Pages

Monday, November 26, 2007

Ala2 EDISI SIASAT

Rumah kediaman kami tiba2 di kejutkan dengan bunyi yang pelik. Bunyi tu pulak datang nya dari dalam lubang air tingkat atas. Dan setiap kali aku masuk tandas aku boleh dengar bunyi tu, ini di sebab bilik air diatas betul2 terletak di atas kepala ku!

Kadang2 terdengar seperti bunyi ada binatang sedang cuba memanjat paip besi dan kadang2 dengar bunyi kocakan.Aku cuba meneka bunyi apa tu dan macamana ia boleh masuk dalam lubang paip bilik air atas tu.....

Kemudian macam2 teori mula keluar....aku syak ianya adalah seekor biawak kerana biawak boleh memanjat.Dan aku pernah tenguk biawak panjat pokok durian yang tinggi kerana ada sarang burung dia atas nya. Tetapi aku khuatir juga kalau ianya bukan biawak tetapi seekor ular. ini pernah terjadi semasa kami tinggal di Gunung Pulai bila ular tedung telah membuat sarang di bawah lantai bilik air kami.

Ianya berlalu berminggu2 kerana aku sendiri tak berani nak siasat atau tenguk apa yang ada dalam saluran air bilik mandi tu,yang aku tahu lubang itu ada penutup dan di tindih dengan batu jika boleh.....sehinggalah anak perempuanku yang pulang bercuti memberi tahu ku dia nampak kepala ikan di dalam lubang tu!Apa???Macamana ia boleh ada dan hidup dalam lubang tu berminggu2.
Katanya ikan tu serupa macam dalam aquarium yang akan melekat pada gelas dan memakan lumut.Dan ada bintik2 kuning atas badannya.Lalu berbagai2 soalan pula timbul bagaimana ikan itu boleh masuk dalam lubang air tu.
Beberapa minggu berlalu soalan itu pun reda dan bunyi di atas pun juga turut reda.

Satu hari kawan suami sambil berbual2 hal kerja bercerita dia baru pulang dari pergi memancing dan kali ini nasibnya tidak baik kerana banyak dapat ikan taji(tak boleh ingat dengan tepat nama yang di sebut) siap cerita bentuk ikan tersebut.

Dan kebetulan bila aku meneliti rumah ku dari luar rupa2nya terdapat saluran paip di atas bumbung betul2 di atas bilik air tersebut. Oleh kerana ikan itu juga jenis spesis ikan haruan yang boleh hidup lama tanpa air dan jenis ikan air tawar jadi tidak syak lagi ia di bawa oleh burung dan terjatuh melalui lubang itu.Sekarang aku rasa dah terjawab semua tanda tanya yang bermain dalam kepala ku selama ini...




Inilah bentuk ikan yang menjadi misteri selama ini.

No comments: