Pages

Thursday, August 30, 2007

Pemimipin Yang Hebat - TDM



Sebenarnya seorang pemimpin tidak perlulah meminta2 untuk di sanjung,orang akan tahu juga siapa yang mereka nak sanjung dan akan tetap menyanjunginya tanpa di minta atau di suruh....seorang pemimpin juga tidak perlu meminta2 untuk di muliakan tetapi ia akan tetap di muliakan dan pemimpin juga tidak perlu meminta2 untuk di kenang kerana ia akan tetap di kenang atas apa2 perbuatannya yang baik di dunia ini.Manusia yang kejam juga macam Hitler pun akan tetap di kenang juga jadi dalam soal mengenang ini terpulanglah pada individu.


Orang yang hebat ialah apabila dia jatuh manusia tetap mahu mengangkatnya , bila dia hilang manusia tetap mahu mencari di mana dia , bila dia meninggal dunia sekalipun manusia tetap mahu mengabdikannya dalam lipatan sejarah mereka.Mereka kebanyakannya mempunyai jiwa yang besar. Jiwa yang besar berarti mereka tidak lari dari tanggung jawab yang mereka pikul.Berfikiran jauh ,berwawasan dan tidak somborono membuat keputusan.Kebanyakan mereka akan meletakkan kepentingan rakyat dahulu dari hal2 peribadi.Rakyat yang di bawah pimpinannya akan mendapat tempias kemegahan yang di bawanya.Apabila mereka memuji2 pemimpin kita dengan secara tiba2 kita rasa bangga yang kita adalah rakyat negara tersebut.Itulah dia contoh seorang PEMIMPIN yang besar walau negara yang di pimpinnya tidak sebesar mana pun di peta dunia tetapi boleh menggoyahkan peribadi pemimpin2 negara besar.

Orang yang hebat juga apabila dia bercakap semua orang diam dan dengar , bila dia menegur semua manusia akui dan sedar ,bila dia bekerja orang2 yang malas membencinya kerana kerajinannya.Dan bila dia mengeluarkan buah fikirannya ada yang tidak dapat menjangkau dan menganggap nya mustahil ,tetapi akhirnya dapat di terima apabila terbukti hasilnya.Tetapi malangnya bila dia lama memerintah ramai yang keluh kesah dan menganggapnya diktator.....orang2 yang tamak dan tidak sabar mula merasai keberadaannya seperti duri di dalam daging.

Di sini aku ingin menyatakan yang benar dan....

Apa salahnya menyatakan yang benar walaupun dia di benci tetapi ramai yang membencinya kerana mereka tidak dapat menyamainya....

Tun Dr Mahathir adalah seorang pemimpin yang hebat!

Ini catatan aku: Tidak ada seorang manusia di muka bumi ini yang sempurna seperti Kekasih Allah walau pun mereka tersangat2 menginginkan mengikuti jejaknya....Rasul adalah pilihan dan kekasih ALLAH SWT. Jiwanya telah di bersihkan oleh Allah sehinggakan Iblis pun terlalu sukar hendak menghampirinya.Setiap langkahnya di jaga oleh Malaikat dan setiap permintaannya akan di kabulkan oleh ALLAH....tetapi sifatnya yang terlalu pemalu dan merendah diri pada Penciptanya sehinggakan dia tidak pernah meminta apa jua untuk kepentingan dirinya walaupun di suruh oleh Malaikat supaya memohon pertolongan ALLAH begitu juga dia sebagai pemimpin yang sanggup menahan lapar dari meminta2 dari pengikut2nya yang setia .Apa yang paling penting dalam hidupnya ialah semata2 keselamatan umatnya dan menyeru manusia sejagat ke jalan ALLAH.Jadi apalah kita sebagai hamba nya yang sentiasa di kelilingi oleh bala tentera Iblis...yang kadang2 boleh terleka dengan kemanisan hidup dan kadang2 boleh terbawa dengan nafsu am marah. Tidakkah kita sedar kenapa orang semakin menjauh dari kita? ?Dan kenapa NERACA perlu walaupun kita mati dengan nama Islam.Sebaik2 insan dimataku ialah orang yang selalu merendah diri walaupun di dadanya penuh dengan ilmu dan bila dia bercakap penuh dengan nasihat dan kasih sayang kepada semua umat dan apabila dia melihat seseorang yang kufur dan penuh kemaksiatan dia terlalu sedihnya dan ingin mengajak bersamanya ke jalan yang lurus .Janganlah mendabik dada aku lebih alim dari kamu maka aku lebih di kasihi Allah kerana takut satu hari nanti kita jadi riak dan sifat riak sangat di benci oleh Allah...bukan kah orang yang kufur itu kejadian Nya jua....Hanya Allah yang mengetahui....

Tuesday, August 28, 2007

Negaraku



Negaraku
.Tanah tumpah nya darahku..... .

Saya bukan nak cakap mengenai lagu kebangsaan kita....walau pun saya dah tahu iramanya tu di ceduk dari lagu Orang Putih...aaaaah apa salah nya dulu pun banyak lagu Melayu di ceduk dari irama Hindustan ,macam lagu DJ Dave,meletup2 dalam corong radio tak ada siapa marah pun malahan ada yang terbayang2 wajah penyanyi yang bermata kuyu tu.

Sempena kedatangan Hari Merdeka ni tentu lah banyak cerita mengenai negaraku Malaysia. Ada yang dah memasang bendera kat atas bumbung ,pagar dan pokok. Ada juga setengah orang yang minat gila dengan bendera ni akan lekat bukan satu malahan penuh bumbung keretanya dengan bendera...tapi orang macam ni memang kuranglah yang saya nampak, hanya satu dua je... tu pun di kampung.

Semasa pulang melalui highway Plus minggu lepas tak banyak kereta yang memasang bendera Malaysia.Kalau saya boleh kira apa yang saya ternampak ada kot dalam 10 buah...kebanyakan mereka suka rentang dan lekapkan bendera tu atas bonet depan kereta.Ia nampak menarik dan kemas dan mungkin tidak merosakkan kereta jika di bandingkan dengan bendera2 cacak yang terpaksa di gamkan tiang atau pemegangnya atas kereta.

Saya juga terserempak dengan dua buah kereta jenis proton memacak dua buah bendera ,sebelah bendera Malaysia dan sebelah lagi bendera PAS.Malangnya kerana kereta kami terlalu laju,saya tak sempat nak tenguk macamana pemiliknya mencacak tiang yang agak besar tu (kalau ikut saiz benderanya yang besar tu sudah tentulah tiangnya mesti besar juga) di sebelah depan kiri kanan bonet keretanya. Yang ini sungguh unik kerana bendera2 tersebut berkibar dan nampak megah .

Seperti selalu kalau nak balik kampung dari Kluang ke Taiping kami kena sediakan lebih kurang RM 70 untuk Tol dan RM 130 untuk minyak darab 2 untuk pergi dan balik akan mencecah empat ratus....hampir sebulan duit pencen bapa kat kampung.Kalau kami pulang berempat beranak jadi satu kepala seratus ringgit pergi dan balik ,masih berbaloi lagi bila di bandingkan dengan tambang bas ekspress.Maka tak hairanlah kalau anak2 yang duduk jauh tak dapat nak jengah ayah bonda di kampung kecuali kalau betul2 perlu.Lalu aku pun berfikir macam orang bodoh( memang pun)....Mengapalah air tak boleh di gunakan sebagai bahan bakar sedangkan air pun ada oksigen dan oksigen boleh terbakar....aaaaah kalau lah otak aku bergeliga.....

Sepanjang perjalanan pulang iaitu hari Isnin macam biasalah panorama di Malaysia, mesti ada kemalangan jalan raya untuk kita perlahankan kereta walaupun kemalangan itu berlaku arah jalan yang bertentangan tapi yang traffik jam nya sebelah yang tak ada kemalangan...inilah yang bestnya tentang negaraku. Sempat juga mencuci mata yang tengah mengantuk bila panjang tengkuk tenguk kereta 2 yang remuk kerana kemalangan tu.Bila mata dah mulai segar pecut 120km balik!

Di Taiping pula semasa singgah kat kedai cuci kereta lain pula senarionya....pekerja2 Myanmar yang ada macam muka Cina dan juga muka Melayu sedang ikat anjing tua dan anak anjing .Bila kereta kami membelok masuk ke kedai tersebut ,yang seorang tu macam malu2 di lepaskan tali anak anjing tu...tapi yang bapa anjing tu mereka tak lepaskan.Sekarang ni ramai pemilik2 anjing dan kuching takut melepaskan binatang2 kesayangan mereka berkeliaran kerana di khuatiri silap haribulan binatang2 tersebut akan jadi lauk atau gulai orang2 ni..Sekarang kerajaan tak perlu pening kepala nak upah penempak anjing liar ...kalau difikirkan anjing2 kita dah tua dan berkurap lepaskan saja di kawasan2 yang banyak orang2 ni.Inilah Negaraku, banyak masaalah yang boleh diselesaikan dengan cara mudah.

Lebih kurang setengah jam datang pula dua orang budak Mat Rempit ...yang bestnya mereka bercakap dalam Bahasa Malaysia ,bahasa negaraku dengan budak2 Myanmar ni siap bagi tau waktu dan wang taruhan untuk racing pada malam merdeka ni....fulamak macam aku dan anak2 aku ni pekak , buta dan tuli tak dengar apa2....bukannya bisik2 tapi selamba rancaknya bercakap....." kalau kau tak de tiga ratus...bawa je makwe kau tu, jika aku menang kau bagi makwe kau tu kat aku ",sambil gelak2...

Inilah penghuni2 Negaraku,cemerlang , gemilang, terbilang ...........di bandingkan dengan anjing kurap yang boleh di jadikan makanan.... manusia macam Mat Rempit hanya merosakkan bangsa dan negaraku...dan dari segi mentality dan kreativiti walaupun Mat Rempit tu membawa bendera Malaysia pada hari merdeka kelak apakah ia akan membuat saya megah...saya lebih terhibur dengar lagu rap Negarakuku....siapa makan cili dia rasa pedas...orang yang ada pelajaran bila buat kesilapan mudah tersedar bila di tegur jika dibandingkan dengan orang bodoh sombong!


SELAMAT MENYAMBUT HARI CEMERLANG ,GEMILANG DAN TERBILANG!

MERDEKA!

Monday, August 20, 2007

BENGANG NYA!

Oh Mak dah pukul 7 pagi!! Selalu nya aku jarang2 sekali terkejut badak macam ni tapi sekarang anak2 aku cuti sekolah , mereka berdua ada kat rumah dan yang Ting 5 tu pulak ada kelas tambahan pukul lapan nanti jadi aku kena hantar lah dan sudah tentu kena siapkan breakfast dia.

Habis prepare breakfast dan mandi ala2 'cow boy ' aku pun suruh dia cepat2 siap dan hantar sampai ke pintu pagar sekolah....tiba2 je dia buat muka toye ,dah lah tiap kali dia bercakap suaranya hanya dia je boleh dengar dan paham .Sudah tentulah aku hairan dan tanya dia berkali2 KENAPA YUM??

senangnya dia jawap ,"Ayum tak de semangat la mak nak belajar..."
APAAAAAA!!!!???????

Dahle aku terpaksa batalkan niat aku nak balik Taiping Sabtu lepas kerana fikirkan dia ada kelas tambahan...tup2 dia tak mahu pergi atas alasan dia dah terer Add Maths.Mak Oiiiiiiii,bengang nya aku!

Dah 17 tahun dan aku masih tak paham2 dengan kerenah anak aku yang ini....aku tak tahu pada siapa aku nak refer...dari kecil dulu pun doktor kata salah ibu bapa sebab tak layan dia berbual sehinggakan dia suka main sorang2 dan senyum sorang2....dan macamana nak berbual kalau dia awal2 lagi dah suruh kita diam kalau kita cakap banyak ,begitu juga adiknya kalau bising sebab mengganggu daya konsentrasi dan imiginasi dia yang sedang kusyuk main sorang2 tu.Fikir punya fikir aku sumbat dia masuk asrama sekali dengan adiknya .

Sampai sekarang mood dia turun naik. Ada satu2 masa aku rasa dia dah ok dan ada satu masa macam tadi mood dia terus hilang .....bila dia kata semangat dia hilang aku kena LEMPANG dia ke untuk pulihkan semangatnya ,masyaallah ,apa dalam fikirannya tuhan saja yang tahu...mudah2an ada alasan yang baik...macam cerita Beautiful Minds mungkinkah ? mungkinkah?

Wednesday, August 15, 2007

PORT KLANG - Yang Cantik Dan HODOH

http://www.pka.gov.my/ (Untuk Rujukan)

Yang cantik ialah namanya Port Klang yang bermaksud pelabuhan dan ini juga bermakna ia terletak di tepi laut di mana banyak kapal2 berlabuh di situ.

Di bangku sekolah sekitar tahun 1977 ,abangku yang kedua tamat persekolahannya dan bekerja di Pelabuhan Klang sebelum menjadi guru.

Sejak itu nama Port Klang sentiasa berada dalam hati ku.....sehinggalah pada tahun 2002 apabila suami berpindah ke Bukit Raja , Meru,aku berpeluang buat pertama kali melihat Port Klang secara dekat.

Macam Langit Dengan Bumi itulah yang aku dapat katakan antara kenyataan dan bayangan yang aku fikirkan selama ini.

Aku bayangkan satu pelabuhan yang sibuk ,gagah dan sofistikated akan berada di depan mataku apabila suamiku membawaku ke sana tetapi aku hampa ,sungguh hampa. Apa yang aku lihat hanya rumah2 kedai dan rumah2 pangsa yang buruk dan di tinggalkan seperti gajah putih. Tidak ada bangunan2 pencakar langit yang baru di situ. Bandar itu seperti sudah mati.Sangat berbeza dengan pekan Meru yang lebih padat dengan manusia.

Yang CANTIK ialah Kedai Makanan Laut nya pada waktu malam. Selalu di kunjungi oleh orang ramai kerana kedai2 makanan laut itu terletak di persisiran pantai dan pandangan pada waktu malam memang cantik , segar dan ceria.Tambahan pula pemiliknya menyediakan ikan ,ketam ,udang dan siput yang segar di situ.

Dari pelabuhan juga kami boleh menaiki bot ke Pulau Ketam http://www.malaysiasite.nl/ketam.htm dan beberapa pulau kecil yang lain.Sebenarnya pulau2 ini adalah perkampungan nelayan dan mempunyai perusahan ikan ,ketam dan udang dalam sangkar.Pada hujung minggu akan kelihatan deretan kereta yang banyak di tempat parking kereta .Kebanyakan pemiliknya akan membawa alat2 memancing dan akan pulang keesokan harinya.

Kebelakangan ini terpampang cerita yang paling HODOH berkenaan Zon Bebas Perniagaan Pelabuhan Klang....http://www.sun2surf.com/article.cfm?id=18987 Macam biasalah terkena WABAK POLITIK KOTOR.Aku pun tak paham apa yang bebas dalam zon tu yang aku paham projek2 besar yang di laksanakan di situ untuk siapa....dari mana kerajaan nak limpahkan kemasukan manusia ke situ.....Pelabuhan Klang selama ini amat lengang , tidak banyak aktiviti2 perniagaan yang ada,kalau ada pun hanya segelintir rakyat Indonesia yang mahu masuk dan pulang kerana bekerja dan tamat tempoh permit kerja.

Sebenarnya Port Klang yang terletak paling hujung iaitu 40 km dari Kuala Lumpur dan mengarah ke barat tidaklah susah untuk sampai . Dengan adanya kemudahan jalan keretapi dan KESAS highway ,ke Klang dan Shah Alam tidaklah menjadi masaalah. Sekiranya pembangunan yang rancak boleh berlaku di sekitar Shah Alam- Klang( seperti di Setia Alam) maka tidak mustahil Pelabuhan Klang juga boleh berkembang tambahan pula kelebihannya mempunyai pelabuhan untuk kapal2 barang berlabuh di situ.

Tetapi dalam keadaan kerajaan rancak hendak membangunkan Pelabuhan Klang ada tak mereka membuat apa yang patut aku sebut disini seperti satu master plan ke di mana mereka sudah teliti bahawa pelabuhan itu akan menjadi sibuk dan padat pada katakan 5 tahun akan datang kerana mungkin Malaysia dah mula impot atau ekspot barangan 5 kali ganda dari sekarang...tak kiralah kalau jadi pengimport buruh paksa ke, barangan tiruanke, pelacur kelas bawah dan atas ke tak kiralah apa2 pun jajni kerajaan dah buat perangkaan itu dari awal.

Ada ke? Kalau ada aku tentu sudah terbaca mana2....Dulu aku dengar Pelabuhan Klang akan menjadi yang terunggul di ceruk Asia Pasifik ni kalahkan Singapura ,kalau dulu ada juga di iklan kan dalam TV berkenaan West Port tapi entah kenapa tiba2 tenggelam begitu saja....aku juga berharap sedemikian macam Lapangan Kapal terbang Sepang....sekurang2nya kita dah tak malu dengan Singapurakan.Tapi sekarang aku tersangat2 lah malu...dan bukan itu saja aku juga sangatlah marah dengan orang2 KOTOR ni....tak habis2 nak isi tembolok dengan DUIT RAKYAT....tak kenyang2 ,kalau betul itu projek yang terancang mengapa pulak boleh tersangkut sana-sini .

Mungkin juga makan duit haram ni(sebab rakyat tak restu) LAZAT sekejap saja sebab tu kena makan selalu supaya tak putus kelazatannya.

Apa pun yang akan berlaku Pelabuhan Klang akan tetap di hatiku.....

BiLa Yang Buruk Itu Yang TerBaik Untukku.

Pernah berkali2 aku menyoal diri aku kenapa begini ,kenapa begitu. Sebenarnya aku sedang mencari HIKMAH atau penjelasan di sebalik apa yang berlaku .Tuhan ku pernah berkata di sebalik sesuatu kejadian ada hikmahnya.

Rambut yang mula memutih ada hikmahnya. Sakit yang berpanjangan ada hikmahnya. Kegagalan juga ada hikmahnya. Banyak hikmah yang Tuhanku berikan cuma aku yang tidak menyedarinya dari awal.

Mungkinkah yang buruk itu terbaik untuk ku?
Contoh nya kalaulah rupaku secantik Angelina Jolie apakah aku akan lupa diri.Apakah rupaku akan menjadi paparan dalam majalah2 dan surat2 khabar dan aku mula mendedahkan aurat ku untuk tontonan orang ramai. jika begitu maka aku bersyukur kerana tidak cantik.

Atau kalau aku kaya raya , apa pula yang akan berlaku pada ku sekarang? Mungkin aku akan jadi riak dan takbur sehingga aku tidak perlu mengadu apa2 pada Pencipta ku.

Atau kalau aku mendapat insan yang dipanggil suami yang baik hati dan lemah lembut,apakah anak2 ku akan mengambil kesempatan atas sifat ini, kerana zaman sekarang banyak anak2 yang pandai membuli.

Hari ini aku bersyukur kerana sifat garangnya itulah yang membuat anak2 takut dan tidak berani melakukan sesuatu yang tidak di sukainya.Sifat garang itulah yang telah membuat anak2 ku lebih berdikari untuk membina jati diri.Sifat garangnya itulah yang meletakkan dia di tempat paling atas dalam keluarga.

Dan aku mengaku tidak semua yang baik itu terbaik untuk aku.

Dengan otak ku yang lembab ini aku masih tercari2 hikmah di sebalik peperangan dan penderitaan yang berlaku di bumi Iraq, Palestine dan Afghanistan>>>aku masih belum ada jawapan.

Tuesday, August 14, 2007

Tabik Spring untuk JABATAN IMIGRESEN

Tahniah kerana kecekapan yang semakin mantap!
Tahun lepas semasa aku dan suami perbaharui pasport ,jabatan itu mengambil masa 24 jam untuk siap jika di bandingkan dengan 10 tahun yang lampau ia ambil antara 7 dan 14 hari.Dan ini memang sudah cukup bagus.

Tetapi baru2 ini ketika kami memperbaharui pasport anak kami ,amat terkejut bila kami tanya "bila boleh siap?"
Jawab kerani di situ , "dalam dua jam puan datang semula......"

Wow kalau lah lain2 jabatan seperti EPF ke boleh cakap begitu....tak payah lah nak ulang alik rumah banyak kali!

Monday, August 13, 2007

Murtad - Satu epidemik atau propaganda politik?

Aku mahu penjelasan dari orang2 Kristien apa betulkah ada satu BADAN DUNIA yang telah MENGERAH pengikutnya untuk memurtadkan orang Islam ?Dan s ekiranya mereka berjaya akan diberi imbalan berbentuk duit.Apa benarkah mereka menggunakan tipu muslihat dengan berpura2 baik menolong gadis2 ini sedangkan niat mereka hanya satu iaitu mendapat imbalan sesudah mission berjaya.Mereka sebenar tidak langsung ada niat untuk mengahwini mangsa2 mereka.Saya katakan begitu kerana mereka langsung tidak berfikir menukar agama mereka atau sekurang2nya merasa bimbang terhadap perkahwinan dengan orang Islam yang mereka tahu amat MUSTAHIL itu.Dan soalan yang terakhir ialah benarkah mereka terpaksa memberi minum HOLY WATER yang dikatakan air dari campuran tulang anjing hitam dan janin yang datangnya dari benih persetubuhan padri mereka?Saya dapat tahu bahawa penganut yang hendak di baptis akan di tiduri oleh Bapak Syaitan iaitu Padri mereka!

Sekiranya semua ini tidak benar kenapa pula peristiwa seperti Lina Joy boleh sama dengan cerita Aisyah dan kemudian boleh sama dengan apa yang berlaku pada sahabat jiranku di Kuching dan kemudian sama pula dengan peristiwa yang berlaku di Taiping.Aku berharap orang yang aku maksudkan ini berani tampil dan sama2 berkumpul dengan keluarga Lina Joy menceritakan peristiwa bagaimana anak mereka telah terperangkap dengan tipu daya penganut2 kristien yang jahat ini .Dan aku juga mahu orang2 yang bertanggung jawab atas pearbuatan penganut2 kristien yang mahu menjahanamkan saudara2 Islam ku di bawa kemuka pengadilan. Biar di bongkar semua aktiviti dan niat mereka.Untuk penganut2 kristien yang beragenda jahat ini - U WILL BE BURning Away IN NERAKA JAHANNAM!

Kalau lah aku silap kenapa cerita2 seperti di bawah ini sampai ke pengetahuan ku dan orang yang menceritakannya terdiri dari sahabat2 baik ku yang mustahil akan berbohong.Dan ada juga cerita dari saudara2 ku sendiri....tolong terangkan pada aku kalau ini satu pembohongan!

Taktik mereka semua sama, kalau di universiti2 mereka bermula dengan group studies kemudian melanjutkan kepada aktiviti sukarela di dalam kampus kemudian menular ke luar kampus. Sepanjang aktiviti itu secara sedar atau tidak sedar mereka akan di beri air mineral untuk di minum. Kemudian menular ke aktiviti2 keagamaan.Ada juga waktu2 tertentu air2 ini yang kononnya untuk penerang hati akan di edarkan kepada students sebagai persediaan menghadapi peperiksaan.Banyak orang tidak akan percaya bahawa holy water atau air hikmat ini boleh membuat manusia lupa diri tetapi aku tidak - Ingatlah Rasul pun pernah di hikmat .

Aku yakin Lina Joy di hikmat dan Insyaallalah boleh di selamatkan seperti yang berlaku dengan anak kawan jiranku di Kuching, tapi mula2 Lina Joy mesti di pisah kan dari orang yang melakukan hikmat kepadanya. Memulih insan yang kena hikmat memerlukan masa dan kesabaran apa tah lagi kalau perbuatan di hikmat itu sudah lama dan sebati dengan mangsa.Untuk keluarga Lina Joy banyak2lah BERSABAR.

Aku yakin apabila perbuatan memurtad ini sudah tersebar dan ada usaha untuk memulihkan si mangsa maka berlakulah satu lagi kes iaitu si mangsa akan di bawa lari atau di sorok dari pengetahuan umum. Agenda mereka seterusnya ialah menukar nama dan identiti si mangsa dan satu paspot antarabangsa(kerana ini yang berlaku di Kuching) akan di keluarkan lalu mereka di bawa ke suatu negara dan bermula lah kerja baru mereka sebagai pendakwah kristien dan akan memberitahu orang ramai bahawa dia sudah keluar dari Islam kerana Islam itu zalim terhadap dia, tidak memberi dia kebebasan mutlak untuk dia memilih jalan yang benar dan lain2 yang bertujuan mencemar agama suci Islam.

Dan ini satu lagi kes yang di ceritakan oleh saudaraku dan berlaku di Taiping. Seorang budak perempuan tiba2 jatuh sakit seperti kerasukan kemudian keluarganya telah membawanya untuk di rawat secara tradisional. Dari situlah mereka dapat tahu siapa punya angkara dan kenapa budak itu di hikmat.Sayugia cerita budak malang itu sesudah sembuh bahawa dia telah mengambil sejumlah wang dari kawannya dengan syarat bahawa dia akan keluar dari Islam. Tetapi dengan izin Allah juga dia belum bersedia menukar agamanya maka untuk membalas dendam atau mungkin untuk menutup mulut budak itu maka kawannya telah menggunakan jalan ini.

Di bawah adalah petikan kisah Lina Joy dari blog Mahaguru 58.
Islam.http://mahaguru58.blogspot.com/2007/08/azalina-jailani-lina-joy-your-mother.html

BERHATI2 dengan agenda MUSUH ISLAM yang NYATA ini.. Harapan saya agar keluarga mangsa dan mangsa tidak perlu malu untuk berkongsi cerita dan derita mereka agar umat Islam di luar sana sedar akan kewujudan mereka.

PEMBERITAHUAN TINDAKAN MAHKAMAH


MAJLIS PERBANDARAN KLANG Tarikh : 25/06/2007
Tingkat, Menara A & M
Garden Business Centre
No 3 Jln Istana
41000 KLANG BANDAR DI RAJA
Selangor Darul Ehsan. No Siri : :MPK/SPLK/84xxxx




BUTIRAN KENDERAAN : BGX XXXXXX

JUMLAH KOMPAUN : 5

JUMLAH PERLU DI BAYAR : 340.00



Melalui rekod kami tuan/puan telah gagal menyelesaikan bayaran kompaun yang tertunggak dalam tempoh yang di tetapkan di atas sebab melakukan kesalahan di bawah Perintah Pengangkutan Jalan ( Peruntukan mengenai Tempat Letak Kereta) Majlis Perbandaran Klang, 1996.Butir2 lanjut mengenai kesalahan boleh di dapati di tempat seperti tertera di jadual di bawah:-



TINDAKAN MAHKAMAH AKAN DIAMBIL DAN WARAN TANGKAP AKAN DI KELUARKAN TANPA MERUJUK KEPADA TUAN/PUAN SEKIRANYA TUAN/PUAN GAGAL MENJELASKAN BAKI YANG TERTUNGGAK DALAM TEMPOH 14 HARI DARI TARIKH PENERIMAAN NOTIS INI.

Sila abaikan notis ini sekiranya pembayaran telah di buat.


"KEJUJURAN DAN KETEKUNAN"
Saya yang menurut perintah,

......................
FADZILAH BINTI ABDUL AZIZ
Penasihat Undang-undang
b/p Yang DIpertua
MAJLIS PERBANDARAN KLANG.


Surat ini bukan saja satu keping malahan dua keping dan sampai dengan selamatnya ke alamat kami di Kluang.Tenguklah betapa efficient nya surat saman yang di keluarkan oleh pihak MPK Klang kepada pemilik2 kenderaan yang gagal mempamirkan tiket parking yang harganya hanyalah 50 sen sejam dan sekiranya waktu anda memparking tiba2 melebihi satu jam samaada SENGAJA atau TIDAK kenderaan anda akan di selit dengan surat saman yang mengatakan anda di denda sebanyak 30 Ringgit Malaysia ..Dan sekiranya anda tidak mengambil pusing dan anda ingat anda BEBAS maka anda teramat2lah TERSILAP.

Di sini aku bukan nak argue aku salah atau betul tapi aku nak argue sekarang dah tahun 2007 ,peruntukan tu pada tahun 1996 ,MPK tak teringin ke nak buat survey untuk pembaharuan supaya sistem parking tu lebih teratur dan masuk akal di samping menyenangkan semua pihak.Kat sini aku nak buat rujukan aku semasa berada di Kuching ,Sarawak dari tahun 1996 hingga tahun 2002.

Di Klang ,rakyat yang nak parking kereta tepi jalan kena masukkan duit kedalam satu mesin yang akan di letakkan di beberapa lokasi mungkin dalam radius yang sama dari tempat meletak kereta.Mesin ini akan mengeluarkan tiket. Jadi rakyat kena keluar dari kereta cari mesin tiket kemudian pulang semula kekereta untuk menempek tiket tersebut.Kemudian akan ada pula polis MPK meronda dengan motor untuk tenguk waktu luput.

Di Kuching buku2 kupon(optional) dijual dengan mudah di pondok2 yang terletak di beberapa lokasi.Anda juga boleh beli sekeping tiket untuk setengah jam parking dan sekiranya anda terlebih masa dia hanya akan charge tidak sampai 100 persen stiap 30 minit,contoh nya untuk 20 sen rakyat mungkin kena bayar 32 sen dan rakyat di beri tempuh 3 hari kalau tak salah dan sekiranya lambat barulah surat saman sebanyak 10 Ringgit Malaysia di hantar ke alamat anda.

Apa yang berbeza di sini hanya ingin memberitahu bahawa rakyat di Kuching lebih berhemah dari segi membayar parking kereta kerana mereka di beri waktu yang wajar sedangkan di Klang aku cuma nampak rakyat di ajar secara keras tidak ada kompromi macam SAMSENG untuk membayar saman . SEKIAN>.



Hak - Aku bukan Melayu ,Undi Tunggul sebagai Pemimpin

Sekarang ni kemana2 ceruk kamu berjalanpun akan terhidu semacam ada bau yang mengatakan waktu mengundi sudah semakin hampir depan kita....dalam TV dalam surat khabar dalam warung dan di mana2 sahaja ada je bau-bau macam tu.Aku pernah suruh anak laki2 ku yang tak minat politik(malahan semua anak2ku tak suka politik) mendaftar sebagai pengundi. Tau tak apa aku kata ?"Kalau tak daftar rugi tau, entah2 satu undi kamu ada orang sanggup tawarkan dua ratus ringgit."Terukkan aku,tapi aku rasa orang tak mengundi lagi teruk.

Dulu bapa ku yang memang setia dengan kerajaan pernah mengundi pembangkang...bukan apa sebab dia sakit hati dengan wakil rakyatnya yang tak mahu langsung bermasyarakat dengan orang kampung contohnya waktu ada kematian atau kenduri kahwin.Bapa ku bukan seperti mereka Yang Tun Dr Mahathir fikirkan.http://forum.mykmu.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=13385

Macam dialog dalam filem purba 'Raja adil raja di sembah ,raja zalim raja di sanggah!'
Bapa ku yang berketurunan pahlawan(aku bermaksud seorang soldadu) tak mungkin boleh terima seorang wakil rakyat yang sombong.Bapa juga walau tak aktif secara langsung dalam politik tetapi mempunyai ramai kawan, maklumlah orang lama di situ, siapa yang tak kenal dengan Pak Ngah Hashim...

Lagipun Bapa selalu menyembahyangkan jenazah orang2 kampung yang tinggal di sekitar kawasannya.Jadi aku yakin secara tak langsung bapa akan melobi keburukan wakil rakyat tersebut.

Selepas wakil rakyat itu kalah ,dia baru insaf dan berubah.Dia mula mahu menegur sesiapa saja yang di jumpainya.Manusia kadang2 harus belajar dari kekalahan kalau tidak mereka semakin bongkak dengan kuasa yang diberikan kepada mereka.

Aku dah lama tak jumpa bapa ,teringin juga nak tahu pendiriannya dengan pemerintah baru ni...apa pandangan nya dan bandingannya yang dulu dengan yang sekarang.

Sebenarnya aku takpernah menyukai perhimpunan yang berbentuk politik kerana mereka tak pernah berkata2 satu yang baik pun yang boleh menyukakan aku.Kerja mereka ialah mencela orang .Aku berharap satu hari nanti politik kita akan berubah .Mereka akan bersatu ,menghurmati ,menerima pakai ,menilai dan melakukan yang terbaik untuk rakyat Malaysia.

Mereka tidak boleh menolak pandangan pembangkang hanya kerana mereka di bawah panji pembangkang.Dan sesiapa yang tidak ikhlas dalam perjuangan merperkasakan seluruh rakyat Malaysia harus di nyahkan dari berpolitik!

Hingga ke saat ini aku tertanya2 apakah tidak ada satu formula pun yang kita boleh lakukan untuk mengurangkan budak2 muda merempit, ponteng sekolah, merokok dan lain2.Sama seperti kita hendak mengurangkan penagih2 dadah di Malaysia.Aku yakin di mana ada kemahuan di situ ada jalan.Apabila saman tidak di bayar semua kenderaan yang di saman tidak dapat memperbaharui cukai jalan maka berlumba2 lah orang membayarnya.Jadi mesti lah ada caranya hendak membersih sampah2 yang ada dalam masyarakat kita.Itulah hak mutlak setiap warga negara yang cintakan Malaysia.

Sunday, August 12, 2007

Nilai Satu Sen

Apa yang ada pada nilai satu sen pada zaman ini kalau di bandingkan dengan harga satu set KFC atau mc Donald untuk budak2 generasi sekarang. Nilainya hanya layak di campak kedalam longkang saja ....sehinggakan pengemis yang lalu pun tidak mahu mengutipnya.

Tapi untuk aku ianya bernilai. Aku sanggup mengumpulnya dan membawanya di dalam beg tangan ku kemana sahaja aku pergi....sebab dengan satu sen yang aku bayar pada cashier di supermarket aku tidak perlu menerima empat sen wang kembali.Kerana aku juga selalu percaya dengan omokan bahawa rezki yang banyak akan lari kerana membuang rezki yang sedikit .Kalau dahulu sebiji nasi tumpah pun ibu berkata ia akan menangis apatah lagi kalau saja2 di buang kerana enggan menghabiskan makanan.Aku percaya!

Kalau di rumah aku lah pemungut setia duit syiling yang bertaburan di atas lantai dan akan masukkan ke dalam sebuah mangkuk khas.Bila sudah banyak aku asingkan antara syiling-syiling itu seperti lima kupang ,dua kupang, sekupang ,lima duit dan seduit.....Bila anak2 pulang mereka hanya berminat dengan syiling lima kupang dan dua kupang buat memanggilku dari asrama yang mempunyai kemudahan telepon awam.....selain itu mereka tidak berminat.

Apa nilainya yang ada bagi orang yang tidak ingin menilainya....di mataku nilai nya tidak tinggi ,aku boleh berhenti dari menganggapnya bernilai tapi tidak! Aku pernah lihat seorang hamba Allah mengumpul duit satu sen lalu menyusunnya menjadi lukisan sebatang pokok seperti pokok emas lalu di buat bingkai dan di gantungkan di dinding rumahnya.Aku juga pernah melihat barang buangan seperti skrew dan besi2 lain di cantum menjadi satu seni yang indah....Aku amat menilainya.

Dalam aku memperjuangkan nilai satu sen tiba2 hati ku jadi luluh kerana perbuatanku telah memalukan sesorang ....aku mungkin di anggap terlalu berkira ,kedekut dan tidak tahu meletakkan diriku di tempat yang sepatutnya di matanya....apakah betul ayat ku?Kadang2 aku tidak paham dengan lumrah manusia....antara perbuatan yang wajar dan tidak wajar di lakukan. Selagi perbuatanku tidak menyalahi keadaan aku memikirnya wajar.....

Aku tidak akan mengutip duit satu sen mahupun lima puluh ringgit yang aku jumpa di atas jalan kecuali aku akan sedekah pada orang lain kerana aku di ajar bahawa salah memakan duit yang kita jumpa kerana bukan hak. Tapi apabila duit yang berbaki di letak di atas buku sekali dengan resit bayaran maka tak salahkan aku ambil semua(kerana kebiasaan) walau pun ia hanya berbaki satu sen. Apakah dengan membiarkan baki2 syiling yang bertaburan di atasnya sebagai tip akan mengembirakan orang itu atau hanya menyusahkan dia .....dan perbuatan kita yang meninggalkan syiling2 itu mendapat pahala sedekah ?Aku tidak kedekut malahan jika di letakkan tabung di sebelahnya aku jarang2 sekali tidak memasukkan pulangan baki kedalamnya.Inilah nilai yang perlu aku bayar....nilai satu sen !Dan tabiat ini tidak di senangi oleh suami.....lain kali aku kena lebih wajar kerana maruah suamiku lebih bernilai dari segala2nya.



Can i be rich ,can i, can i ?





Saturday, August 04, 2007

MPs

Wow its amazing to know a few of my beloved bloggers going for MPs soon but its kind of sad a bit because as MP they cant write something controversial like giving people names and so on...i myself cant call ppl with names....only those who are clever enough can put the right names to the right persons.

Examples , instead of Kamal Johari they will call it KJ then the names go on to KERA JANTAN or KING JENGLOT or KATAK JIWANG or KUTU JALANG or KUDA JONGOS and so on .

CORRUPTION is like SAFE SEX .......


Corruption is like sex - done between consenting adults and mostly in private," he quipped at a public lecture two months ago.

"Often times when one party is satisfied and the other is not - that’s when one reports the other and you have a problem. But if both parties are satisfied, both get whatever they bargained for, then the ACA will find it a bit more difficult to probe into the matter." -quoted.

BiLa HuKum di PERMUDAHKAN

Tak tahu apa perasaan yang ingin aku katakan pada skrin putih ini tapi ia selalu mengusik jiwaku setiap detik aku melalui kehidupan ini di dunia yang terlalu rapuh dan sentiasa bergolak dengan berjuta peristiwa.

Manusia semakin cerdik ...semakin rumit...semua mempunyai akal dan pemikiran yang tidak sama.Bila kitab al Quran di terjemahkan dengan berbagai2 makna dan orang yang mempertejemahkan itu pula tidak pernah berbincang dengan ahli2 fikir Islam yang lain maka jadilah satu percanggahan antara Tradisi Islam dan Pemikiran Baru.

Tradisi Islam yang beriman pada ALLah dan beriman pada Rasul2 NYA(Ia itu percaya dengan sungguh2 bukan saja pada perkataan malahan pada perbuatan mereka).Apakah rukun ISLAM dan rukun IMAN itu boleh di pisahkan?Bila Al quran yang merupakan kalam2 ALLAH mengenai amaran ,ingatan dan ilmu yang NYATA dan TERLINDUNG di petik dan di terjemahkan sendiri lalu di amalkan tanpa mengambil pertunjuk dari Rasul Allah maka terkejutlah aku yang teramat sangat dengan kenyataan seorang penterjemah al quran bahawa wanita yang di dalam haid boleh sembahyang dan berpuasa.Nauzubillah....mereka cuba menolak ajaran2 RASUL kepada kaumnya selama ini!

Bolehkah aku katakan aku Islam tetapi aku tidak percaya pada hari kiamat. Aku sudah mengucap dua kalimah, sudah sembahyang lima waktu, puasa ,beri zakat dan mengerjakan haji tetapi aku cuma tidak percaya ada hari pembalasan. Allah itu MAHA adil, pengampun dan penyayang maka mustahil ada NERAKA!

Kerana Allah MAHA PENGAMPUN jadi aku boleh buat DOSA semahu2 ku kemudian mohon ampun kerana aku hamba yang LEMAH melawan NAFSU...maka Allah mesti ampunkan aku dan mustahil Allah sanggup membakar aku kerana dia MAHA MENGASIHANI. Maka itulah bertaburan manusia melakukan dosa di sana sini....sebab tidak ada siapa yang takut pada SIKSA yang di janjikan oleh ALLAH pada hari pembalasan kelak. Dan siapa yang dapat menenangkan gelora yang aku rasa kan ini ?

Friday, August 03, 2007

ALAHAI EPF

Yang ketara tentang EPF ini ialah komplen dan komen yang datang dari orang ramai. Mula2 nak beri komen juga dalam blog RPK bawah tulisan seorang kolumnis yang bertajuk bila harta rakyat di rampok ,tapi sebab belum ada akaun lagi maka tak dapat lah. Walaupun semalam aku dah hantar butir2 yang di perlukan ,sampai pagi ini belum ada reply melalui e mail.Aku tahu laman nya mempunyai berjuta2 pelayar. 14,000 yang berdaftar ,500 yang di sekat dengan tujuan memantau komen dan dia hanya ada seorang saja pembantu yang cekap!Agaknya berapa jam dia mengadap komputernya dalam satu hari dan dia bernasib baik kerana sekarang ada alat canggih seperti communicator, i pod dan lain2 yang aku tak tahu...jadi aku dapat bayangkan dia akan bawa benda tu walau pun terpaksa ke tandas sekali pun untuk melayan kerenah2 peminat lamannya.

Bercakap tentang EPF ni memang melecehkan......sepatutnya aku tak boleh komen apa2 sebab aku tak bekerja jadi mana ada tabung EPF...kalau ada pun dulu mungkin sebanyak tahi gigi je....jadi aku tak perlu bubuh penama ,cukup lah kalau aku meninggal duit itu pergi ke baitul mal mudah2an bila aku pulang ke rahmatullah ada bekalan.

Oh ya lagi satu suami2 orang yang pernah bubuh penama selain isteri2 mereka tu tolonglah semak semula .Mana tahu kalau dulu sebelum kahwin bubuh nama ibu sedangkan ibu dah pun meninggal dunia.Kerana sekiranya terjadi dan anda meninggal dunia, kemungkinan besar duit anda satu sen pun tak kan sampai kepada isteri anda manakala untuk anak andapun akan melalui proses yang lama.ITu pun kalau tidak masuk campur tangan waris2 ibu anda. fikirkanlah dan kasihanilah isteri dan anak2 anda.Kerana banyak kisah yang saya dengar selepas kematian suami isteri terpaksa membesarkan anak2 tanpa mendapat apa2 dari peninggalan suami.Baca kisah pengalaman saya.
http://pelaburan.net/index.php?option=com_content&task=view&id=166&Itemid=103
Kawanku yang kematian suami tahun lepas pun sampai sekarang belum dapat keluarklan EPF suaminya kerana ada kes pembahagian harta dengan isteri muda arwah suaminya.Katanya lagi kes ini mungkin berlanjutan hingga 2 tahun. Dan ada sorang pensioner dari telekom pula terpaksa tunggu 6 bulan lagi kerana nama nya Mohamad di tulis dengan nama Muhamad .Bayangkan lah bila umur kita dalam 40han ke 50han, waktu inilah kita benar2 memerlukan duit. Waktu ini jangan harap anak2 kita semua nya sudah bekerja. Waktu inilah anak2 masih struggle untuk mendapatkan Diploma dan Ijazah dan waktu inilah kita akan kerap berulang alik jumpa doktor.

Dan ini kisah birokrasi dalam EPF yang memang nak susah kan orang ramai mengeluarkan duit sendiri. Bayangkan lah bagaimana suami tak melenting dalam pejabat EPF apabila dia tak mahu terima fotostate copy IC tanpa IC origanal ketika suami mahu mengeluarkan EPF buat tahun kedua pengajian anak di UPM.Suami kata "awak boleh cek cop jari saya sekarang samaada serupa atau tidak ?" tetapi katanya itu prosedur.Ini cerita tahun ini apabila suami tertinggal kad pengenalannya di rumah sedangkan semua borang lengkap.Kata suami" awak semua macam mentality sekolah juga, tiap2 tahun minta benda yang sama, isi borang yang sama!"

Tahun pertama dulu suami marah juga apabila satu lepas satu dokumen yang di minta tidak lengkap...bayangkan bila kita sudah kepilkan surat tawaran ke University dengan surat pengesahan pelajar,IC ,surat yuran semester ,Surat beranak dan bila kita bawa dia minta pula sijil SPM. Apa ke jadah TU? Apa kaitan SPM tu dengan duit yang suami nak ambil untuk pembiayaan anak kami.Anak saya nak ambil Ijazah bermakna dia sudah ada Diploma.Bagi kami yang berpindah randah dokumen2 yang sudah bertahun2 simpan akan menjadi masaalah mengingati dimana letaknya.Bila suami argue dengan selamba kerani akan menjawab " sepatutnya encik kena bawa budak itu kemari."Ini yang membuat suami panas hati...memang sah lah EPF bukan tempat yang pergi sekali urusan akan selesai.....paling kurang 2 kali itu pun kalau anda bernasib baik!

Entahlah bila kita hendak di ajar akan mempunyai mentality kelas pertama pun tak tahulah.....orang bawahan nak selamatkan air muka dari kena marah kalau buat silap akan menurut je perintah dengan memberi alasan ikut PROSIDUR .Sebenarnya mereka macam Si Luncai dengan Labu nya.....kalau di suruh terjun mereka pun terjun!

Wednesday, August 01, 2007

Kenapa Aku Tak Suka U_NO ?

Kenapa aku tak suka U_NO?

Sebab U no kurapted.



Kenapa aku tak suka U_no ?

Sebab U no tidak melambangkan bangsa aku.




Kenapa aku tak suka U_no ?

Sebab U no hanya mahu kaya sendiri.



Kenapa aku tidak suka U_no ?

Sebab orang dalam U no berperibadi rendah, kaki songlap duit ,kaki betina ,kaki konspirasi, kaki merapu, kaki menipu dan lain2.


Kenapa aku tanya soalan ini ?

Sebab soalan ini BESTTT........