Pages

Wednesday, August 15, 2007

PORT KLANG - Yang Cantik Dan HODOH

http://www.pka.gov.my/ (Untuk Rujukan)

Yang cantik ialah namanya Port Klang yang bermaksud pelabuhan dan ini juga bermakna ia terletak di tepi laut di mana banyak kapal2 berlabuh di situ.

Di bangku sekolah sekitar tahun 1977 ,abangku yang kedua tamat persekolahannya dan bekerja di Pelabuhan Klang sebelum menjadi guru.

Sejak itu nama Port Klang sentiasa berada dalam hati ku.....sehinggalah pada tahun 2002 apabila suami berpindah ke Bukit Raja , Meru,aku berpeluang buat pertama kali melihat Port Klang secara dekat.

Macam Langit Dengan Bumi itulah yang aku dapat katakan antara kenyataan dan bayangan yang aku fikirkan selama ini.

Aku bayangkan satu pelabuhan yang sibuk ,gagah dan sofistikated akan berada di depan mataku apabila suamiku membawaku ke sana tetapi aku hampa ,sungguh hampa. Apa yang aku lihat hanya rumah2 kedai dan rumah2 pangsa yang buruk dan di tinggalkan seperti gajah putih. Tidak ada bangunan2 pencakar langit yang baru di situ. Bandar itu seperti sudah mati.Sangat berbeza dengan pekan Meru yang lebih padat dengan manusia.

Yang CANTIK ialah Kedai Makanan Laut nya pada waktu malam. Selalu di kunjungi oleh orang ramai kerana kedai2 makanan laut itu terletak di persisiran pantai dan pandangan pada waktu malam memang cantik , segar dan ceria.Tambahan pula pemiliknya menyediakan ikan ,ketam ,udang dan siput yang segar di situ.

Dari pelabuhan juga kami boleh menaiki bot ke Pulau Ketam http://www.malaysiasite.nl/ketam.htm dan beberapa pulau kecil yang lain.Sebenarnya pulau2 ini adalah perkampungan nelayan dan mempunyai perusahan ikan ,ketam dan udang dalam sangkar.Pada hujung minggu akan kelihatan deretan kereta yang banyak di tempat parking kereta .Kebanyakan pemiliknya akan membawa alat2 memancing dan akan pulang keesokan harinya.

Kebelakangan ini terpampang cerita yang paling HODOH berkenaan Zon Bebas Perniagaan Pelabuhan Klang....http://www.sun2surf.com/article.cfm?id=18987 Macam biasalah terkena WABAK POLITIK KOTOR.Aku pun tak paham apa yang bebas dalam zon tu yang aku paham projek2 besar yang di laksanakan di situ untuk siapa....dari mana kerajaan nak limpahkan kemasukan manusia ke situ.....Pelabuhan Klang selama ini amat lengang , tidak banyak aktiviti2 perniagaan yang ada,kalau ada pun hanya segelintir rakyat Indonesia yang mahu masuk dan pulang kerana bekerja dan tamat tempoh permit kerja.

Sebenarnya Port Klang yang terletak paling hujung iaitu 40 km dari Kuala Lumpur dan mengarah ke barat tidaklah susah untuk sampai . Dengan adanya kemudahan jalan keretapi dan KESAS highway ,ke Klang dan Shah Alam tidaklah menjadi masaalah. Sekiranya pembangunan yang rancak boleh berlaku di sekitar Shah Alam- Klang( seperti di Setia Alam) maka tidak mustahil Pelabuhan Klang juga boleh berkembang tambahan pula kelebihannya mempunyai pelabuhan untuk kapal2 barang berlabuh di situ.

Tetapi dalam keadaan kerajaan rancak hendak membangunkan Pelabuhan Klang ada tak mereka membuat apa yang patut aku sebut disini seperti satu master plan ke di mana mereka sudah teliti bahawa pelabuhan itu akan menjadi sibuk dan padat pada katakan 5 tahun akan datang kerana mungkin Malaysia dah mula impot atau ekspot barangan 5 kali ganda dari sekarang...tak kiralah kalau jadi pengimport buruh paksa ke, barangan tiruanke, pelacur kelas bawah dan atas ke tak kiralah apa2 pun jajni kerajaan dah buat perangkaan itu dari awal.

Ada ke? Kalau ada aku tentu sudah terbaca mana2....Dulu aku dengar Pelabuhan Klang akan menjadi yang terunggul di ceruk Asia Pasifik ni kalahkan Singapura ,kalau dulu ada juga di iklan kan dalam TV berkenaan West Port tapi entah kenapa tiba2 tenggelam begitu saja....aku juga berharap sedemikian macam Lapangan Kapal terbang Sepang....sekurang2nya kita dah tak malu dengan Singapurakan.Tapi sekarang aku tersangat2 lah malu...dan bukan itu saja aku juga sangatlah marah dengan orang2 KOTOR ni....tak habis2 nak isi tembolok dengan DUIT RAKYAT....tak kenyang2 ,kalau betul itu projek yang terancang mengapa pulak boleh tersangkut sana-sini .

Mungkin juga makan duit haram ni(sebab rakyat tak restu) LAZAT sekejap saja sebab tu kena makan selalu supaya tak putus kelazatannya.

Apa pun yang akan berlaku Pelabuhan Klang akan tetap di hatiku.....

No comments: