Pages

Sunday, August 12, 2007

Nilai Satu Sen

Apa yang ada pada nilai satu sen pada zaman ini kalau di bandingkan dengan harga satu set KFC atau mc Donald untuk budak2 generasi sekarang. Nilainya hanya layak di campak kedalam longkang saja ....sehinggakan pengemis yang lalu pun tidak mahu mengutipnya.

Tapi untuk aku ianya bernilai. Aku sanggup mengumpulnya dan membawanya di dalam beg tangan ku kemana sahaja aku pergi....sebab dengan satu sen yang aku bayar pada cashier di supermarket aku tidak perlu menerima empat sen wang kembali.Kerana aku juga selalu percaya dengan omokan bahawa rezki yang banyak akan lari kerana membuang rezki yang sedikit .Kalau dahulu sebiji nasi tumpah pun ibu berkata ia akan menangis apatah lagi kalau saja2 di buang kerana enggan menghabiskan makanan.Aku percaya!

Kalau di rumah aku lah pemungut setia duit syiling yang bertaburan di atas lantai dan akan masukkan ke dalam sebuah mangkuk khas.Bila sudah banyak aku asingkan antara syiling-syiling itu seperti lima kupang ,dua kupang, sekupang ,lima duit dan seduit.....Bila anak2 pulang mereka hanya berminat dengan syiling lima kupang dan dua kupang buat memanggilku dari asrama yang mempunyai kemudahan telepon awam.....selain itu mereka tidak berminat.

Apa nilainya yang ada bagi orang yang tidak ingin menilainya....di mataku nilai nya tidak tinggi ,aku boleh berhenti dari menganggapnya bernilai tapi tidak! Aku pernah lihat seorang hamba Allah mengumpul duit satu sen lalu menyusunnya menjadi lukisan sebatang pokok seperti pokok emas lalu di buat bingkai dan di gantungkan di dinding rumahnya.Aku juga pernah melihat barang buangan seperti skrew dan besi2 lain di cantum menjadi satu seni yang indah....Aku amat menilainya.

Dalam aku memperjuangkan nilai satu sen tiba2 hati ku jadi luluh kerana perbuatanku telah memalukan sesorang ....aku mungkin di anggap terlalu berkira ,kedekut dan tidak tahu meletakkan diriku di tempat yang sepatutnya di matanya....apakah betul ayat ku?Kadang2 aku tidak paham dengan lumrah manusia....antara perbuatan yang wajar dan tidak wajar di lakukan. Selagi perbuatanku tidak menyalahi keadaan aku memikirnya wajar.....

Aku tidak akan mengutip duit satu sen mahupun lima puluh ringgit yang aku jumpa di atas jalan kecuali aku akan sedekah pada orang lain kerana aku di ajar bahawa salah memakan duit yang kita jumpa kerana bukan hak. Tapi apabila duit yang berbaki di letak di atas buku sekali dengan resit bayaran maka tak salahkan aku ambil semua(kerana kebiasaan) walau pun ia hanya berbaki satu sen. Apakah dengan membiarkan baki2 syiling yang bertaburan di atasnya sebagai tip akan mengembirakan orang itu atau hanya menyusahkan dia .....dan perbuatan kita yang meninggalkan syiling2 itu mendapat pahala sedekah ?Aku tidak kedekut malahan jika di letakkan tabung di sebelahnya aku jarang2 sekali tidak memasukkan pulangan baki kedalamnya.Inilah nilai yang perlu aku bayar....nilai satu sen !Dan tabiat ini tidak di senangi oleh suami.....lain kali aku kena lebih wajar kerana maruah suamiku lebih bernilai dari segala2nya.



Can i be rich ,can i, can i ?





2 comments:

dik lina;) said...

can..can..:P

mariannie said...

Salam Naha,

Satu sen bagi kita amat berharga. Saya pun kumpul macam Naha. Saya gun auntuk ke supermarket & bayar bil letrik. Bila jumpa - (ada orang mungkin terbuang/ sengaja buang) saya kutip & masukkan ke mana-mana tabung amal yang saya jumpa. Kalau ada orang tengok semacam, saya buat bodoh saja. Kenapa???SEBAB SAYA PERNAH MAKN NASI BERLAUKKAN SAYUR KANGKUMG YANG MAK PUNGUT TEPI SUNGAI DI BELAKANG RUMAH.Kenapa???SAYA PERNAH MINUM AIR PAIP PADA WAKTU REHAT DI SEKOLAH. Mungkin bagi anak-anak sekarng ia cuma cerita dongeng/drama yang mereka tonton di kaca TV.