Pages

Tuesday, June 19, 2007

Terimakasih Yang Esa.

Semalam lagi aku rasa mahu coretkan sesuatu dlam blog ini tapi server komputer ni down,oh silap! sebenarnya bukan begitu , suamiku yang buatkan internet tu disable...

Selepas membuka dan membaca friendster anak2 ku ,aku merasa amat lega dan bersyukur pada Allah terutama bila dalam kolum anakku Qayum tak ada lagi kata2 seperti life sucks!, di situ telah di tukarkan dengan kata2 yang lebih positif seperti ' i want to learn more about universe,can anybody help me?'.

Aku tahu bahawa hidup ini tidak sentiasa manis macam gula2 atau sentiasa tawar macam air di telaga....sebenarnya hidup ini berbagai2 rasa...syukur juga kalau kita dapat merasai semuanya itu dan berpeluang memilih mana yang terbaik dalam kita mengadunkan kehidupan ini untuk mengimbangi tempat yang kita tinggal iaitu dunia.

Baru2 ini anak saudara suami ku telah megalami kemurungan atau kejutan akibat keretakan rumah tangga yang baru di bina selama 6 tahun.Isterinya minta dia di ceraikan kerana atas alasan nafkah hidup yang di beri olehnya terlalu kecil, tidak cukup untuk menampung dia dan dua mulut anak2 mereka yang masih kecil.Aku rasa aku tidak perlu masuk campur dalam urusan hidupnya kerana aku benar2 tidak tahu siapa yang bersalah dalam soal ini...apa yang aku tahu kedua2 ibu bapanya tidak berapa menyukai isterinya....dan aku juga kalau secara dasar juga merasa bahawa isterinya mungkin mengambil tindakan yang betul...entahlah tetapi dia masih menaruh harapan agar isterinya akan lembut hati dan menerimanya kembali.Manakala suamiku pula berpendapat ujung2 duit juga menjadi pertaruhan untuk di terima kembali.

Ia ! itu yang sebenarnya. Tanpa duit apa lah kemanisan yang kita akan miliki dalam hidup melainkan penderitaan dan kehinaan.Duit perlu di cari .Ada dua cara saja yang boleh di fikirkan disini iaitu menggunakan tulang empat kerat dan juga akal iaitu berilmu.Orang yang berilmu biasanya akan mendahului orang yang kurang......bayangkan sekiranya dia cacat,mungkin cacat semula jadi atau mungkin cacat kerana di timpa kemalangan.......namun akal nya masih boleh di gunakan dan sekiranya akal itu bijak dan di isi dengan ilmu dan kemahiran makanya dia boleh mengarah orang lain mengerjakan untuknya.Aduhai kalau lah dulu aku penuhi diriku dengan ilmu !
Hari ini aku tiba2 rasa gembira dan bahagia ...bukan apa2 dan tidak ada apa2 yang istemewa cuma bila aku terjaga saja dari tidur aku rasa gembira....bunyi pelik kan .......sudah tentu aku ingin mengucapkan terima kasih kapada Yang Esa yang membuatkan aku tiba2 rasa begini Maha Pencipta ku.
Aku cuba kaitkan beberapa perkara yang membuat aku gembira....walau aku sendiri kurang pasti....pernah tak kamu rasa pada satu2 ketika yang kamu amat malas dan letih sekali.....semua yang di kelilingmu tidak dapat menghilangkan rasa itu seperti nya kamu perlu tidur sepanjang waktu dan ingin bangun dengan perasaan yang lain seperti lebih segar ,lebih cantik, lebih sihat atau apa2 saja yang boleh buat kamu rasa gembira.Dan hari ini saya rasa lebih sihat....Ya, lebih SIHAT....!

Semalam juga suamiku menyampaikan berita baik mengenai appraisalnya yang dapat markah penuh,ini bermakna Insyaallah bonus hujung tahun ini akan lebih baik lagi.Dan bila suami dapat keluarkan 30% dari EPFnya awal tahun depan bermakna dapatlah kami renovate rumah di Taiping tu.Sekian lama aku menunggu saat ini di mana aku akan terus tinggal di
rumah kami sendiri .Aku dah tak sabar untuk menghias rumah tanpa perlu memikirkan esok lusa kena pindah mengejut.Aku juga berharap badan ku masih kuat untuk menjaga rumah itu tanpa pembantu seperti ketika aku di estate ....

Suamiku tak jemu2 mengeluarkan idea nya tentang laman rumah itu agar nampk menarik.Kami sama2 setuju mengikut stail Bali yang serba redup dan tertutup.Mudah2an ya Allah mimpi kami jadi kenyataan.

No comments: