Pages

Tuesday, December 18, 2007

ANGIN PUS-PUS

Sabtu Lepas 15 Dec kami ke KL lagi.Tetapi sebelum tu adalah bebarapa perkara yang berlaku .

Sehari sebelum tu anak sulung dah nak keluar untuk book tiket bas express ,dia nak balik ke UNISEL. Muis pula ,kawan adik bongsu nya nak balik ke Kelang .Tetapi tiba2 je abahnya pula nak turun ke KL esok,entah tiba2 je ,mungkin teruja dengan perhimpunan Pekida yang banyak di war2kan dalam internet tu ...jadi plan pertama tak jadi lah.

Hari Sabtu kalau orang yang bekerja di KL cuti tapi suami yang di ladang ni tak jadi pagi esok dia kena kerjalah ....sementara dia bekerja kami pun bersiap kemas barang apa yang nak di bawa.Pukul 12 tghri dia pulang.Kami bukan terus bertolak tapi dok talipon sana sini di sebabkan satu mesage yang di 4ward kan pada suami bertulis sebegini..." Amaran dari polis ! akan berlaku satu kekacauan di Kuala Lumpur pada 15 dan 16 Dec ini.Pada malam 15 ,orang2 India akan menyerang pada waktu malam kerana ketika inilah orang2 Melayu sedang tidur.Orang ramai di nasihatkan tidak memasuki Kuala Lumpur pada hari itu manakala mereka yang tinggal di sekitar KL di arah jangan keluar dari rumah..."

Suami yang mulanya beria2 mahu pergi jadi ghisau tak menentu. Lepas dah talipon sana sini iaitu area Kuala Selangor dan Kelang ,semua kata tak ade apa2 pun dalam pukul 1.30 ptg barulah kami bertolak...sebelum tu saya dah cakap dengan suami entah2 ia hanya propaganda polis tak mahu bagi orang ramai keluar berkumpul sebab tu lah mesage ni di edarkan...mustahillah akan ada pergaduhan kaum .Pekida tu ,ramai sangatkah ahlinya? tanya saya lagi .Kalau ramai pun dalam Malaysia ni mereka nak turun ke berhabis duit pada petrol dan tol, lainlah kalau ada orang sponsor bende2 tu termasuklah tempat penginapan.Lagipun ketua2 Hindraf kan dah kena tangkap siapa pula nak mengarah bala tenteranya ,tanda soal!

Bila sampai Serdang tol dan seterusnya ke KL memang tak ada apa2 yang berlaku.Tidak ada road block langsung tidak macam perhimpunan BERSIH dulu !

Hari ni saya baca blog RPK memang betullah semua ni khabar2 angin.Katanya orang UMNO sendiri yang sebarkan.Semasa ketua Hindraf kena ISA saya cakap juga dengan suami.....mungkin ini satu lagi muslihat....nama saja dia orang dalam ISA 2 tahun entah2 dah bercuti di pulau Hawai, siapa tahu...semuanya bisa diatur!

Sekarang ni saya memang dah susah nak percaya dengan orang2 ATAS !

Ini pula kisah di UNISEL>>>bersambung.....

No comments: