Pages

Thursday, November 22, 2007

MADU - PEMBERI TENAGA ?

Sebelum saya perpanjangkan lagi tulisan saya ni saya terlebih dulu nak minta maaf dengan sorang kawan blog tu yang tiba2 merasa saya 'terasa' dengan tulisan nya dan memohon maaf dari saya kerana beberapa komen yang saya tulis seperti membantah pendapat seorang ustaz yang berpoligami.

Dalam blognya dia mengajukan satu soalan kepada Ustaz tersebut "apakah pengorbanan paling besar bagi seorang isteri?"

Saya ingat kot ustaz tu nak cakap pasal betapa isteri tu bekorban dari segi usianya yang remaja atau tengah dara tu,tentang cita2nya yang terputus di tengah jalan,tentang hilangnya kebebasannya bergaul dengan teman2nya, keluarganya yang dahulu sangat rapat atau pekerjaannya yang berpotensi untuk naik pangkat.Tentang kesakitan melahirkan zuriat2nya.Tetapi dia bercakap pasal kesanggupan seorang isteri berkongsi alatnya oops, tersasul ,berkongsi dirinya.

Apakah semua laki2 fikir di usia yang senja ini perempuan rasa kecewa kerana berkongsi anu? Saya rasa wanita lebih kecewa kerana di usia muda dia banyak bekorban keseluruhan masa dan dunianya pada hanya seorang laki2 yang bernama suami. Tanya pada suami dia tahukah apa makanan kegemaran isterinya selama bertahun2 kahwin?

Terus terang saya katakan POLIGAMI adalah satu undang2 yang istimewa atas sebab2 istimewa bukan atas suka2 lakukan sama seperti musafir melakukan sholat jamak, khasar dan lain2 .

Saya lagi2 menyanggah kalau dikatakan isterinya sabar.Sabar yang datang secara rela atau tidak kerana menerima hakikat itu adalah ujian dari ALLAH SWT. Sedangkan Siti Aisyah pun cemburu pada Khatijah yang sudah meninggal inikan seorang isteri Ustaz.Begitu juga dengan isteri Nabi Ibrahim alaihissallam ,Sarah tergamak menghalau Siti Hajar dan Ismail kerana cemburu.Dan apa bezanya dengan wanita sekarang.

Tapi bak kata orang dulu 2, keras hati wanita macam kerak nasi saje kena rendam lembutlah.Alah bisa tegal biasa ,lama2 biasalah dengan keberadaan orang ketiga.

Di bawah ni saya cuba nak pungut sikit sebanyak kata2 dari kawan2 saya yang ber madu TENAGA tu...Persoalan2 kenapa SUSAH sangat nak terima kehadiran orang ketiga mungkin dapat di jelaskan di sini....

-Saya suka dengan ungkapan dari kata2 bini kedua macam ni...saya dapat cintanya 100% dan saya tahu madu saya pun dapat 100%....senang cakap dua2 pun masih boleh rasa nikmat yang sama kira ok le tu.(Very positif)

-Ini pula statement dari kawan saya yang lain .Dari isteri tua...saya boleh memaafkan tetapi saya tidak boleh melupakan...bila suami nya meninggal dia dah sound madu dia ,kita sekarang dah tak de kena mengena lagi antara satu sama lain .(TITIK)

-Yang ini Kes isteri no 2 yang tiba2 kematian madunya memberitahu saya dengan girang...saya tak nafikan waktu ini saya rasa lebih gembira.....after a few months onward dia di ceraikan oleh suaminya walaupun anak dah berderet>>>alasan >>>>timing tak betul dan suaminya kahwin lain ,orang gajinya mek Indon.

-Ini pulak cerita kawan saya yang boleh pergi kemana sama2 dengan madu>>>>katanya pada saya, sekarang ni pun dia dah mula demand nak itu nak ini, mana boleh dulu kita mula2 kahwin pun suami tak mampu nak beli mesin basuh dah masuk anak no 3 baru dapat.Di depan madu dia nampak macam biasa tetapi di belakang dia sempat menjueh dan menyindir....so do you think they are happy living like that?



&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&
BACA DARI BAWAH KE ATAS :
mardhee
mardhee wrote on Nov 21, edited today at 5:41 AM
Saya setuju. Nak buat macam mana, sudah suratan takdir? Macam Ziela tukan, dia SPM pun tak ambil, setakat nak berlakon, lakonan dia pula kau pun taukan jenis yang macam manalah pula. Kalau tak kahwin dengan Megat kau bayangkanlah apa akan jadi pada dia?


Orang kata survival? tapi kalau kau terlampau nak survive tu, sampai melakukan perkara yang haram, (contoh ahli politik yang nak senang lagi menyenangkan kaum kerabat sampai sanggup mengamalkan rahsuah dan pilihkasih tahap mengambil hak orang lain) tak selamat gak, mungkin kat sini selamat nampak bahagia...tapi hati di dalam sapa yang tahu, hidup dalam ketakutan tau, itulah yang takut gemuklah, takut tulah nilah, tak tenang!


Lainle macam cerita ustaz dan ustazah tu, mereka terperangkap sebab waktu sekolah-sekolah, orang sekolah agama ada belajar genetik, biologi dan psychology ka? Sewajarnya dimaafkan saja kalu buat salah sebab tak de ilmu. Lainlah bini Al Aziz dalam kisah nabi Yusof tu dia boleh miong-miong sebab dia orang kaya dan tak bekerja, tapi kalu ustazah tadi miang takpe, miong tak leh sebab dia ada tugas dan tanggungjawab kepada anak bangsa. Lagi pun cuba fikir berapa banyak duit pembayar cukai dah habis untuk produce seorang ustazah. Waima ustazah maktabpun apatah lagi kalau ustazah U, Al Azhar ka Jordan ka...bukankah membazir namanya kalau ustazah itu dibiarkan gila?


Kesimpulannya buat apa kita nak sakitkan hati kita dengan cemburukan mereka rezki dan tuah orang.
nahakurau
nahakurau wrote on Nov 21
Biasalah banyak kes isteri2 yang sudah terantuk baru terngadah...Macam Kisah nabi Yusuf di gilai oleh isteri orang, bila kena rejek dia jadi gila tapi akhirnya atas kuasaAllah mereka berkahwin juga. Memang Allah suruh tundukkan pandangan tetapi di zaman sekarang TERMAMPUKAH? Apabila kahwin misyar di katakan sah ,apakah semua orang setuju?Wanita2 kaya Malaysia sanggup meminang Mat2 Rempit sekadar nak rasa sex halal? Hukum boleh berubah dari wajib, sunat ,harus dan haram dan entahlah dunia sekarang semakin kompleks.Pendapat peribadi tepuk dada tanya selera....Kalau boleh bersabar , bersabarlah....jangan kata kita tidak ada pilihan ....ada masanya wanita yang tak bersuami boleh kumpul pahala lebih dari yang bersuami.....mana taknya sebagai isteri bukan saja perbuatan tapi tutur kata terhaadap suami pun kena jaga....kalau sifat kita semula jadi lembut liut takpelah tapi kalau yang jenis kasar main jerkah ,buat pula suami jenis simpan dlm hati ....agak2 boleh hidu bau syurga ke?
mardhee
mardhee wrote on Nov 21, edited on Nov 21
Enrich Fromm ada cakap yang sikit lebih kurang macam ini, "untuk saya berkawan denganmu itu adalah pilihan" tapi untuk saya jatuh cinta padamu, saya tidak kuasa menghalangnya"


Kalau puan menguliti Pemikiran Al Jauziah, titiknya bermula, dari mata turun ke hati. Kalau semua faham surah An Nur ayat 30 dan 31 dunia ini akan aman. Tapi malangnya tak semua manusia diberikan akal dan pemikiran yang unggul untuk memahami larangan An Nur ayat 30 dan 31.


Di alaf serba cacamarba ini tidak semua jua manusia bernasib baik mendapat didikan agama yang sampurna.


Saya tak salahkan lelaki 100% dalam hal ini, sebab sistem kapitalis maximising satisfaction itu sex appeal itu bahan pelaris, so mana-mana u pergipun mereka terdorong gunakan sex apeal untuk memaksimakan keuntungan...jadi orang lelaki yang incline dengan benda-benda ni sedikit tak banyak pun akan mengalami gangguan batinlah.


Kita nampak gangguan dipihak kita jah, tapi saya rasa mereka lagi teruk terganggu. Pasal cemburu tu, biasalah Aisyah pun cemburu nak wat ganne..banyakkan berselawat. Cuba bayangkan Isteri Pertama Megat Junid tu...macam mana tabahnya dia.


I tell you wat my untie pun suaminya kahwin dua, banyak istigfar dan selawat, banyak sembahyang sunat, banyak baca Quran, pergi gynasium buat workout, kalau tak dia pula yang gila. Dia kata at this point dia dapat macam satu ketenangan yang sukar digambarkan dengan kata-kata. I pun suka tinguk muka dia tenang aje. Masa anak dara dulu fullamak, sanguine yang aggrasif tuh, dia aje nak menang! HEVOC sehhh...:)
nahakurau
nahakurau wrote on Nov 21
Saya tak kata tak boleh bahagia, titik bengit nya pada laki2 sebagai pemimpin dan nawaitunya yang tak berlandas nafsu sedangkan nafsu juga keperluan...mungkin isteri tuanya juga telah sembahyang istikharoh.Saya cuma nak ungkap kan satu masaalah yang berat di sini iaitu soal perasaan cemburu yang Allah jadikan semula jadi pada wanita...kalau tak tidak ada cerita Siti Aisyah cemburukan pada Khatijah yang sudah meninggal begitu juga cerita Sarah isteri Nabi Ibrahim alaihissallam yang menghalau siti Hajar kerana cemburu.

Saya juga setuju bahawa poligami ialah undang2 yang istimewa yang di boleh kan atas sesuatu sebab seperti juga kelonggaran orang musaffir melakukan sholat jamak ,qasar dan lain2.ISTIMEWA dengan sebab yang istimewa dan bukan saja2 .Saya pernah terbaca dalam Utusan Malaysia seorang lelaki bertanya Astora jabat bahawa isterinya tidak melayan kehendak bathinnya kerana faktor usia ,soalannya begini haruskah saya simpan, saya ceraikan atau saya madukan?Jawapan yang terbaik datang dari seorang laki2 yang bernama suami juga......Dia bicara soal kesihatan soal kalsium dalam badan wanita soal darah dan urat saraf yang banyak rosak sebab melahirkan dan bercakap soal remedies...saya memang TerUJA dengan jawapan laki2 tersebut.
mardhee
mardhee wrote on Nov 21, edited on Nov 21
Islam sangat menggalakkan perbedaan pendapat, saya mengambil pendapat Ibnu Qaiyim Al Jauziah dalam bukunya Cinta dan Rindu menurut Al Quran dan sunah. Di sini ustaz tadi ada dua pilihan, berpoligami atau membiarkan anak muridnya gila. Saya yakin puan ada alasan tersendiri untuk tidak memihak pada ustaz dalam cerita saya ini.


Dia dah sembahyang istiqorahlah tu masa dia nak nikah lagi satu tuh, dia kan ustaz. Yang penting pada hari mereka bahagia, kalau tak caye meh lah ke Jasin ni, buleh kami bawa puan lawat pasangan yang saya ceritakan ini. Yang penting bahagia dan produktif. Apa kita nak susah-susah hati.


Kalu hok macam Ziela Jalil tu, hok wanita yang gambo depan dengan Lidiawaty..yang mutiara besau bagak tu, aku pun rasa ehhh you knowlah wat I mean. Pompuan gila je yang tak terbakar baca cerita dia yang pretentious lagi mengada-ngada tuh... Tak baca paper hari ni laki dia dah sakit, apapun kita patut tabik spring pada wife pertama Megat Junid tu. Moga Allah tempatkan beliau di tempat orang-orang soleh. Amin.
nahakurau
nahakurau wrote on Nov 20
Pernah baca tak wanita2 yang kena penyakit 'ism ni atau 'isyq ni kalau dia mati menahan nafsu dan gelora dalm hatinya tanpa memberitahu sesiapa matinya shahid masuk SYURGA! ! Bukan nya mudah tu...tak makan 3 hari dah mula risau.

Dan sesiapa yang terkena penyakitni macam orang terperangkap dalam rumah yang terbakar kita tak boleh padam api tu nak tolong dia tapi dia yang kena randuk dan keluar dari api tu sendiri.Sama juga bermain dengan ombak ....dia yang kena berenang sendiri ke tepian! Kalau itu pun tak leh lawan dan pilih jalan yang paling senang...entah lah kategori memang LEMAH le!

Last Login: Nov 22

Mardhiah Mohd Yusoff is your friend
Alor Gajah, Melaka

No comments: