Pages

Friday, June 22, 2007

MEMINJAM

Sebenarnya its normal kita meminjam sesuatu seperti kita meminjam barang untuk dua tiga hari kemudian pulangkan semula pada tuannya....atau kita meminjam duit dan kemudian kita bagi tahu bila kita akan pulang kan semula duit itu....Biasanya kita akan maeminjam dari orang2 yang hampir dan rapat dengan kita, orang itu boleh jadi saudara kita, kawan kita atau bos kita (termasuklah bapa/mak)

Meminjam ini adalah satu perbuatan yang memalukan kerana secara tdak langsung ia seperti membuka pekung di dada sendiri. Aku,seperti sesetengah orang memang malu untuk meminjam tetapi tidak pula kedekut untuk memberi pinjam....aku rasa suamiku juga mempunyai persamaan seperti ini....sebab utama seseorang itu meminjam ialah dia tidak menyimpan duit ,kedua disebabkan selalu keluar terutama setiap cuti hujung minggu......ini mendorong duit banyak keluar,ketiga hal2 yang di luar jangkaan.Suami pernah juga memakai kredit kad pada suatu masa dahulu dan hampir menjerut kantungnya setiap bulan.

Setahu aku sewaktu suami mula bekerja gaji permulaan nya 900 rm sepatutnya mencukupi untuk kami berdua .Kami tidak perlu menyewa rumah dan tidak pula perlu membayar bil api dan air...namun tanpa pengetahuan ku suami buat pertama kalinya meminjam dari kakak nya sebanyak 1 600 rm untuk membeli kereta lama Fiat ST....dan tentunya aku sendiri tidak tahu sehingga di ceritakan oleh ibu mertuaku sendiri dan aku sedikit demi sedikit telah membayar nya semula sehingga habis.

Kemudian dalam tahun 1986 -1987 ,Maybank ada mengeluarkan loan untuk membeli ASB, tiap2 loan dikenakan 10% deposit......kami perlukan 2 ribu untuk mendapatkan 20 ribu loan...aku masih ingat waktu itu kami tinggal di estet sg gedong bgn serai dekat dengan kampung.....dan suamiku menyuruh aku minta pinjam dari emak ku....yang memang aku tahu ada duit ketika itu..dan ya Allah malunya aku.....dah lah emak pernah tegur aku kerana lepas kawen tak nampak pun barang kemas atas badanku yang bertambah...tiba2 nak minta pinjam pula......

Masa di kampung suami ku yang banyak menerangkan pasal ASB yang akan mengeluarkan dividen tak lama lagi dan untung nya agak lumayan.....dan pada waktu yang sama abang aku juga tertarik dan baru paham pasal investmnt tersebut dan kami sama2 melabur....dan alhamdulillah...itulah pulangan yang paling banyak yangkami pernah dapat.

Kedua2 pinjaman itu suamiku telah langsaikan.....cuma ada satu pinjaman yang di buat dengan Datuk R(tak ingat namanya) sewaktu di Bukit Raja sebanyak 1 thousand yang belum di langsaikan...mungkin juga itu bukan hutang tapi pemberian entahlah. Oh ya sebenarnya ada beberapa kali suami meminjamkan duitnya pada orang.Seingatku ada yang bayar habis dan ada yang tidak.

Di sini aku nak list kan a few yang setahu aku telah meminjam duit suami tetapi belum bayar.....Abang ku yang kedua pernah meminjam....waktu itu aku masih bekerja walaupun telah bersuami jadi aku anggap duit itu datang dari aku bukan dari suami...manakala abang ku yang ketiga juga pernah meminjam ,waktu itu aku sudah berhenti dari kerja...oleh kerana aku memang tahu sifat nya yang selalu meminjam tetapi tidak pernah membayar .....aku lalu meminta agar suamiku menghalal kan saja duit itu.

Semasa di Bidor ramai kawan suami yang datang meminjam dari suami.....nama2 mereka aku sudah lupa..ada yang pinjam kerana alasan mahu berniaga,ada yang suruh bayar kereta yang hendak d tarik dan ada yang meminjam tanpa pengetahuan kami rupa2nya mahu pasang lagi satu.

Ada juga orang meminta pinjam pada orang lain tetapi suami diminta dahulukan duitnya (Tuan haji) bos suamiku ketika itu....dia memang bijak.Dan baru2 ini sepupu ku dan juga sepupu suami .

Sekarang rata2 suami tidak lagi meminjam kepada individu tetapi dengan bank.Bagi pendapat aku tak kira berapa pendapatan gaji kita sebulan yang terbaik ialah bagaimana kita mengurusnya.....jarang ada manusia yang boleh mengumpul harta seperti membeli rumah, tanah ,saham atau kereta dengan tidak meminjam bank....Ia lebih bagus dari meminjam dari kawan atau saudara atau individu lain dan apabila tidak membayarnya akan merenggangkan hubungan dan terpaksa menanggung MALU !Maka dengan itu janganlah suka2 meminjam dan suka2 cakap boleh bayar kerana ketika menerima memang senang ,ketika membayar memang berat.

Di sini aku ingin declare yang aku pernah meminjam berus gigi dari kawan ku semasa di asrama dan berjanji akan beli lain sebagai ganti...tetapi sampai habis pengajian aku lupa untuk menggantinya dan aku sekarang dalam keadaan berhutang....sekiranya ada sesiapa yang mengenali aku dan merasa aku berhutang ( mungkin aku lupa) tolonglah ingatkan aku..... aku tak tahu bagaimana caranya kerana hutang tetap hutang.....



No comments: