Pages

Tuesday, December 04, 2007

TAKZIAH

Berita dari BERNAMA;


Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi semalam, tiga daripada 138 anggota itu maut, manakala 11 lagi cedera selepas penerjunan mereka tersasar lebih 500 meter dari zon pendaratan di lapangan terbang akibat tiupan angin kencang yang berlaku secara tiba-tiba.

Sebahagian mereka mendarat di luar pagar lapangan terbang hingga ada yang tersangkut di pokok, manakala ada yang terjunam ke laut termasuk tiga anggota yang terbunuh itu.

Mereka yang terbunuh ialah Renjer Siti Hajar Yakub, 24; Prebet Nurul Wahida Mohamad Yunus, 20; dan Trooper Raimond Duncan, 25.

Menjelaskan lebih lanjut, Najib berkata, berbeza dengan kaedah terjunan statik, yang dibuat oleh kumpulan penerjun Pasukan 10 Briged Para itu yang tidak dibenarkan membuat penerjunan jika kelajuan angin melebihi 10 knots, anggota Paskau boleh membuat terjunan selamat sehingga ke 25 knots.

Katanya, anggota Paskau dan kumpulan pesawat, yang membuat pertunjukan udara telah mengadakan latihan pagi ini sebagai persiapan acara esok dan segalanya berjalan lancar tanpa masalah.

Pasukan 10 Briged Para masih terlibat apabila mereka menaiki pesawat “bagi melakukan serangan lapangan terbang secara simulasi”, katanya.

Mengenai siasatan kejadian itu, Najib berkata, lembaga siasatan yang dipengerusikan oleh Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Azizan Ariffin telah ditubuhkan.

Najib berkata, lembaga itu diberikan tempoh sebulan untuk mengemukakan laporan mengenai insiden itu.

Timbalan Perdana Menteri berkata, keanggotaan lembaga siasatan itu termasuk bilangan ahli sedang diperincikan oleh Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin.

“Kita akan menjalankan siasatan penuh untuk mengetahui apa yang sebenarnya telah berlaku termasuklah pada mereka yang telah meninggal dunia semasa operasi raptai itu,” katanya.

Terdahulu, Najib yang ditemani isteri, Datin Seri Rosmah Mansor bersama kedua-dua panglima ketumbukan tentera itu meluangkan masa kira-kira 25 minit melawat anggota yang tercedera termasuk Suraya Ali, 23, yang kritikal dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Saya telah mengunjungi mereka yang terselamat dan mengikut keterangan mereka, mereka terselamat kerana mereka dapat mengikut prosedur yang ditetapkan.

“Sekiranya mereka terjun ke laut, ada prosedur yang patut diikuti dan mereka dapat melakukannya walaupun tak sepenuhnya, mereka dapat mengikut sebahagian daripadanya seperti membuka payung terjun dan membuka pelampung. Itu menyebabkan mereka terselamat,” katanya.

- Bernama



Kadang2 kita mesti belajar dari instinct yang Tuhan berikan pada kita...kalau kita rasa angin terlalu kuat dan kita yakin ia akan membahayakan diri kita maka kita sendirilah kena beritahu Tak bOLEH kerana kita yang merasainya bukan orang lain yang boleh jawap untuk diri kita.....

Mungkin dalam hal ini ketiga2 anggota yang malang ini yakin mereka boleh lakukan tetapi nasib mereka agak malang kerana tidak mengikut prosidur atau dalam kegawatan mungkin mereka tidak sempat melakukannya.Apapun kita tunggu siasatan lanjut mengenai kemalangan tersebut.

Saya ucapkan Takziah kepada keluarga anggota2 yang malang dan saya juga terasa sedikit kesal kerana anggota2 kita tidak dapat membaca suasana bahaya dan risiko yang mereka akan tempuhi dalam keadaan mereka sendiri boleh mengelaknya.Dah terantuk baru nak terngadah itulah yang selalu kita lakukan berulang2 kali.





No comments: