Pages

Monday, August 20, 2007

BENGANG NYA!

Oh Mak dah pukul 7 pagi!! Selalu nya aku jarang2 sekali terkejut badak macam ni tapi sekarang anak2 aku cuti sekolah , mereka berdua ada kat rumah dan yang Ting 5 tu pulak ada kelas tambahan pukul lapan nanti jadi aku kena hantar lah dan sudah tentu kena siapkan breakfast dia.

Habis prepare breakfast dan mandi ala2 'cow boy ' aku pun suruh dia cepat2 siap dan hantar sampai ke pintu pagar sekolah....tiba2 je dia buat muka toye ,dah lah tiap kali dia bercakap suaranya hanya dia je boleh dengar dan paham .Sudah tentulah aku hairan dan tanya dia berkali2 KENAPA YUM??

senangnya dia jawap ,"Ayum tak de semangat la mak nak belajar..."
APAAAAAA!!!!???????

Dahle aku terpaksa batalkan niat aku nak balik Taiping Sabtu lepas kerana fikirkan dia ada kelas tambahan...tup2 dia tak mahu pergi atas alasan dia dah terer Add Maths.Mak Oiiiiiiii,bengang nya aku!

Dah 17 tahun dan aku masih tak paham2 dengan kerenah anak aku yang ini....aku tak tahu pada siapa aku nak refer...dari kecil dulu pun doktor kata salah ibu bapa sebab tak layan dia berbual sehinggakan dia suka main sorang2 dan senyum sorang2....dan macamana nak berbual kalau dia awal2 lagi dah suruh kita diam kalau kita cakap banyak ,begitu juga adiknya kalau bising sebab mengganggu daya konsentrasi dan imiginasi dia yang sedang kusyuk main sorang2 tu.Fikir punya fikir aku sumbat dia masuk asrama sekali dengan adiknya .

Sampai sekarang mood dia turun naik. Ada satu2 masa aku rasa dia dah ok dan ada satu masa macam tadi mood dia terus hilang .....bila dia kata semangat dia hilang aku kena LEMPANG dia ke untuk pulihkan semangatnya ,masyaallah ,apa dalam fikirannya tuhan saja yang tahu...mudah2an ada alasan yang baik...macam cerita Beautiful Minds mungkinkah ? mungkinkah?

No comments: