Pages

Tuesday, October 30, 2007

SEDEKAH,DERMA dan HADIAH

Dulu ,ketika saya sedang menunggu roti canai di restoran mamak depan Pudu Raya dengan anak laki2 saya seorang perempuan India yang mungkin tua sedikit dari saya (dari pengamatan uban di kepalanya walaupun ada segelintir orang muda pun dah beruban).Tetapi dari gayanya saya anggap dia tua dan daif.

Datang menghampiri saya yang masih menunggu roti canai yang belum sampai2 sambil membawa sekeping kertas menunjukkan yang dia sedang meminta derma untuk rumah orang tua dan anak yatim. Saya teragak2 kerana satu derma itu untuk kaum India dan kedua saya takut niat baik saya akan menjerumus saya kepada dosa yang tidak di sengajakan. Seperti menderma untuk agama lain selain dari agama saya.

Setelah membaca surat yang di tunjukkan kepada saya dan berkali2 saya tanya bahawa duit ini tidak pergi ke kuil seperti membina atau mengadakan apa2 perayaan untuk upacara sembahyang saya lantas menghulurkan sedikit wang untuk nya tanpa mahu apa2 resit tetapi oleh kerana ia persatuan berdaftar maka dihulurkan juga resitnya.

Itu bukan kali pertama saya menderma pada bangsa asing...pernah juga saya melihat seorang India yang kudung kaki meminta sedekah dekat rail way station dan saya masukkan juga ke dalam kolenya sedikit wang.Saya tak mahu tahu untuk apa duit itu akan di gunakannya.

Saya tidak pernah tanya pada Tuhan apakah saya akan mendapat ganjaran pada pelakuan saya menolong orang bukan Islam. Malahan saya selalu akui kejahilan saya yang kurang ilmu akan Islam yang BENAR ,YanG LURUS untuk MenujU ke PinTu SyuRGA dan Islam Yang laYak MENemui ZAt ALLAH ,PeMilik Segala2Nya Di Dunia MahuPun Di AakhiRat.

Saya adalah pembangkang SenYap setiap kali perbuatan baik di katakan 'tidak boleh' dengan alasan agama. SeperTi dahulunya apabila murid2 Islam pernah di larang oleh seorang guru agama dari menderma darah ...tanpa hujah ,mungkin juga waktu itu dia takut berhujah kerana takut di cop sebagai 'berniat jahat.'

Baru2 ini saya amat berdosa pabila mengsyaki jantung budak laki2 'Melayu' yang diderma kepada seorang budak 'Cina' mesti datangnya dari Mat Motor yang mati kemalangan. Kerana kononnya orang itu tidak tahu agama menderma sebahagian dari organnya kepada orang bukan Islam. Kenapa saya prajudis begini?

Kerana saya di ajar oleh seorang guru yang mengajar saya mata pelajaran agama Islam yang yakin apabila kita di bangkitkan kelak semua bahagian kita akan di soal. memang benar dan saya percaya tanpa berfikir bahawa Allah lebih berkuasa walaupun daging kita sudah hancur dan berkecai dan di bakar menjadi abu kita tetap dibangkitkan dengan sempurnanya di hadapan AllAH yang Maha mencipta.Jadi lojiknya di sini apabila seorang manusia itu sudah meninggal rohnya sudah di cabut dari jasad , biar apa pun yang berlaku pada jasad ,biar di awet bekukan agar janga rosak namun hakikatnya dia tetap sudah mati dan Mungkar dan Nangkir sudah menyoal dia.Cuma dari kesakitan bagi jasad2 yang di tinggalkan roh bagi orang2 yang mati aksiden dengan orang2 yang mati di rumah itu yang menjadi tanda tanya saya sekarang.

Dengan alasan di atas saya terima apabila hukum harus menderma organ kepada makhluk Allah yang lain walaupun bukan Islam kerana keyakinan saya bahwa Allah mencipta dia dan juga kita.Lalu kita bersyukur kerana Allah memasukkan kita dalam hamba2 yang mendapat Nur dan Hidayah Islam.Walau di mana bahagian jasad kita akan berada sesudah kita meninggal hanya yang di bawa ke alam barzah ialah perlakuan kita semasa hidup.

Kemudian datang pula orang2 politik memberi 'hadiah' kepada ibu-bapa yang telah memberi izin agar jantung anaknya di derma....Tanpa ahli politik mungkin saya akan terus menuduh dan menuduh....kepada kedua2 insan di atas saya mohon maaf .

Saya juga pernah melihat orang2 yang telah banyak membantu tidak mahu pemberian kerana mereka sudah cukup serba serbi.Dan bagi si pemberi yang paham antara makna ,sedekah,derma dan hadiah tidak akan mengungkapkan perkataan 'sedekah' melainkan 'hadiah' iaitu ganjaran kepada kebaikan tersebut.

Apakah perlu saya tanya pada orang yang bijak agama salah kah kita menderma kalau pun bukan untuk bersedekah? Salahkah kita melihat orang lain tersenyum walau pun bukan dari agama kita ?

No comments: