Pages

Monday, June 11, 2007

KUSUT

Sewaktu aku menulis blog ni badan ku merasa sedikit keletihan....aku sendiri tidak paham kenapa...kebelakangan ini aku ada mengambil ubat atas masaalah kaki ku...atau mungkin juga perubahan hormon dalam badan ku,kerana dalam bulan ini haid ku masih datang dua kali.

Aku baru pulang ke kampung halamanku dan merasa sedikit ralat kerana cuti suami terlalu pendek...kerana pada 8 Jun ada mesyuarat yang tidak dapat di ponteng maka suami hanya bercuti selama 5 hari saja .Walaubagaimanapun aku berpuas hati kerana separuh dari perabot2 kayu jati yang kami beli di Indonesia dulu sudah kami masukkan kerumah sendiri jadi kami tidak akan pening kepala lagi mengusungnya kesana kemari sekiranya terpaksa berpindah.

Kami juga tidak dapat menghabiskan kerja mengecat rumah dengan sempurna kerana kesuntukan masa.Kali ini kami dapat mengupah orang menebang dua batang pokok durian dan dua batang pokok mempelam yang sudah tua .Kami juga telah mengupah orang yang sama mengangkut dan membuang perabot2 lama yang ada dalam rumah tersebut.Seperti biasa kami terpaksa menghadapi kata2 yang kurang menyenangkan dari mulut makcik yang tak berpuas hati melihat kami menebang pokok2 tersebut.

Aku agak terkejut apabila makcik memberitahu yang apak menangis apabila tahu pokok durian nya kami tebang.Katanya lagi memanglah kami boleh beli berapa banyak buah durian untuk apak tapi ia tak akan sama dengan pokok yang di tanam dengan hasil peluh sendiri.Kataku pokok2 durian dan mangga ditebang bukan kerana suka2 mahu tebang (harga upah tebang pokok 150 rm sebatang),tetapi kerana ia boleh merosakkan rumah dan pokok2 itu juga tidak lagi menghasilkan buah. Makcik sendiri tahu yang jiran sebelah tidak senang hati dengan pokok durian tersebut.

Dan yang amat peliknya apak tidak menangis pun...dia bercakap seperti biasa dengan anaknya(suamiku).Kadang2 aku rasa makcik mempunyai feel yang amat teruk...mungkinkah dia rasa unsecure sehinggakan dia suka mereka2 cerita.Sebagai orang tua dia ingin pendapatnya di terima dan di patuhi apatah lagi kami anak2 dan menantu hanya risaukan reaksi apak sahaja bukan dia.

Satu lagi yang terlalu ketara ialah hubungan makcik dengan anak2 tirinya...tidak terlalu baik.Makcik suka mengadu pada apak apa2 yang tidak disukai nya mengenai cucu2 tirinya...seperti membawa pulang kawan kerumah atau keluar hingga lewat malam.Ada hikmah nya juga kalau tidak rumah tu akan jadi rumah tempat anak2 saudara suamiku menumpang.Aku sebenarnya tak kisah siapa yang mahu tidur di situ selagi kami belum masuk dan tinggal di dalamnya secara rasmi.

Dari satu sudut yang lain aku dapati kakak iparku masih tidak boleh terima bahawa rumah itu sudah di beli oleh suamiku,adiknya.Baginya orang yang layak dapat rumah itu ialah anaknya yang telah lahir dan dibesarkan dalam rumah itu.Sehingga satu ketika dia pernah bertanya hal rumah itu kalau suamiku mati.Takut sungguh dia kalau rumah itu lepas ketangan orang luar...mungkin kah aku juga di anggap orang luar olehnya?

Aku tak tahu ujung pangkal bualan mereka dalam talipon tapi nyata sekali suara suamiku sungguh lantang.Kata suamiku kalau dia mati apa ada ke orang nak bantu anak2nya nanti?Kalau di tukarkan pada nama isteri pun apa masaalah mereka? kata suami lagi kalau dia mati pun biar anak2nya yang dapat duit EPFnya.Sesungguhnya hingga kehari ini aku sendiri tidak tahu siapa penama EPF suamiku....

Kenapa dia masih tidak puas...tanahnya ada ,rumah pun dah ada..tetapi masih takut adiknya mati dan rumah lepas ketangan iparnya....terlalu serakah.apa anak2 adiknya bukan darah dagingnya juga...dia perempuan manakala adiknya laki2 bukankah anak2 adiknya lebih kuat pertalian darah dengan apak dari anak2 nya...kalau lah dia fikir kan sebegitu.

Dia boleh marah orang lain datang kerumah itu sedangkan dia tidak ada hak atas rumah tersebut,dan orang yang dilarangnya datang ialah saudaranya sendiri dan orang itu pula telah meminta izin dari kami untuk menumpang tidur....lalu fikirnya kami telah termakan kata2 dari pihak orang ketiga yang kami sendiri tak tahu siapa pihak ketiga yang dimaksudkan nya itu...entahlah apa lagi yang tidak cukup dengan orang seperti ini.....

No comments: