Pages

Sunday, October 07, 2007

Bila Salesman Bercakap

Semalam niat nak hantar Naza pergi check brake tetapi dah petang sangat jadi terpaksa tunda hari Isnin. Masa nak balik nampak kedai NAZA tulis 250 monthly instalment dan nampak deretan kereta Sutra dan Bistari yang mengancam . Sebab memang tengah fikir nak cari kereta cc kecil untuk buat kereta kedua, kami pun beluk ke situ.

Best nya showroom tu , ada agak2 10 minit kami masuk , satu salesman pun tak nampak. Ada satu Sutra 1.1 cc tu yang di pakai untuk demo sudah setahun lebih ,di jual pada harga27,ooo.Baru guna 6 000 km.Manual.Bila kami cuba drive boleh lah tahan cuma suami selalu tersasul kerana tak tekan clutch setiap kali nak tukar gear.

Bila suami sembang pasal business , dia perbetulkan statement suami bukan TELUK aaar,business SANGAT TELUK.Tenguk sekalang tinggal 5 hari mau laya pun pasalaya Kluang olang banyak kulang.

Manakala bab polis pula ceritanya dia kena lagi lucu..."Mana ada saya bawa laju, tadi saya pegi JB saya sudah nampak kamu(polis) buat load block jadi saya balik bawa 70 km saja mana ada laju."

"Apa no plate kamu ?" sambil tenguk plate no kemudian terus lepas ." Ok, ok , salah no."

Lagi satu incident bila dia kena tahan sebab bawa laju ,polis boleh tanya dia" macamana kamu mau settle?"
Betul2 cakap aar saya mau tanya polis "encik , macamana mau settle ?"

Untuk informasi kami pula 1km untuk 1.1 cc kereta pakai minyak 15 sen/km manakala Naza kami 50 sen se km.Patutlah saya rasa Naza ni kuat telan minyak. Isi penuh 130 RM boleh pakai seminggu itu pun kalau tak ke JB atau ke Batu Pahat. Dari Niyor ke pekan KLuang yang paling hampir pun 10 km.Maksudnya kalau saya kemarket hari2 pakai Naza saya kena bayar 10 RM minyak/day so bayangkan lah bila kami keluar 2 atau 3 kali sehari. OH sebab itulah kami desperate nak cari kancil atau Viva atau kelisa ke janji cc kecil.

Kemudian ada satu lagi dilema, beli satu dah di bawa pergi kemudian ada lagi yang berbunyi suruh abah beli dulu nanti dapat kerja kami smbung bayar guarantee.Sekarang baru tahun 2007 ada tiga tahun lagi , Mana ACI!

2 comments:

akak said...

ahahahahaha aci laaaa mamaaaaa. 3 tahun tu mama abah pakai la banyak2 hehehehe

naha said...

Tak Aci ,mana aci ,aci aci.....Tahun depan duit petrol dan tol di jangka naik berkali ganda lagi,sekian harap maklum dan harap2 paham.

Dari mm.