Pages

Thursday, December 20, 2007

Lagi2 Ghesdong

Orang putih kata resdung tu SINUS. Maksudnya selain dari aku iaitu orang Melayu yang suka makan belacan orang putih yang tak makan belacan pun ada penyakit tu.Banyak cerita pasal resdung ni sehingga boleh bawa maut..dan dalam ASTRO pernah juga menonton orang putih terus tak ada mata dan hidung...cuma tinggal rongga mulut untuk bercakap...dan setiap kali keluar dia pakai topeng dan di temani isterinya.Dasyatkan!

Kalau kita refer dalam mana2 buku medic resdung ni adalah sejenis alahan. Kadang2 alahan itu hanya minor tetapi boleh jadi serius giler. Semua tergantung kepada daya tahan sistem dalam badan kita . Dan bila di sebut daya tahan mestilah bermakna sel darah dalm badan kita sendiri.

Masa aku kecik dulu aku pernah tenguk seorang hamba Allah ketika aku berjalan di market , tidak punya hidung..Hidungnya rompong atau cuma ada rongga ,tak ada batang hidung mana lagi dua lubang hidungnya semua hilang. Yang ada cuma rongga di atas mulutnya dan ia basah dan berair. Manakala orang laki2 tu boleh berjalan seolah2 tidak ada apa berlaku!

Hari demi hari aku mula tahu apakah itu resdung melalui kaca mata orang2 kampungku atau orang2 Melayu. ...iaitu tak boleh makan banyak BELACAN atau nak makan juga belacan mesti bakaq dulu....hehe.

Bila dah tua sikit aku mula mengalami tanda2 resdung ni....dan pada mulanya mestilah jumpa doktor kerana ingatkan flu tetapi doktor kata itu sinus dan dalam BM nya resdung. Sejak hari itu aku mula lah ulang alik jumpa doktor untuk ubat makan dan ubat sembur lubang hidungku. Dulu doktor bagi ubat pink kaler yang berbentuk oval tu dan tiap kali makan aku akan tidur mampus kerana mengantuk...lama- kelamaan oleh kerana makin modern dah ada ubat yang semakin bagus yang kurang kesan mengantuk dan harganya sudah tentu lebih sikit..begitu juga nasal spray nya makin bagus makin mahal.

Dalam tahun 2001 aku mengalami alahan yang teruk sebab rumah yang kami tinggal juga tempat tinggal beratus ekor burung merpati . Selain burung merpati anai2 juga berlumba2 buat sarang mereka.Ubat yang aku ambil langsung tidak menunjukkan kesan .

Bila pulang kampung aku cari alternatif berubat atau orang kata buang resdung melalui perubatan tradisional.Lepas buat rawatan tu buat pertama kali nya rasa lega . Muka pun tak gatal2 sehingga mengganggu konsentrasi ketika sembahyang.Walau syaratnya kena berpantang dari makan semua jenis makanan laut kecuali ikan tetapi selama untuk seminggu.Llepas tu boleh makan sikit2 katanya hama resdung ni boleh bertambah ikut pemakanan kita.Itu yang paling best ! Kalau dulu bila kita kecacingan kita akan makan ubat untuk deworming sekarang resdung pun boleh de resdung kan.

Tetapi nak ulang balik kampung selalu menjadi beban juga akhirnya sebab jauh sangat....jadi aku start tanya bomo aka doktor resdung tu macamana dia buat rokok tu....dan macam dah tahu2 jawapannya berpusing2.Yang aku dapat darinya ialah ayat atau doa yang di bacanya ialah ayat seribu dinar.

Akhirnya dalam tahun berikutnya aku jumpa kawan ku di Kuantan dan dia tunjuk cara gulung rokok tu tetapi caranya ialah mengasap saja.Pertama kali aku cuba sendiri ialah dalam tahun 2003 dan gagal mendapat keputusan yang bagus...tanya punya tanya rupa2 nya kain yang digunakan mestilah jenis kapas tidak boleh kain lain kerana kapas mudah di bakar.Sejak hari itu aku dah mula membuat rokok resdung ku sendiri.Selain dari aku tak perlu buang masa nak cari bomo resdung aku juga save banyak duit...bayangkan 3 batang rokok beharga RM 5...dengan harga tu aku boleh beli semeter kain putih yang aku boleh gunting jadi lebih dari 50 keping kain
rokok....bayang2kan OK.

1 comment:

darwisiy said...

erm...macam mana nak buat rokok resdung tu....I kat sarawak susah nak jumpa..maybe you can share...