Pages

Tuesday, October 30, 2007

SEDEKAH,DERMA dan HADIAH

Dulu ,ketika saya sedang menunggu roti canai di restoran mamak depan Pudu Raya dengan anak laki2 saya seorang perempuan India yang mungkin tua sedikit dari saya (dari pengamatan uban di kepalanya walaupun ada segelintir orang muda pun dah beruban).Tetapi dari gayanya saya anggap dia tua dan daif.

Datang menghampiri saya yang masih menunggu roti canai yang belum sampai2 sambil membawa sekeping kertas menunjukkan yang dia sedang meminta derma untuk rumah orang tua dan anak yatim. Saya teragak2 kerana satu derma itu untuk kaum India dan kedua saya takut niat baik saya akan menjerumus saya kepada dosa yang tidak di sengajakan. Seperti menderma untuk agama lain selain dari agama saya.

Setelah membaca surat yang di tunjukkan kepada saya dan berkali2 saya tanya bahawa duit ini tidak pergi ke kuil seperti membina atau mengadakan apa2 perayaan untuk upacara sembahyang saya lantas menghulurkan sedikit wang untuk nya tanpa mahu apa2 resit tetapi oleh kerana ia persatuan berdaftar maka dihulurkan juga resitnya.

Itu bukan kali pertama saya menderma pada bangsa asing...pernah juga saya melihat seorang India yang kudung kaki meminta sedekah dekat rail way station dan saya masukkan juga ke dalam kolenya sedikit wang.Saya tak mahu tahu untuk apa duit itu akan di gunakannya.

Saya tidak pernah tanya pada Tuhan apakah saya akan mendapat ganjaran pada pelakuan saya menolong orang bukan Islam. Malahan saya selalu akui kejahilan saya yang kurang ilmu akan Islam yang BENAR ,YanG LURUS untuk MenujU ke PinTu SyuRGA dan Islam Yang laYak MENemui ZAt ALLAH ,PeMilik Segala2Nya Di Dunia MahuPun Di AakhiRat.

Saya adalah pembangkang SenYap setiap kali perbuatan baik di katakan 'tidak boleh' dengan alasan agama. SeperTi dahulunya apabila murid2 Islam pernah di larang oleh seorang guru agama dari menderma darah ...tanpa hujah ,mungkin juga waktu itu dia takut berhujah kerana takut di cop sebagai 'berniat jahat.'

Baru2 ini saya amat berdosa pabila mengsyaki jantung budak laki2 'Melayu' yang diderma kepada seorang budak 'Cina' mesti datangnya dari Mat Motor yang mati kemalangan. Kerana kononnya orang itu tidak tahu agama menderma sebahagian dari organnya kepada orang bukan Islam. Kenapa saya prajudis begini?

Kerana saya di ajar oleh seorang guru yang mengajar saya mata pelajaran agama Islam yang yakin apabila kita di bangkitkan kelak semua bahagian kita akan di soal. memang benar dan saya percaya tanpa berfikir bahawa Allah lebih berkuasa walaupun daging kita sudah hancur dan berkecai dan di bakar menjadi abu kita tetap dibangkitkan dengan sempurnanya di hadapan AllAH yang Maha mencipta.Jadi lojiknya di sini apabila seorang manusia itu sudah meninggal rohnya sudah di cabut dari jasad , biar apa pun yang berlaku pada jasad ,biar di awet bekukan agar janga rosak namun hakikatnya dia tetap sudah mati dan Mungkar dan Nangkir sudah menyoal dia.Cuma dari kesakitan bagi jasad2 yang di tinggalkan roh bagi orang2 yang mati aksiden dengan orang2 yang mati di rumah itu yang menjadi tanda tanya saya sekarang.

Dengan alasan di atas saya terima apabila hukum harus menderma organ kepada makhluk Allah yang lain walaupun bukan Islam kerana keyakinan saya bahwa Allah mencipta dia dan juga kita.Lalu kita bersyukur kerana Allah memasukkan kita dalam hamba2 yang mendapat Nur dan Hidayah Islam.Walau di mana bahagian jasad kita akan berada sesudah kita meninggal hanya yang di bawa ke alam barzah ialah perlakuan kita semasa hidup.

Kemudian datang pula orang2 politik memberi 'hadiah' kepada ibu-bapa yang telah memberi izin agar jantung anaknya di derma....Tanpa ahli politik mungkin saya akan terus menuduh dan menuduh....kepada kedua2 insan di atas saya mohon maaf .

Saya juga pernah melihat orang2 yang telah banyak membantu tidak mahu pemberian kerana mereka sudah cukup serba serbi.Dan bagi si pemberi yang paham antara makna ,sedekah,derma dan hadiah tidak akan mengungkapkan perkataan 'sedekah' melainkan 'hadiah' iaitu ganjaran kepada kebaikan tersebut.

Apakah perlu saya tanya pada orang yang bijak agama salah kah kita menderma kalau pun bukan untuk bersedekah? Salahkah kita melihat orang lain tersenyum walau pun bukan dari agama kita ?

Thursday, October 25, 2007

Antara Swiss Cash /Derma dan SEdekah.

I want to admit here that one of the stupid investors in SC was ME.
Kadang2 i really don't understand how my brain works.At the times the brain say it was ok the thing turned out to be not and in fact at that times everybody was saying so, confidently.

Yang paling best tu now i start questioning my self ,are they doing it on purpose? Meaning they just wait for the right moment to let our money grew large then snatched it away. Why i said so? I said so kenapa tunggu lama2? Tunggu sampai orang ramai yakin dan tidak ambil tindakan awal2.

Tunggu sampai duit banyak terkumpul then try to fish it out.Nak tangkap orang salah tangkap je tetapi kenapa nak sekali dengan duit2 yang ada pada si pesalah tu. Katakan kalau lah kerjaan dapat rampas duit2 tu seperti kes Pak Man Telo dahulu ,apakah kerajaan akan pulangkan semula pada investors. Jauh api dari panggang!Jadi kemana duit itu akan pergi?

Now i did it again. Lost about 5k. I knew the risk from the beginning so i let it go .Yang best nya lagi i baru tersedar kenapa so easy i let it go.This 5 k kalau i berzakat pun jauh lebih baik pulangannya dan kenapa terlalu berat sangat ke arah itu.So i promised kalau saya dapat semula wang tu semua akan ke tempat yang lebih selamat.Mimpi lagi...

Then datang satu ujian kecil ,my blogger friend minta i carikan sponsor untuk kumpulan Taihennya ,she needs around 25 k to make it successful.I ask my self let say God gives me back my 5 k to day will i give all to her.See how bad am i ,the answer will be may be. I keep asking myself kenapa kita selalu kedekut atas jalan yang baik dan murah atas jalan yang salah .Masih belum ada jawapan...

Now i want to do a small deed but still don't know how.This is her blog just to give a little idea who she is. Click here.


Monday, October 22, 2007

Sepetang di Singapura dan Semalam di JB

Semalam saya, suami dan anak perempuan kami bertolak ke Johor Bahru pada pukul 12 dan sampai lebih kurang 1.30 tengahari. Lepas parking kereta di sebelah bangunan Times Square kami terus masuk ke Pizza hut untuk makan tengahari atau isi perut kenyang2 dulu sebelum masuk ke Singapura.Satu kami dapat save duit kedua kami dapat save masa bila berada di sana.

Dari tempat parking kami cuma berjalan kaki ke tambak Johor iaitu ke pintu masuk Singapura.Selepas pass port kami di cop kami turun semula mendapatkan bas yang akan masuk ke negara jiran dengan tambang sebanyak RM1.90 untuk turun di WOODLANDS .

Di Woodlands kami baru tukar RM ke Singgit (SingaporeRinggit).Sebab tak jumpa money changer kami cuma tukar dekat kedai biasa.RM200 dapat SD 82.Jika di bandingkan 20 tahun yang lalu nilai Duit Singapore telah berlipat sekali ganda.Dari Woodlands kami menaiki monorail ke Orchard Road.

Setahu saya di sini terletak Shopping2 complex dan megamall yang paling besar.Setiba kami di sini keadaan tidak semeriah yang kami duga.Tidak ramai orang baik di dalam Mall atau di tempat pejalan2 kaki.Terdapat juga beberapa orang Melayu yang lengkap memakai baju kurung dan baju Melayu bersongkok dan bersampin menangkap perhatian saya.

Mereka kelihatan janggal di celah2 orang ramai dan kelihatan sangat asing.Mungkin kerana jumlah mereka yang kecil.Mudah cakap kalau di Malaysia orang2 ini tentulah tidak janggal malahan kalau orang India di Malaysia pakai sari pun saya tidak nampak janggal di Malaysia kerana jumlah mereka memang ramai tetapi entah kenapa disana saya lihat seperti ada kejanggalan.

Kami cuma habiskan 4-5 jam di sana dan cuma belanja ais krim dan minuman dan ambil gambar buat kenangan.Mungkin di lain kali kami akan ke Jurong Park pula,Insyaallah.

Semasa bas yang kami naiki sampai ke JB, suasana amat berbeda>>>semacam Mati hidup Semula(expression only)

Sebaik saja kaki kami mencecah tanah Malaysia, kami sudah nampak kesibukan teksi bandar, kereta ,bas, motor dan lain2 berderet2 nak masuk jalan yang di tutup sana sini dengan blok plastik merah putih tu.Bau kari kambing kedai mamak dah menusuk(bukan cucuk) hidung. Bunyi Muzik dari kedai2 Video menambah kecerian kami.Walaupun di tepi2 jalan sepanjang ke kedai mamak banyak lubang dan sampah ,kami dah terbiasa dan kami tetap gembira pulang ke tanah air, ok.
Anak dara saya yang suka chewing gum tertanya2 kenapa di Singapura tak ada chewing gum...rupa2 nya dia baru perasan walau pun 7 E bersepah ,tetapi makanan kegemaran nya tidak boleh jual di sana >>>>INILAH TAHAP KEBERSIHAN SINGAPURA!

SEpaNjaNgMinGguRaya

Banyak hal yang membingungkan dan mengembirakan saya di sepanjang minggu ini.

Yang membingungkan:
1)Apa dah jadi dengan perempuan yang telan SIM kad tu....dia kena kurung sebab tak de dokumen perjalanan yang sah saja.Tuduhan atas kes Nurin yang dia ada kaitan dengan pembunuhan budak malang tu, bagaimana? SERKAP JARANG LAGI POLIS MALAYSIA NI.Saya tak nampak polis dapat tangkap pembunuh Nurin sebab pembunuhan Nurin terancang>>>>mereka memang nak cabar keupayaan POLIS. Mungkin juga betul kata RPK >>>pemberi2 MAKLUMAT sudah tidak mahu keluar memberi maklumat>>>Polis akan LUMPUH tanpa mereka.Ada kaitan dengan pembunuhan Altantuya tak? Mana tahu nak kong kalikong cerita yang terdasyat dalam era pemerintahan sekarang, dengar kata polis pun dah ada dua team.Satu team yang dah tahu siapa PEMBUNUH tapi buat2 tak tahu dan satu team yang memang tak tahu siapa pembunuh tapi buat2 macam tahu.Pelik bunyinya tapi otak saya tak boleh berhenti berprasangka.

2)Kemudian saya terbaca komen MB Melaka pasal dia tak perlukan undi bangsa Cina atau India. BN tak perlu MIC OR MCA? Bestnya tahap keyakinan diri seorang MB.Tetapi apa agenda politik dia ,itu yang saya ingin dan tersangat teringin nak tahu,yang tersirat bukan yang tersurat... Buat masa sekarang otak saya tak boleh nak compute. Kesan lemak lemang dan ketupat yang BERAT atas otak saya.Atau saya dah lama tak baca blogs pengkritik politik tanah air sepanjang beraya ni.

Yang mengembirakan:
1)Bila baca cerita bekas tahanan ISA yang berjaya dapat 2.5 juta saya sangatlah teruja dengan kejayaan seorang rakyat membantai kerajaan. Itu baru sorang, macamana yang lain2,bagaimana dengan rakyat yang meninggal dalam tahanan ISA tanpa pembelaan.Duit mungkin terlalu mudah di keluarkan oleh kerajaan bagaimana pula kita heret orang yang mengeluarkan perintah masuk penjara pula.

2)Pengeboman untuk matikan Benazir Bhutto oleh musuh PolitIknya. Benarlah janji Allah kepada hambanya yang belum lagi sampai. Walau pun dua kali bom meletup tetapi Benazir terselamat.Dan yang amat GAH nya bila trajedi itu sedikit pun tidak melunturkan semangatnya. TAHNIAH dan Mudah2an Allah melindungi orang tidak BersaLah.

3)TDM semakin sembuh .Mereka kata dia pun jahat, apa2 je lah macam la kita ni baik sangat. Cuba bagi kuasa terutama jadi PM entah2 berkali2 ganda JAHATnya. Yang penting OTAK yang GeLIGA dan semangat JUANG yang ada pada seseorang pemerintah.Kalau jahat tak kemana ,satu dua tahun akan JATUH juga kecuali kalau di amalkan pepatah kita kena kejam untuk jadikan orang itu baik.

Akhir sekali saya memang bingung dengan telatah ORANG POLITIK ,satu hari mereka bermusuh dan pada hari yang lain mereka boleh duduk semeja atau sebangku atau mungkin sekatil.

Friday, October 19, 2007

HARI RAYA celebration




Raya datang lagi dan perkara2 yang sama berlaku seperti raya2 terdahulu contohnya pada malam raya:

PERKARA2 WAJIB KeNA BuaT:-

-Dengar pengumuman penyimpan mohor2 besar mengenai tarikh hari raya sebenar.Kalau dulu keadaan begini meninggalkan rasa gundah gelana kepada ibu2 yang ingin membalut ketupat kerana terpaksa mengharap pada peneropong2 anak bulan Syawal yang tak pernah berjaya melihat anak bulan Syawal kerana cuaca yang tak menentu di Malaysia.Pada suatu ketika dahulu mALAYSIA selalu gempar kerana berbeza pendapat dan waktu raya di dalam negerinya sendiri.

-Buka daun palas untuk bungkus ketupat dan keluarkan daging segar untuk memasak rendang. Yang ini no masaalah sebab dah expert.

-Siapkan duit raya dalam envelop dan asing kan mengikut jumlah wang takut terberi salah orang.Sekali tu saya dapat duit angpow dari kakak ipar yang sepatutnya di beri pada bapak mertua. Ofcourse le saya tanya dia sebab jumlah wang dalam angpow tu tak munasabah untuk saya, rupa2nya memang sah dia tersilap bagi >>> Untuk lebih selamat sila guna envelop besar untuk duit kertas bersaiz lebih besar atau banyak dan kecil kepada wang kecil.Kemudian cek semula takut ada sampul kosong nanti ada pula orang yang PUTIH MATA.

-Pastikan semua baju Melayu anak2 dan suami siap dengan kutang baju dan padanan kain samping beserta songkok atau kopiah.Oleh kerana tiap2 tahun anda penyimpan songkok, samping dan kutang baju mereka jadi andalah akan menjadi mangsa jika barang2 itu tidak ada di depan mata mereka.

-Pastikan bekas kuih seperti balang, piring ,gelas, cawan ,jag, teko, dispenser dan apa2 yang berkenaan sudah di bersihkan dan tersedia di tempat yang mudah di ambil.

-Jika anda jenis yang suka menghias seperti meletakkan jambangan bunga atau buah2an sebagai hiasan supaya nampak menarik .Siapkan pasu atau mangkuk yang bersesuaian di tempat yang bersesuain.Buah2an yang hendak di letakkan di dalam bekas perlulah di basuh terlebih dahulu untuk mengelakkan tetamu anda memakannya tanpa dibasuh.Kebanyakan tetamu malas hendak menyusahkan diri mencari sinki air walaupun mereka tahu buah itu belum di basuh kerana ada pelekat atas buah2 tu.Satu lagi sediakan pisau buah yang bersesuaian.

-Sapu,mop dan lap habuk di tempat2 tetamu duduk .Bila anda bangun esok anda dapat buat sunat2 yang lain dengan tenang.

PERKARA2 YANG TAK WAJIB TAPI MASIH DI BUAT PADA MALAM RAYA:
-Buka lampu lip-lap ,untuk menambah keceriaan.Kadang2 sampai ke pagi dan menjadi satu pembaziran.

-Bakar bunga api dan mercun.Yang ini saya tak masuk campur le tetapi anak2 jiran saya masih membakar mercun.Sepatutnya kan malam tu kita kena banyak beribadat kerana masih di malam lailatulkadar sehinggalah terdengar takbir raya.Dalam keadaan mercun yang telah di haramkan oleh kerajaan masih lagi ada orang yang berani letupkan nya di sana sini.



PAGI RAYA:

-Bangun pagi macam biasa berebut bilik air.Siapa yang ada kes emergency memanglah suffer sedikit menahan diri ketika menunggu giliran orang dalam tu keluar.Kalau tak sabar kena ketuk pintu bilik air banyak2 kali dan kuat2 baru orang dalam tu tak boleh berangan panjang2.

-Sediakan minuman pagi bersama ketupat dan rendang.Kerana kebanyakan hidangan pagi raya manis2 ,berlemak dan pedas. Kenalah bancuh teh tu cair2 sikit dan kurang manis.

-Kunci semua pintu dan tingkap apabila penghuni rumah ke masjid untuk sembahyang sunat raya .
-Pulang dari masjid, waktu mohon maaf dari suami begitu juga ahli2 keluarga yang lain.Yang bergaduh dan masam2 muka tu selepas beraya ni jangan mula mengumpul balik dosa2 tu.

-Sesudah bermaaf2an ,ahli keluarga terutama yang laki2 akan ke kubur.Waktu inilah talipon asyik berdering nak bagi tau akan kedatangan mereka ahli2 keluarga yang terdekat.





Lepas ziarah kubur maka bermulalah kunjungan rumah ke rumah dan kemeriahan yang tak terhingga.
NAk UPLOAD gambar pun SUSAH>>>>>>>server DOWN giLA!



Some Pictures Taken by My Daughter












Little Kitty at home.

Tuesday, October 09, 2007

About me which may be partly true

From my IQ tests they calculate and give marks to determine my intellectual type which i found may be partly true.

My Intellectual type ;
You have a strong ability to process visual-spatial and mathematical information. These skills combined with your strengths in logic are what make you a Visual Mathematician.

You're able to understand patterns visually and in numbers. That means your mind can create a mental picture for any problem. In addition to that skill, you possess an intelligence that allows you to apply math to that picture, too. That helps you manipulate multiple parts of the picture (or problem) to come up with a solution.
You have many skills that are critical to success and problem-solving. Your talents help you understand the "big picture," which is partly why people may turn to you for direction — especially in the workplace. You flourish in environments where tasks are clearly defined, and you are a whiz at improving processes and making things more efficient. Your ability to detect patterns and your skills in math and logic, make it natural for you to come up with ideas and theories that simplify processes for everyone.

Outside of work, Visual Mathematicians tend to do well at strategic activities like chess. It must be that ability to recognize patterns — both as they are and how they develop. Regardless of how you put your mind to use, you've got a great set of talents. You will be able to envision a clear path and calculate the risks, and more importantly, the rewards, of anything you take on.

Great Jobs For You
Because of the way you process information, these are just some of the many careers in which you could excel:

* Physicists
* Chess player
* City planner
* Astronomer
* Physicists
* Mathematician
* Researcher


Some of Your Greatest Talents
You've got tons of strengths. It wouldn't surprise us if you:

* Can give practical application to abstract thought
* Can predict patterns
* Are resourceful & practical
* Envision the "big picture"


No wonder i prefer maths than languages. I love maths especially with diagrams and equations.

Sometimes i thought i was a dyslexic. I hardly focus when reading on long sentences unless the sentences are interesting to visualize . Thats why i had read a few books or novel only and my vocabs are damn lousy.I think i should improve my writing and reading skills and bloging does help me a lot.

My Simple IQ TEST



http://web.tickle.com/tests/uiq/paidresult.jsp?test=uiqogt


or file:///C:/Documents%20and%20Settings/Asagi/Desktop/paidresult.jsp.htm

SAKIT LAMA dan SALAM AIDIL FITRI


Dari petang semalam tekak dah rasa gatal dan kering.Bila ludah ada seketul kahak kuning pekat.Memang sejak dulu lagi kahak yang seketul ni masih tak mahu hilang.Ini bermakna saya belum 100% sembuh namun untuk pulih seperti sekarang pun saya tak pernah bermimpi.

Waktu berbuka puasa memang macam2 yang saya makan dan minum.Hari ini suami(yang memang teror memasak) masak kari daging sedap di samping rendang Udang Putih yang dan 3 hari perangat sebab banyak sangat (pun suami yang masak sedap2) .Saya cuma rebus 2 biji telur asin je...tu pun suami tak jamah sebab dia jenis suka tabur garam tepi pinggan.

Minuman pula saya saji air coco cola yang masih ada 1/3 botol dan air kotak oren dan mangga. Selain tu saya juga makan buah longan tin yang dah sejuk (makan dengan banyaknya).

Lepas solat Isya dan Tarawikh saya terus sambung dalam dunia tanpa sempadan ni,saya pakai PC suami pakai Laptop.Suami masuk dunia dia saya masuk dunia saya dan bila dah mengantuk baru masuk tidur sama2.

Waktu nak tidur ni lah saya terbatuk dan saya tahu ia bukan sebarangan batuk tetapi batuk darah.Hmmm...dah hampir 3 tahun tak batuk darah hari ini batuk semula.Semalam saya tak cerita pada suami takut tergendala mimpinya jadi pagi tadi baru saya bagi tahu.Dan seperti biasa kena tegur sebab tak tahu control makan.

Saya sebenarnya kena banyak berpantang seperti tak boleh makan benda yang di anggap 'tajam' bukan bermakna tajam macam pisau tetapi yang berasid tinggi seperti nenas, limau ,cuka ,buah kuinin and so on i guess.

Tapi nafsu nafsi saya ni tak boleh di jinakkan oleh akal yang mengatakan benda2 tu tak baik untuk saya. Cheh!buruknya perangai.

Saya akan makan banyak bila saya rungsing tanpa sebab.Saya juga akan makan banyak bila saya bengong tak boleh berfikir. Saya juga suka makan bila saya happy banyak duit. Saya juga suka setuju untuk makan bila orang ajak makan. Saya akan makan makanan yang ternampak depan mata dan apa2 saja yang boleh makan. Waktu saya kurang makan ialah ketika saya sedih dan susah hati dan keadaan sekarang sangat lah senang hati.

Jadi semalam waktu sahur saya rasa tak mahu bangun dan makan tetapi kerana kasihan kat suami yang jenis tak tahan lapar kalau tak bersahur, saya pun bangun juga.Kalau dulu tiap kali saya batuk berdarah saya akan ke klinik ambil anti biotik tetapi sekarang tidak lagi saya lebih banyak berhati2 dengan apa yang saya makan kerana takut luka dalam paru2 saya merebak.

Kesan dari pengambilan anti biotik yang banyak membuatkan daya ingatan saya lemah dan tulang2 saya sakit dari dahulu lagi tetapi kerana faktor usia sakitnya kian kuat.

Tadi lepas subuh dapat SMS dari anak saya,Azlan Shah dari UPM Serdang ,dia dah mula bertolak.Bersama dengannya ialah abngnya,Ahmad Shah,anak sulung saya,sepupunya, Hilman Hakim iaitu anak kakak ipar dan kolej matenya Megat yang tinggal di Taiping.

Mereka akan ke Shah Alam dulu berjumpa dengan Kak Lily ,kakak kepada Hakim untuk bersaing pulang ke Taiping.Mudah2an perjalanan mereka selamat.Manakala saya dan suami bersama dua orang anak yang berada di Tingkatan Dua iaitu Abdul Khaliq atau 'Adik' dan Muhd Qayum dlm Ting Lima akan bertolak esok dan akan singgah di MMU Ayer Kroh untuk mengambil anak perempuan saya Farrah Nur Diana.

Belum pasti lagi keadaan jalan raya pada hari ini dan esok. Semalam bila tenguk berita dalam Ops Sikap jumlah orang yang meninggal dunia dalam musim perayaan ini sudah meningkat 20 orang.Nauzubillahiminazzallik.

Akhir kata , SELAMAT MENYAMBUT AIDIL FITRI untuk semua yang beragama ISLAM di dalam negeri baik pun di luar negeri.MOHON MAAF SEIKHLAS2NYA DARI LUBUK HATI SAYA.





Monday, October 08, 2007

MANHAI

Di bawah soroton beberapa kes rogol dan bunuh yang saya ambil dari catetan seseorang...tak kisah lah dari mana tapi apa yang saya nak JERIT kan kat sini ialah ,

"KENAPA KAMI YANG LEMAH TIDAK DI LINDUNGI!?"



FAKTA: Kes culik, rogol dan bunuh

# 18 Mei 1999 - Mayat pelajar berusia 17 tahun, Audrey Melissa Bathinathan berhampiran Sekolah Perempuan Methodist Kuala Lumpur. Mayat mangsa ditemui berhampiran sekolahnya. Bedah siasat mendapati beliau dipukul di kepala, dirogol dan dijerut lehernya.

# 7 Oktober 2000 - Mayat gadis berusia 24 tahun, Noor Suzaily Mukhtar ditemui di Taman Bukit Tinggi, Klang. Mangsa dirogol dan bunuh dalam sebuah bas ekspres dan mayatnya dicampak di sebuah jalan di kawasan pembinaan Taman Bukit Tinggi, Klang.

# 23 Oktober 2000 - Nor Shuhada Borak, 6, ditemui mati dalam tangki air di bumbung bangunan kediaman tiga tingkat jenis townhouse di Selayang dalam keadaan separuh bogel dan lebam pada muka dan tangan.

# 14 Februari 2001 - Gadis berusia 17 tahun, Farrah Deeba Rustam dirogol dan di bunuh di bawah jambatan jalan masuk ke Kampung Tersusun Batu 2, Jalan Lama Bidor-Tapah. Mangsa mati akibat dicekik menggunakan tali lebar seperti tali pinggang keledar.

# 13 Ogos 2001 - Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dirogol sehingga terkeluar usus oleh dua remaja berusia 19 tahun tahun ketika merompak keluarga mangsa di rumahnya di Taman Bukit Maluri, Kepong.

# 8 Oktober 2002 - Pelajar sekolah menengah ditolak dari atas jejantas, ditendang dan dicekik sebelum dirogol di bawah jejantas Jalan Reko, Kajang antara jam 2.35 petang dan 4 petang. Mangsa mengalami patah tulang belakang dan nyaris meninggal dunia. Kaki dan tangan mangsa juga diikat ke belakang dan badannya ditutup dengan plastik hitam, mulut disumbat dengan stokin dan diikat dengan sapu tangan sebelum ditinggalkan

# 6 November 2002 - Kanak-kanak berusia dua tahun, Siti Nurliyana Shamimi Rosdi, diculik, dirogol dan dibunuh, dijumpai dalam keadaan bogel di tebing Sungai Kedah, kira-kira 500 meter dari rumahnya di Kampung Seberang Terus. Bedah siasat mendapati ada kesan koyak pada kemaluan mangsa, selain

lebih 40 kesan luka pada badan dan perdarahan dalam otak mangsa, dipercayai akibat dipukul dengan benda keras.

# 5 Disember 2003 - Pembunuhan wanita berusia 22 tahun,Noritta Samsudin di Kondominium Puncak PrimaGalleria, Sri Hartamas, Kuala Lumpur menimbulkan kontroversi kerana didakwa dirogol sebelum dibunuh.

# 13 Jun 2003 - Canny Ong lay Kian dilarikan dari Bangsar Shopping Center. Mayat mangsa ditemui separuh rentung di dalam sebuah longkang tepi jalan, di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

# 8 Januari 2004 - Kanak-kanak berusia 10 tahun, Hasirawati Saridi ditemui mati dipercayai dibunuh dan dirogol ketika dalam perjalanan ke sekolah di Kampung Ratau, Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah, 8 Januari lalu.

# 17 Januari 2004- Kanak-kanak berusia 10 tahun, Nurul Huda Abdul Ghani dirogol, diliwat sebelum dibunuh di stesen pencawang TNB Kampung Pekajang, Gelang Patah, Johor.

# 23 November 2004 - Pembunuhan Mazny Abdullah di Junjung, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

# 17 September 2007 - Mayat kanak-kanak ditemui dalam beg di Petaling Jaya sebelum disahkan Nurin Jazlin Jazimin yang dilaporkan hilang pada 20 Ogos 2007 selepas keluar dari rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju untuk ke pasar malam. Bedah siasat menunjukkan kanak-kanak berusia lapan tahun itu mengalami penderaan seksual yang menjadi punca kematiannya.

Ok, selepas kes Nurin masih ada lagi kes jenayah seksual atas kanak2 dan nampaknya seperti ianya tidak akan berhenti.

Dan terpancul pula dalam kepala otak saya ni yang MALAYSIA ni dah banyak melahirkan manusia HAIWAN atau boleh saya panggil 'MANHAI' macam penyakit hawar binatang je.Idea diceduk dari kebiasaan orang Indonesia (tanda hurmat) yang suka mencantum dua suku kata....contoh :KALBAR>>>Kalimantan Barat ,KALTIM >>>>Kalimantan Timur.Dan orang Malaysia sekali lagi suka ikut-ikutan macam Glokal( TPM)>>>globaldanlokal atau glojohkalbu macam kes Al tantuya, Carma>>>cari makan kata sasterawan tersohor ,kemudian suami tambah Cuma>>>curi makan, ok sambung, sambung lagi.Tak menyambung pulak.

INDON RASA SAYANG Versus MALAS IA/ MALAYSIAL

MAaf ye tuan2 dan puan2 saya pengagum orang Indon, tau tak? Ya, jangan marah2 saya ok ,saya tak mahu jadi hipokerit.Suami saya lagi le die hard fan. Senang bilang suara Broery dan suara suami sudah lama bersatu kayak lagu P RAMLI 'irama dan lagu tak boleh di pisahkan'.

Ape le orang Indon ni lagu' Sayang2 he!' pun nak melenting tak tentu pasal.Dan Malaysia ni pun satu hal juga.Kan lagu Arwah P Ramli banyak yang best macam lagu sua sue kemuning ,bujang lapok ke, maaf kan kamike lagu tolong kami bantu kami ke ntah apa2 lagi yang best2 belaka .Bawa le lagu tu dan ubah senikatanya.Asyik2 nak pakai lagu orang luar.Hari tu dah lah ade orang Indong mungkin cemburu kot dok perli2 pasal angkasawang kita.

Kadang2 saya juga benci dengan perangai orang2 Indon especially minah Indon yang gedik2 tu tapi apa boleh buat bila di fikirkan kembali minah Melayu pun banyak yang gedik tapi tak over sangat macam Minah Indon jadi kenapa nak benci kan.

Mungkin saya pompuan ada rase cemburu atau ghisau2 atau ngilu2 gitu dengan Minah Indon ni tapi bukan benci ok.

Fulamak ,pernah bandingkan suara Minah Indon dengan Minah Melayu tak ? Cara dia orang bercakap.... terhele2 lembutnya. Punuh expression dan impression .Jika mereka marah kota Melaka pun boleh roboh, bila merayu pula ais kat kutub utara boleh cair dan kalau sekadar berbual, panjang tembok Cina ,panjang lagi teks mereka.Itulah kelebihan bangsa Indonesia.

Kalau dulu saya pernah baca surat seorang petani Indonesia menulis satu kajang siap dengan mukadimah yang indah seperti memohon agar Tuhan merahmati tuannya.Agar tuannya sihat dan lain2.Kemudian bersambumg menceritakan perihal dirinya dan kemaslahatannya .Dan akhir sekali baru kita tahu dia mahu ketuanya membelikan satu but untuk memudahkan dia bekerja.

Dan kalau dalam koran (surat khabar) mereka pun begitu juga isi yang mahu di sampaikan pendek tetapi tulisannya berjela2. Kalau ada kes rogol ,siap terperinci bagaimana kainnya di selak dan jejaka buat apa pun akan di tulis. Saya ketawa kerana terbayangkan reporter boleh ada di depan orang yang kena rogol ,begitulah hebatnya daya imiginasi tukang tulis atupun mungkin di ceduk bulat2 cerita mangsa.

Indonesia memang teguh bersatu di bawah satu bangsa. Apa yang saya kagumkan ialah bangsa Cina di sana walau pun pernah di tindas tetapi tetap menyokong pemerintah.Jadi di sini saya boleh katakan bahawa pemerintah Indonesia sudah berjaya menyatukan mereka di bawah satu bahasa iaitu Bahasa Indonesia yang ala2 Bahasa Malaysia tu.

Kalau orang Indon megah dengan Bahasa mereka (kononnya kita bukan serumpun)kenapa tidak guna pakai bahasa lain selain bahasa yang sama seperti bahasa Malaysia.Orang Cina punya tulisan ,bahasa dan huruf mereka sendiri,begitu juga orang India punya tulisan ,bahasa dan huruf mereka sendiri. Jadi DIMANAKAH TULISAN DAN HURUF ORANG INDONESIA ? Sebenarnya soalan ini untuk orang Malayu MALAYSIA jugak ,tau tak.

Last sekali saya nak bagi tahu orang Indonesia tak payah lah nak marah2 sebab lagu Rasa Sayang tu.... saya nampak sama saja bila cubit paha kiri kanan terasa .Orang Indonesia yang kawin dengan orang Malaysia di Malaysia dah tak mahu pulang ke Indonesia begitu juga orang Malaysia yang berkahwin di sana sudah tidak mahu pulang ke Malaysia... KITA SAMA SAJE, OK! Macam dalam lagu apa tu BENCI TAPI RINDU. MAraah2 SAYANggggggggg!

Dan jangan lupa untuk nantikan perlawanan bola MY Team dengan juak2 Indonesia di SBJ selepas raya nanti. Tiket murah aje RM 10.Kalau anda bernasib baik dapat tonton reaksi2 ghairah penyokong kedua2 negara.Jumpa anda di SANA!








Sunday, October 07, 2007

Bila Salesman Bercakap

Semalam niat nak hantar Naza pergi check brake tetapi dah petang sangat jadi terpaksa tunda hari Isnin. Masa nak balik nampak kedai NAZA tulis 250 monthly instalment dan nampak deretan kereta Sutra dan Bistari yang mengancam . Sebab memang tengah fikir nak cari kereta cc kecil untuk buat kereta kedua, kami pun beluk ke situ.

Best nya showroom tu , ada agak2 10 minit kami masuk , satu salesman pun tak nampak. Ada satu Sutra 1.1 cc tu yang di pakai untuk demo sudah setahun lebih ,di jual pada harga27,ooo.Baru guna 6 000 km.Manual.Bila kami cuba drive boleh lah tahan cuma suami selalu tersasul kerana tak tekan clutch setiap kali nak tukar gear.

Bila suami sembang pasal business , dia perbetulkan statement suami bukan TELUK aaar,business SANGAT TELUK.Tenguk sekalang tinggal 5 hari mau laya pun pasalaya Kluang olang banyak kulang.

Manakala bab polis pula ceritanya dia kena lagi lucu..."Mana ada saya bawa laju, tadi saya pegi JB saya sudah nampak kamu(polis) buat load block jadi saya balik bawa 70 km saja mana ada laju."

"Apa no plate kamu ?" sambil tenguk plate no kemudian terus lepas ." Ok, ok , salah no."

Lagi satu incident bila dia kena tahan sebab bawa laju ,polis boleh tanya dia" macamana kamu mau settle?"
Betul2 cakap aar saya mau tanya polis "encik , macamana mau settle ?"

Untuk informasi kami pula 1km untuk 1.1 cc kereta pakai minyak 15 sen/km manakala Naza kami 50 sen se km.Patutlah saya rasa Naza ni kuat telan minyak. Isi penuh 130 RM boleh pakai seminggu itu pun kalau tak ke JB atau ke Batu Pahat. Dari Niyor ke pekan KLuang yang paling hampir pun 10 km.Maksudnya kalau saya kemarket hari2 pakai Naza saya kena bayar 10 RM minyak/day so bayangkan lah bila kami keluar 2 atau 3 kali sehari. OH sebab itulah kami desperate nak cari kancil atau Viva atau kelisa ke janji cc kecil.

Kemudian ada satu lagi dilema, beli satu dah di bawa pergi kemudian ada lagi yang berbunyi suruh abah beli dulu nanti dapat kerja kami smbung bayar guarantee.Sekarang baru tahun 2007 ada tiga tahun lagi , Mana ACI!

Saturday, October 06, 2007

SedeKah

Alhamdulillah dari dulu hingga sekarang saya jadikan bersedekah itu sebagai suatu amalan.
Kadang2 saya tak sedar pun setiap kali saya bersedekah pada orang ,ada pula rezki datang sebagai tambahan duit saya yang kurang tadi .

Dulu waktu kecil orang tua saya suka bersedekah pisang kepada kanak2 setiap hari Jumaat.Amalan ini saya tak pernah buat mungkin keadaan saya yang duduk terpencil dari orang. Yang hairannya saya pernah dengar ceramah Ustz Ismail Kamus bila dia menyindir orang kampung asyik2 sedekah pisang.Waktu itu makanan memang susah dapat apa, pernah tak dengar zaman era komunis asyik2 rebus ubi kayu untuk di jadikan makanan , mana ada piza, KFC atau Mc Dee ke.Sedekah pisang pun kalau ikhlas apa salahnya.

Cakap pasal pisang ni tiba2 je baru ni pekerja suami bagi dua tandan pisang emas dari kebunnya.Satu tandan dah masak, bayangkan dalam bulan puasa mana saya nak termakan walaupun pisang emas memang kesukaan saya.Jadi saya terpaksa masukkan ke dalam beg plastik dan beria2 nak bagi orang.Pada mulanya nak bagi pada anak2 Che'Mat tetapi suami tak berapa setuju. Jadi pisang yang masak tu terpaksa berada dalam rumah saya lagi. Esok tu pula saya ke asrama anak dan saya pun bawa lah bungkusan pisang itu lagi, bila nak bagi kat anak katanya pisang yang saya bawa dulupun kawan2nya tak makan. Mana taknya kebanyakan keluarga budak2 di sini punya kebun buah. Jadi sekali lagi saya terpaksa angkut balik ke rumah.

Bila saya bandingkan zaman saya kecil2 dulu dengan zaman kanak2 sekarang memang jauh berbeza.Budak2 dulu berebut2 kalau di beri makanan.Seperti kelaparan.Saya rasa susah nya mahu sedekah pisang.Waktu2 begini saya akan teringat kumpulan2 kera yang selalu melintas jalan apabila kami mahu ke Kluang. Kalau saya dapat bagi pada kera2 tu pun lebih bagus dari pisang2 tu jadi busuk.

Akhirnya saya dapat juga bagikan pisang walaupun sudah ranum dan sedap kalau di buat cucur kodok itu kepada pekerja suami.Tamatlah rasa sedih saya melihat barang2 makanan yang terpaksa di campak ke dalam tong sampah setiap kali jadi busuk dan tak boleh di makan.

Goodbye PUTIH!


Tolong jangan sedey2 ye Pushie .....



Zzzzzzzz

Kring!kring!

Hello,hello....Eh! CT ,pa khabar?

Baik.Kak Ani bila nak datang Kuching lagi?

Insyaallah mungkin dalam masa yang terdekat ni.Tengah buat apa?

Tengah bakar tat nenas resepi Kak Ani tu,langsung teringat Kak Ani.....mula2 pakai blender ,adunan jadi lembut sangat susah nak terap.Kemudian buat semula cara Kak Ani tu baru ok.

Hah. Ok,ok,ok,ok....waalaikumsalam,bye.

Tenguk jam baru pukul 8.30 pagi. Garu2 kepala, gosok2 mata bangun kemudian terbau sesuatu.

CILAKA punya kucing!

Kali ini memang aku tak boleh ampun lagi dosa kau. Ingatkan kau boleh berubah rupa2nya tidak.Betul2lah kau ni jenis yang suka berak atas simen !

Mariapan ! mana itu kucing putih? Jenuh cari macam ada sixth sense pula kucing ni.

Panjat tangga cari tingkat atas pun takde, di dapur pun tak de ,dalam bilik tidur pun tak de. Rupa2nya menyorok dalam garage ye.

Dapat je Si Putih terus sumbat dalam Naza kemudian start enjin terus jalan.

Sampai je kat restoran tempat dia dipungut dulu,terus je aku berhentikan kereta dan lepaskan dia turun. Aku cuba juga panggil nama dia ,nak say good bye ke ta ta ke tapi haram dia nak pandang muka aku.Then i know dia ni jenis tak bersyukur ngan tuan dia gaknya so i pun belah dari situ.

Ini percubaan kali yang ke empat ke kelima aku nak hantar dia balik ke sini (tetapi gagal kerana kesian)dan akhirnya berjaya juga aku....leganya !From now on surely no more tahi kuching in my room nor in my house.


TA TA PUTIH , SEE U AT THE RESTAURANT .


Friday, October 05, 2007

ForMula Islam in to be a BettEr PErson

To be a manusia one must have a sum of nafsu and a sum of akal.

To be an animal one must have little akal but a lot of nafsu.

To be a good manusia ones akal must control ones nafsu.

But to be a better manusia, ones akal with the help of IMAN not only can control nafsu but knows where to use ,when to use and why to use nafsu .

Di Malaysia ni banyak orang yang pandai2 ,otak bergeliga tapi bila masuk bab duit dan bab perempuan ,otak terus tak berfungsi.

Dan ada juga manusia langsung tak pakai otak malahan pakai nafsu je...tu sebab perangai jahat dari BINATANG >>>KHUSUS UNTUK PEROGOL GILA!!

Wednesday, October 03, 2007

SIAP SEDIA - BAWA LESEN MEMANDU dan IC anda!

Suami balik rumah lantas menceritakan al kisah ada kereta polis mengejar Nazanya yang penuh dengan muatan uniform pekerja.

Bila suami tak berhenti , kereta polis tu terpaksa pasang lampu biru dan start overtaking kereta suami lalu menahannya.

Mahu atau tidak terpaksa lah berhenti.

Bila salah seorang budak polis tu panggil 'Hey' dengan suami, suami pun jawablah "Apa hey ,hey ni?Ingat saya binatang ke tak de nama.Macam ni awak belajar dari Jabatan Polis."

"Maafkan dia encik, dia budak baru ."Sorang lagi yang loghat ale2 kelantan bagi tahu merujukkan pada budak yang pakai name tag David.

"Tadi Encik langgar lampu merah."

"Mana ada ,saya nampak kereta awak(kereta polis) duduk belakang dua buah kereta dari saya.Waktu saya pandu masih hijau,kemudian mestilah kuning ....Awak boleh buktikan yang saya langgar lampu merah?Cara awak tahan saya tu salah tau tak? Macam orang kejar penjenayah.Kalau awak buat road block mungkin saya berhenti , ini macam nak escort orang saja...mana saya tau awak kejar saya."

Yang best partnya bila suami cerita dengan ketua keraninya dia pun pernah kena tahan. Bila dia tanya polis tu ,"Mana ada double line sini encik..." polis tu terus ubah topik tanya kerja di mana?

NOTE:

Dalam dua hari kebelakangan ni banyak sangat kereta polis yang tersadai di tempat2 yang tak perlu bersadai. Contohnya di jalan2 kecil yang hendak ke ladang2 dan kampung2. Biasanya jalan2 ini kita tidak pernah sangka mereka akan berada sebabnya laluan ini tak pernah ada trafik jam. Cara untuk menyaman orang memang mudah tahan dan minta lihat IC dan lesen memandu sekiranya anda TERTINGGAL maka anda akan di SAMAN!

Burma dan Saya

Saya tak pandai nak komen pasal politik tapi saya nak cakap juga apa yang tersirat dalam hati saya.

Bila lihat mayat2 Sami bergelempangan mati di bunuh oleh bala tentera Myanmar, hati tersentuh.
Tersentuh dengan keberanian mereka menghadapi risiko di bunuh atau sekurang2nya di cederakan demi satu perjuangan yang mereka yakini.

Maka saya pun terfikir jika berlaku di tanah tumpah darah saya sendiri adakah orang alim2 kita berani keluar beramai2 sebegitu....jangan tanya saya yang memang jenis penikus dan lahir dalam zodiak TIKUS ni...namun sekiranya ada barisan2 yang cekal berhati waja sambil memberi kata2 semangat , saya akan turut malahan saya yakin orang lain yang seperti saya juga akan turut.

MACAM2

Attempts to flush the SIM card out of her system have been unsuccessful while efforts to question the suspect have also been hampered by her play-acting and “fainting spells”. [New Straits Times]

Its regarding a suspected woman on the case of Nurin Jazlin which swallowed a SIM card. I wonder why they want to flush it out, can't they wait patiently until the thing comes out by itself.
Besides the woman cannot say 'no' when nature calls.

I once heard that to make a charm or a spell one has to swallow something hard like a bean or so then make it passes through the intestine .Once it comes out, you can grind it to smaller particle and mix with the food and let the person you want to put the spell eats.Walla! the next day you will feel head over heels in love with her.Sooorry the other way round! I wish i can experimenting it to know the truth and who wants to VOLUNTEER , anybody?Ssshhhh ......and they say it works for animals too.

Bongkar Kristien - How FAR is it true?

From Malaysia Today posted by RPK:

I have no problems with my enemies. I can normally handle them myself even when they resort to using the police to get me. It’s my friends whom I have to beware of.

Anyway, before I jump into the topic of the day, allow me to digress a bit, like I am most fond of doing. I would like to refer to today’s The Star report called UM students plan inter-faith event with Indonesia. And this is what The Star said:

Taking a leaf out of an inter-faith sahur event in Jakarta, Universiti Malaya is organising a get-together here on Wednesday, where non-Muslims will join in the pre-dawn meal for Muslims intending to fast. The event will be linked to the Indonesian one, held at Jakarta’s Grand Cathedral, via tele-conferencing. The Malaysian side will hold the event at the Ungku Abdul Aziz Residential College in the UM here.

The local organisers of the sahur serumpun (indicating people with similar regional roots) expect about 1,000 people, mostly from the campus community and invited guests, to attend the function, held from 2am to 6am. In Indonesia, where holding a sahur in a cathedral during Ramadan had been done before, the event is being organised by a group known as the Positive Movement.

Movement member Inayah Wulandari, 23, the youngest daughter of former president Abdurrahman Wahid, had invited Malaysian youths two weeks ago to hold the event on the same day and to link the two sessions via tele-conferencing. She had contacted student leader Mohammed Nasser Yusof, a final year law student and general manager of the UM Students Business Centre here, who agreed it was a good idea.

Inayah’s story was carried on Sept 18 in mStar, the Malay news portal of The Star, and has since been discussed at public platforms, with dissenting Muslims voicing their concern about the religious significance of the sahur being eroded. Inayah said holding the sahur in a church was nothing new in Indonesia, stating that her Positive Movement had done it for two years. She said the Christians would prepare the food for sahur and the Muslims would join in the meal together with them at the cathedral.

“Inayah is my friend. We met as youth leaders in August, while attending a summer camp,” said Mohammed Nasser. “I agree with Inayah’s intention to promote harmony, mutual understanding and youth relations between the two countries. However, she has her way of doing things, while we (Muslims in Malaysia) have ours.”

“We do not promote the liberalism and pluralism as subscribed by Inayah. Ours is the Islamic way,” he said. While acknowledging the criticisms, he said he would not be cowed into disengaging himself from Inayah. “This can even be an annual event,” said Mohammed Nasser.


Yes, this inter-faith sahur being organised by UM is definitely going to attract much controversy. Many feel this would tantamount to promoting “liberalism and pluralism” (quote-unquote) and that Muslims and non-Muslims should not be holding joint-sahur as “the religious significance of the sahur will be eroded” (quote-unquote). It is okay if they hold joint-buka (break fast) though. And the fact that sahur is optional while buka is compulsory seems to escape them. That’s right, you can see many Muslims joining non-Muslims during the break fast and the non-Muslims even pay the bill on top of that (especially when the Muslims are government officers and the non-Muslims are Chinese contractors). No one will scream that this is promoting “liberalism and pluralism” or that “the religious significance of the buka will be eroded” or that Chinese contractors paying for the buka of government officers is actually bribery.

Funny people these Muslims, don’t you think so?

Recently, Marina Mahathir organised inter-faith prayers for Tun soon after he went under the knife. As expected, I received a few phone calls from extremely upset people who did not approve of inter-faith events such as these and I told Marina about it. Tun’s well-wishers of the other (non-Islam) faiths had wanted to offer their prayers for Tun’s well-being. Marina could of course have given them the ‘normal’ Malay response: your religion is a fake and not the true religion like Islam so keep your prayers to yourself, we do not need them. But she did not. In fact, most of those upset about this ‘joint-prayer’ session had exactly that in mind: how could Marina agree to ‘merge’ Muslim prayers with that of non-Muslims when we believe in different Gods?

Nevertheless, being the true diplomat that Marina is, instead of shooting down their religions and sending them off with insults in tow, she cordially organised an inter-faith prayer session so that those subscribing to the other faiths could offer their prayers in whichever manner they felt was their way of reaching God. It was not a joint-prayer session in the manner that all prayed together. Each faith held separate prayer sessions, one after another, so it was not a ‘merger’ of faiths as such.

Tuesday, October 02, 2007

Selamat kah akidah kita?

Semalam sesudah saya melihat You Tube tajuk Bongkar Kristien, banyak persoalan dalam kepala saya terjawab.....kenapa Palestine , Iraq , Afghanistan tidak henti2 di serang oleh orang2 kafir.Selain motif politik yang saya cuba pahami ada lain yang bermain di kepala saya iaitu kenapa Islam di timpa azab yang kuat di sana.

Apakah mereka menzalimi diri mereka sendiri maka azab itu turun. Kalau begitu dari segi apa?Mungkin juga Allah turunkan UJIAN yang BESAR kerana mereka berpegang teguh pada Islam agama yang haq dan mati mereka tidak sia2.

Manakala kita di Malaysia di gula2kan dengan negara masih harmoni tidak ada peperangan makanya kita juga harus bersyukur....Mana lagi bagus mati di dalam iman atau mati kekufuran? Negara2 di atas adalah contoh2 negara Islam yang menolak Budaya Barat secara total. Sekarang Amerika sedang merangka untuk menyerang Iran pula. Kenapa? Apakah Iran akan senasib dengan Iraq?

Kalau ikut kan pendapat bodoh saya sudah tentu mahu Iran hentikan program Nuklear nya agar tidak diserang oleh Amerika dan turut saja kemauan mereka lalu jadi lah sperti Malaysia, aman , harmoni dan takut mati berperang.Bukan itu saja lagi dasyat banyak yang akan mati kekufuran apabila agenda orang2 kristien dapat menyelinap masuk ke dalam kehidupan orang2 Melayu Islam di Malaysia sama yang berlaku di Indonesia.

Apa visi, misi dan strategi para ahli agama kita di Malaysia untuk melawan visi,misi dan strategi orang kristien? Sungguh lah firman ALLAH SWT kafir itu musuh kamu yang nyata.

Saya ingin menyatakan dengan rendah hati bahawa wadah2 yang di sampaikan oleh ahli2 agama kita di dalam surat2 khabar sudah tidak terberkas dalam jiwa saya. Mengenai dosa pahala mengumpat ,mencuri dan berbohong yang di ulang2 . Soal taqwa soal tauhid dan lain2 yang sepatutnya sudah di ajar di sekolah rendah dan menengah. Sekarang soal visi ,misi dan strategi ntuk menepis ,menapis dan merawat hati yang sudah di racuni oleh agenda2 kristien dan yahudi.

Walau kita tidak di serang dengan senjata tetapi kita lebih parah .Maka saya berani katakan di Malaysia bukan sahaja seorang Lina Joy telah lahir tetapi beribu2!

Apa tugas pemerintah kita didalam hal ini ...ada tak peruntukan untuk menangkap orang yang cuba menyebarkan agenda Kristien pada penganut Islam di negara kita sendiri. Jika ada tegakkan CEPAT sebelum TERLAMBAT! Dari segi AGAMA ada kah berdosa jika penyebar2 dakyah ini di bunuh? Apakah ini boleh menjadi cabang2 JIHAD untuk penganut Islam di Malaysia?

Atau seperti biasa kita rakyat Malaysia mestilah bersabar dan bersyukur kerana negara kita masih aman ,tiada kacau bilau dan boleh cari makan. Sama seperti agenda orang kafir pemerintah melayarkan bermacam2 bentuk hiburan agar anak2 muda leka dan tidak masuk campur hal2 agama dan politik negara. SAMPAI BILA ?

Satu hari nanti saya tidak terkejut dengan ungkapan Islam dan Kristien itu sama ,begitu juga Hindu dan Budha...menyembah Tuhan yang sama......maka larilah akidah. Sekarang sudah ada Kongsiraya , Deparaya.....Pilih Raya dan Pilih Agama.