Pages

Tuesday, September 18, 2007

Cerita Pendek -MIMPI

"Abang bukan tak kasih pada Inah tapi abang tahu satu hari nanti Inah akan membenci abang juga...."
Begitulah bunyi nota pendek yang sudah layu disimpannya bertahun2 di dalam beg duitnya berjenama GUCCI buatan Cina .

Lusa hari lebaran dan jam di dinding stesen keretapi Kluang menunjukkan pukul 2 tengahari."Ahh! kenapa lambat sangat keretapi dari Tanjung Malim ni ,"desus Inah.Inah cuba menahan keresahannya lalu menguis2 anak2 batu di tepi rel dengan ujung jari kaki sambil memaling kearah kiri. Telatahnya di perhati oleh ibu angkatnya Mak Minah dan dia tersenyum tanda paham.

Sejak Inah tahu Shafiq bukan abang kandungnya ada suatu perasaan istimewa yang muncul dalam dirinya.Perasaan sayang ,perasaan rindu dan perasaan ingin di kasihi dan di belai oleh Shafiq.Kebelakangan ini Shafiq banyak menjauhkan diri dari dia, Shafiq banyak diam.Fikirnya mungkin perubahan usia.. dia bukan lagi berumur 5 tahun semasa ibu angkatnya mengambil nya sekarang umurnya sudah menjangkau 17 tahun.Shafiq pula sudah 23 tahun sudah pun bekerja.

Tiba2 Inah melonjak keriangan, keretapi dari Utara sudah menghampiri ke distinasi.Selang beberapa minit nampaklah wajak kacak Shafiq muncul dengan ketinggian hampir 6 kaki dan dada yang bidang seolah seorang atelit.

Rasa mahu di terkam dan di peluknya sepuas2 hati kalau bukan kerana ramainya orang ketika itu.Inah hanya dapat melontarkan senyuman dan bertanya khabar lalu mencium tapak tangan Shafiq. Setelah usai bersalam2an mereka pun berlalu ke arah teksi yang sedang menunggu .

Di rumah boleh di katakan Shafiq terus menghilangkan diri.Dia banyak berada di rumah kawannya dari rumah sendiri.Bila Inah suarakan rasa tidak puas hatinya pada ibu angkatnya Mak Minah suruh biarkan saja,"Biasalah budak laki2 ,mana mahu duduk di rumah ."

Sudah dua hari di rumah Shafiq hanya menegurnya sekali saja itu pun tanya pasal mimpi yang selalu menggangu tidurnya dulu.

"Inah dah jarang mimpi macam tu lagi la bang...Inah dah besar .Inah dah tak takut api lagi," jawab Inah pada soalan abang angkatnya.

Tapi Inah teringin sangat di peluk oleh Shafiq seperti dahulu .Setiap kali dia terjaga dari mimpi ngeri ,Inah akan berpeluh2 dan menggigil2 ketakutan bila datang mimpi yang sama .Waktu itu Shafiq yang tidur di bilik sebelah akan terjaga bila terdengar Inah menjerit, "api!api!".Dia orang pertama yang akan datang dan memeluk Inah lalu menyapu peluh yang ada di dahi Inah sehingga degup jantung Inah kembali tenang.

Hari ini Inah dah tak boleh sabar lagi dengan Shafiq Inah mesti berdepan dan mahu Shafiq berterus terang dengan nya .Waktu selesai makan malam sementara menunggu azan Isya, Shafiq sedang santai di depan TV manakala Mak Minah sibuk di dapur.

"Abang, Inah mahu bercakap dengan abang kalau Inah tak cakap hari ini Inah tak akan cakap sampai bila2 pun..."Ada semacam kepiluan di sudut mata Inah yang membuat hati Shafiq tidak tergamak mengatakan tidak.

"Ayuh kita ke buaian ," Shafiq bingkas bangun tanpa menunggu Inah.

Di buaian besi lama yang terletak di halaman rumah ,Shafiq boleh berbual dengan lebih jelas tanpa ada gangguan bunyi dari telivision atau radio.Sahfiq lalu menepuk2 atas buaian agar Inah duduk di sebelahnya seperti masa dia kanak2 dulu.

"Duduklah, apa yang Inah mahu tahu dari abang?"

"Mengenai Nota yang abang berikan pada Inah dua tahun yang lalu.Mengenai persoalan Inah kenapa abang semakin jauh dari Inah, apa abang sudah tidak kasih kan Inah?"

Shafiq cuba mengawal gejolak yang sedang melanda dalam diri nya.Dia sudah nekad untuk mencerita yang sebenarnya sejak dia menerima surat dari Inah yang mengatakan rasa cintanya pada Shafiq.Yang dia tidak akan mengahwini orang lain selain Shafiq yang dia akan pergi jauh kalau Shafiq tidak mahu menerima cintanya.

Tekaknya rasa ketat ,untuk bersuara dia terpaksa menelan segala kepahitan yang di laluinya.Tetapi demi Inah di gagahi juga dan suaranya seperti berbisik

"Inah masih ingat tak parut yang ada di paha kiri Inah tu?"

Tangan Inah meraba2 pahanya walaupun di lindungi dengan kain batik tapi boleh terasa.Inah mengangguk.

"Sebenarnya apa yang Inah selalu mimpikan itu adalah benar. Inah memang ada sewaktu kejadian kebakaran itu berlaku."Suara Shafiq tersekat2.

Inah dapat rasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan mimpinya.Sakitnya sampai dia terjaga dan ngerinya seperti dia benar2 sedang di jilat api.Dan siapa pula yang melemparnya dari tingkap atas?Dan suara jeritan itu yang selalu terngiang2 di telinganya ...tiba2 badan Inah seperti melayang. Mukanya pucat lesi.

Setelah terdiam beberapa detik Inah mahu Shafiq teruskan ceritanya.

"Waktu itu 2 hari sebelum raya. Abang Inah..."

"Abang Inah! Inah ada abang !?"

"Ya,abang dengan abang Inah ,Amir kawan baik.Malam tu kami dah janji nak bermain mercun roket lepas sembahyang tarawih kat belakang rumah.Tapi Abang Inah tak datang jadi abang ke rumah Inah dan panggil dia dari luar nak tanya kenapa.Waktu itu dia jenguk dari tingkap atas sambil mendukung Inah.Katanya dia kena jaga Inah sekejap sementara emaknya sembahyang."

Inah diam seribu bahasa,matanya mula bergenang.Dia mula tahu cerita yang sebenarnya. Sementara Shafiq meneruskan cerita yang berlaku 12 tahun yang silam.

"Oi,Shafiq! kau nyalakan la mercun tu ,adik aku nak tenguk ni!"

"Ok,ok nanti kejap akau nak pacak atas tanah ni dulu."

Setelah yakin dengan posisi mercun tu yang mengarah ke kawasan kosong Shafiq pun menyalakan sumbunya.Apabila sumbunya hampir kepada batang mercun tiba2 saja ia terpadam dan tidak ada apa2 berlaku.

"Apale kau Shafiq bakar mercun pun tak pandai,"Amir menceceh.

"Waktu itulah abang mengambil mercun itu dari tanah sambil membelek2 nya.Tiba2 ada percikan api dan abang terkejut kerana cahayanya terus saja keluar satu demi satu dan abang tak sangka abang telah menghalanya ke bumbung rumah Inah.Kami sempat lagi ketawa dan sempat lagi tenguk telatah Inah yang melonjak2 girang.Tuhan saja yang tahu betapa terkejutnya kami apabila bumbung rumah Inah mula terbakar.Dengan keadaan angin yang kuat pada malam itu .Abang cuba masuk tetapi pintu rumah bergril dan berkunci.Amir cuba memadam api tetapi gagal.Terjun Mir !terjun! Abang menjerit dari bawah.Ok Fiq ,kau sambut Inah dulu aku nak cari mak aku sambil menghulur kamu keluar tingkap untuk abang sambut k dari bawah.Waktu itu kamu menangis ketakutan .Sewaktu Amir ingin melontar kamu kebawah kaki kamu tersangkut pada tirai yang sudah di sambar api sebab itu ada kesan parut di paha kiri mu sampai sekarang .Manakala Amir enggan terjun selagi tidak mendapatkan Ibumu yang berada di dalam bilik.Abang cuma dapat mendengar lolongan abang mu tanpa dapat berbuat apa2...sampai sekarang peristiwa itu menghantui abang sehingga ke mimpi abang. "

"Sebab itukah setiap kali Inah bangun dan menangis abang akan segera mendapatkan Inah?"berjurai2 air mata Shafiq dan Inah ketika itu.Rupa2nya mereka berkongsi mimpi yang sama.

TAMAT>

No comments: