Pages

Monday, November 05, 2007

AL FATEHAH

Tak de apa yang menarik yang hendak aku tulis pada hari ini .Apatah lagi anak perempuanku dah balik ke MMU .Tak lama lagi cuti sekolah akan bermula jadi hidup aku sebagai ibu akan ceria semula dengan kepulangan anak bongsu ku yang masih penakut dan masih minta tidur sebilik dengan ku dan abahnya kalau abang2nya tak pulang.

Oh ya, semalam Makcik (ibu tiri suamiku aka mak mertua ku jua) talipon. Dulu spray anai2 kena curi kali ni penyembur air pulak...apa nak jadi dengan kaki pencuri ni. Kalau report polis pun tentu dia orang slahkan kita tak simpan dan kunci stor elok2 tapi kan barng tu masih dalam kawasan rumah kita. Dia langkah masuk kawasan kita tanpa izin pun dah salah.

Hari ni bukan nak cakap pasal perangai bengong si pencuri tu (aku kata bengong sebab mencuri benda2 yang tak boleh buat dia jadi kaya pun)Dosa tetap dosa, nasihat aku kalau terserempak dengan pencuri tu pergi le merompak bank yang banyak duit ,cepat kaya dosa mencuri sekali saja.

29 Oktober yang lepas aku terima berita kematian Karim ,kawan kepada anak sulungku.Al Fa
tehah untuknya,moga Allah cucuri rahmat keatasnya. Dia meninggal di India setelah melakukan pembedahan buat kali kedua kerana ketumbuhan di otaknya.Waktu ini air mata aku sudah mulai bergenang tetapi aku harus menulis juga sekadar menyampaikan rasa hati seorang ibu.

Sewaktu aku tinggal di Kuching dari tahun 1997-2002 ,Karim salah seorang budak yang menjadi sahabat baik anak lelaki ku yang sulung. Sepatutnya aku berterima kasih padanya(namun sudah terlambat) kerana sudi mendampingi anakku.Ayahnya mempunyai kedai runcit di pasar besar Kuching.Karim satu sekolah dengan anak ku di SMTeknik Kuching dan kemudian selepas Ting 5 dia menyambung pelajaran di Politeknik manakala anak ku di Kolej Chermai namun mereka kerap melepak bersama.Kadang2 di anjung rumah sewaku.

Entah kenapa setiap kali anak ku memuji Karim aku selalu meanyanggah, pergi le tinggal sekali dengan Karim tu perli ku.Karim tak kedekut dari segi membenarkan anakku yang belum ada lesen memandu Honda Civicnya sekali sekala.Memang dia seorang budak yang rajin.Kalau ada barang yang baru sampai dia kena angkut dan punggah ke kedai bapanya dahulu sebelum dapat santai dan join member2 yang lain.

Macam biasa aku akan sindir anakku yang selalu teruja dengan kekayaan keluarga Karim apabila setiap kali datang Syawal.Bukannya apa aku paham orang sibuk macam tu mana ada masa nak kemas rumah.Jadi setahun sekali dia akan minta pinjam Vacum cleanerku dari anak aku Ahmad Shah.Satu hari tu bila anakku memuji2 sangat bapa si Karim yang boleh bagi macam2 pada Karim terpancul dari mulutku kenapa kau tak jadi macam Karim saja.Kalau kau jadi Karim rajinke nanti tolong orang tua buat kerja.Sejak hari itu anakku kurang bercakap pasal keistimewaan yang ada pada Karim.

Pada tahun 2003 kami berpindah ke Kelang,pada waktu itu kami sudah dapat tahu yang Karim akan ke India(dekat dengan keluarga datuknya) untuk melakukan operasi ketumbuhan di otaknya.

Dalam tahun seterusnya Karim masuk ke UNISEL menyambung pelajaran dan dia sempat kerumah ku dengan keadaan kepalanya yang botak sambil menunjuk parut bekas bedah.Masih terngiang kata2nya yang keluarganya memilih hospital India kerana doktor disana memberi harapan yang lebih tinggi dari doktor di Malaysia.Ia itu 50-50.Maksudnya harapan untuk dia pulih masih ada.Dia tetap nampak ceria dengan senyumannya yang manis sehingga tidak nampak tanda2 kesakitan yang serius pada dirinya.Tahun 2005 anakku Ahmad Shah masuk ke universiti yang sama.Katanya Karim banyak menunda kelasnya di sebabkan rawatan susulan.

Dan pada pagi 29 Oktober, kawan anakku menalipon dari Kuching menyampai kan berita sedih, Karim koma lepas pembedahan kali kedua dan doktor dari India menalipon keluarganya di Sarawak minta kebenaran menanggalkan life supportnya.Dan susulan sms pada pukul 3 ptg aku terima menagatakan Karim sudah meninggal dunia dan jenazahnya di ambil oleh keluarganya di sana dan di kebumikan di India pada hari yang sama.

Wajah Karim terus terbayang di ruang mataku.Kata2 yang pernah ku lemparkan kepada anakku juga bermain di benak hatiku.Malam itu aku bermimpi kulit kepalaku robek sebelah ,entah kerana terlampau memikirkan Karim atau petanda dosa aku yang silam,wallahualam.Jauh di sudut hatiku seperti tidak boleh menerima pemergian Karim kerana usianya yang begitu muda.Dan lebih menginsafkan aku ialah apabila suatu ketika dulu aku pernah marah anakku memuji2 Karim lantas suruh dia jadi Karim.

Mudah2an Allah cucuri rahmat keatas rohnya.Dia memang seorang anak yang baik terhadap kedua ibu bapanya .

No comments: