Pages

Thursday, July 05, 2007

ITS DURIAN SEASON




Nak Termuntah !Aku memang hantu durian tapi hari ini aku mentekedarah (i alwez wonder ayat ni datang dari mana , is it asal usulnya muntah kan darah) , sampai nak termuntah....kepala aku pun bila bangun rasa berat sikit.Durian dah mula luruh....semalam tiga biji, hari ini angin kuat bila aku jenguk kat pintu dah ada terlonggok kat depan.....bila masa Aci kutip dan letak kat situ pun aku tak tahu.

Aku nak kopek dan simpan beku isi2 durian ni tapi bila kulitnya terlalu tebal dan liat nak mampos aku terpaksa brhenti dari mengopek ......walaupun kat rumah sekarang ada BADANG tapi dia pun cepat surrender dengan buah2 durian ni.....so naseb le kalau ko orang tak mo balik tak dapat le rase durian yang best in the world and the best and the world ni!

Akhir nya berjaya jugak mengopeknya.....

Sambung cerita .....oleh kerana hari ini ialah hari ambil report books (hari mendengar cikgu komplen pasal pelajaran anak2), jadi di celah2 kesibukan cikgu tu anak2 aku yang dua orang kat asrama tu curi2 ikut aku balik kerumah untuk makan durian.Aku bersama2 si Badang berhempas pulas mengopek durian dan berjaya megeluarkan isi2 dari lebih kurang 6 biji buah durian dan penuhkan satu bekas tupperware untuk d bawa pulang ke asrama....Fulamak ! lepas tu aku rasa sendi2 lengan ku sakit dan bisa2 sekali akibat mengopek kulit durian. SEKIAN kisah durian buat hari ini.

No comments: