Pages

Tuesday, September 18, 2007

CERITA PENDEK

Dah lama saya teringin nak buat cerita pendek tapi saya susah nak terjemahkan dalam bentuk kata2. Dalam otak masyaallah memang banyak berlegar2. Baru2 ni saya terjumpa blog Mardhiah di Multiply.com. Saya tak kenal dia tapi melalui tulisannya saya nampak dia mempunyai prinsip dan gayanya yang tersendiri.Walaupun dia mengaku dia pesakit schizophrenia dan agak laser dalam coretnya tetapi tulisannya memang menarik untuk di baca.

Setengah filem yang kita tonton tu jalan cerita nya senang aje nak paham tapi kesannya begitu mendalam dalam jiwa sampai berkoyan2 menangis sebab pembawa watak nya yang menjiwai lakonan tu sehingga boleh timbul kesan emosi pada orang yang menonton. Kalau nak lakon watak hantu dan mengilai pun semput2 baik tak usah.


Katakan lah saya nak buat cerita...seorang gadis sunti nama Zaidah kena rogol dalam gelap...let say dia baru balik dari mengaji quran ke....dan perogolnya tu dapat larikan diri....

Bayangkan keadaan budak tu....yang terpaksa di bawa ke klinik dan di rawat dan kena jahit kemaluannya..bukan saja dia mengalami trauma dari kesan fizikal tetapi mental. Kemudian hebuh cerita tu satu kampung.

Oleh kerana ibu si gadis tidak tahan menanggung malu dia jatuh sakit dan meninggal ketika si gadis mencecah umur 15 tahun.2 tahun kemudian dia sudah tahu dia akan gagal dalam SPM. Bukan saja dia kena menjaga ayahnya yang sedang sakit malahan dia merasakan hidupnya sudah punah dengan peristiwa hitam yang berlaku 5 tahun yang lampau.

Dulu ada satu rombongan datang meminang dan telah di setujui oleh bapanya dan seminggu kemudian keluarga tunangannya datang semula memaki hamun dengan kata2 keji seperti siapa yang sanggup makan buah yang telah di tebuk tupai. Bapanya yang sedang sakit semakin parah walaupun dia tahu bukan dosa anaknya tetapi kenapa begitu beratnya ujian Allah.

Air matanya mengalir tak henti2.Kalau bukan kerana bapanya yang sedang sakit mungkin dia dah lama membawa dirinya jauh 2 dari semua manusia keparat.

Dan Allah tu maha kaya apabila seorang jejaka yang baru pulang dari kota datang menjenguk bapanya yang sedang sakit. Dia kenal budak itu sekampung dengan nya tetapi tidak pernah bertegur sapa. Bapanya pun kenal sangat dengan Bapak budak tu.Sama2 sembahyang di surau.

Dia melahirkan niatnya menyunting Zaidah walaupun bapanya menerangkan segala2 nya kerana tidak mahu pisang berbuah dua kali.Namun dia tetap mahu mengahwini Zaidah.

Atas persetujuan Zaidah dan bapanya mereka hanya menjemput kadhi dan beberapa saudara sebagai saksi untuk di nikahkan tanpa ada paluan kompang dan pelamin.Berderai air mata Zaidah sekali lagi melihat wajah ayahnya yang menjadi wali dalam keadaan yang serba kurang dan sedang tenat.

Selepas kahwin ,bapa Zaidah meninggal dunia lalu Zaidah mengikuti suaminya ke kota.Di sana suaminya melayan Zaidah dengan baik dan penuh kasih sayang dan tanggung jawab. SZaidah amat bahagia tetapi disamping kebahagiaan itu dia juga merasa dirinya sangat berdosa dan jijik untuk suaminya .Maka Zaidah tidak seceria mana selalu termenung dan air mukanya selalu suram.

Keadaan ini berlangsung berbulan2 dan akhirnya suaminya tidak sampai hati melihat isterinya sengsara lalu dia pun membongkar rahsianya yang tersimpan selama ini.

Katanya sejak dahulu lagi dia sangat suka dengan Zaidah ,ketika itu dia sudah remaja dan nafsu gejolaknya sangat tinggi.Walaupun umur Zaidah masih sunti tetapi saiz badannya yang besar tidak menunjukkan umurnya yang sebenar. Suatu malam ketika Zaidah pulang dari surau dia menunggunya di hujung jalan ke rumahnya untuk menyatakan isi hati nya. Tetapi entah kenapa malam itu tiba2 Zaidah menjerit dan dia terkejut lalu mencekup mulut Zaidah dan mengheretnya ke dalam semak supaya tidak ada orang nampak.Badan Zaidah yang gempal dan berat itu rebah ke tanah dan dia turut terjatuh atas Badan Zaidah.Lain yang ingin di buat lain pula yang terjadi.Dan terjadilah apa yang telah terjadi.

Bila Zaidah terus menangis dia jadi panik lalu lari tinggalkan Zaidah di situ. Dirumah dia terlalu takut dan rasa tak tentu arah. Dia takut kalau Zaidah marah dan pecahkan rahsia ini pada bapanya. matilah dia siapa tak kenal dengan Pak Malik yang kaki baran ni.

Esok tu dia terus ke kota atas alasan mencari kerja.Emak dan ayahnya memang tak perasan sebab waktu tu dia pun baru habis SPM maka mereka restukan saja.

Dan ini bab suspensnya ...saya tak mahu buat cerita kononnya Zaidah akan maafkan suaminya dan menganggap semua ini takdir Tuhan dan kemudian bersyukur sebab suaminya dah bertaubat....

Ada dua jalan cerita di sini satu; saya nak buat yang Zaidah marah dengan suaminya kerana selama ini dia dan keluarganya menanggung segala macam cacian dan penderitaan akibat di rogol. Dan bukan itu saja dia juga merasa sungguh2 tertipu krn menganggap suaminya seorang insan yang sungguh mulia kerana sanggup menerimanya walaupun telah di tebuk Tupai.

Demi maruahnya dan maruah keluarganya dia lalu telah membuat aduan ke balai polis bahawa dia telah di rogol sewaktu umurnya 12 tahun dan perogol nya sudah dapat di kenal pasti dan dia mahu suaminya di penjarakan!( Di sinilah saya tersangat2 ingin melihat watak2 yang menjiwai cerita saya ,perasaan marah ,benci ,pilu, bingung dan macam2) kalau boleh kenangan2 silap tu berlegar2 kembali...Betul tak.Dan kalau boleh nak masuk bab2 mahkamah sikit yang saya langsunglah tak tahu.

Atau jalan cerita yang kedua; Ada macam cerita orang sakit jiwa sikit.Sebab dia terpaksa hidup dengan musuhnya sendiri.Suami yang amat di kasihinya ialah manusia yang sangat di dendami dan di bencinya selama ini.Apa lagi pisau di tangan tikam je waktu tidor...tapi belum lagi mana boleh mati macam tu....terlalu langsung.

Hati Zaidah berperang. Setiap kali dia teringat detik dia di perkosa tak ubah seperti seekor haiwan tanpa belas kasihan dia menjadi benci. Waktu dia kesakitan mulutnya di tutup dari dapat menjerit dan dia meronta2 kerana susah bernafas dan darah panas mengalir di celah kelengkangnya, darahnya meruap2.

Sejak hari itu hati Zaidah seperti batu tidak ada apa2 persaan terhaadap suaminya.Dia mula meracun makanan suaminya .Sewaktu suaminya mula sakit Zaidah pun mula bersandiwara menunjuk kerisauannya kalau suaminya meninggal pada siapa dia akan menumpang hidup..biarlah dia mati bersama,sudah lah ayah dan ibu pergi meninggalkan nya sebatang kara.

Langsung suami tak perasan yang isterinya dah ada penyakit phsycho lalu di tukar semua harta kepada nama isteri agar isterinya tidak gundah gelana.

Akhirnya suaminya mati dan cara suaminya mati pandai2 lah nak tokok tambah.Mungkin tutup hidung nya dengan bantal waktu dia sedang tidurke...

Atau bagi dia makan ubat tidur dan bawa dia ke tepi kolam ikan dan buat2 macam ada kemalangan lalu lemaskan dia.

Atau bagi dia minum air coco cola yang di campur panadol banyak2..kerana ini boleh merangsang sakit jantung.

Yang penting nak zahirkan emosi marah dan karasukan tu...Bagi penulis yang pandai tentu secara menulis saja dah boleh mendatangkan kesan emosi itu seperti kita berada sekali di dalam dirinya tapi inilah cara saya menulis....tak ada feel langsung!


Tambahan: Setelah suaminya mati ,Zaidah amat membenci laki2,satu demi satu laki2 yang mengahwininya mati dalam keadaan yang amat misteri sehinggakan perbuatannya dapat di hidu oleh seorang laki2 yang ingin mendampinginya. Akan selamatkah laki2 itu?Bolehkah Zaidah pulih dari penyakit psychotic nya ?




2 comments:

mariannie said...

Naha - saya suka ending yang kedua sebab ending macam tu selalu berlaku dalam filem,drama @ novel. Ending pertama agak sempurna mungkin juga berlaku dalam filem,drama @ novel sahaja.
REALITI - WANITA MASIH MENDIAMKAN DIRI APATAH LAGI APABILA YANG MENGANAYAI DIRINYA adalah SUAMI SENDIRI

naha said...

Saya setuju dan itu yang hendak saya sampaikan..mungkin kita ni terikat dengan agama atau adat kalau agama pun mesti ada pengadilan atau kita mengharapkan Syurga itu mudah dengan menerima apa saja sebagai takdir tanpa berusaha....Kalau kita pengarah filem best kan Mariannie, mula2 saya mesti buat cerita mengenai jalan hidup Marianne dulu...