Pages

Tuesday, July 31, 2007

Aku baru Tahu

Memang dari dulu aku rasa ada yang tak kena je dengan negara Malaysia ni.....Masa aku berumur 9 tahun tiba2 je ada perintah berkurung kat kampung aku di Kuala Kurau.Waktu tu pertama kali aku nampak askar berlegar2 dalam pekan manakala semua kedai di tutup begitu juga sekolah tempat aku belajar.Mak bagi tahu aku tak boleh keluar rumah nanti kena tembak !

Bila aku dah dewasa sikit masuk sekolah menengah ,cikgu BM yang lepasan Universiti Kebangsaan mula bercerita tentang pengalamannya yang ketika dalam darurat tu .Oleh kerana terlalu takut mereka terpaksa mencari apa saja yang boleh di jadikan senjata untuk mempertahankan diri mereka maka apa yang mereka lakukan ialah membuka semua besi2 katil mereka untuk di jadikan senjata.

Bila aku dapat pekerjaan di Kuala Lumpur dan menyewa di flat kawasan Sg Baru, tuan rumah pula bercerita bagaimana dia dengan kumpulan anak2 muda pergi 'berjuang' dan tangannya merah bermandikan darah kaum cina.Sungai di depan flat itu juga turut menjadi merah kerana tempat mereka membuang mayat.

Apa yang aku benar2 tak paham ialah aku semasa bersekolah di Kuala Kurau berkawan dengan anak2 cina dan aku sedikit pun tak nampak mereka itu jahat.Malahan kalau bukan menjadi satu larangan dari ibuku, persahabatan ku dengan seorang budak laki-laki cina yang bernama loo wah lai mungkin berpanjangan.Dan lagi tak paham apabila cerita yang aku dengar dari mulut ke mulut ialah pergaduhan kaum itu berlaku apabila sebuah parti politik pembangkang menang mereka telah laungkan ' Melayu Mati' dalam bahasa cina.

Aku baru je tahu.....


Kemudian ada pula alkisah raja2 belasah rakyat, kisah prebet Adam mengamuk dan macam2 kisah raja2 ....apabila rang undang2 di buat agar raja2 tidak boleh kebal dari di bicarakan aku memanglah setuju kerana raja2 pun manusia juga sama macam aku yang tidak sempurna.


Aku baru je tahu.....

Kemudian kes liwat Anwar Ibrahim ,kes Daim Zainudin dan lain2 kes.

Aku baru tahu....

Terima kasih bloggers terutama Sang Kelembai, A Kadir Jasin, Aisehman, Raja Petra,Screenshots,Rocky bru,Kickdefella and others.Melalui kalian aku baru tahu !

Monday, July 30, 2007

HaPPy Coming BirthDay To Me !


DaH kenyang ....masa Bergambar kenangan di hadapan rumah.


Kek Istimewa yang di atas nya terletak angka 4 dan 7 atau mahu tunggu 30 tahun lagi mampukah aku melihat angka 7 dan 4 itu SEKALI LAGI !


Perkara yang wajib di lakukan setelah banyak makan.


Berkaroake >>>>kamu MEMANG berbakat !


Jemput MAKAN lagi.....


Turning 47....is like aching here and there !


Salam to everybody who knows me.I want to thank u so much 4 the wishes on my 47 th long years living in this world.And nothing is happier for me right now than watching you happy.

Wednesday, July 25, 2007

ISLAM dalam KACAMATAku

Hairanlah bila nak bercakap pasal agama saja orang2 jadi tegang. Semua orang2 cepat marah cepat membangkang cepat melatah.Apa ada dengan agama kalau agama itu tidak di amalkan.

Aku cuma nampak agama itu di pakai seperti baju yang ada cop saja sama macam di mykad. Seperti orang2 yang memakai baju yang ada cop Islam di poket bajunya jadi orang2 tau dia Islam atau yang lebih teruk yang copnya tersembunyi di kolar baju sehinggakan orang ramai tidak tahu dia pakai cop apa sebab nak kata agama Islam tak pernah ke masjid ,nak kata Hindu tak pulak ke kuil . Dahlah namanya tak melambangkan agamanya malahan dia langsung tak pernah mengaku atau menunjuk apa2 reaksi terhadap agama, fahamkan?Dan sekarang ni lagi dasyat banyak haramjadah siap buat tatoo nama ALLAH (SWT) dan MUHAMMAD (SAW) di atas badan mereka.Mereka lagi daring tunjuk COP atas badan mereka walaupun mereka kafir.

Bila aku terbaca kisah Datuk Najib memberi ucapan bahawa Malaysia adalah negara Islam banyak orang2 tak puas hati terutama yang bukan Islam.Yang bestnya yang hantar surat bantahan dan yang kuat membangkang ialah orang MCA. Mula2 hairan dan kesal jugak tapi bila kita masuk kan bab politik sikit dah jadi tak hairan....ujung2 cina akan sokong MCA dan melayu akan sokong UMNO dan ujung2 BARISAN NASIONAL juga yang menang.


Dan ini satu lagi pasal kes orang2 yang pakai cop Islam saman blog RPK kerana telah membiarkan orang ramai menghina cop mereka.Iaitu cop Islam ! Dan ini seterusnya secara langsung dianggap MENDERHAKA...bukan kepada TUHAN tetapi kepada Raja Yang Di Pertuan AGONG.

Kadang2 aku teringin sangat nak tenguk orang2 yang guna cop Islam ini di TEST semula dan di beri markah sejauh mana Islam mereka....terutama bab rukun .Bila tahu theory tambah markah kemudian tolak balik sebab tak pernah buat praktikal.Orang yang tahu theory je tapi tak gheti nak buat amali biasanya lebih senget dari orang yang tak tahu apa2.

Bila di fikir apa salahnya buat kenyataan yang terang dan jelas bahawa Malaysia terdiri dari berbagai2 kaum dan agama...mesti menghurmati undang2 dalam agamanya dan penganut2nya sekali gus.
Oleh kerana termaktub dalam akta ( sekian,sekian) bahawa Islam adalah agama rasminya maka agama rasmi Malaysia adalah Islam.Yang tambah2 sekular, fundamental ,hadhari tu buat apa...Lagi menyakitkan hati apabila si tukang cakap tu sendiri hanya pakai cop saje.Sekarang ni memang ramai orang2 macam ni dan aku yakin di Malaysia ni lebih ramai orang akan berani menghina agama Islam kerana confused dengan orang2 macam ni !Di sini aku yang ingin hidup dengan seluruh jiwa raga ku demi Islam ingin merayu kepada orang2 ini janganlah
mempersendakan agama demi kepentingan diri tolong lah !

Nota: orang2 di sini bermaksud alat yang menyerupai manusia yang di pacak di atas tanah sekitar sawah padi untuk menakut2kan burung (binatang perosak) dari datang memakan padi yang hampir masak.

Saturday, July 21, 2007

BumiPutra IstimeWa ??

Aku adalah bumiputra dan sepatutnya aku merasa gembira kerana mendapat 30% discount sekiranya aku mampu membeli rumah apartment atau condo atau membeli rumah bunglow di tanah2 yang di bangunkan oleh developer atau syarikat2 hartanah di seluruh Malaysia. Tapi aku hanya suri rumah tangga dan tak pernah atau tak mampu membeli jadi aku tak dapat merasai discount tu...

Aku juga tak bekerja jadi aku juga tak dapat 30% keistimewaan kota untuk bekerja dalam mana2 jabatan baik kerajaan mahupun swasta. Dan aku juga setiap tahun kena membeli buku2 teks untuk kelima2 anak ku kerana pendapatan suamiku melebihi seribu ringgit.Jadi apa istimewanya aku sebagai bumiputra !

Bila isu DEB atau NEP di ketengah kan lagi kononnya untuk membantu bumiputra aku selalu terfikir ..... betulkah ia boleh membantu ? Kalau dalam syarikat swasta milik kaum bukan bumi akan mengambil pekerja2 Melayu yang bertaraf TUKANG SAPU dan PENJAGA STOR untuk memenuhi kota 30% nya maka kerajaan boleh kah mengwar2 kan yang Dasar Ekonomi Barunya berjaya. Begitu juga apabila dalam syarikat kepunyaan kerajaan yang rata2 akan memasukkan anak pinak dan saudara maranya(KRONI ) tanpa melalui prosuder yang betul seperti melalui temuduga yang sebenarnya secara telus dan adil .Dan inikah yang di agung2kan oleh ahli2 politik mengenai DEB yang di polopori oleh mereka sejak bertahun2 dahulu.Kalau inilah yang terjadi dan akan berterusan maka aku tidak bangga menjadi kaum bumiputra.

Sebenar nya kalau kerajaan betul2 ikhlas tak perlu canang DEB dan Bumiputra QUOTA cukup kalau tenguk statistik rakyat miskin dan bantu sungguh2 supaya mereka dapat keluar dari kepompong kemiskinan.....sekarang ni untuk mencari dan mendekati mereka lebih mudah dari dahulu .Dan tak perlulah tenguk kulit atau bangsa atau kaum . Hentikan guna media mencari orang2 miskin dan paparkan untuk dapat rating yang bagus kemudian panggil pula orang2 kaya buat donation supaya mereka dan barangan mereka menjadi popular .Dasar Ekonomi Baru kena di tukar dengan nama lain kerana ia hanya memalukan aku yang memegang title BUMIPUTRA!

Friday, July 20, 2007

MuDahNya JaDi JutaWan?

Di Kuala Lumpur hari tu singgah dan tidur 2 malam kat rumah adik di Kota Damansara .Rumah apartment 3 bilik ,tingkat satu di blok Melati.

Dia adik perempuan bongsuku bercita2 untuk menjadi usahawan yang berjaya....dah bertahun2 dia bercakap hendak berhenti kerja dan mahu menternak kambing di kampung hinggalah pada hari aku ke rumahnya dia sudah hampir seratus peratus bertekad mahu berhenti kerja...suaminya pun telah memohon untuk berpindah ke Setiawan.

Waktu aku sampai , dia sedang menyediakan ramuan2 untuk memasak esok. Rupa2 nya dia telah mula menjual nasi lemak, mee kari ,mee goreng dan mee hoon goreng yang di agih2 kan ke pejabatnya atau sekolah suaminya dan pada hujung minggu pula dia akan menjual di tepi jalan raya.Katanya ini semua sebagai preparations bila dia pulang ke kampung nanti.

Katanya masa dia berjual on saturday and sunday for a few hours tu dia memperolehi 300 ringgit bersih. No wonder banyak tokeh taugeh yang jadi milion air.....Kalau dia berjaya aku tumpang gembira kerana dia akan menjadi adik aku yang ke dua masuk line business.

Aku pula kalau sudah pulang ke Taiping nanti teringin nak buka kedai bunga dan nak jadi kaya raya ya..ya...ya....macam sapa tu ?

Ini my simple calculation >>>>let say you dapat untung bersih dan simpan apa yang you dapat sebanyak 50 ringgit se jam. You kena kerja selama 20 ribu jam bahagi 24 jam sehari bersamaan 833 1/3 hari.Sebab you perlu tidur dan berehat cukuplah sekadar 12 jam sehari jadi apabila di congak ia mengambil masa kurang dari 5 tahun untul mengumpul sebanyak sejuta ringgit.

Mula2 aku pun tak percaya yang taukeh laksa kat KL boleh beli rumah bayar cash atau big2 share holders asalnya petani yang jual sayur kangkung. Now i somehow believe ITS a REALITY !

BaBi SaNa SiNi

Jangan marah kalau aku sebut babi sebab memang nama binatang tu babi dan jangan hina nama tu sebab ia pun kejadian Tuhan yang maha Esa.

Tapi hari ni aku nak tulis pasal babi sebab banyak sangat kisah babi ni baik dari e mail kawan2 sehinggalah ke tempat2 shopping kompleks.Baru ni aku ke One Utama nak cari beg tangan dengan kawan.
Itulah pertama kali aku jejak kaki kat one utama shopping complex. Di sebabkan terlalu banyak tempat membeli belah di sekitar Kuala Lumpur ni jadi aku yakin tentu bukan aku saja yang pertama kali ke sini malahan ramai lagi orang kota yang tak pernah ke sini.

Lepas breakfast di hotel Eastin ,aku dengan member berjalan kaki ke luar sedikit dari hotel tu untuk menunggu teksi.Kalau naik teksi dari hotel kami mungkin kena charge 20 ringgit tapi kalau naik teksi bermeter kami cuma bayar 5 ringgit saja, jimat kan !

Oleh kerana minggu lepas kami sudah pergi The Curve jadi hari ini kawan ajak berjalan ke One Utama pula.Kami sampai lebih kurang pukul 11 pagi dan menghabiskan masa kami sampai pukul 6 petang di situ pada hari pertama .Sebenarnya membeli barang bukan pekerjaan yang mudah...ia kadang2 boleh mengecewakan dan memenatkan badan.

Sebenarnya untuk mendapatkan sesuatu barang yang kita inginkan bukan lah satu kerja yang mudah..... hampir 7 jam berjalan kami masih tidak menemui barang yang kami inginkan.Bukan tak de barang yang kami teringin te ta pi terhalang oleh beberapa sebab.....salah satu sebabnya ialah saiz yang tidak sesuai (sendat atau longgar) atau harganya yang terlalu mahal (harap2 ada offer soon.)

Dek sebabkan berjalan terlalu lama dan memakai kasut bertumit hari itu ,kaki aku mulai sakit kembali dan waktu inilah aku perlu mencari kasut yang tidak bertumit atau sekurang2 nya pelapik kasut yang lembut....Dari satu kedai kasut ke satu kedai kasut aku terpaksa masuk sehinggalah aku ternampak kedai kasut sukan .....Oleh kerana di dalam nya ada kasut sandle dan sedia maklum ada sale pulak maka aku pun terus memilih dan membelik price tag satu demi satu kasut2 yang berada di atas rak kasut tu.


Setengah kasut ada potongan 20% dan yang lain pula 40 % sehinggalah ke satu kasut tu apabila aku membaca tagnya yang tertulis Kasut Ini Mengandungi Bahan Kulit Babi ....lantas aku pun mencarut BABI betul , BoDoh punya tuAn keDai ! Aku tak peduli kalau saleman tu dengar....aku sakit hati kenapa dia susun sekali dengan kasut2 yang lain dan kalau dia nak susun sekali pun sekurang2nya balut lah dengan plastik ....Ada juga orang kata kalau benda kering tersentuh dengan kulit yang kering tak perlu samak .....contohnya bulu anjing ke tapi bagi aku najis dua2 tu memang ternyata najis berat so aku kena samak...sape2 yang ada dalil mengatakan tak perlu boleh tunjuk kat aku then aku akan yakin tak perlu samak.



Aku tahu bukannya susah sangat nak samak tapi entahlah kenapa aku sakit hati sangat hari tu
....dah lah tak dapat apa yang aku hendak kedua aku kena fikir kat mana aku nak cari tanah....merata juga aku cari pasu bunga dalam shopping compleks tu dah lah tanam pokok plastik dalam pasu bersimen, jenuh aku mengusung kaki aku yang sakit ni nak cari pasu bertanah dalam kawasan yang besaar ni ....sehinggalah waktu aku hendak balik dan menuju ke pintu keluar baru terjumpa pasu bunga yang besar dan meangandungi tanah. Tanpa lengah aku ambil segenggam dan masukkan dalam sapu tanganku.


Sebenarnya bukan kasut saja di perbuat dari kulit babi tapi jaket pun ada...terbaru ada barangan pinggan mangkuk yang di perbuat dari tulang made in china jadi kesimpulannya APA!
Kalau makanan tu tak usah kira lah...yang kita tahu ada kandungan babi dan tak tahu sama banyak je....Nama je tinggal di Malaysia...negara Islam tercinta ! Kalau luar negara tu tentulah kita berhati2 dan bertanya tentang halal haram nya produk tu ,ini di dalam negeri sendiri pun rupa2nya kena buat yang sama.So semua orang2 Islam berhati2 lah di negara sendiri !

Friday, July 13, 2007

JaLan2 D CurVe




Ini dua hero kepada Fazil Merican, nama tak tahu cuma panggil abang,adik je.



Hero ni nama Ahmad Shah Zamani.(Lebih kepada muka crook)


Yang ini saya dan kawan saya Mrs Fazil Merican...Norizah,muka macam peranakan tapi dia kata dia real Melayu.
Nak makan juga ais krim tu tapi kena share le sebab badan dah macam belon dan sebelum tu kami dah bedal nasi ayam kat restaurant Rojak-rojak.




Wow ! Best nya jadi Simsons family, jenis cool selambak. Actually nak hantarq budak2 tenguk wayang kat cinemaleisure so that mak budak2 boleh shopping without disturbance.....tapi next show starts at 5 ptg sedangkan cek2 abang waktu tu dah habis meeting dan akan terus balik ke hotel so what to do ....

Scary Tales Pt 1



Pagi ni selepas dua malam tak tidur di rumah kerana ikut suami ke Kuala Lumpur.....my gardener...( actually estate gardener ) informed me dia dengar suara orang bercakap2 dari dalam rumah .Suara orang perempuan macam sedang berbual2 dalam talipon.Katanya dia ingat anak perempuan saya ada di dalam tinggal sorang2 dalam rumah walau pun semua pintu berkunci dan AP ia itu polis bantuan dah bagi taunya yang tuan tak de dalam estate kerana ada mesyuarat di KL.
Dia hairan juga kerana anak tuan tinggal sorang2 tapi sebab AP suruh dia mengunci semula pintu pagar bila habis kerja, dia hanya menurut saja dan tak cakap apa2 pada AP.Bila pulang dia hanya ceritakan pada suaminya sahaja.Ini berlaku dua hari berturut2 semasa kami di KL.

Apabila saya beritahu dia tak ada sesiapa di rumah ,dia baru tahu yang di dengarnya bukan suara anak saya mungkin juga bukan suara manusia....mungkin juga suara penunggu rumah...nak kata pencuri ,tak ade pula barang yang hilang atau tanda2 rumah di masuk orang......kenapa mesti suara perempuan ,itu yang menjadi tanda tanyaku ketika itu.

Aci bersumpah2 dia memang dengar suara perempuan bercakap seperti sedang berbual2 dalam talipon dan sekali sekala ketawa kecil sambil dia mengajuk2 bunyinya, dan berkata macam ini mem,di ajuknya bunyi orang itu ketawa sambil ber sumpah mem saya tak tipu ,mem.........

Malam itu juga anak perempuan ku pulang untuk habis kan cuti hujung minggu....dan aku dan abahnya tak mahu cerita apa2 sebab kami tahu dia memang takut dengar cerita2 ni ,nanti tak boleh tidur pulak.Dulu masa rumah kami ada kelawar pun dia tak berani nak ke dapur, aku lah terpaksa tangkap kelawar2 tu ,ikatkan dalam plastik dan buang.

Dalam rumah ini ada macam2 binatang . Sebelum kelawar datang dalam bumbung tu dah ada sarang lebah.....dah suruh orang panjat masuk dalam umbung rumah tu dan asapkan agar lebah tu lari dan berketul2 sarangnya yang masih melekat madu di keluarkan. Salah sorang dari pekerja tu tu mungkin terlalu takut, tergelincir lalu jatuh atas siling .Bila siling ini bocor,mungkin kelawar ni keluar dan masuk dalam rumah.Selain kelawar aku juga pernah tangkap anak burung hantu sehinga berdarah jari ku di patuk oleh paruhnya yang tajam.Selain binatang di atas ni yang biasa2 ialah tupai yang memang suka masuk dalam rumah untuk buat sarang,biawak,burung layang2, merbuk dan burung enggang yang muncul sekali sekala untuk makan kumbang tanduk.

Satu lagi yang menghairankan aku ialah dalam bilik ku yang selalu di masuki oleh belalang daun yang bewarna hijau dan berbentuk nipis .Oleh kerana bentuknya yang seperti daun inilah belalang ini di panggil belalang daun tapi juga dikenali oleh orang tua2 sebagai belalang pelesit
Kata orang tua belalang ini lah yang selalu di gunakan oleh bomohnya menghantar pelesit kerumah mangsa sebagai pengintip atau sebagai orang suruhan nya.Kenapa bilik aku yang jadi kegemarannya sedangkan rumah ini kan luas.....

Thursday, July 05, 2007

ITS DURIAN SEASON




Nak Termuntah !Aku memang hantu durian tapi hari ini aku mentekedarah (i alwez wonder ayat ni datang dari mana , is it asal usulnya muntah kan darah) , sampai nak termuntah....kepala aku pun bila bangun rasa berat sikit.Durian dah mula luruh....semalam tiga biji, hari ini angin kuat bila aku jenguk kat pintu dah ada terlonggok kat depan.....bila masa Aci kutip dan letak kat situ pun aku tak tahu.

Aku nak kopek dan simpan beku isi2 durian ni tapi bila kulitnya terlalu tebal dan liat nak mampos aku terpaksa brhenti dari mengopek ......walaupun kat rumah sekarang ada BADANG tapi dia pun cepat surrender dengan buah2 durian ni.....so naseb le kalau ko orang tak mo balik tak dapat le rase durian yang best in the world and the best and the world ni!

Akhir nya berjaya jugak mengopeknya.....

Sambung cerita .....oleh kerana hari ini ialah hari ambil report books (hari mendengar cikgu komplen pasal pelajaran anak2), jadi di celah2 kesibukan cikgu tu anak2 aku yang dua orang kat asrama tu curi2 ikut aku balik kerumah untuk makan durian.Aku bersama2 si Badang berhempas pulas mengopek durian dan berjaya megeluarkan isi2 dari lebih kurang 6 biji buah durian dan penuhkan satu bekas tupperware untuk d bawa pulang ke asrama....Fulamak ! lepas tu aku rasa sendi2 lengan ku sakit dan bisa2 sekali akibat mengopek kulit durian. SEKIAN kisah durian buat hari ini.

Wednesday, July 04, 2007

Synergy Drive



Sekarang suami tidak lagi bekerja dengan Sime Darby tetapi Synergy Drive.Suami nampak seperti lega kerana banyak OM mungkin tidak lagi memegang jawatan itu.Dan apa yang melegakannya ialah Dr N tidak lagi sepowerful dahulu dan sewenang2nya melantik puak2 nya naik pangkat.

Synergy Drive adalah gabungan antara syarikat Golden Hope, Guthrie dan Sime Darby. Kini logo2 asal ketiga2 syarikat yang dulunya sangat megah telah hilang dan bertukar menjadi satu logo yang mengambarkan bentuk 'bumi' yang mungkin bermakna global dan warnanya juga tidak lagi merah tetapi hijau petronas yang lebih mesra alam atau pun mungkin juga bakal menandakan warna rasmi syarikat raksasa kepunyaan Malaysia seperti juga Petronas.

Selain kes terlalu banyak Om yang tak tahu apa kedudukan mereka sekarang (macam layang2 putus tali) ada juga beberapa peristiwa menarik yang berlaku sepanjang pergabungan ini.....semuanya kebetulan yang nampak macam betul (ayat yang saya dan suami suka gunakan).Seperti baru2 ini apabila semua pengurus ladang dari ketiga2 syarikat di jemput datang ke KL oleh Vice President SD bahagian plantations iaitu Azhar Abdul Hamid ( budak Taiping dan bekas KE, ini pun kebetulan). Suami telah menerima surat yang bertanda tangannya mengucapkan terima kasih kerana hadir dan jika ada apa2 kemushkilan dan pertanyaan boleh menulis terus kepadanya. Semasa sesi soal jawab ,suami berpuas hati dan memuji cara Vice President menjawab pada soalan2 yang datang dari orang2 yang tidak berpuas hati semasa majlis berjalan.Bagi suami Azhar memang berkeliber.Apabila bercakap berkenaan surat yang di terima dari Azhar dengan kawan2nya barulah suami sedar bukan semua yang hadir menerima surat itu.

Satu lagi peristiwa kebetulan ialah apabila Pertubuhan Kelapa Sawit Malaysia menganjurkan pertandingan buah kelapa sawit yang terbesarpada minggu hadapan di PWTC, Azhar telah mengarahkan Dr N (musuh suami no 1) supaya buah yang terbesar itu datangnya dari Sime Darby Plantations bukan dari syarikat lain.Ini kerana Azhar budak Sime Darby dan mahu nama Sime Darby mengunggulinya(dari perkataan Terunggul).Tarikh akhir ialah esok dan semalam nak jadi rezki 2 tandan kelapa sawit seberat 60 kg telah di potong dari ladang CEP Niyor iaitu ladang suami dan pagi ini kedua2 tandan ini akan di hantar ke KL.......hadiahnya jika menang ialah berbentuk sijil dan wang tunai.Mudah2an menanglah demi Azhar dan ofcourse CEP NIYOR estate.

Di bawah ialah jadual Synergy Drive(SD) sepanjang tahun 06/07;

27 Nov 06 offer by synergy drive.
24 Jan 07 Individual sale of business agreements btween target companies and SD.
Early May Announcement of SD senior mngement team.
Mid Jun Approval fr Malaysian Regulatory authorities.
End July Approval of shareholders at general meetings.
Early Oct Mlaysian High Court's sanction of the capital reduction and distribution exercise.
End Oct Completion of SBAs and listing of SD on Bursa Malaysia.
NewBoard of Directors.


Sekian all the best to my husband under the new company and new leadership.

Monday, July 02, 2007

Diari

Ahad - 1 Julai Ada jemputan kahwen di Bukit Sentosa ,Rawang.Ong dan isteri sekali lagi mengikuti kami kerana Ong memang tak cekap jalan di Kuala Lumpur.Kami bertolak dalam pukul 8.45 pagi,aku tak sempat nak makan ubat( penahan sakit) di rumah jadi aku ambil dalam MPV. Di rumah kenduri kami sekali lagi bertemu dengan Datuk/Ustaz Harun Din dan kawannya Datuk Osman.

Oleh kerana kakak kepada ibu pengantin itu mempunyai perniagaan dlam catering dan menyewa khemah ,maka teserlahlah betapa hebatnya apabila hampir 8 buah khemah di pasang dan di hias di sepanjang jalan raya di depan rumah nya yang siap beralas carpet hijau dan di tengah nya carpet merah(sebagai liner) untuk tetamu berjalan,dan oh ya nasib baik tak terbakar dengan api puntung rokok yang di campak sewenang2nya oleh suami dan mungkin orang lain juga.Hari itu agak panas walau pun di setiap khemah itu di pasang dengan ceiling fan ,ianya tidak mencukupi lalu di pasang lagi kipas sisi yang mengeluarkan asap sejuk di dua sudut. Dan tiba2 langit jadi gelap seketika dan hujan dari langit turun dengan lebatya selama 5 minit kemudian bertukar menjadi sedia kala semula.....kata tuan rumah itu hujan rahmat ...untuk menyejukkan suasana.Biasanya bagi tuan rumah yang mengadakan kenduri kahwen untuk anak mereka, hujan sangatlah membimbangkan kerana takut orang yang di jemput tidak semua hadir manakala mereka telah memasak sekian banyak untuk jemputan.

Semasa bersalaman dengan tuan rumah Ong telah memberi beberapa keping envelope yang telah di kirim oleh orang2 tertentu yang tidak dapat hadir.....setahu aku dulu sewaktu anak Jihad kahwen Ong telah mengirim envelope yang berisi 500 ringit kepada kami untuk di berikan kepada bapa pengantin.Aku pula salam dengan tangan kosong kerana suami yang beri pada bapa pengantin,tapi tak lah sampai beratus2. Cuma semasa kahwen anak Jihad , best friend suami, dia hulur dua ratus.Bila aku tanya pada isteri Ong tentang adat kahwen kaum china ia adalah perkara biasa....seperti membayar harga meja.

Makanan kenduri hari itu di buat istemewa iaitu masak gulai rebung buluh yang di bawa dari Kedah dengan daging ayam hutan yang di tembak dekat ladang2 sekitar Johor.Macamana pun
rasanya tak lah sedap sangat.....aku lebih suka kalau rebung itu di masak lemak cili api dan di campur dengan udang atau pun dengan isi ayam hutan pun boleh juga.Di samping gulai rebung tuan rumah juga menghidangkan kerabu taugeh yang di campur kacang botol, ini pun bagi pendapat aku lebih sesuai di gantikan dengan kerabu taugeh yang bercampur kerisik dankerang /perut lembu ,isi ikan yang di potong kiub dan di salut tepung dengan sos tiga rasa,yang ini sedap dan kami terpaksa minta tambahan,daging yang di hiris nipis dan di tumis dengan cili merah ,yang ini juga ok dan ulam pucuk raja dengan air asam,dimana pucuk raja itu tidak ada orang yang menyentuh nya.....kalau lah di tukar dengan perut lembu tentu selesai air asamnya tu.

Lepas makan dan tenguk pengantin bersanding....(kesian pengantin kena duduk bersanding dulu sebelum makan....aku terlihat makanan nya dah di jamah lalat ketika pengantin sibuk di tepung tawar dan di ambil gambarnya).Kami pun minta izin untuk pulang dr tuan rumah.Sampai ke Kluang pukul 5.30 petang dan kami sempat melihat Qayum dan Khaliq pulang ke asrama.

Diari

Jumaat 29 Jun,hari ini kerja penghantaran dua buah jentera pengangkut buah telah selamat di hantar ke pelabuhan pasir Gudang dan selesai melalui pemeriksaan kastam oleh suami. Ekoran dari itu, suami juga mendapat e mail dari tuan haji mengucap tahniah dan terima kasih atas endless effort dan full corporation dari suami dan e mailnya kali ini dia telah cc kan kepada beberapa OM yang lain. Sebelum ini, dua OM India telah memberitahu suami yang mereka yakin tuan haji langsung tidak berniat menghantarnya . Dia lebih suka kalau penghantaran itu gagal.Di sini suami tidak tahu siapa yang benar.Untuk pengetahuan bulan Julai ialah bulan terakhir tuan haji bekerja kerana sudah tamat tempoh.

Sehari sebelum itu, Mr Kenneth (OM PT SIA) telah menghantar e mail kepada suami bertanya samaada suami telah bersedia datang semula ke Indonesia Raya dan di balas suami tidak mahu kesana kerana bisa stress ,walau bagaimanapun suami ingin ke Venezula jika berpeluang kerana ada samba di sana....di balas dengan e mailnya yang berbunyi Ulala...

Malam - suami mengigau dalam loghat Indon....mana suaranya ?