Pages

Friday, December 14, 2007

AKU dan KEGEMUKAN

Apakah faktor penyebab kenaikan berat badan?


(Dulu aku dok hairan kenapa badan aku macam dipam-pam aje....)


Selain dari nutrien, makanan juga membekalkan tenaga. Malangnya bagi kebanyakkan makanan kita hari, ianya banyak mengandungi lemak, kaborhidrat dan gula yang berkalori tinggi selain daripada bahan pengawet dan perasa.

Kadar metabolisme iaitu kadar badan kita membakar kalori untuk menghasilkan tenaga menurun selepas kita menjangkau usia 30 tahun. Apabila pengambilan kalori melebihi pengambilan keperluan badan kita, ia akan disimpan sebagai lemak di dalam badan.

Kebanyakan rakyat Malaysia akan mengambil 3200 kalori sehari. Purata kadar metabolisma bagi lelaki 2200 kalori sehari manakala wanita 1800 kalori sehari*. Maknanya lelaki akan terlebih 1000 kalori sehari dan wanita terlebih 1400 kalori sehari. Bayangkan jika sebulan, ianya akan menjadi 30,000 kalori yang akan tersimpan menjadi lemak.

(*Ayoyo patutlah dia slim aku tak ,rupa2nya aku tak boleh bedal nasi sama saiz dengan orang laki2 nih.)

Apa pula yang menyebabkan kita terlebih makan?


(Mana ada lebih makan ...dari dulu hingga sekarang same je sepinggan nasi sekali makan!)


Apabila badan kita kekurangan nutrien, kita akan terasa lapar dan sering mengidamkan makanan. Kita memerlukan nutrien yang lengkap bagi memenuhi keperluan badan kita.

Setiap hari badan kita perlu dibekalkan dengan 46 jenis nutrien perlu iaitu;

  • 8 jenis asid amino utama (dari sumber protin)
  • 18 jenis vitamin
  • 20 jenis mineral (dalam bentuk organik)

Menurut pakar pemakanan, bagi memenuhi keperluan nutrien badan kita setiap hari, kita perlu mengambil sumber makanan dari 7 jenis sayur-sayuran yang terdiri daripada 7 jenis warna yang berlainan setiap hari. Jika kita makan kesemuanya, kalori yang kita ambil berjumlah 4000 kalori sehari.

Pengumpulan toksin pula mempercepatkan lagi peningkatan berat badan dengan menggalakkan pengumpulan air di dalam badan. Akibatnya akan terjadilah bonjolan selulit yang kurang menarik.

(Woh ! Banyak toksin le ni.....)

Sebenarnya amalan berdiet iaitu mengurangkan pengambilan makanan* akan menyebabkan badan kita kekurangan nutrien yang diperlukan. Ianya akan memperlahankan lagi kadar metabolisme. Ini menyukarkan lagi pengurangan berat badan.

(*Makan jangan tak makan, tau! )

- Untuk melangsingkan badan dengan berkesan, kita perlu menangani kesemua faktor tersebut -

FAKTA

New Straits Times. 26 September 2006.

Fakta kegemukan orang Malaysia:
54% dewasa terlebih berat
62% wanita & 48% lelaki
13.5% dewasa pengidap kencing manis

New Straits Times. 29 September 2006.

Malaysia merupakan
negara teratas dalam jumlah peratusan bilangan penduduk yang obesiti berbanding negara maju seperti Belgium, Perancis, Turkey, Jerman, Korea Selatan dan Singapura.

Malah
Malaysia merupakan negara yang paling ramai orang gemuk di seluruh negara Asia.



NOTA NOTA:

MoTiVasi Aku Dan KeGeMUkANN.

Aku berjanji pada diri aku sendiri biar berhabis duit , biar aku sengkek(lawak je) aku akan cuba membuang lemak2 yang melekat di bawah kulit perut aku dan bawah kulit ponggong aku dan pinggang aku dan lengan aku dan mana2 yang tersembunyi, haih, banyaknye mak datok......tapi jangan suruh aku berlapar sudah lah nanti metabolik rate aku turun merudum dan buat aku nak tibai seperiuk nasi pulak.


Bila aku berjalan di pasar ikan , di sini aku tak sebut pasaraya ye sebab memang berbeza macam tenguk langit dan tenguk bumi. Selalunya aku nampak ramai wanita gemuk (termasuk yang menulis ni) dan rata2nya bila berjalan seperti sedikit terdengkot2, ini menandakan bahagian kaki mereka sakit sama seperti yang aku alami.Maka timbul lah persoalan pada diriku kenapa rata2 nya begitu. Umur mereka kebanyakannya ku agak dalam linkungan di bawah 50 tahun.


Dan yang aku perasan mereka juga terdiri dari kaum ku ,orang Melayu. Aku justru merumuskan tentu permakanan yang kami ambil tidak jauh berbeza seperti gulai kari,masak lemak ,sambal tumis dan lain2. Kalau aku boleh katakan di sini walaupun tidak tepat sebab tak buat penyelidikan langsung orang2 Melayu juga suka makan nasi lebih dari lauk kerana ini mengenyangkan.


Kaum Cina lebih utamakan makan sayur2an atau lauk lebih dari nasi. Dan satu lagi mungkin juga bahan utama masakan orang Melayu ialah santan atau minyak untuk menumis begitu juga dengan kuih muih orang Melayu.Selain itu aku dapat rasa kaum Cina lebih suka minum teh yang kurang manis jika di bandingkan dengan bangsa Melayu yang suka minum kopi pekat dan teh tarik.


Dari segi lain orang Melayu kurang kepekaan kepada senaman. Macam aku juga mereka kurang berjoging , kurang berada di gym kurang pergi spa dan sebagainya.


Aku cuma berharap satu hari nanti tabiat orang perempuan Melayu termasuk aku boleh berubah......dan belum terlambat lagi untuk kami berubah. Mudah2an ekonomi kami terutama wanita2 Melayu akan bertambah mantap dan dapat pergi ke gym atau spa atau mencari alternatif yang bagus seperti ambil supplements makanan sihat yang agak mahal di pasaran.Ya untuk melangsing dan menyihatkan diri kami.Sudah tentu badan yang sihat akan melahirkan minda yang baik ,mudah2an mendapat perhatian yang positif juga dari masyarakat.....Sekian motivasi diri kali ini......




2 comments:

waterlily said...

Azam tahun baru ya Nor...kita serupa :) Masalahmya(cabaran):
1. kalau saya masak sedikit,hubby complain x cukup.
2. masak banyak - dia x makan(saya kena habiskan)
3. Rasa sayang pada makanan(maklum la kita pernah alami susah nak dapatkan makanan...)lalu kita pun makan
4. Makan itu kegembiraan :)
5. Kegemukan memang tidak menyeronokkan.

ps: saya lapar ni...nak pergi makan :D

naha said...

Khusus untuk Waterlily...

Petua2 alternatif untuk kurus:
1) Bela kuching banyak2,kalau di kampung boleh le tmbah bela ayam itik....bila makanan tak abis ada kaum kerabat lain boleh makan.

2)Beli beras india yang bau masam tu supaya tidak lalu makan.

3) Jangan masak sedap2 , masakan biar tawar hebior kata orang Perak.

4)Suruh cik abang buat adinda rasa sedih agar tak lalu makan...