Pages

Wednesday, October 03, 2007

SIAP SEDIA - BAWA LESEN MEMANDU dan IC anda!

Suami balik rumah lantas menceritakan al kisah ada kereta polis mengejar Nazanya yang penuh dengan muatan uniform pekerja.

Bila suami tak berhenti , kereta polis tu terpaksa pasang lampu biru dan start overtaking kereta suami lalu menahannya.

Mahu atau tidak terpaksa lah berhenti.

Bila salah seorang budak polis tu panggil 'Hey' dengan suami, suami pun jawablah "Apa hey ,hey ni?Ingat saya binatang ke tak de nama.Macam ni awak belajar dari Jabatan Polis."

"Maafkan dia encik, dia budak baru ."Sorang lagi yang loghat ale2 kelantan bagi tahu merujukkan pada budak yang pakai name tag David.

"Tadi Encik langgar lampu merah."

"Mana ada ,saya nampak kereta awak(kereta polis) duduk belakang dua buah kereta dari saya.Waktu saya pandu masih hijau,kemudian mestilah kuning ....Awak boleh buktikan yang saya langgar lampu merah?Cara awak tahan saya tu salah tau tak? Macam orang kejar penjenayah.Kalau awak buat road block mungkin saya berhenti , ini macam nak escort orang saja...mana saya tau awak kejar saya."

Yang best partnya bila suami cerita dengan ketua keraninya dia pun pernah kena tahan. Bila dia tanya polis tu ,"Mana ada double line sini encik..." polis tu terus ubah topik tanya kerja di mana?

NOTE:

Dalam dua hari kebelakangan ni banyak sangat kereta polis yang tersadai di tempat2 yang tak perlu bersadai. Contohnya di jalan2 kecil yang hendak ke ladang2 dan kampung2. Biasanya jalan2 ini kita tidak pernah sangka mereka akan berada sebabnya laluan ini tak pernah ada trafik jam. Cara untuk menyaman orang memang mudah tahan dan minta lihat IC dan lesen memandu sekiranya anda TERTINGGAL maka anda akan di SAMAN!

No comments: