulu pun ibu ku pernah berkata siapa datang lewat akan habis lewat jadi nampaknya dua faktor ini berkaitanlah.Kata Im lagi biasa wanita yang hampir putus haid jarang mengandung kerana pengeluaran telurnya yang kurang subur dan kandungan oksigen dalam telur juga agak berkurangan(aku belum semak kebenaran faktor ini) dan sekiranya mengandung kena berhati2 dengan penjagaan pemkanan dan lain2...Aku juga tahu risiko ibu tua mengandung...boleh mendapat anak down syndrom atau kecacatan yang lain tetapi alhamdulillah ibu ku semasa melahirkan adik bongsuku dulu sihat walafiat dan cerdik pula...begitu juga dengan jiran sekampungnya dulu.

Perubahan fizikal ku memang sangat ketara ketika umurku menjangkau 44 tahun yang lalu...apa yang aku hairan ialah pinggang ku yang melebar secara mendadak...maksudku MENDADAK seperti semalam masih kecil tiba2 hari ini sudah ada lemak sekelilingnya. Perubahan kedua yang ketara ialah lengan ku yang terlalu besar...dan ianya sama, memang sama seperti emak yang pernah aku lihat bertahun2 dulu....

Aku juga pernah mengalami dua kali kedatangan haid sebulan dua kali yang amat merisaukan aku sekiranya itu bukan darah haid tetapi darah penyakit dan sekiranya darah penyakit aku mesti sembahyang. Setelah menemui Doktor dan di sahkan ia nya darah haid kerana wanita ada dua ovari dan kemungkinan kedua2 nya mengeluarkan telur pada waktu itu, aku mulai lega dan apabila kejadian itu berlaku pada kali kedua aku sudah tidak panik lagi. Mungkin telur2 ini berebut2 mahu keluar sebelum kilang nya di tutup, who knows?

Aku sebenarnya sangat2 menantikan hari putus haid ku, hari dimana aku dah tak perlu membeli pelekat wanitaku sebulan sekali tu.Kadang2 aku terlupa untuk melihat kalendar dan terpaksa mencari kedai 24jam apabila kawan baikku tiba2 muncul/bocor tanpa menyediakan bekalan.Pernah satu ketika aku berada dalam bas ekspress dan dia datang lalu melekat di pakaianku tanpa aku perasan dan di tegur oleh seorang wanita yang duduk di belakangku.. dan bila bas berhenti di tempat rehat aku terpaksa bergegas dan menggunakan tisu tandas yang ada di situ untuk sementara waktu. Dan aku juga tak perlu worry kalau termengandung di usia2 senja begini.Aku mengharap kedatangan nya dengan segera.

Banyak cerita yang kalau di kumpulkan oleh orang2 yang sudah menopause akan berkata pre menopause ini akan membuat anda sedikit tertekan kerana pusingan haid yang tidak menentu dan kemunculan tanda2 berbagai jenis penyakit.Mula2 aku ingat ianya tidak lah sesukar itu tetapi lambat laung aku mulai paham .....tanda2 lain seperti sakit tulang tumit ku yang susah hilang walaupun aku sudah mengambil pil kalsium dan glucossamine sulphate.

Selain itu aku juga mengalami rahim yang kian jatuh (prolapse),di sebabkan sembelit.Nasibku agak baik kerana ada ubat serasi dengan ku yang mudah aku dapati dari semua cabang farmasi.Pernah suatu ketika aku bercadang hendak melakukan operasi membuang rahim dan suamiku tidak membantah kerana fikir ku aku tidak perlu beranak lagi dan ia juga akan menyelesaikan masaalah rahim jatuh yang menyulitkan pembuangan air besarku...tetapi setelah membaca satu article mengenainya aku terus membatalkan rancangan itu.

Sebenarnya rahim adalah nadi wanita, tanpanya nafsu sex juga akan tiada. Ia tiada kaitan dengan kedatangan haid iaitu pembenihan.Kesuburan wanita melahirkan anak tidak kena mengena dengan nafsu sex.Wanita yang putus haid juga mempunyai nafsu tetapi tidaklah sekerap ketika mereka subur.

Fakta yang amat mengembirakan aku setelah membaca article mengenai kenyataan wanita yang putus haid dan mengalami masaalah yang sama dengan ku iaitu prolapse memberitahu ia nya boleh baik selepas 6 bulan ia melakukan yoga iaitu berdiri dengan kepala dan Kegel exercise.Yang mana aku masih belum mencari maklumat terpeinci mengenai exercise tersebut.Dan sepanjang aku mengalami fasa premenopause ini aku tidk pula mengalami hot flash yang kata orang yang pernah mengalaminya akan mendatangkan distress kerana kepanasan dan kurang tidur.

Wanita yang sudah melalui fasa menopause ini rata2 berbangga dengan perubahan2 yang mereka lalui dalam tubuh mereka iaitu sejak kanak2 kemudian mengalami fasa2 seterusnya.Aku masih ingat rasa sakit puting tetek yang amat sangat sehinggakan tidak boleh tergesel pada kain yang tebal dan keras ketika umurku 12 tahun,apatah lagi kalau tersentuh dengan kuat,aku boleh menjerit kesakitan.Kemudian kedatangan haid yang pertama pada umur ku 16 tahun yang menandakan aku sudah mengeluarkan benih dan boleh hamil.Dan ini juga bermakna aku dapat cuti dari melakukan solat dan puasa.Waktu ini juga perubahan fizikal dan emosi amat ketara maka terlihatlah ada di antara kami nampak seakan2 kuching miang.

Kini aku akan mengalami fasa terakhir bagi seorang wanita....dan aku akan mengingati dan merindui fasa2 ku yang lalu...but life must goes on...dan aku tahu ia juga akan sampai ke penghujungnya dan mudahan penghujung yang mengembirakan......i will close my factory soon,Wish Me Luck !

No comments: