Pages

Sunday, September 30, 2007

AGENDA KRISTIEN - You Tube

Saya nak ucapkan terimakasih yang tak terhingga
kepada
hamba Allah yang menghantar link ini kepada saya.
Dan saya juga ingin berkongsi dengan semua umat Islam
atau bukan yang singgah secara sengaja atau tidak
untuk pergi ke link tersebut.
Mudah2an mendapat IKTIBAR dan LEBIH BERWASPADA.

http://uk.youtube.com/watch?v=fMAIZpsyQN0

Friday, September 28, 2007

SIOT punya MANUSIA

Pagi2 lagi dah tercela bulan puasa yang penuh hikmah ni... semalam MPV naza kami ok je.Pagi ni bila bangun dan tenguk kereta,nah dah ada kesan calar sepanjang satu setengah meter. Ini memang sah orang kedai restoran tu yang buat. Ok saya tak tuduh nanti berdosa ,saya syak saje pun berdosa jugak. Habis tu hantu mana yang calarkan? Kenapa nak calarkan kereta orang ,kalau orang nak masuk ke restoran tu dia akan mencelah2 juga untuk masuk bukan sebab kereta2 yang tersadai tepi kedai awak tu. Awak sakit hati sangat ke tenguk kami lintas jalan ke restoran sebelah, walau dah penuh kami tak masuk restoran kamu malahan berjalan kaki ke restoran yang lebih jauh.

Siot betul, restoren tu bukannya ada pelanggan pun .Kalau kami park tepi jalan depan kedai kamu salah ke? Tanah tepi jalan tu bapak kamu ke yang punya?Mungkin kamu sakit hati kat semua orang yang parking depan kedai kamu tetapi melintas masuk tempat lain.Kami yang park dari waktu orang berbuka puasa sampai pukul 12 malam tu kerana ikut kawan ,lepas tu terkantul2 tinggal sebuah jadi mangsa..

Dalam keadaan ni suami cool aje katanya nanti kita park lagi depan restoran dia buat macam semalam.Bagus jugak idea tu nak buat apa marah2 kan
.Kemudian terfikir pulak entah2 orang restoren tu baik je ,orang lain yang buat untuk bagi kita marah dengan pemilik restoren yang tak de pengunjung tu....teori konspirasi....sebab itu kot orang tak masuk restoren dia asyik kena dajal je.

Lawyer VK LINGGAM

Masa kecik2 dulu perkataan 'lawyer buruk' kami guna pakai untuk orang yang kaki menyindir.Masa tu tak tahu pulak ada perkataan lawyer dalam bahasa inggeris....kalau bahasa Melayu ..'loya' pahamle...bermaksud keadaan tekak yang tidak berapa bagus dan terasa seakan hendak termuntah.Itu makna dalam kamus saya atau 'layar buruk' yang bermaksud kain yang telah buruk digunakan sebagai layar pada bot atau perahu.

Pekerjaan lawyer ni kurang mendapat tempat di hati saya .Begitu juga cerita dalam filem ...saya selalu berpendapat jadi lawyer ni kena pandai bercakap....siapa pandai berhujah , dia menang.Kadang2 tu orang yang bersalah pun boleh terleps...seperti pembunuh yang bunuh tanpa niat , maksudnya tak sengaja le....Satu lagi kalau tak cukup bukti .Cukuplah undang2 Allah buat saya.....kau terlepas di dunia siap kau di akhirat kelak!

Satu lagi yang saya kurang kagum dengan lawyer ni ialah pakaian mereka tu....dulu pakai rambut palsu warna putih yang berpintal2 , bila ada hukum mengatakan pakai rambut palsu tu berdosa bagi orang2 Islam maka di tukar dengan songkok jadi nampak ok la sikit. Namun pakaian hitam dan putih tu tidak langsung menawan hati saya.

Saya juga dapat tahu lawyers ni kurang kawan .Mungkin kerja mereka yang tak boleh ada prasangka atau untuk menjaga maklumat dari bocor...sehingga kan suatu hari dulu kita di kejutkan dengan seorang lawyer yang mati tembak diri kerana tak tahan kesunyian apabila isterinya meninggal dunia...fuh! dasyat punya sunyi.

Anyway satu je yang saya respek dengan lawyers ni.....Selain handal bercakap mereka boleh hafal semua article atau hukuman yang ada termaktub dalam buku undang2. Jadi mereka tahu apa yang salah atau tidak untuk di dakwa contoh macam dera binatang ,dera kanak2 ,dera orang tua semua ada law agak nya dan siap dengan hukuman, kita tahu ke?.Kadang2 naik pening kepala bila seorang manusia yang nampak seperti tak bersalah tup2 kena dakwa sampai 47 pertuduhan ! Nampak sangat lawyers ni main tuduh2 dulu kemudian baru cari bukti bila bukti tak timbul semua pertuduhan gugur.

Satu lagi yang saya nampak banyak syarikat2 guaman yang bercambah di Malaysia ni. Walaupun saya tak pernah jejak kaki ,mungkin belum lagi tetapi saya yakin peguam2 ni sama juga macam doktor2 yang buka klinik sendiri.....pendapatan mereka mesti lumayan tambahan pula ada unsur2 pakatan untuk merealisasi kemahuan orang2 tertentu.

Saya juga banyak terbaca pasal kes2 perceraian di kalangan wanita Islam yang jarang terbela oleh peguam2 di mahkamah syariah.Hukuman hanya di keluarkan melalui mulut dan surat tapi tindakan 'habuk pun tarak!' Jaadi macamana saya nak respek lawyers.

Sekarang kes VK Linggam pulak yang menarik perhatian orang ramai sampai ada perarakan besar2an>>>Bestnya orang yang tinggal kat Putrajaya!Siapa agaknya VK Linggam tu, lawyer ke pelakon tambahan?

Tuesday, September 25, 2007

Cerita Pendek - HUSIN TEMPANG

Kadang2 kawan2nya panggil dia Husin dan kebiasaannya mereka panggil dia Husin Tempang. Tetapi anak Pakcik Dolah panggil dia Tempang dan Husin tidak suka dengan panggilan tersebut.

"Dengar cakap mak Husin, Allah tidak pandang semua itu. Allah hanya pandang hati budi kamu,nak ," nasihat ibunya yang di simpan dengan baik di dalam benak hatinya.

Sebagai seorang insan, Husin teringin sangat hendak terjun ke dalam sungai dan mandi manda bersama kanak2 lain tetapi terhalang kerana kakinya yang cacat.Sejak lahir kakinya pendek sebelah , pinggangnya pun turut jadi bengkuk dan dia berjalan terjengkek2.

Hari ini air pasang penuh.Sungai yang mengalir di sepanjang kampung Husin akan melimpah hingga ke tebing.Waktu inilah ikan2 sepat dan puyu banyak muncul di sungai tu .Manakala orang2 tua akan ke muara untuk menjala atau memasang bubu ,kanak2 pula tidak melepaskan peluang untuk berenang.Waktu beginilah air sungai itu tidak berkeladak dengan lumpur.Itulah keistimewaannya air pasang.Bagi kanak2 pula ianya seperti musim berpesta.

Di setiap rumah di kampung itu biasanya mempunyai sebatang titi untuk menyeberang.Dan di tepi titi itu pula ada sebuah para atau pelantar buluh siap dengan tangga untuk memudahkan penduduk turun ke sungai .Di seberang sungai pula kerajaan telah membina sebatang jalan kecil yang lebarnya boleh muat se biji kereta.Kalau dahulu mereka cuma menggunakan sampan untuk ke bandar sekarang sudah boleh bermotor atau berbasikal.

Oleh kerana di depan rumah Husin ada sebatang pokok ara yang besar, kanak2 suka menggunakannya sebagai tempat terjunan .Husin seperti biasa menjadi pemerhati setia.
"Hoi , Tempang! Mari le mandi!" jerit Ismail anak Pakcik Dolah.Husin hanya tersenyum."Apa kata kami buat pelampung untuk kau.Di rumah kau ada botol minyak masak yang dah kosong tak?" Husin mengangguk ." Hah! apa lagi pergi la ambil cepat dan bawa talinya sekali..."

Hati Husin melonjak kegembiraan.Bukan sahaja dia dapat berenang tetapi Ismail anak Pakcik Dolah yang selama ini suka mengejeknya rupa2nya seorang budak yang baik.

Sangkaan Husin meleset.Ismail yang memang terkenal dengan perangai samsengnya hanya hendak mengenakan Husin." Ok Tempang ,dah siap." Sambil menunjukkan botol2 minyak plastik yang sudah diikat .Di penghujungnya di ikat pula dengan tali panjang ."Engkau pegang tali kat botol2 ni dan kami pulak pegang hujung tali ni supaya kau tak hanyut."

"Pegang kuat2 tau !" pesan Ismail.

"Aku taaaa," belum habis Husin bercakap , badannya tercampak ke bawah.Keceboom! bunyi air.

Terkial2 Husin mencari pelampung dalam air.Dalam kecemasan, dia tertelan banyak air begitu juga hidungnya yang turut di masuki air.Apa yang terdengar olehnya ialah hilai ketawa Ismail dan kawan2nya."Ha! ha! ha! Tempang pandai berenang.Tempang pandai berenang."

Dulu dia pernah di tipu oleh Ismail apabila berjanji mahu mengajar dia naik basikal.Di bawanya Ismail naik bukit di belakang kampung. Dia berjanji akan duduk di belakang basikal Husin "Kau jangan takut Sin,aku ada."

Bila basikal tu bergerak turun bukit yang curam, Ismail akan cepat2 turun dari basikal dan biarkan Husin seorang diri.Dia jatuh tersembam kerana belum pandai hendak mengimbang badannya.Husin tak serik walaupun lututnya berdarah dan dahinya lebam malahan dia merasa teruja."Itulah anak jantan!" kata Ismail sambil menepuk bahu Husin.

Dari dulu dia ingin lakukan apa yang kanak2 lain boleh lakukan cuma ibunya tak pernah benarkan, "tak boleh nak,nanti lemas siapa nak tolong," nasihat ibunya.

Air sungai amat dingin , di sertai dengan hujan renyai2.Matahari pun belum timbul sebab hari masih pagi.Arusnya nya kuat menolak badan Husin. Tiba2 Husin teringat kata2 ibunya," siapa yang mahu menolong kamu , nak jika kamu lemas."

Dia cuba mengumpul segala tenaganya yang ada dan menguak kedua2 tangannya ke atas ke bawah . Apabila dia hampir ke permukaan sungai tangan nya dapat mencapai pelampung lalu menimbulkan dirinya.Kuat bunyi kocakan air malahan sama kuat dengan bunyi nafas Husin yang seperti mahu menelan semua oksigen yang berada di permukaan sungai itu.

Husin tercungap2 ,Ismail dan kawan2nya hanya ketawa terbahak2 dari atas pohon pokok ara.Ketika Husin hanyut bersama pelampungnya , hujan semakin lebat.Kaki Husin tidak mampu membawa badannya ke tepi jadi dia terpaksa memaut pada tunggul kayu lama sementara menunggu rasa letihnya hilang.

Dengan tak semena2 kilat menyambar betul2 pada pohon ara,Ismail yang dari tadi belum terjun kerana mahu melihat Husin ,tiba2 jatuh ke dalam sungai dan di bawa arus . Kawan2 yang lain naik ke darat dan berlari mengejar dan memanggil nama Ismail.

Dari jauh Husin sudah bersedia untuk menahan kawannya dari terus di hanyutkan oleh air.Bila hampir, Husin memanjangkan sebelah tangan nya dan berjaya mencapai baju Ismail sambil menarik sekuat2 hatinya."Pergi minta tolong cepat!"

Husin tahu dia tiada tenaga untuk melawan arus yang semakin kuat.Dirinya sendiri pun tidak mampu di tolongi nya macamana dia mahu menyelamatkan Ismail.Pelampung itulah satu2 nya benda yang paling berharga buat dirinya sekarang. Yang telah menyelamatkan nyawanya sebentar tadi. Namun Ismail juga amat bermakna baginya.Dia mengajar nya erti hidup dan perjuangan.

Kerana Ismail dia boleh berenang dan kerana Ismaillah dia lebih cekal dan berani. Tangannya telah membuktikan yang dia boleh berenang. Seperti di hembus semangat dia lalu mengikat pelampung itu pada badan Ismail yang separuh sedar.Air yang semakin deras terus meredah badan mereka. Dan tunggul kayu yang usang itu tidak lagi dapat menampung dua badan .

Sayup2 terdengar suara orang ...suara ibunya yang kesayuan," Allah tidak melihat rupa kamu Sin...tetapi hati kamu,dan apa yang kamu buat!"

Dan kali ini air masuk lebih banyak ke dalam hidung dan mulutnya , dua tangannya menguak dan menguak, kakinya yang tempang juga cuba di gerakkan.Dia boleh berenang fikir nya.

Di cuba nya menggapai apa sahaja yang ada tetapi hanya air dan air yang terus menghanyutkan badannya.Saat itu dia mula paham kenapa ibunya melarang dia berenang .Walau nafasnya sesak dia sempat berbisik alangkah bagusnya kalau mereka tahu. "Terima kasih ibu kerana sabar menjaganya dan terima kasih Ismail , sahabat dan idolanya."Dan dia cuba berenang untuk kali yang terakhir.



Monday, September 24, 2007

A piece of my thought.

Semalam muka depan surat khabar terpampang RM 35 ooo untuk orang yang dapat menangkap pembunuh NUrin...Ya Nurin kanak2 yang mati secara sadis ...Berita yang mengejutkan seluruh rakyat Malaysia, walaubagaimana pun Syurga buat Nurin dan neraka jahanam untuk pembunuhnya.

Apa yang saya tidak paham di sini>>>>

1) Sebelum Nurin mati duit sagu hati sebanyak RM 20 ooo di hentikan atas alasan akan menimbulkan banyak komplikasi atau mungkin bermaksud akan menimbulkan masaalah lain yang tidak pula di sebut secara teperinci oleh bapa Nurin ketika membuat pengumuman dalam TV .Dua hari kemudian mayat Nurin di jumpai.Kemudian sesudah mati polis offer RM 35 oooo pula untuk menangkap pembunuh tersebut.

2) Motif penculikan Nurin

3) Kenapa pembunuh menunggu hampir 4 minggu sebelum Nurin di bunuh.

4) Kenapa mayat Nurin tidak di buang jauh2 .

5) Kenapa mesti dakwa ibu-bapa atas kecuaian sebagai penyebab kematian Nurin>>> kenapa bukan polis atas kegagalan 4 minggu mencari mangsa.

6) Mestikah kita mengurung kanak2 di dalam rumah 24 jam untuk mengelakkan perkara ini berulang. Mana hak kanak2 untuk bermain dengan selamat di dalam kawasan perumahan kita sendiri.Apakah kerja polis sekarang hanya nak menyaman kenderaan sajake?

7) Mengapa Nurin? Apakah penculikan Nurin secara random dan nasib tidak menyebelahinya. Bagaimana pula sifat perogol gila itu, apakah dia memang jenis yang menyimpan mangsa sehingga dia jemu atau sehingga mangsanya lemah dan tidak boleh menjerit lagi dan terus membuangnya ke tepi jalan.Dan sekiranya Nurin masih boleh menjerit kesakitan tidakkah ada satu manusia yang mendengar jeritan itu.....ada dua kemungkinan ,markas perogol gila itu terlalu jauh dari manusia atau terletak di kawasan orang2 gila tinggal.

8) Mungkin juga perogol tu tak gila ,dia hidup normal di celah2 orang ramai ya! di celah2 kamu dan aku. Dia ada otak! ada visi ! Dia tahu siapa saudara dan sahabat handai kamu....dia mahu duit dan dia tahu kamu banyak rangkaian yang boleh naikkan wang pampasan.Jadi dia simpan mangsa untuk dapat wang lumayan.Dalam dia berkira2 duit yang semakin meningkat sehari demi sehari tiba2 pooh ! hilang dalam sekelip mata>>> sakit hati sebab tertipu terus membunuh Nurin dengan kejamnya dan tinggalkan mangsa untuk memberi satu pengajaran pada keluarga Nurin tetapi lebih kepada mengajar POLIS agar jangan masuk campur.

9) ATAU >>> semua theori saya salah....mungkin Nurin hanya mangsa dendam. Dendam pada orang dewasa seperti marahkan nyamuk tetapi kelambu yang di bakar.Mungkin pembunuh sengaja menyimpan Nurin untuk menyiksa bathin keluarganya...dan apabila kisah Nurin menjadi besar ,pembunuh takut identitinya terbongkar lalu membunuhnya dan menyampaknya di tepi jalan.Nurin di bunuh kerana dia boleh mengenali pembunuh...tetapi di bunuh dengan kejam ini bukan seperti kelaziman untuk melenyapkan bukti tetapi meninggalkan satu message yang kuat kepada family Nurin>>>BALAS DENDAM !

Pernah tak kita tahu kadangkala hal2 kecil bagi kita sebenar nya besar bagi orang yang mempunyai penyakit hati , mudah2an terungkailah mistri pembunuhan Nurin agar derita family nya dapat terubat terutama dengan persoalan, kenapa Nurin?

Sekarang kita nak tenguk sejauh mana kepandaian polis kita melakukan kerja mereka ...gaji dah naik kan , reward pun dah di umumkan....semua kesan2 pada mayat pun dah ada, apa lagi...cari le motif dan start interview orang2 yang di persekitaran tu termasuk si penjual timun dan terung....jangan satu pun yang tertinggal!

Sunday, September 23, 2007

Wang Sagu Hati

Hati kecil ku masih berkata kerana wang sagu hati di berhenti kan maka Nurin mati....Seandainya wang sagu hati itu bertambah apakah si pembunuh akan membunuhnya setelah hampir 4 minggu dia masih bernafas !

SMS during RAMADHAN

Digi to Hotlink : Apa khabar dan selamat berpuasa.

Hotlink to Digi : Sihat , i tak puasa hari ni , bendera merah.

Digi forward to Celcom : from Hotlink >> i tak puasa hari ni ,bendera merah.

Digi to Hotlink : Celcom dapat cucu lagi ,dapat tambah family package satu line berbual dan bersms free, untung Celcom.

Hotlink to Celcom : Tahniah dapat produk baru yang ke enam bertambahlah pengguna kau.

Digi to Hotlink and Celcom : i dah tak kibar bendera tapi hati masih berkobar2.

Hotlink to Digi : Ha! ha ! itu bendera kebangsaan !

Digi to Hotlink forward to Celcom : I bendera Malayan Union , u le bendera Nasional....masih muda .

Celcom to Hotlink and Digi : Tq. i sekarang kibar kain pelikat dengan batik je.........

Hotlink to Celcom : Itu baru MERDEKA.

Wednesday, September 19, 2007

SETAHUN JAGUNG

SELAMAT HARI JADI UNTUK BLOG SAYA , MOGA panjang UMUR murah REZKI.

Tuesday, September 18, 2007

Cerita pendek: SALAMAH

Sebut saja Hj Bahar semua orang kenal, taukeh jual ikan di pasar Kurau. Mana ada orang kampung yang boleh beli kereta macam dia atau bina rumah dua tingkat macam dia .Walaupun tanah tu Pak Husim yang punya tapi Pak Husim pun tak sekaya dia.

Kampung Raja bukan nya besar sangat , adalah lebih kurang 30 buah rumah.Rata2 nya orang kampung tu bekerja nelayan ,sedikit saja yang berniaga dan dua tiga kerat saja pesara termasuklah Pak Husim, tuan tanah kampung tu.

Pagi2 lagi Salamah anak gadis Hj Bahar sudah keluar rumah menunggu bas untuk ke sekolah di tepi jalan pinggir kampung.Uniform Putih yang di pakainya boleh nampak dari rumah Pak Husin yang terletak paling depan.

"Hoi! Salamah," jerit Latipah anak Pak Husim dari jauh.Sambil berlari2 mendapat kan Salamah.

Gadis ayu yang lemah lembut saling tak tumpah wajah ibunya menyapa,"Ada apa, Ipah?"

"Nanti bila kau lalu depan rumah dia, tolong campakkan benda ni ..." sambil menghulurkan bungkusan plastik yang terkandung sekeping envelop putih siap ada seketul batu kecil di dalamnya.

"Oh, kau nak bagi surat terbang ye ?" sambil mereka berdua ketawa.

"Oklah Salamah ,aku balik dulu nanti emak tercari2 pula," sambil melambai pada Salamah."Oh ya !jangan lupa petang ni kat tempat biasa !" jerit Ipah . Salamah hanya tersenyum manis.

Latipah anak Pak Husim dah lama berhenti sekolah.Tak mampu nak bayar yuran sekolah dan beli buku teks yang mahal.Lagi pun kata Pak Husim ,"belajar tinggi2 pun nanti menikah duduk kat dapur juga macam anak Lebai Seman tu."

"Mak, kesian Halimah kena paksa kahwin dengan Ustaz Zaki, jadi bini nombor dua pulak tu...Kalau Ipah jadi macam Limah ,mak setuju ke?" Ipah memancing soalan pada ibunya.

"Hati ibu mana yang suka anak dia bermadu tetapi mungkin juga Lebai Seman tu nak kan menantu orang alim..."kata ibu. "Kenapa? Kau pun dah gatal nak kahwen?"

Walau telinga Ipah berdesing dia masih mampu tersengeh2 macam kerang busuk.

Petang tu lepas asar Ipah dan Salamah duduk2 di atas bangku kayu bawah pokok jambu air yang terletak di belakang rumah Pak Husim.

" Mana Limah ni? Sejak nak kahwin dengan Ustaz selalu lambat!" rungut Ipah."Kesian abang Leman. Dekat lima tahun juga depa bercinta .Nak buat macamanakan dah tak de jodoh dengan Limah.Aku dengar Leman dah keluar kampung tak mahu balik2 lagi kesini."Ipah yang terkenal dengan mulut becuknya tak berhenti2 bercakap.Salamah hanya diam seperti berfikir.

Salamah gadis ayu dan pandai mengaji Quran berlagu. Dia belajar mengaji dari ibunya sendiri.Baginya ibunya adalah wanita yang tulen dan penyabar tetapi entah kenapa ayahnya sanggup kahwin lagi.Sejak ibu tahu badannya kurus kering ,makan hati.Ibunya ingin menghantar Salamah ke sekolah Agama tetapi di bantah oleh ayahnya yang beria2 mahu Salamah ke sekolah menengah Inggeris.Mahu lebih pandai dari orang kampung katanya.
Salamah terus dalam dunianya.

"Cik adik, boleh tumpang tanya.Jalan hendak ke stesen keretapi arah mana?"

"Itu depan tu lepas round about,"sambil ia menuding jarinya."

"Terima kasih ,dik." Dan kereta toyota bewarna biru terus berlalu.

Macam biasa hari itu Salamah terlambat bas yang sepatutnya di naikinya terlepas jadi dia terpaksa menunggu setengah jam lagi di perhentian tersebut.Dan ketika kereta toyota itu pulang dia masih berada tercegat di situ.Awan agak mendung seperti mahu hujan.

"Cik adik belum balik lagi?" sapa pemandu yang cuma tinggal seorang saja tu.Belum sempat Salamah menjawab dia terus bertanya ,"tinggal di mana?"

"Kurau." jawab Salamah ringkas.

"Marilah saya hantar, hari pun nak hujan."

Melihat air mukanya yang tenang dan lembut itu Salamah pun setuju.

"Hai, saya Hisyam. Tadi saya baru hantar kawan nak balik ke Butterworth.Saya baru saja kena posting kesini jadi tak berapa paham jalan. Dapat hantar Cik Adik ni boleh bantu saya kenal jalan baru. Oh ya! nama Cik adik apa?".

"Salamah."

Sepanjang perjalanan itu Salamah hanya banyak mendengar celoteh Hisyam yang bekerja di kementerian kesihatan sebagai pegawai .

"Berhenti di sini saja." pinta Salamah apabila kereta toyota biru itu sampai di depan kedai Ah Kow.

"Mana rumah Cik Salamah? Kalau Cik Salamah turun di sini selamat ke?" Salamah hanya mengangguk dan mengucapkan terima kasih.

Sejak hari itu Salamah tidak dapat lupakan Hisyam. Bukan kerana Hisyam ada kereta atau tubuh badan yang tegap dengan rambut yang kemas rapi tu tetapi kerana pertuturannya.Dia mengambil berat tentang diri Salamah.Dia tak pernah lihat ayahnya bercakap dengan lembut terhadap ibunya.Silap sikit kena tengking.

Hari itu hari terakhir peperiksaan Cambridge nya dia amat resah berdiri di stesen bas.Bukan kerana bas lambat datang tetapi dia risau lelaki yang bernama Hisyam akan terus lenyap.Mungkin juga dia hanya bertepuk sebelah tangan.Mungkin dia sahaja yang jatuh hati pada Hisyam .Di dalam dia tertanya2 tiba2 muncul kereta Hisyam .Hati Salamah berdegup kencang.Salamah seperti terpukau apabila di ajaknya ke suatu tempat.

"Boleh saya panggil awak Sal?"

Salamah angguk,masih malu2.

"Syam takut tak dapat jumpa Sal lagi sebab hari ini hari akhir Sal bersekolah kan.Syam takut tak dapat nak luahkan isi hati Syam pada Sal sejak pertama kali berjumpa dahulu.Sal nak buat apa lepas ni?"

"Sal Nak minta maktab, " jawabnya ringkas.

"Ini untuk Sal tanda kenangan pertemuan kita,"lalu di hulurkan sebuah kotak kecil dan di sambut oleh tangan gementar Salamah.Seutas rantai perak dengan loket hati yang tertera nama Sal dan Syam, siap dengan tarikh pertemuan pertama mereka."Biar Syam pakaikan di tengkuk Sal!"lalu dia merapatkan badannya kepada Sal dan memautkan rantai itu di lehernya.Bau badan Hisyam yang harum menusuk hidung Sal dan sentuhan tangannya yang lembut di leher jinjangnya tiba2 terasa panas.

Salamah meraba2 tengkuknya tiba2, "Heh ! kau Sal ,apa yang tersengeh2 ni !" sergah Ipah yang dari tadi mengomel sorang2. Salamah tergamam sekejap.Belum sempat berkata apa2 ,tiba2 orang kampung riuh rendah dengan berita orang mati gantung diri di rumah Lebai Seman.

Ipah dan Salamah bingkas bangun dan berlari kerumah kawan baik mereka si Limah."Astaghfirullahalazim...Ya Allah!"

Tiga bulan kemudian dan seminggu sebelum Salamah ke Kuala Lumpur untuk memasuki maktab perguruan sudah ada desas desus orang mahu datang meminang Salamah.Tetapi pada hari yang di tetapkan ada sedikit kekecohan.Pinangan itu di tolak oleh Salamah sendiri kerana dapat tahu Hisyam sudah berkeluarga.Isteri Hisyam sendiri yang datang bertemu Salamah.

Dalam keadaan huru hara begitu Salamah telah di hantar ke Kuala Lumpur lebih awal untuk tinggal dengan saudara sebelah ayahnya.

Ipah terkejut bila Salamah muncul semula di depannya.Dengan hati sayu dia memberitahu "aku mengandung Ipah, aku mengandung anak Hisyam!"

Dulu sewaktu Limah mati bunuh diri, Hj Baharlah orang yang lantang mengutuk keluarga Lebai Seman tak pandai didik anak.Nama saja lebai tetapi anak mati cara murtad.Sehinggakan berbulan Mak Tom isteri Lebai Seman tak keluar rumah kerana malu.

Mahu atau tidak Hj Bahar terpaksa juga melangsungkan perkahwinan anaknya dengan Hisyam yang dah ada dua orang anak tu. Kalau ikutkan hatinya mahu di tempelengnya Si Salamah kerana telah malukan dia tetapi takut jadi macam anak Lebai Seman.Apa nak buat nasi sudah menjadi bubur.

Tidak setitik pun air mata keluar dari Mak Cik Miah, ibu Salamah untuk bersedih .Malahan katanya, "Dulu kamu aniayakan anak dara orang sekarang Allah tunjuk bagaimana anak dara kamu di aniaya. Dulu kamu kutuk orang lain tak pandai didik anak, sekarang Allah tunjuk pula cara kamu mendidik anak."Ego Hj Bahar yang dulu macam puncak Gunung Everest ranap sama sekali kerana Salamah .




TAMAT.








Cerita Pendek -MIMPI

"Abang bukan tak kasih pada Inah tapi abang tahu satu hari nanti Inah akan membenci abang juga...."
Begitulah bunyi nota pendek yang sudah layu disimpannya bertahun2 di dalam beg duitnya berjenama GUCCI buatan Cina .

Lusa hari lebaran dan jam di dinding stesen keretapi Kluang menunjukkan pukul 2 tengahari."Ahh! kenapa lambat sangat keretapi dari Tanjung Malim ni ,"desus Inah.Inah cuba menahan keresahannya lalu menguis2 anak2 batu di tepi rel dengan ujung jari kaki sambil memaling kearah kiri. Telatahnya di perhati oleh ibu angkatnya Mak Minah dan dia tersenyum tanda paham.

Sejak Inah tahu Shafiq bukan abang kandungnya ada suatu perasaan istimewa yang muncul dalam dirinya.Perasaan sayang ,perasaan rindu dan perasaan ingin di kasihi dan di belai oleh Shafiq.Kebelakangan ini Shafiq banyak menjauhkan diri dari dia, Shafiq banyak diam.Fikirnya mungkin perubahan usia.. dia bukan lagi berumur 5 tahun semasa ibu angkatnya mengambil nya sekarang umurnya sudah menjangkau 17 tahun.Shafiq pula sudah 23 tahun sudah pun bekerja.

Tiba2 Inah melonjak keriangan, keretapi dari Utara sudah menghampiri ke distinasi.Selang beberapa minit nampaklah wajak kacak Shafiq muncul dengan ketinggian hampir 6 kaki dan dada yang bidang seolah seorang atelit.

Rasa mahu di terkam dan di peluknya sepuas2 hati kalau bukan kerana ramainya orang ketika itu.Inah hanya dapat melontarkan senyuman dan bertanya khabar lalu mencium tapak tangan Shafiq. Setelah usai bersalam2an mereka pun berlalu ke arah teksi yang sedang menunggu .

Di rumah boleh di katakan Shafiq terus menghilangkan diri.Dia banyak berada di rumah kawannya dari rumah sendiri.Bila Inah suarakan rasa tidak puas hatinya pada ibu angkatnya Mak Minah suruh biarkan saja,"Biasalah budak laki2 ,mana mahu duduk di rumah ."

Sudah dua hari di rumah Shafiq hanya menegurnya sekali saja itu pun tanya pasal mimpi yang selalu menggangu tidurnya dulu.

"Inah dah jarang mimpi macam tu lagi la bang...Inah dah besar .Inah dah tak takut api lagi," jawab Inah pada soalan abang angkatnya.

Tapi Inah teringin sangat di peluk oleh Shafiq seperti dahulu .Setiap kali dia terjaga dari mimpi ngeri ,Inah akan berpeluh2 dan menggigil2 ketakutan bila datang mimpi yang sama .Waktu itu Shafiq yang tidur di bilik sebelah akan terjaga bila terdengar Inah menjerit, "api!api!".Dia orang pertama yang akan datang dan memeluk Inah lalu menyapu peluh yang ada di dahi Inah sehingga degup jantung Inah kembali tenang.

Hari ini Inah dah tak boleh sabar lagi dengan Shafiq Inah mesti berdepan dan mahu Shafiq berterus terang dengan nya .Waktu selesai makan malam sementara menunggu azan Isya, Shafiq sedang santai di depan TV manakala Mak Minah sibuk di dapur.

"Abang, Inah mahu bercakap dengan abang kalau Inah tak cakap hari ini Inah tak akan cakap sampai bila2 pun..."Ada semacam kepiluan di sudut mata Inah yang membuat hati Shafiq tidak tergamak mengatakan tidak.

"Ayuh kita ke buaian ," Shafiq bingkas bangun tanpa menunggu Inah.

Di buaian besi lama yang terletak di halaman rumah ,Shafiq boleh berbual dengan lebih jelas tanpa ada gangguan bunyi dari telivision atau radio.Sahfiq lalu menepuk2 atas buaian agar Inah duduk di sebelahnya seperti masa dia kanak2 dulu.

"Duduklah, apa yang Inah mahu tahu dari abang?"

"Mengenai Nota yang abang berikan pada Inah dua tahun yang lalu.Mengenai persoalan Inah kenapa abang semakin jauh dari Inah, apa abang sudah tidak kasih kan Inah?"

Shafiq cuba mengawal gejolak yang sedang melanda dalam diri nya.Dia sudah nekad untuk mencerita yang sebenarnya sejak dia menerima surat dari Inah yang mengatakan rasa cintanya pada Shafiq.Yang dia tidak akan mengahwini orang lain selain Shafiq yang dia akan pergi jauh kalau Shafiq tidak mahu menerima cintanya.

Tekaknya rasa ketat ,untuk bersuara dia terpaksa menelan segala kepahitan yang di laluinya.Tetapi demi Inah di gagahi juga dan suaranya seperti berbisik

"Inah masih ingat tak parut yang ada di paha kiri Inah tu?"

Tangan Inah meraba2 pahanya walaupun di lindungi dengan kain batik tapi boleh terasa.Inah mengangguk.

"Sebenarnya apa yang Inah selalu mimpikan itu adalah benar. Inah memang ada sewaktu kejadian kebakaran itu berlaku."Suara Shafiq tersekat2.

Inah dapat rasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan mimpinya.Sakitnya sampai dia terjaga dan ngerinya seperti dia benar2 sedang di jilat api.Dan siapa pula yang melemparnya dari tingkap atas?Dan suara jeritan itu yang selalu terngiang2 di telinganya ...tiba2 badan Inah seperti melayang. Mukanya pucat lesi.

Setelah terdiam beberapa detik Inah mahu Shafiq teruskan ceritanya.

"Waktu itu 2 hari sebelum raya. Abang Inah..."

"Abang Inah! Inah ada abang !?"

"Ya,abang dengan abang Inah ,Amir kawan baik.Malam tu kami dah janji nak bermain mercun roket lepas sembahyang tarawih kat belakang rumah.Tapi Abang Inah tak datang jadi abang ke rumah Inah dan panggil dia dari luar nak tanya kenapa.Waktu itu dia jenguk dari tingkap atas sambil mendukung Inah.Katanya dia kena jaga Inah sekejap sementara emaknya sembahyang."

Inah diam seribu bahasa,matanya mula bergenang.Dia mula tahu cerita yang sebenarnya. Sementara Shafiq meneruskan cerita yang berlaku 12 tahun yang silam.

"Oi,Shafiq! kau nyalakan la mercun tu ,adik aku nak tenguk ni!"

"Ok,ok nanti kejap akau nak pacak atas tanah ni dulu."

Setelah yakin dengan posisi mercun tu yang mengarah ke kawasan kosong Shafiq pun menyalakan sumbunya.Apabila sumbunya hampir kepada batang mercun tiba2 saja ia terpadam dan tidak ada apa2 berlaku.

"Apale kau Shafiq bakar mercun pun tak pandai,"Amir menceceh.

"Waktu itulah abang mengambil mercun itu dari tanah sambil membelek2 nya.Tiba2 ada percikan api dan abang terkejut kerana cahayanya terus saja keluar satu demi satu dan abang tak sangka abang telah menghalanya ke bumbung rumah Inah.Kami sempat lagi ketawa dan sempat lagi tenguk telatah Inah yang melonjak2 girang.Tuhan saja yang tahu betapa terkejutnya kami apabila bumbung rumah Inah mula terbakar.Dengan keadaan angin yang kuat pada malam itu .Abang cuba masuk tetapi pintu rumah bergril dan berkunci.Amir cuba memadam api tetapi gagal.Terjun Mir !terjun! Abang menjerit dari bawah.Ok Fiq ,kau sambut Inah dulu aku nak cari mak aku sambil menghulur kamu keluar tingkap untuk abang sambut k dari bawah.Waktu itu kamu menangis ketakutan .Sewaktu Amir ingin melontar kamu kebawah kaki kamu tersangkut pada tirai yang sudah di sambar api sebab itu ada kesan parut di paha kiri mu sampai sekarang .Manakala Amir enggan terjun selagi tidak mendapatkan Ibumu yang berada di dalam bilik.Abang cuma dapat mendengar lolongan abang mu tanpa dapat berbuat apa2...sampai sekarang peristiwa itu menghantui abang sehingga ke mimpi abang. "

"Sebab itukah setiap kali Inah bangun dan menangis abang akan segera mendapatkan Inah?"berjurai2 air mata Shafiq dan Inah ketika itu.Rupa2nya mereka berkongsi mimpi yang sama.

TAMAT>

CERITA PENDEK

Dah lama saya teringin nak buat cerita pendek tapi saya susah nak terjemahkan dalam bentuk kata2. Dalam otak masyaallah memang banyak berlegar2. Baru2 ni saya terjumpa blog Mardhiah di Multiply.com. Saya tak kenal dia tapi melalui tulisannya saya nampak dia mempunyai prinsip dan gayanya yang tersendiri.Walaupun dia mengaku dia pesakit schizophrenia dan agak laser dalam coretnya tetapi tulisannya memang menarik untuk di baca.

Setengah filem yang kita tonton tu jalan cerita nya senang aje nak paham tapi kesannya begitu mendalam dalam jiwa sampai berkoyan2 menangis sebab pembawa watak nya yang menjiwai lakonan tu sehingga boleh timbul kesan emosi pada orang yang menonton. Kalau nak lakon watak hantu dan mengilai pun semput2 baik tak usah.


Katakan lah saya nak buat cerita...seorang gadis sunti nama Zaidah kena rogol dalam gelap...let say dia baru balik dari mengaji quran ke....dan perogolnya tu dapat larikan diri....

Bayangkan keadaan budak tu....yang terpaksa di bawa ke klinik dan di rawat dan kena jahit kemaluannya..bukan saja dia mengalami trauma dari kesan fizikal tetapi mental. Kemudian hebuh cerita tu satu kampung.

Oleh kerana ibu si gadis tidak tahan menanggung malu dia jatuh sakit dan meninggal ketika si gadis mencecah umur 15 tahun.2 tahun kemudian dia sudah tahu dia akan gagal dalam SPM. Bukan saja dia kena menjaga ayahnya yang sedang sakit malahan dia merasakan hidupnya sudah punah dengan peristiwa hitam yang berlaku 5 tahun yang lampau.

Dulu ada satu rombongan datang meminang dan telah di setujui oleh bapanya dan seminggu kemudian keluarga tunangannya datang semula memaki hamun dengan kata2 keji seperti siapa yang sanggup makan buah yang telah di tebuk tupai. Bapanya yang sedang sakit semakin parah walaupun dia tahu bukan dosa anaknya tetapi kenapa begitu beratnya ujian Allah.

Air matanya mengalir tak henti2.Kalau bukan kerana bapanya yang sedang sakit mungkin dia dah lama membawa dirinya jauh 2 dari semua manusia keparat.

Dan Allah tu maha kaya apabila seorang jejaka yang baru pulang dari kota datang menjenguk bapanya yang sedang sakit. Dia kenal budak itu sekampung dengan nya tetapi tidak pernah bertegur sapa. Bapanya pun kenal sangat dengan Bapak budak tu.Sama2 sembahyang di surau.

Dia melahirkan niatnya menyunting Zaidah walaupun bapanya menerangkan segala2 nya kerana tidak mahu pisang berbuah dua kali.Namun dia tetap mahu mengahwini Zaidah.

Atas persetujuan Zaidah dan bapanya mereka hanya menjemput kadhi dan beberapa saudara sebagai saksi untuk di nikahkan tanpa ada paluan kompang dan pelamin.Berderai air mata Zaidah sekali lagi melihat wajah ayahnya yang menjadi wali dalam keadaan yang serba kurang dan sedang tenat.

Selepas kahwin ,bapa Zaidah meninggal dunia lalu Zaidah mengikuti suaminya ke kota.Di sana suaminya melayan Zaidah dengan baik dan penuh kasih sayang dan tanggung jawab. SZaidah amat bahagia tetapi disamping kebahagiaan itu dia juga merasa dirinya sangat berdosa dan jijik untuk suaminya .Maka Zaidah tidak seceria mana selalu termenung dan air mukanya selalu suram.

Keadaan ini berlangsung berbulan2 dan akhirnya suaminya tidak sampai hati melihat isterinya sengsara lalu dia pun membongkar rahsianya yang tersimpan selama ini.

Katanya sejak dahulu lagi dia sangat suka dengan Zaidah ,ketika itu dia sudah remaja dan nafsu gejolaknya sangat tinggi.Walaupun umur Zaidah masih sunti tetapi saiz badannya yang besar tidak menunjukkan umurnya yang sebenar. Suatu malam ketika Zaidah pulang dari surau dia menunggunya di hujung jalan ke rumahnya untuk menyatakan isi hati nya. Tetapi entah kenapa malam itu tiba2 Zaidah menjerit dan dia terkejut lalu mencekup mulut Zaidah dan mengheretnya ke dalam semak supaya tidak ada orang nampak.Badan Zaidah yang gempal dan berat itu rebah ke tanah dan dia turut terjatuh atas Badan Zaidah.Lain yang ingin di buat lain pula yang terjadi.Dan terjadilah apa yang telah terjadi.

Bila Zaidah terus menangis dia jadi panik lalu lari tinggalkan Zaidah di situ. Dirumah dia terlalu takut dan rasa tak tentu arah. Dia takut kalau Zaidah marah dan pecahkan rahsia ini pada bapanya. matilah dia siapa tak kenal dengan Pak Malik yang kaki baran ni.

Esok tu dia terus ke kota atas alasan mencari kerja.Emak dan ayahnya memang tak perasan sebab waktu tu dia pun baru habis SPM maka mereka restukan saja.

Dan ini bab suspensnya ...saya tak mahu buat cerita kononnya Zaidah akan maafkan suaminya dan menganggap semua ini takdir Tuhan dan kemudian bersyukur sebab suaminya dah bertaubat....

Ada dua jalan cerita di sini satu; saya nak buat yang Zaidah marah dengan suaminya kerana selama ini dia dan keluarganya menanggung segala macam cacian dan penderitaan akibat di rogol. Dan bukan itu saja dia juga merasa sungguh2 tertipu krn menganggap suaminya seorang insan yang sungguh mulia kerana sanggup menerimanya walaupun telah di tebuk Tupai.

Demi maruahnya dan maruah keluarganya dia lalu telah membuat aduan ke balai polis bahawa dia telah di rogol sewaktu umurnya 12 tahun dan perogol nya sudah dapat di kenal pasti dan dia mahu suaminya di penjarakan!( Di sinilah saya tersangat2 ingin melihat watak2 yang menjiwai cerita saya ,perasaan marah ,benci ,pilu, bingung dan macam2) kalau boleh kenangan2 silap tu berlegar2 kembali...Betul tak.Dan kalau boleh nak masuk bab2 mahkamah sikit yang saya langsunglah tak tahu.

Atau jalan cerita yang kedua; Ada macam cerita orang sakit jiwa sikit.Sebab dia terpaksa hidup dengan musuhnya sendiri.Suami yang amat di kasihinya ialah manusia yang sangat di dendami dan di bencinya selama ini.Apa lagi pisau di tangan tikam je waktu tidor...tapi belum lagi mana boleh mati macam tu....terlalu langsung.

Hati Zaidah berperang. Setiap kali dia teringat detik dia di perkosa tak ubah seperti seekor haiwan tanpa belas kasihan dia menjadi benci. Waktu dia kesakitan mulutnya di tutup dari dapat menjerit dan dia meronta2 kerana susah bernafas dan darah panas mengalir di celah kelengkangnya, darahnya meruap2.

Sejak hari itu hati Zaidah seperti batu tidak ada apa2 persaan terhaadap suaminya.Dia mula meracun makanan suaminya .Sewaktu suaminya mula sakit Zaidah pun mula bersandiwara menunjuk kerisauannya kalau suaminya meninggal pada siapa dia akan menumpang hidup..biarlah dia mati bersama,sudah lah ayah dan ibu pergi meninggalkan nya sebatang kara.

Langsung suami tak perasan yang isterinya dah ada penyakit phsycho lalu di tukar semua harta kepada nama isteri agar isterinya tidak gundah gelana.

Akhirnya suaminya mati dan cara suaminya mati pandai2 lah nak tokok tambah.Mungkin tutup hidung nya dengan bantal waktu dia sedang tidurke...

Atau bagi dia makan ubat tidur dan bawa dia ke tepi kolam ikan dan buat2 macam ada kemalangan lalu lemaskan dia.

Atau bagi dia minum air coco cola yang di campur panadol banyak2..kerana ini boleh merangsang sakit jantung.

Yang penting nak zahirkan emosi marah dan karasukan tu...Bagi penulis yang pandai tentu secara menulis saja dah boleh mendatangkan kesan emosi itu seperti kita berada sekali di dalam dirinya tapi inilah cara saya menulis....tak ada feel langsung!


Tambahan: Setelah suaminya mati ,Zaidah amat membenci laki2,satu demi satu laki2 yang mengahwininya mati dalam keadaan yang amat misteri sehinggakan perbuatannya dapat di hidu oleh seorang laki2 yang ingin mendampinginya. Akan selamatkah laki2 itu?Bolehkah Zaidah pulih dari penyakit psychotic nya ?




Friday, September 14, 2007

SAYA SILAP

Saya tiba2 rasa kesal dan ingin memohon maaf pada seseorang setelah saya tahu dia menghadapi schizophrenia. Dia menyukai Pak Lah kerana sifat Pak lah yang jenis tak apa sesuai dengan keadaan dirinya berbanding dengan Mahathirism yang terlalu tegas dan kuat bekerja.

P.O.L.I.S


PEMBUNUH ORANG2 LEMAH ISTILAH SAYA!

Wednesday, September 12, 2007

RAMADHAN

Hari ini saya ingin memohon maaf pada semua insan sebelum saya mengerjakan ibadah puasa .

Saya mohon maaf pada Tuhan kerana,

Hari ini hati saya betul2 marah dan membenci kepada orang2 yang mengaku Islam agamanya tetapi menipu, melakukan maksiat,membunuh dan melakukan lain2 kemungkaran.Hari ini saya amat marah pada ahli2 politik yang benar2 tamak dan menurut nafsu syaitan. Hari ini saya benar2 marah kerana mereka langsung tidak mendaulatkan agama Islam.

Saya mohon maaf pada Tuhan .Semoga Allah mengampuni saya di sepanjang Ramadhan ini.

Saturday, September 08, 2007

SAYA ANTI KERAJAAN ?

Hari ini saya dan suami ke KL dan tidur di Kajang Perdana ,rumah adik...Dia pun salah seorang yang anti-PakLah. Di sini saya mahu semua orang paham bahawa anti Pak-Lah bukan bermakna anti- Kerajaan, ok.

Begitu juga apabila berlaku rusuhan di Trengganu baru2 ini saya yakin mereka yang membakar bendera jalur gemilang tu tidak bermaksud membenci negara mereka.Sepatutnya saya kutuk mereka kerana membakar jalur gemilang yang sudah 50 tahun merdeka tu tapi entah kenape tiba2 saja saya menyokong padu tindakan mereka membakar bendera tu sebagai satu protes anti-Pak Lah.Nak bakar Pak lah ? Nak bakar KJ ? UMNO ? Very2 mustahilkan!

Dan tau tak apa yang saya fikir ketika melihat poster Pak Lah yang tergantung sana sini berdekatan dengan BB Walk? Saya berpendapat orang di KL ni semuanya baik2(termasuk blogers kesayangan saya yang selalu kutuk Pak-Lah) atau mungkin mereka terlalu takut .. kerana tak satu pun poster muka Pak Lah yang di conteng tanda protes atau benci .ATAUKAH SAYA YANG JAHAT MELAMPAU??ISSHH 2x...saya dah kena sindrom SAKIT HATI rupanya.

Kemudian ternampak pula muka si Khairi dalam TV3. Dia dah jadi Timbalan President FAM.MERAK semacam... Dulu Sebelum saya cenderung dalam berbloging saya nampak anak muda ini sangat lantang memperjuangkan agama dan bangsa...saya sungguh2 TERGODA dengan cara dia bercakap dan juga rupa parasnya yang tampan ala2 hero Tamil , Kamal Hassan tu malahan dia lebih manis dan muda.Maka beruntunglah orang yang mendapatnya fikir saya,( kesian Nori .)Dan tiba2 saya rasa MENYAMPAH tenguk muka dia. Di sini MENYAMPAH mungkin bermaksud MUKA MACAM SAMPAH...

Saya salahkan blogers sebab selalu menulis perkara2 yang buruk tentang pemuda ini.Dulu saya tak pernah begini.Saya BAIK.

Tahu tak siapa yang mewakili kerajaan kita jumpa students di Melbourne sempena hari merdeka ? Tahukan .Dan ada satu lagi yang lebih lucu macam cerita lawak bodoh nak ketawa pun tak boleh nak marah pun tak dapat. Saya terbaca yang Muhamad anak Muhamad Taib mewakili negara kita ke Mesir jumpa students di Universiti Al Azhar.Bila pula dia jadi tokoh agama dan apakah kerajaan kita dah tak de tokoh agama nak jumpa pelajar2 Malaysia di sana.Betul2 pergi untuk MAKAN ANGIN kemudian Lepaskan ASAP keluar.

Lagi satu saya terperasan bila saya belek The Star ,baikpun Metro dan surat2 khabar yang lain muka Pak-Lah hanya tertampal di bahagian dalam atau belakang itupun kalau bernasib baik .

Apa dah jadi dengan surat khabar kita ni?Mentang2lah Pak-Lah tak baca surat khabar .Mentang2 lah negara kita negara demokratik.Mentang2lah Pak Lah kata kerja dengan saya bukan untuk saya.Mentang2lah Pak-Lah tak pandai jawab soalan.Mentang2lah Pak Lah nampak macam bodoh sebab suka tidur. Mentang2lah....

Mereka pun sama 2x5 dengan saya kan.



ANTI PAK LAH ! !











NOTA: Setelah membaca blog Aisehman, saya terpaksa membuat sedikit pembetulan.Kemungkinan yang membakar jalur gemilang baru2 ini bukan di lakukan oleh parti PAS,kemungkinan telah di suruh oleh seseorang yang mempunyai agenda yang tersembunyi.

Friday, September 07, 2007

TAG>>>>COPYING>>>>>>>>>>>PASTING.

wohhh! i’ve been tagged! by miss NODEE
THANK YOU SO MUCH darling! i just LOVEE doing this *roll eyes* hehe

5 Things Found in My Bag

5 Things Found in My Bag

(among other little stuff, these are the ones I find most essential)

  • My wallet and purse.
  • My GUBRA spectacle
  • My dental floss
  • My Handphones
  • My handkerchief or tissue paper.

5 Things Found In My Wallet

5 Things Found in MY Wallet

(also most essential amongst others)

  • ATM Cards.
  • Cash
  • Driving Licence
  • Identity Card
  • Avon Membership Card()

5 Favorite Things In My Room

5 Favorite Things In My ROom

(again, most essential amongst others)

  • My little bed with two pillows and a thin blanket.
  • My mirror mirror on the wall,then i ask myself when this image will look sexier?
  • My books(have not touched for so long, no time babe)
  • my half rusty ab machine.
  • My purple computer table.


5 Things I’m Currently Into

5 Things I'm Currently Into

(without any particular order)

  • blogging
  • Sleeping
  • Eating
  • WATCHING UZ AKHIL HAYY YOU TUBE AND THE BENJAMIN BASTARD (oops ! i mean MURTAD)
  • Thinking

5 People I’m Going to Tag

5 People I'm Going to TAG

I m so SORRY darling i have no body to tag so i use yours ....

Thursday, September 06, 2007

KERANA BABI KAMPUNG TERJUAL



Sebab sekarang ada lagi kisah babi dalam berita jadi saya pun nak tulis....

Ini kali kedua dalam blog sayatulis pasal babi.Dulu saya cuma nak ingatkan orang ramai yang barangan babi ni sudah banyak dalam pasaran antara kita sedar atau tidak....dan itu bukan masaalahnya sebab kita dah hidup bertahun2 dengan kaum yang lain terutama kaum Cina.Saya sudah terima keberadaan babi ini sejak saya kecil lagi.Saya cuma marah kerana mereka tidak meletakkan tanda HARAM pada kulit babi tu dengan JELAS!


Di Kuala Kurau dalam tahun 60han ,di sepanjang Sg Kurau ,yang terletak di seberang kampung saya, Kg Raja Bashah, berderet2 kandang babi. Setiap kali ada babi yang mati maka di campaknya kedalam sungai dan apabila air surut, bangkai2 ini akan tersangkut di celah2 pokok nipah atau terdampar di atas tanah dekat dengan kampung tu.Bahu busuk akan menusuk ke hidung sehingga keesokan hari apabila air pasang semula bapa atau orang2 kampung yang lain akan menolak bangkai itu pergi mengikut arus.Udang galah cukup banyak pada waktu2 begini tetapi kami sekeluarga tidak sanggup makan bila teringatkan bangkai2 babi yang terapung di sungai.

Sebenarnya Kuala Kurau adalah pekan kecil yang cantik dengan permandangan semula jadinya. Penduduknya kebanyakan terdiri dari nelayan dan penanam padi.Kebanyakan pemilik2 kedai di sini terdiri dari kaum Cina dan Kaum India. Tidak banyak perubahan yang berlaku di Kuala Kurau sehingga sekarang cuma yang saya lihat sudah ada bangunan Mara dan beberapa buah kedai Melayu. Pasar malam nya juga sudah ramai orang2 Melayu berniaga.Makanya saya dapat rasa kan orang Melayu baru tersedar dan ma
sih termengah2 hendak mengejar kaum2 lain yang lebih berjaya.

Di sini saya ingin menulis sesuatu yang orang lain tidak tahu mengenai Kuala Kurau.Sewaktu saya masih di bangku sekolah rendah iaitu di sekitar tahun 60an saya selalu berjalan kaki (terutama pada Hari Raya)dari Kampung Raja Bashah ke kampung2 lain yang berdekatan seperti kampung Tok ngah ,kampung Parit Mat Ali dan satu kampung yang berhampiran dengan pekan yang sekarang sudah terjual habis ke tangan Cina.Kalau dahulu di depannya ada sebuah kilang papa
n .Untuk menuju ke rumah Pak Jang ( adik sebelah ibu) saya akan melalui lorong kecil di sebelah kilang tersebut yang telah di didirikan dinding zink yang tinggi.

Dan rumah Pak Jang betul2 terletak di belakang kilang tersebut. Saya masih ingat lagi bila air2 buih yang berbau busuk keluar dari belakang dinding zink itu dan akan melimpah masuk ke parit kecil yang di gali oleh Pak Jang .Cina Kilang tu bukan sahaja membina kilang papan di depannya malahan mem
bela babi di sebelah belakang kilang tersebut.

Asal tanah kilang itu adalah milik orang Melayu kampung tu yang rata2 adalah saudara sebelah emak.Tanah2 di situ telah dijual dengan harga YANG AMAT MURAH kata emak.Emak pernah tertipu dengan pergi menurunkan tanda tangan ( waktu itu emak buta huruf) bila emak tahu ,emak amat marah.Rata2 tanah yang ada di sekitar kampung itu termasuk tanah arwah nenek sudah di beli oleh
towkeh hanya tinggal tapak rumah Pak Jang sahaja yang belum dapat di belinya. Towkeh pernah memujuk Pak Jang tetapi oleh kerana emak anak yang tua ,towkeh tersebut terpaksa datang dan berunding dengan emak.Emak tidak berganjak malahan emak pernah cakap dengan towkeh tu kalau boleh emak mahu beli balik tanah yang saudara2 dia pernah jualkan dulu.Dia rasa tertipu turun cop jari tetapi satu sen pun tak dapat.

Sekarang emak dah meninggal. Pak Jang dah berpindah ke Juru.Saya tak tahu apa yang terjadi dengan tanah tu tetapi setahu saya semasa kecil ,kata emak banyak kampung di Kuala Kurau hanya tinggal nama saja Melayu tetapi habis d
i jual apabila Cina mula masuk dan bela babi. Alhamdulillah bila kerajaan mula keluarkan undang2 yang babi tidak boleh di bela sesuka hati maka masih ujud lagi beberapa buah kampung Melayu .Siapa kata Melayu tidak tahu berkompromi sehingga tanah tergadai bukan kearana tak ada duit ke apa tapi kerana tak tahan bahu busuk babi .

Boleh kah saya samakan di zaman moden ini taktik yang sama seperti beli tanah untuk pembangunan dan jual dengan harga berlipat kali ganda sehingga tak termampu di beli oleh orang Melayu sebagai sama membela Babi di kampung2 untuk mengusir orang Melayu?


Sesiapa yang ingin mengenali Kuala Kurau sila tekan Kuala Kurau dalam internet atau boleh datang sendiri ke kampung saya di sini
http://naha-ragammanusia.blogspot.com/2007/02/kuala-kurau.html dan carilah orang2 tua di sana dan salah seorang darinya ialah bapa saya sendiri.Sekian ...Maju pertanian untuk negara.



Ini adalah rumah2 di persisiran sungai yang boleh di lihat dari kampung saya.Kami memanggilnya Bagan Cina.

Monday, September 03, 2007

Orang Bergaduh Aku yang Menang.

Aku dah lama nak bercakap pasal penama EPF dengan suamiku tetapi selalu tertunda....bukannya aku tak ingat ke apa tetapi aku dah masak dengan sikap suamiku yang jenis egois ni.Kalau di tanya dia selalu buat tak tahu...kalau sekadar buat tak tahu saja tak apa lah tetapi dia selalu sinis dengan jawapannya kadang2 boleh rsa kecil hati dan menyedihkan.Ada suatu ketika dulu selepas mendengar nasihat dari kawan, aku pernah bertanya pada suami samaada dia namakan ibunya pada pewaris dan kalau ya lebih baik di tukarkan kerana ibunya sudah meninggal dunia dan aku beri beberapa alasan yang aku tahu. tetapi jawabnya kalau dia pula yang meninggal dan isteri pula yang kahwin lain macamana?

Sejak hari itu aku sudah tidak bertanya apa2 lagi mengenai EPFnya.Cuma aku akan sedapkan hati ku dengan berkata Aku berserah pada Allah yang akan tentukan segala2nya buat aku dan Dia Maha Mendengar segala keluh kesah ku.

Kadang2 rasa menyesal juga berhenti kerja dulu tetapi apabila difikirkan faedah2 lain seperti aku boleh rileks di rumah, tidak perlu kena marah dengan majikan,tidak letih dan stress bekerja aku terima dengan lapang dada.Suatu perkara yang amat ketara dengan sifat lelaki ini ialah perubahan watak sebelum dan sesudah mereka mengahwini orang yang mereka cintai.Biasanya sebelum berkahwin mereka nampak seolah2 seperti seorang lelaki budiman tetapi akan berubah seperti seorang majikan mengarah pekerja .Jarang sekali mereka mahu menghurmati pendapat seorang isteri apatah lagi menerimanya bulat2.

Banyak perkara yang berlaku di dunia ini kadang2 tidak terjangkau dan terfikir dek akal ku .Kadang2 ia boleh berlaku.Dalam satu soalan kadang2 mempunyai dua jawapan kadang2 sepuluh. Dan kenapa kita terima satu sahaja jawapan dari sepuluh jawapan yang ada. Kenapa kita tidak boleh menerima jawapan orang lain selain dari yang ada di dalam kepala otak kita.

Otak kita selalu berfikir dan kita jarang dapat menyimpannya di dalam linkungan pemikiran kita sahaja. Buah fikiran harus di keluarkan. Walaupun kita tidak memaksa orang lain menyetujuinya tetapi lebih kepada mahu semua orang mendengarnya atau sekurang2nya memahaminya.Apabila tidak di terima di sinilah akan terbentuk rasa tidak puas hati dan pertelingkahan.Perkara yang kita selalu abaikan ialah sifat mengelak dari mendatangkan perasaan marah orang baik apabila kita bercakap atau melakukan sesuatu.Lebih tepat lagi ialah menjaga hati.

Menjaga hati bukan lah satu perbuatan yang mudah dan ia bukan seperti melakukan kebaikan untuk mendapat imbalan seperti mengampu.Kadang2 kita tidak termampu untuk menjaga hati semua orang dan pada banyak hal pula hati kita akan sakit.

Lagi satu penyebab pertelingkahan ialah apabila jumlah manusia semakin bertambah maka bibit2nya lebih kerap terjadi. Sebelum berkahwin tiada timbul sebarang masaalah dengan pasangan atau anak2 . Penambahan angka ini juga berlaku pada saudara2 kita seiring dengan peredaran masa apabila mereka meningkat dewasa dan berumah tangga.

Sewaktu di Taiping dulu seperti biasa mak mertuaku yang baru(mak mertua yang asal sudah meninggal dunia) mengadu itu dan ini padaku...kemudian kakak iparku pula mengadu itu dan ini padaku .....Tuhan saja yang tahu siapa yang benar dan betul dan siapa pula yang salah. Patutlah Maha Suci Tuhan membenci pada Si Pengadu2 Domba ni kerana mereka lah penyebab orang lain boleh bergaduh antara satu sama lain.

Aku di luar rumah ketika aku mendengar suara suami bercakap dengan nada yang kuat melalaui telefon dengan kakaknya.Memang jelas semua butir percakapan suami dan suaranya macam orang berang. Dari dulu lagi suami memang pantang orang mengadu domba dengan nya. Aku rasa semua suami / laki2 pun tak suka dengar cerita remeh temeh seperti orang tu kata macam ni ,orang ni kata macam tu.

Aku masih ingat lagi kata2 suamiku melalui telefon tu..." Ya, apa salahnya aku bubuh nama isteri aku . Kalau aku mati nanti adake orang yang sanggup bela anak2 aku !"

Memangnya dari dahulu aku teringin sangat hendak tahu siapa penama EPF suami ku.Hari ini aku baru tahu dia tak pernah meletak nama sesiapa. Hari ini setelah hampir 26 tahun bersama baharu suami mahu dengar apa yang hendak aku katakan sepuluh tahun dahulu.Itu pun setelah dia tersedar manusia akan sentiasa bergaduh akan sentiasa tidak puas hati akan sentiasa berfikiran dia sahaja yang betul.Ada orang akan mengambil kesempatan atas pergaduhan orang lain . Ada orang baru tersedar setelah bergaduh.Bagi aku pula baru berjaya menyatakan buah fikiran untuk sekian lama.


Saturday, September 01, 2007

BiLa Abang Bercakap.....

Semalam saya dan suami pergi jemput anak perempuan kami di Tol Lebuh Raya Air Itam.Oleh kerana jam waktu tu lebih kurang pukul 10 malam dan saya bukan nya nak kemana2 jadi saya cuma sarungkan T shirt tangan pendek yang selalu di pakai dalam rumah saja.

Mula2 suami suruh saya pandu kereta tu dengan alasan dia mengantuk walaupun dah terlelap 10 minit atas katil tadi. Saya setuju aje walaupun dalam keadaan yang sebenarnya saya juga mengantuk. Saya memang kaki tidur awal dan angka sepuluh ialah angka saya masuk tidur kalau lewat dari itu alamat saya akan miss subuh kerana tak sedarkan diri. Dalam kepala saya cuma satu je risau anak dara saya kena ganggu dengan Mat2 Motor maklum sajalah malam ini adalah malam merdeka.

Saya kena pandu 10 km keluar dari rumah ke Kluang dan lebih kurang 30 Km ke Air Itam.40 km bukan nya satu masaalah bagi saya tapi yang menjadi masaalah ialah waktu malam ,mata saya tak berapa terang tambahan pula bila kena suluh cahaya lampu kereta dari depan mata saya akan silau dan saya jadi nervous bila tak nampak apa2 di hadapan saya. Malam tu juga kabut amat tebal...tak tahu kenapa dan datang dari mana.Bila saya banyak brek mengejut suami yang kononnya nak sambung tidur dalam kereta jadi bebal dan akhirnya terpaksa ambil alih tempat driver.

Dalam perjalanan pula seorang kawan telefon suami dan ajak berjumpa di Batu Pahat dan minum2 di restoran seorang lagi kawan mereka nama Saz yang buka Restoran Berjaya.Pemilik restoran ni pun bekerja seperti suami juga menjaga ladang .Beketurunan jawa yang memang terkenal dengan kerajinan bekerja dan mencari duit. Restoran ini isterinya yang jaga baru beberapa bulan saja beroperasi tetapi pulangan nya boleh tahan.Ceritanya lagi dia boleh dapat 500 rm pada satu2 malam dan kalau waktu orang kilang dapat gaji boleh mencecah seribu ringgit semalam.

Di ladang tempat dia bekerja pula secara diam2 dia membela lembu dan katanya dah menjangkau jumlah 18 ekor jadi suami saya bagi dia satu ide supaya sembelih dan jual daging segar di situ.

Kami tiba dulu di tempat yang di janjikan ,20 minit kemudian baru kawan suami si Fazd sampai dengan isteri dan dua orang anaknya.Isteri Tuan punya restoran tak pula nampak batang hidung nya tapi seperti biasa saya jenis tak kisah nak ambil pusing dengan persoalan kenapa langsung tak bertanya. Bila isteri si Fazd bertanya baru di jawab oleh Wak tu yang isterinya dah tidur kerana keletihan......

Jadi seperti biasa 3 orang gentlemen ini berborak hal2 mereka manakala saya pula berborak dengan isteri si Fazd yang peramah ni.

Bual punya bual keluarlah cerita si Ifah ,balu kedua kawan suami kami yang berasal dari Indon.Suami nya Allahyarham Yusuf meninggal dunia hampir dua tahun yang lalu tercekik ketika makan kerana serangan jantung ketika tinggal dengan dia ,bini muda.

Baru2 ni dia telefon isteri si Fazd dan bagi tahu yang duit dah dapat lah SIKIT ,(Bini si Fazd tekankan perkataan SIKIT sebab takut orang minta kot) jadi sebagai seorang Muslim yang baik,dia hendak membayar semula hutang nya pada isteri si Fazd ni lalu isteri si fazd ni nak bagi lah no account tiba2 je dia mula bagi alasan bank tu jauh dan lebih suka bagi terus kepada suami si Fazd ni sebab tempat tinggalnya berdekatan dengan tempat kerja si Fazd.Katanya lagi hari tu dia jumpa Fazd makan2 di restoran tempat dia ingin meminta kerja sebagai pengopek bawang (Oleh kerana dia masih belum dapat kerakyatan Malaysia,majikan masih takut2 nak mengambilnya bekerja.)

Yang buat isteri Fazd tak sedap telinga dan urut dada tu bila dia sebut semasa berjumpa dengan Fazd ,dia jadi sebak kerana teringatkan Arwah suaminya....sedangkan kata isteri Fazd rupa suami mereka macam langit dengan bumi...disini memang saya akui si Fazd jauh lebih handsome dari Pak Yusuf.

Dulu semasa dia mengadu kesusahannya pada isteri Fazd adalah isteri Fazd memuji2 madunya,iaitu isteri tua Pak Yusuf seorang yang baik hati .Jawabnya mudah aje dia memang tahu sebab itulah dia sanggup pilih Pak Yusuf yang jarak umur boleh di panggil bapa tu...saya pun dah mula rasa apakah sekarang dia sudah ada target yang baru haa?Tambahan pula kata isteri Fazd suami nya pun dah mula simpati kerana terpaksa kopek bawang nak cari rezki.

Tak mustahil orang macam Ifah sanggup makan kawan ,dulupun masa kat Indon dia pernah usha suami...mungkin bukan taste suami atau mungkin bukan jodoh.Saya pernah bersungut dengan suami Ifah tu nampak miang tapi suami jawab dia masih kebudakan....mana taknya dalam bilik air ofis melalak2 kerana baju terpercik air.Dan setiap kali kami datang ke Indon nampak dia mengintai dari ofis seperti menyibuk.Kerani2 lain tak pulak macam tu.Dan setiap kali kalau kami mahu bertolak semula ke Malaysia tak habis2 melambai dan beri ucapan ,"Hati2 ya Pak memandunya dan jangan lupa ole2 nya Pak...."

Sekarang dia dah berjaya dapat sebahagian dari EPF Pak Yusuf ....mungkin dia tahu macamana nak dapatkan lagi. Umurnya baru mencecah 30han.Itulah yang merisaukan isteri si Fazd ni.... dan juga isteri2 yang sewaktu dengannya.Aaaaargh.Jadi tak salahkan saya tambah minyak dan marakkan api ...jangan bakar diri sendiri sudah lah....

Sebenarnya kalau boleh saya nak suruh isteri Fazd ni jangan layan semua bentuk panggilan telefon dari dia...saya macam nak sebut kamu mesti GANYANG MINAH INDON ! tapi jatuhlah mertabat kawan saya ni yang jauh lebih cantik dan pandai dari minah indon ni...jadi kena tukar strateji lah. Saya suruh dia cepat2 berpindah balik duduk sekali dengan suami sebab anaknya pun dah habis ambil UPSR tak payahlah tunggu sampai hujung tahun.Lepas tu dia boleh ikut bontot suami dia kemana saja dan tak adalah peluang orang lain nak menggoda suaminya lagi.

Katanya dia dah cakap dan nak tahu apa jawapan suaminya.

Fazd,"Tak usahlah pindah masuk estate.Kan dah elok tinggal dalam pekan, I pun boleh balik ujung minggu....."

Isteri Fazd, "Kenapa sayang tak bagi I tinggal semula dalam estate.....sayang dah ada orang lain ke?"

Fazd," Ai, kan itu hak lelaki dan abang ada 4 kota ,masih ada lgi 3 kosong ."

Isteri Fazd kepada saya," Kak Ani....macamana ni kak!!"


Saya,"?????????????????????????"