Pages

Thursday, June 28, 2007

MESIN LEMAK

FREE ADVERTISEMENTS>>>>> 24 Jun, suami beli mesin I -SO massager produk GINTEL(yang kononnya boleh shake the fat away).....harga nearly 3 K,dapat satu mesin basikal bermagnet free.Kemudian on 25 Jun sekali lagi suami beli U zap (talipinggang OSIM) dengan harga lebih kurang lapan ratus dan mendapat eye massager free,beli kerana teruja dengan gambar perempuan yang berjaya dapat size pinggang kerengge.....manakala di rumah ,di samping mesin2 yang di sebut kan tadi sudah lama ada U PAPA dengan I Vibe (for body massage) dan juga AB king power konon2nya untuk exercise bahagian perut dan teruja dengan gambar abdomen yang berketul2 macam ulas durian tu.....tapi le ni dah jarang guna. ...so instead of ulas durian my perut still look like labu.

My measurement:-
On 24th timbang....72.1kg.
On 25th timbang 71.8 kg >>>>lemak at 38 ,category FAT.....at this juncture my husband tak puas hati walaupun lemaknya lebih rendah tapi as male kategory nya bawa obess.Fuh!

Sukatan2 lain:
Pinggang : 36

Perut : 43

Punggong : 41

Peha : 24

Lengan : 13


On 27 Jun, my new mesurements are as follows :
Pinggang : 35.5

Perut : 43.5

Punggong : 40.5

Peha : 25

Lengan : 13


Pelik betul , langsung tak memberangsangkan ! anyway ,i feel better and more energetic.
Akhir Kata : DON'T GIVE UP OR GIVE AWAY EITHER HOPEs Or ThE MACHINES.




3 August: 73.4 kg.

Diari ku: Kes Altantuya


Diari ku;

11 am,28 Jun.

Sambil membaca e mail aku tersenyum , e mail Dee,rupa2 nya dia baru balik dari bercuti ke Kuching ngan anak2 nya dan jumpa Edah di sana. Cuti sekolah yang lepas Cenah dan keluarganya telah ke sana dan bergembira makan angin.Aku rasa gembira tapi mood aku untuk membalas e mail terus mati ....entah kenapa.

Semalam suami baru selesai menguruskan 2 buah jentera pengangkut buah yang di buka bahagian2nya untuk di masukkan kedalam kontena.Hari ini suami meminta polis bahagian narkotik datang untuk mengesahkan tiada dadah atau bahan2 yang serupa dalam kontena tersebut untuk mengelak dari perkara2 yang tidak diingini nanti.Masih terlalu awal untuk mengetahui keikhlasan hati Tuan Haji...yang telah mengarah suami melakukan kerja penghantaran ini.Aku mengimbas cerita lama.

Sbelum membuka e mail ku tadi , aku melayari blog RPK...terpampar kisah pembunuhan Al tanthuya Saribuu.Aku mengimbas cerita lama.Aku bersyukur terus bersyukur....semua kerana nafsu fikirku, yang bijak akan jadi bodoh,yang ternama jadi hina,yang kaya akan jadi papa, yang selama ini baik akan jadi jahat dan yang tidak pernah menipu akan jadi pembohong.

Ini lah diariku....sama saja.

Bila aku baca ulasan tukang komen...mencaci2 isteri dan anak razak baginda aku jadi benci pada si pencaci itu....salahkah isteri dan anaknya berada di belakang suaminya walaupun suaminya bersalah? Apakah Althantuya tidak bersalah....dan kenapa si pencaci itu menyokong Althantuya?Altantuya dan pupu papatnya walaupun tahu nyawa mereka terancam masih menunggu dan nekad sekali mahu berjumpa Razak....bab ini aku memang kagum dengan keberanian wanita monggolia ini....Aku mengimbas cerita lama.

Althantuya sanggup bayar 5oo-600 usd kpd private invistigatornya untuk mencari Razak (dengar kata P I tu belum dapat bayarannya lagi...),terbang berjam2 dari Monggolia ke Malaysia mencari Razak dan sanggup untuk mati di negara orang kerana Razak....

Is it love that she seeks or purely money....and if money why is it never enough ,sebelum mati pun dia di katakan memakai jeans Levi's, jaket dan kasut berjenama,jam tangan perak berjenama,sebentuk cincin berlian (hadiah dari Razak) dan ear ring berbatu hitam...and if it is due to love (some people said its crime of passion), can't she understand the word break up alias fed up.Yang pelik dan bodoh nya masa mayat nya di letupkan oleh si Bodoh (the bomber) tu tak ambil pulak jam dan cincin berlian tu....atau purposely tak mau ambil untuk di jadikan barang bukti , pun entahlah.....

Pendapat ku di sini;

Patutkah Althantuya mati ?.......yes,kalau polis tak bunuh dia pun mungkin Razak yang akan bunuh dia kerana bengang asyik kena ugut...dan kalau isteri Razak pula yang tahu mungkin dia akan bunuh nya sebelum Razak kerana cemburu.

Patutkah isterinya di salahkan kerana menyokong suaminya....? No, sebab pertama dia tak perlu bunuh Altantuya...ada orang lain lakukan untuk dia dan dia seperti berterima kasih kerana tak perlu kotorkan tangannya....Dia perlu menyokong suaminya?Yes , kerana orang itu walau pun curang tetap suaminya dalam surat agreement .Bab2 curang biasalah...ada pilihan kalau dia sendiri pun mau atau pernah curang...Perkara biasa untuk orang berfikiran moden.


Razak Baginda patut di hukum...? Yes,kalau dia memang arahkan orang untuk bunuh Altantuya....no ,kalau tidak....dan cukuplah penjara sebagai pengajaran atas kebodohan nya untuk mengatasi masaalah yang simple ini secara bijak.


Apakah ia satu konspirasi ..... Mungkin ya ,mungkin juga tidak.....Mungkin hanya kebetulan yang nampak macam BETUL....Aku mengimbas cerita lama .




TAMAT>















Friday, June 22, 2007

MEMINJAM

Sebenarnya its normal kita meminjam sesuatu seperti kita meminjam barang untuk dua tiga hari kemudian pulangkan semula pada tuannya....atau kita meminjam duit dan kemudian kita bagi tahu bila kita akan pulang kan semula duit itu....Biasanya kita akan maeminjam dari orang2 yang hampir dan rapat dengan kita, orang itu boleh jadi saudara kita, kawan kita atau bos kita (termasuklah bapa/mak)

Meminjam ini adalah satu perbuatan yang memalukan kerana secara tdak langsung ia seperti membuka pekung di dada sendiri. Aku,seperti sesetengah orang memang malu untuk meminjam tetapi tidak pula kedekut untuk memberi pinjam....aku rasa suamiku juga mempunyai persamaan seperti ini....sebab utama seseorang itu meminjam ialah dia tidak menyimpan duit ,kedua disebabkan selalu keluar terutama setiap cuti hujung minggu......ini mendorong duit banyak keluar,ketiga hal2 yang di luar jangkaan.Suami pernah juga memakai kredit kad pada suatu masa dahulu dan hampir menjerut kantungnya setiap bulan.

Setahu aku sewaktu suami mula bekerja gaji permulaan nya 900 rm sepatutnya mencukupi untuk kami berdua .Kami tidak perlu menyewa rumah dan tidak pula perlu membayar bil api dan air...namun tanpa pengetahuan ku suami buat pertama kalinya meminjam dari kakak nya sebanyak 1 600 rm untuk membeli kereta lama Fiat ST....dan tentunya aku sendiri tidak tahu sehingga di ceritakan oleh ibu mertuaku sendiri dan aku sedikit demi sedikit telah membayar nya semula sehingga habis.

Kemudian dalam tahun 1986 -1987 ,Maybank ada mengeluarkan loan untuk membeli ASB, tiap2 loan dikenakan 10% deposit......kami perlukan 2 ribu untuk mendapatkan 20 ribu loan...aku masih ingat waktu itu kami tinggal di estet sg gedong bgn serai dekat dengan kampung.....dan suamiku menyuruh aku minta pinjam dari emak ku....yang memang aku tahu ada duit ketika itu..dan ya Allah malunya aku.....dah lah emak pernah tegur aku kerana lepas kawen tak nampak pun barang kemas atas badanku yang bertambah...tiba2 nak minta pinjam pula......

Masa di kampung suami ku yang banyak menerangkan pasal ASB yang akan mengeluarkan dividen tak lama lagi dan untung nya agak lumayan.....dan pada waktu yang sama abang aku juga tertarik dan baru paham pasal investmnt tersebut dan kami sama2 melabur....dan alhamdulillah...itulah pulangan yang paling banyak yangkami pernah dapat.

Kedua2 pinjaman itu suamiku telah langsaikan.....cuma ada satu pinjaman yang di buat dengan Datuk R(tak ingat namanya) sewaktu di Bukit Raja sebanyak 1 thousand yang belum di langsaikan...mungkin juga itu bukan hutang tapi pemberian entahlah. Oh ya sebenarnya ada beberapa kali suami meminjamkan duitnya pada orang.Seingatku ada yang bayar habis dan ada yang tidak.

Di sini aku nak list kan a few yang setahu aku telah meminjam duit suami tetapi belum bayar.....Abang ku yang kedua pernah meminjam....waktu itu aku masih bekerja walaupun telah bersuami jadi aku anggap duit itu datang dari aku bukan dari suami...manakala abang ku yang ketiga juga pernah meminjam ,waktu itu aku sudah berhenti dari kerja...oleh kerana aku memang tahu sifat nya yang selalu meminjam tetapi tidak pernah membayar .....aku lalu meminta agar suamiku menghalal kan saja duit itu.

Semasa di Bidor ramai kawan suami yang datang meminjam dari suami.....nama2 mereka aku sudah lupa..ada yang pinjam kerana alasan mahu berniaga,ada yang suruh bayar kereta yang hendak d tarik dan ada yang meminjam tanpa pengetahuan kami rupa2nya mahu pasang lagi satu.

Ada juga orang meminta pinjam pada orang lain tetapi suami diminta dahulukan duitnya (Tuan haji) bos suamiku ketika itu....dia memang bijak.Dan baru2 ini sepupu ku dan juga sepupu suami .

Sekarang rata2 suami tidak lagi meminjam kepada individu tetapi dengan bank.Bagi pendapat aku tak kira berapa pendapatan gaji kita sebulan yang terbaik ialah bagaimana kita mengurusnya.....jarang ada manusia yang boleh mengumpul harta seperti membeli rumah, tanah ,saham atau kereta dengan tidak meminjam bank....Ia lebih bagus dari meminjam dari kawan atau saudara atau individu lain dan apabila tidak membayarnya akan merenggangkan hubungan dan terpaksa menanggung MALU !Maka dengan itu janganlah suka2 meminjam dan suka2 cakap boleh bayar kerana ketika menerima memang senang ,ketika membayar memang berat.

Di sini aku ingin declare yang aku pernah meminjam berus gigi dari kawan ku semasa di asrama dan berjanji akan beli lain sebagai ganti...tetapi sampai habis pengajian aku lupa untuk menggantinya dan aku sekarang dalam keadaan berhutang....sekiranya ada sesiapa yang mengenali aku dan merasa aku berhutang ( mungkin aku lupa) tolonglah ingatkan aku..... aku tak tahu bagaimana caranya kerana hutang tetap hutang.....



Wednesday, June 20, 2007

ARE YOU STUPID?

I know i will receive his message again but dammit, i didn't expect he will ask that much.Is he really out of his mind ?

Ok this ungrateful thing which i wrote in my sask (secangkir air sepiring kuih) make me geram and look stupid.Apa jenis anak or apa jenis bapak yang menurut saja cakap dan kehendak anak ni!Last time we lent them a few hundreds.....and today he wants to borrow a few thousands.

Yang i rasa terdahak ni kerana dalam mesej tu dia tulis ,Kak CT (wife dia) nak pinjam dari abang Atan (suami i )3 thousand sebab Amat ( anak dia )nak pergi kerja nak pakai kereta.Kereta dia bini dia dah jual masa dalam hospital. Dia janji nak bayar 4 ratus sebulan.Abang Alang(dia) malu nak minta sebab baru pinjam.Dia p keje pun tinggal........ (missing text)

Boleh nampak tak apa jenis suami tu....dia antar mesage sebab bini dia suruh dia pinjam duit sebab anak dia nak beli kereta.Rasa kesian aku tiba2 je bertukar jadi geram....bukan nya mereka tak tahu.....anaknya pakai duit mereka 17 ribu pun belum bayar, pinjam mak mertua 2 ribu setengah pun belum bayar......macamana boleh janji nak bayar kami tiap2 bulan 4 ratus.

Kenapa dia sanggup jatuhkan air muka nya lagi meminta pinjam pada orang....kenapa tak suruh anaknya sendiri yang minta pada pakcik nya....Not to be rude i replied saying that my husband was not around ada meeting(it was true).I added some more as far as i know my husband's saving was finished renovating the house...this thing was half true.Yes we finished some quite of money on our little old house....but its not from our saving of course....we never save money in deed.My husband just sold his E source and of corse we also have this Islamic bank loan that we have to pay back 500 a month.Then there is a few thousand left...the house still need a lot of repairing.....got what i mean.


Then feeling guilty of my self (why should I ? ) i called abang alang (my husband's brother in law). I told him kenapa abang alang kena minta pinjam untuk dia lagi, bila dia nak serik...Apa nak buat..he replied.Macam ni le abang alang....dia kerjakan? suruh dia ambik bank loan....kat bank rakyat boleh buat personal loan, suruh dia usaha sendiri.....i think his pakcik can be his guarantor if he wants to. Even after i told him so....i still feel guilty even more....what the hack!!





Tuesday, June 19, 2007

Terimakasih Yang Esa.

Semalam lagi aku rasa mahu coretkan sesuatu dlam blog ini tapi server komputer ni down,oh silap! sebenarnya bukan begitu , suamiku yang buatkan internet tu disable...

Selepas membuka dan membaca friendster anak2 ku ,aku merasa amat lega dan bersyukur pada Allah terutama bila dalam kolum anakku Qayum tak ada lagi kata2 seperti life sucks!, di situ telah di tukarkan dengan kata2 yang lebih positif seperti ' i want to learn more about universe,can anybody help me?'.

Aku tahu bahawa hidup ini tidak sentiasa manis macam gula2 atau sentiasa tawar macam air di telaga....sebenarnya hidup ini berbagai2 rasa...syukur juga kalau kita dapat merasai semuanya itu dan berpeluang memilih mana yang terbaik dalam kita mengadunkan kehidupan ini untuk mengimbangi tempat yang kita tinggal iaitu dunia.

Baru2 ini anak saudara suami ku telah megalami kemurungan atau kejutan akibat keretakan rumah tangga yang baru di bina selama 6 tahun.Isterinya minta dia di ceraikan kerana atas alasan nafkah hidup yang di beri olehnya terlalu kecil, tidak cukup untuk menampung dia dan dua mulut anak2 mereka yang masih kecil.Aku rasa aku tidak perlu masuk campur dalam urusan hidupnya kerana aku benar2 tidak tahu siapa yang bersalah dalam soal ini...apa yang aku tahu kedua2 ibu bapanya tidak berapa menyukai isterinya....dan aku juga kalau secara dasar juga merasa bahawa isterinya mungkin mengambil tindakan yang betul...entahlah tetapi dia masih menaruh harapan agar isterinya akan lembut hati dan menerimanya kembali.Manakala suamiku pula berpendapat ujung2 duit juga menjadi pertaruhan untuk di terima kembali.

Ia ! itu yang sebenarnya. Tanpa duit apa lah kemanisan yang kita akan miliki dalam hidup melainkan penderitaan dan kehinaan.Duit perlu di cari .Ada dua cara saja yang boleh di fikirkan disini iaitu menggunakan tulang empat kerat dan juga akal iaitu berilmu.Orang yang berilmu biasanya akan mendahului orang yang kurang......bayangkan sekiranya dia cacat,mungkin cacat semula jadi atau mungkin cacat kerana di timpa kemalangan.......namun akal nya masih boleh di gunakan dan sekiranya akal itu bijak dan di isi dengan ilmu dan kemahiran makanya dia boleh mengarah orang lain mengerjakan untuknya.Aduhai kalau lah dulu aku penuhi diriku dengan ilmu !
Hari ini aku tiba2 rasa gembira dan bahagia ...bukan apa2 dan tidak ada apa2 yang istemewa cuma bila aku terjaga saja dari tidur aku rasa gembira....bunyi pelik kan .......sudah tentu aku ingin mengucapkan terima kasih kapada Yang Esa yang membuatkan aku tiba2 rasa begini Maha Pencipta ku.
Aku cuba kaitkan beberapa perkara yang membuat aku gembira....walau aku sendiri kurang pasti....pernah tak kamu rasa pada satu2 ketika yang kamu amat malas dan letih sekali.....semua yang di kelilingmu tidak dapat menghilangkan rasa itu seperti nya kamu perlu tidur sepanjang waktu dan ingin bangun dengan perasaan yang lain seperti lebih segar ,lebih cantik, lebih sihat atau apa2 saja yang boleh buat kamu rasa gembira.Dan hari ini saya rasa lebih sihat....Ya, lebih SIHAT....!

Semalam juga suamiku menyampaikan berita baik mengenai appraisalnya yang dapat markah penuh,ini bermakna Insyaallah bonus hujung tahun ini akan lebih baik lagi.Dan bila suami dapat keluarkan 30% dari EPFnya awal tahun depan bermakna dapatlah kami renovate rumah di Taiping tu.Sekian lama aku menunggu saat ini di mana aku akan terus tinggal di
rumah kami sendiri .Aku dah tak sabar untuk menghias rumah tanpa perlu memikirkan esok lusa kena pindah mengejut.Aku juga berharap badan ku masih kuat untuk menjaga rumah itu tanpa pembantu seperti ketika aku di estate ....

Suamiku tak jemu2 mengeluarkan idea nya tentang laman rumah itu agar nampk menarik.Kami sama2 setuju mengikut stail Bali yang serba redup dan tertutup.Mudah2an ya Allah mimpi kami jadi kenyataan.

Monday, June 11, 2007

KUSUT

Sewaktu aku menulis blog ni badan ku merasa sedikit keletihan....aku sendiri tidak paham kenapa...kebelakangan ini aku ada mengambil ubat atas masaalah kaki ku...atau mungkin juga perubahan hormon dalam badan ku,kerana dalam bulan ini haid ku masih datang dua kali.

Aku baru pulang ke kampung halamanku dan merasa sedikit ralat kerana cuti suami terlalu pendek...kerana pada 8 Jun ada mesyuarat yang tidak dapat di ponteng maka suami hanya bercuti selama 5 hari saja .Walaubagaimanapun aku berpuas hati kerana separuh dari perabot2 kayu jati yang kami beli di Indonesia dulu sudah kami masukkan kerumah sendiri jadi kami tidak akan pening kepala lagi mengusungnya kesana kemari sekiranya terpaksa berpindah.

Kami juga tidak dapat menghabiskan kerja mengecat rumah dengan sempurna kerana kesuntukan masa.Kali ini kami dapat mengupah orang menebang dua batang pokok durian dan dua batang pokok mempelam yang sudah tua .Kami juga telah mengupah orang yang sama mengangkut dan membuang perabot2 lama yang ada dalam rumah tersebut.Seperti biasa kami terpaksa menghadapi kata2 yang kurang menyenangkan dari mulut makcik yang tak berpuas hati melihat kami menebang pokok2 tersebut.

Aku agak terkejut apabila makcik memberitahu yang apak menangis apabila tahu pokok durian nya kami tebang.Katanya lagi memanglah kami boleh beli berapa banyak buah durian untuk apak tapi ia tak akan sama dengan pokok yang di tanam dengan hasil peluh sendiri.Kataku pokok2 durian dan mangga ditebang bukan kerana suka2 mahu tebang (harga upah tebang pokok 150 rm sebatang),tetapi kerana ia boleh merosakkan rumah dan pokok2 itu juga tidak lagi menghasilkan buah. Makcik sendiri tahu yang jiran sebelah tidak senang hati dengan pokok durian tersebut.

Dan yang amat peliknya apak tidak menangis pun...dia bercakap seperti biasa dengan anaknya(suamiku).Kadang2 aku rasa makcik mempunyai feel yang amat teruk...mungkinkah dia rasa unsecure sehinggakan dia suka mereka2 cerita.Sebagai orang tua dia ingin pendapatnya di terima dan di patuhi apatah lagi kami anak2 dan menantu hanya risaukan reaksi apak sahaja bukan dia.

Satu lagi yang terlalu ketara ialah hubungan makcik dengan anak2 tirinya...tidak terlalu baik.Makcik suka mengadu pada apak apa2 yang tidak disukai nya mengenai cucu2 tirinya...seperti membawa pulang kawan kerumah atau keluar hingga lewat malam.Ada hikmah nya juga kalau tidak rumah tu akan jadi rumah tempat anak2 saudara suamiku menumpang.Aku sebenarnya tak kisah siapa yang mahu tidur di situ selagi kami belum masuk dan tinggal di dalamnya secara rasmi.

Dari satu sudut yang lain aku dapati kakak iparku masih tidak boleh terima bahawa rumah itu sudah di beli oleh suamiku,adiknya.Baginya orang yang layak dapat rumah itu ialah anaknya yang telah lahir dan dibesarkan dalam rumah itu.Sehingga satu ketika dia pernah bertanya hal rumah itu kalau suamiku mati.Takut sungguh dia kalau rumah itu lepas ketangan orang luar...mungkin kah aku juga di anggap orang luar olehnya?

Aku tak tahu ujung pangkal bualan mereka dalam talipon tapi nyata sekali suara suamiku sungguh lantang.Kata suamiku kalau dia mati apa ada ke orang nak bantu anak2nya nanti?Kalau di tukarkan pada nama isteri pun apa masaalah mereka? kata suami lagi kalau dia mati pun biar anak2nya yang dapat duit EPFnya.Sesungguhnya hingga kehari ini aku sendiri tidak tahu siapa penama EPF suamiku....

Kenapa dia masih tidak puas...tanahnya ada ,rumah pun dah ada..tetapi masih takut adiknya mati dan rumah lepas ketangan iparnya....terlalu serakah.apa anak2 adiknya bukan darah dagingnya juga...dia perempuan manakala adiknya laki2 bukankah anak2 adiknya lebih kuat pertalian darah dengan apak dari anak2 nya...kalau lah dia fikir kan sebegitu.

Dia boleh marah orang lain datang kerumah itu sedangkan dia tidak ada hak atas rumah tersebut,dan orang yang dilarangnya datang ialah saudaranya sendiri dan orang itu pula telah meminta izin dari kami untuk menumpang tidur....lalu fikirnya kami telah termakan kata2 dari pihak orang ketiga yang kami sendiri tak tahu siapa pihak ketiga yang dimaksudkan nya itu...entahlah apa lagi yang tidak cukup dengan orang seperti ini.....