Pages

Wednesday, July 04, 2007

Synergy Drive



Sekarang suami tidak lagi bekerja dengan Sime Darby tetapi Synergy Drive.Suami nampak seperti lega kerana banyak OM mungkin tidak lagi memegang jawatan itu.Dan apa yang melegakannya ialah Dr N tidak lagi sepowerful dahulu dan sewenang2nya melantik puak2 nya naik pangkat.

Synergy Drive adalah gabungan antara syarikat Golden Hope, Guthrie dan Sime Darby. Kini logo2 asal ketiga2 syarikat yang dulunya sangat megah telah hilang dan bertukar menjadi satu logo yang mengambarkan bentuk 'bumi' yang mungkin bermakna global dan warnanya juga tidak lagi merah tetapi hijau petronas yang lebih mesra alam atau pun mungkin juga bakal menandakan warna rasmi syarikat raksasa kepunyaan Malaysia seperti juga Petronas.

Selain kes terlalu banyak Om yang tak tahu apa kedudukan mereka sekarang (macam layang2 putus tali) ada juga beberapa peristiwa menarik yang berlaku sepanjang pergabungan ini.....semuanya kebetulan yang nampak macam betul (ayat yang saya dan suami suka gunakan).Seperti baru2 ini apabila semua pengurus ladang dari ketiga2 syarikat di jemput datang ke KL oleh Vice President SD bahagian plantations iaitu Azhar Abdul Hamid ( budak Taiping dan bekas KE, ini pun kebetulan). Suami telah menerima surat yang bertanda tangannya mengucapkan terima kasih kerana hadir dan jika ada apa2 kemushkilan dan pertanyaan boleh menulis terus kepadanya. Semasa sesi soal jawab ,suami berpuas hati dan memuji cara Vice President menjawab pada soalan2 yang datang dari orang2 yang tidak berpuas hati semasa majlis berjalan.Bagi suami Azhar memang berkeliber.Apabila bercakap berkenaan surat yang di terima dari Azhar dengan kawan2nya barulah suami sedar bukan semua yang hadir menerima surat itu.

Satu lagi peristiwa kebetulan ialah apabila Pertubuhan Kelapa Sawit Malaysia menganjurkan pertandingan buah kelapa sawit yang terbesarpada minggu hadapan di PWTC, Azhar telah mengarahkan Dr N (musuh suami no 1) supaya buah yang terbesar itu datangnya dari Sime Darby Plantations bukan dari syarikat lain.Ini kerana Azhar budak Sime Darby dan mahu nama Sime Darby mengunggulinya(dari perkataan Terunggul).Tarikh akhir ialah esok dan semalam nak jadi rezki 2 tandan kelapa sawit seberat 60 kg telah di potong dari ladang CEP Niyor iaitu ladang suami dan pagi ini kedua2 tandan ini akan di hantar ke KL.......hadiahnya jika menang ialah berbentuk sijil dan wang tunai.Mudah2an menanglah demi Azhar dan ofcourse CEP NIYOR estate.

Di bawah ialah jadual Synergy Drive(SD) sepanjang tahun 06/07;

27 Nov 06 offer by synergy drive.
24 Jan 07 Individual sale of business agreements btween target companies and SD.
Early May Announcement of SD senior mngement team.
Mid Jun Approval fr Malaysian Regulatory authorities.
End July Approval of shareholders at general meetings.
Early Oct Mlaysian High Court's sanction of the capital reduction and distribution exercise.
End Oct Completion of SBAs and listing of SD on Bursa Malaysia.
NewBoard of Directors.


Sekian all the best to my husband under the new company and new leadership.

1 comment:

reddo said...

yeap.penggabungan akan ofrsurely memakan ati banyak orang.

mas yang takde gabungan pun banyak memakan hati orang:)

www.redwanshamsuddin.blogspot.com