Pages

Tuesday, September 25, 2007

Cerita Pendek - HUSIN TEMPANG

Kadang2 kawan2nya panggil dia Husin dan kebiasaannya mereka panggil dia Husin Tempang. Tetapi anak Pakcik Dolah panggil dia Tempang dan Husin tidak suka dengan panggilan tersebut.

"Dengar cakap mak Husin, Allah tidak pandang semua itu. Allah hanya pandang hati budi kamu,nak ," nasihat ibunya yang di simpan dengan baik di dalam benak hatinya.

Sebagai seorang insan, Husin teringin sangat hendak terjun ke dalam sungai dan mandi manda bersama kanak2 lain tetapi terhalang kerana kakinya yang cacat.Sejak lahir kakinya pendek sebelah , pinggangnya pun turut jadi bengkuk dan dia berjalan terjengkek2.

Hari ini air pasang penuh.Sungai yang mengalir di sepanjang kampung Husin akan melimpah hingga ke tebing.Waktu inilah ikan2 sepat dan puyu banyak muncul di sungai tu .Manakala orang2 tua akan ke muara untuk menjala atau memasang bubu ,kanak2 pula tidak melepaskan peluang untuk berenang.Waktu beginilah air sungai itu tidak berkeladak dengan lumpur.Itulah keistimewaannya air pasang.Bagi kanak2 pula ianya seperti musim berpesta.

Di setiap rumah di kampung itu biasanya mempunyai sebatang titi untuk menyeberang.Dan di tepi titi itu pula ada sebuah para atau pelantar buluh siap dengan tangga untuk memudahkan penduduk turun ke sungai .Di seberang sungai pula kerajaan telah membina sebatang jalan kecil yang lebarnya boleh muat se biji kereta.Kalau dahulu mereka cuma menggunakan sampan untuk ke bandar sekarang sudah boleh bermotor atau berbasikal.

Oleh kerana di depan rumah Husin ada sebatang pokok ara yang besar, kanak2 suka menggunakannya sebagai tempat terjunan .Husin seperti biasa menjadi pemerhati setia.
"Hoi , Tempang! Mari le mandi!" jerit Ismail anak Pakcik Dolah.Husin hanya tersenyum."Apa kata kami buat pelampung untuk kau.Di rumah kau ada botol minyak masak yang dah kosong tak?" Husin mengangguk ." Hah! apa lagi pergi la ambil cepat dan bawa talinya sekali..."

Hati Husin melonjak kegembiraan.Bukan sahaja dia dapat berenang tetapi Ismail anak Pakcik Dolah yang selama ini suka mengejeknya rupa2nya seorang budak yang baik.

Sangkaan Husin meleset.Ismail yang memang terkenal dengan perangai samsengnya hanya hendak mengenakan Husin." Ok Tempang ,dah siap." Sambil menunjukkan botol2 minyak plastik yang sudah diikat .Di penghujungnya di ikat pula dengan tali panjang ."Engkau pegang tali kat botol2 ni dan kami pulak pegang hujung tali ni supaya kau tak hanyut."

"Pegang kuat2 tau !" pesan Ismail.

"Aku taaaa," belum habis Husin bercakap , badannya tercampak ke bawah.Keceboom! bunyi air.

Terkial2 Husin mencari pelampung dalam air.Dalam kecemasan, dia tertelan banyak air begitu juga hidungnya yang turut di masuki air.Apa yang terdengar olehnya ialah hilai ketawa Ismail dan kawan2nya."Ha! ha! ha! Tempang pandai berenang.Tempang pandai berenang."

Dulu dia pernah di tipu oleh Ismail apabila berjanji mahu mengajar dia naik basikal.Di bawanya Ismail naik bukit di belakang kampung. Dia berjanji akan duduk di belakang basikal Husin "Kau jangan takut Sin,aku ada."

Bila basikal tu bergerak turun bukit yang curam, Ismail akan cepat2 turun dari basikal dan biarkan Husin seorang diri.Dia jatuh tersembam kerana belum pandai hendak mengimbang badannya.Husin tak serik walaupun lututnya berdarah dan dahinya lebam malahan dia merasa teruja."Itulah anak jantan!" kata Ismail sambil menepuk bahu Husin.

Dari dulu dia ingin lakukan apa yang kanak2 lain boleh lakukan cuma ibunya tak pernah benarkan, "tak boleh nak,nanti lemas siapa nak tolong," nasihat ibunya.

Air sungai amat dingin , di sertai dengan hujan renyai2.Matahari pun belum timbul sebab hari masih pagi.Arusnya nya kuat menolak badan Husin. Tiba2 Husin teringat kata2 ibunya," siapa yang mahu menolong kamu , nak jika kamu lemas."

Dia cuba mengumpul segala tenaganya yang ada dan menguak kedua2 tangannya ke atas ke bawah . Apabila dia hampir ke permukaan sungai tangan nya dapat mencapai pelampung lalu menimbulkan dirinya.Kuat bunyi kocakan air malahan sama kuat dengan bunyi nafas Husin yang seperti mahu menelan semua oksigen yang berada di permukaan sungai itu.

Husin tercungap2 ,Ismail dan kawan2nya hanya ketawa terbahak2 dari atas pohon pokok ara.Ketika Husin hanyut bersama pelampungnya , hujan semakin lebat.Kaki Husin tidak mampu membawa badannya ke tepi jadi dia terpaksa memaut pada tunggul kayu lama sementara menunggu rasa letihnya hilang.

Dengan tak semena2 kilat menyambar betul2 pada pohon ara,Ismail yang dari tadi belum terjun kerana mahu melihat Husin ,tiba2 jatuh ke dalam sungai dan di bawa arus . Kawan2 yang lain naik ke darat dan berlari mengejar dan memanggil nama Ismail.

Dari jauh Husin sudah bersedia untuk menahan kawannya dari terus di hanyutkan oleh air.Bila hampir, Husin memanjangkan sebelah tangan nya dan berjaya mencapai baju Ismail sambil menarik sekuat2 hatinya."Pergi minta tolong cepat!"

Husin tahu dia tiada tenaga untuk melawan arus yang semakin kuat.Dirinya sendiri pun tidak mampu di tolongi nya macamana dia mahu menyelamatkan Ismail.Pelampung itulah satu2 nya benda yang paling berharga buat dirinya sekarang. Yang telah menyelamatkan nyawanya sebentar tadi. Namun Ismail juga amat bermakna baginya.Dia mengajar nya erti hidup dan perjuangan.

Kerana Ismail dia boleh berenang dan kerana Ismaillah dia lebih cekal dan berani. Tangannya telah membuktikan yang dia boleh berenang. Seperti di hembus semangat dia lalu mengikat pelampung itu pada badan Ismail yang separuh sedar.Air yang semakin deras terus meredah badan mereka. Dan tunggul kayu yang usang itu tidak lagi dapat menampung dua badan .

Sayup2 terdengar suara orang ...suara ibunya yang kesayuan," Allah tidak melihat rupa kamu Sin...tetapi hati kamu,dan apa yang kamu buat!"

Dan kali ini air masuk lebih banyak ke dalam hidung dan mulutnya , dua tangannya menguak dan menguak, kakinya yang tempang juga cuba di gerakkan.Dia boleh berenang fikir nya.

Di cuba nya menggapai apa sahaja yang ada tetapi hanya air dan air yang terus menghanyutkan badannya.Saat itu dia mula paham kenapa ibunya melarang dia berenang .Walau nafasnya sesak dia sempat berbisik alangkah bagusnya kalau mereka tahu. "Terima kasih ibu kerana sabar menjaganya dan terima kasih Ismail , sahabat dan idolanya."Dan dia cuba berenang untuk kali yang terakhir.



No comments: