Pages

Saturday, August 04, 2007

BiLa HuKum di PERMUDAHKAN

Tak tahu apa perasaan yang ingin aku katakan pada skrin putih ini tapi ia selalu mengusik jiwaku setiap detik aku melalui kehidupan ini di dunia yang terlalu rapuh dan sentiasa bergolak dengan berjuta peristiwa.

Manusia semakin cerdik ...semakin rumit...semua mempunyai akal dan pemikiran yang tidak sama.Bila kitab al Quran di terjemahkan dengan berbagai2 makna dan orang yang mempertejemahkan itu pula tidak pernah berbincang dengan ahli2 fikir Islam yang lain maka jadilah satu percanggahan antara Tradisi Islam dan Pemikiran Baru.

Tradisi Islam yang beriman pada ALLah dan beriman pada Rasul2 NYA(Ia itu percaya dengan sungguh2 bukan saja pada perkataan malahan pada perbuatan mereka).Apakah rukun ISLAM dan rukun IMAN itu boleh di pisahkan?Bila Al quran yang merupakan kalam2 ALLAH mengenai amaran ,ingatan dan ilmu yang NYATA dan TERLINDUNG di petik dan di terjemahkan sendiri lalu di amalkan tanpa mengambil pertunjuk dari Rasul Allah maka terkejutlah aku yang teramat sangat dengan kenyataan seorang penterjemah al quran bahawa wanita yang di dalam haid boleh sembahyang dan berpuasa.Nauzubillah....mereka cuba menolak ajaran2 RASUL kepada kaumnya selama ini!

Bolehkah aku katakan aku Islam tetapi aku tidak percaya pada hari kiamat. Aku sudah mengucap dua kalimah, sudah sembahyang lima waktu, puasa ,beri zakat dan mengerjakan haji tetapi aku cuma tidak percaya ada hari pembalasan. Allah itu MAHA adil, pengampun dan penyayang maka mustahil ada NERAKA!

Kerana Allah MAHA PENGAMPUN jadi aku boleh buat DOSA semahu2 ku kemudian mohon ampun kerana aku hamba yang LEMAH melawan NAFSU...maka Allah mesti ampunkan aku dan mustahil Allah sanggup membakar aku kerana dia MAHA MENGASIHANI. Maka itulah bertaburan manusia melakukan dosa di sana sini....sebab tidak ada siapa yang takut pada SIKSA yang di janjikan oleh ALLAH pada hari pembalasan kelak. Dan siapa yang dapat menenangkan gelora yang aku rasa kan ini ?

No comments: