Pages

Monday, July 02, 2007

Diari

Jumaat 29 Jun,hari ini kerja penghantaran dua buah jentera pengangkut buah telah selamat di hantar ke pelabuhan pasir Gudang dan selesai melalui pemeriksaan kastam oleh suami. Ekoran dari itu, suami juga mendapat e mail dari tuan haji mengucap tahniah dan terima kasih atas endless effort dan full corporation dari suami dan e mailnya kali ini dia telah cc kan kepada beberapa OM yang lain. Sebelum ini, dua OM India telah memberitahu suami yang mereka yakin tuan haji langsung tidak berniat menghantarnya . Dia lebih suka kalau penghantaran itu gagal.Di sini suami tidak tahu siapa yang benar.Untuk pengetahuan bulan Julai ialah bulan terakhir tuan haji bekerja kerana sudah tamat tempoh.

Sehari sebelum itu, Mr Kenneth (OM PT SIA) telah menghantar e mail kepada suami bertanya samaada suami telah bersedia datang semula ke Indonesia Raya dan di balas suami tidak mahu kesana kerana bisa stress ,walau bagaimanapun suami ingin ke Venezula jika berpeluang kerana ada samba di sana....di balas dengan e mailnya yang berbunyi Ulala...

Malam - suami mengigau dalam loghat Indon....mana suaranya ?

No comments: