Pages

Tuesday, December 18, 2007

UNISEL >>>>>sambungan.

91 pelajar jadi mangsa arahan berbeza YPM-Unisel
24-04-2007 01:33:28 PM
Oleh SALHAN K. AHMAD
salhan@mstar.com.my

PETALING JAYA, 16 Mac: Sikap "besar kepala" beberapa pegawai di Yayasan Pelajaran Mara (YPM) dan masalah komunikasi antara mereka dengan pengurusan Universiti Selangor (Unisel) didakwa meletakkan 91 pelajar tajaan yayasan itu dalam keadaan bingung serta serba-salah.

YPM mengarahkan sekumpulan pelajar Program Ijazah Berkembar Jepun yang ditajanya supaya berpindah ke sebuah apartmen di Taman Bukit Pelangi, Batu Tiga dekat sini.

Namun Unisel pula yang bertanggungjawab menyediakan kemudahan kediaman kepada pelajar tersebut meminta pelajar berkenaan supaya mengabaikan arahan tersebut dan kekal di asrama sedia ada di Wisma Mais, Shah Alam.

Beberapa pegawai YPM yang diberikan kuarters penginapan bersama pelajar tersebut didakwa sebagai pihak yang mencetuskan kekeliruan itu.

Pegawai di pejabat pendaftar Unisel, Zaharul Anuar Abdullah berkata pegawai-pegawai tersebut bersikap "kurang ajar" dan tidak menghormati peraturan yang ditetapkan kepada semua penghuni di situ.

"Mereka ini yang besar kepala sebenarnya. Kita tegur mereka kerana mereka pakai alas kaki di dalam tempat kediaman dan tempat makan.

"Ini menyebabkan mereka marah dan menghasut beberapa orang pelajar supaya menuntut asrama yang lebih baik. Saya rasa tidak wajarlah kerana akhirnya pelajar ini yang menjadi mangsa keadaan," katanya, ketika dihubungi mStar Online hari ini.

Katanya, pegawai-pegawai YPM itu juga mendakwa tahap keselamatan di Wisma Mais tidak memuaskan.

"Tetapi keadaan di Taman Bukit Pelangi itu lebih teruk. Pelajar akan mengalami masalah untuk mendapatkan pengangkutan. Memandangkan ia sebuah taman perumahan baru, pelajar juga susah untuk mencari kedai makan."

Menurutnya lagi, kedudukan asrama sedia ada lebih baik kerana berdekatan dengan tempat kuliah dan disediakan dengan banyak kemudahan.

Berikutan itu, pihaknya telah menemui pelajar tersebut pada Selasa untuk berbincang mengenai perkara itu.

"Apabila kita tanya pelajar, lebih 80% tidak mahu berpindah. Jadi saya pasti niat untuk berpindah itu bukan daripada pelajar-pelajar ini."

Beliau turut menasihati ibu-bapa pelajar berkenaan supaya tidak mengambil tindakan tergesa-gesa kerana Unisel bertanggungjawab penuh ke atas hal-hal melibatkan kediaman pelajar tersebut.

Sebahagian daripada 91 pelajar berkenaan bagaimanapun telah mengemaskan barang-barang mereka untuk berpindah.

"Kami memang keliru dengan perbezaan arahan ini, tapi kami terpaksa akur dengan arahan pihak YPM kerana kami menandatangani perjanjian dengan mereka," kata seorang pelajar, yang enggan dikenali, kepada mStar Online.

"Kami juga tidak dibenarkan menyewa kediaman atau mengguna kenderaan sendiri. Semua itu ada dalam dokumen perjanjian," katanya lagi.

Zaharul Anuar berkata pihaknya akan menyelesaikan masalah ini sebelum sesi akan datang bermula pada 8 April.

MStar Online setakat ini gagal mendapat ulasan YPM.





Ini pula pasal UNISEL, Batang Berjuntai di mana anak saya belajar.Hari pendaftaran ialah 15 dan 16 Dec iaitu Sabtu dan Ahad. Sebab hari Sabtu tu kami sampai ke KL agak lewat iaitu pukul 6 lebih jadi kami tidak terus ke sana untuk mendaftar.

Anak saya dah dapat info dari kawannya yang dah sampai awal sehari mengenai tempat tinggal mereka yang telah dipindahkan 30 km lebih jauh dari tempat sekarang.Cara pihak UNISEL melakukan pemindahan itu amat tidak professional.Mereka hanya melekatkan memo di UNISEL akan nama2 yang terlibat. Manakala barang2 yang masih berada di loker pelajar yang terlibat telah di buka dan barang2 mereka di keluarkan dan di kumpulkan pada satu tempat.Oleh kerana tidak puas hati kawan anak saya dah buat polis report loker pecah.

Kami sampai pada hari Ahad lebih kurang 2 petang dan waktu itu orang ramai dah berkumpul di depan dewan UNISEL.45 minit kemudian kawan saya pula sampai anaknya terpaksa menunggu 400 orang lagi sebelum no nya timbul.Mereka berkumpul semata2 nak bayar yuran pendaftaran...bayangkan CUMA NAK BAYAR WANG PENDAFTARAN!

Dah selesai buat pembayaran anak kena cari barang yang kena longgok di luar bilik asrama pula.Lepas tu kami bertolak mencari tempat yang di sediakan oleh UNISEL iaiatu satu bilik di vila yang terletak di Taman Melawati kira2 30 km dari UNISEL.Dari pihak pengurusan saya dengar bas di sediakan dan akan sampai setiap 2 jam.Sepatutnya pihak pengurusan hendak lah memberi tahu sekurang2 nya seminggu lebih awal agar pelajar yang terbabit dapat membuat persediaan lebih awal atau membuat pilihan. Ini tidak main humban je ,mana nya profesinalism kamu ?

Namun apabila sampai , apartment ini agak cantik dan lengkap dengan swimming pool. Di depannya terletak anak sungai dan di seberang anak sungai itu kelihatan sederet rumah /kedai yang di bina di tebingnya ,permandangannya tak ubah seperti di Kuala Kurau.Dari sini ke Kelang juga tidak jauh dan projek melebarkan jalan masih belum siap .Melihat cara budak2 muda di sini membawa motor begitu laju, saya dah buat keputusan tidak akan membenarkan anak saya menaiki motor ke kuliah dan ini adalah muktamad.

Sebab di sini ada anak sungai dan ada deretan kedai makanan laut segar juga tak lupa tempat peranginan iaitu Bukit Melawati dan tempat kunang2,kami mungkin akan datang lagi sekeluarga dengan rancangan berkelah sambil memancing ,Insyallah....


nota: ANTARA UNISEL DAN YPM ,
SIAPAKAH YANG SEBENARNYA BERSALAH DALAM SOAL PENGURUSAN PENEMPATAN SEMULA PELAJAR YPM .SEKIRANYA UNISEL MENUDING JARI KEPADA YPM ,KENAPA PULA PERKARA YANG SAMA BERLAKU DI CAWANGAN BATANG BERJUNTAI.SEMUA NAMPAK SEPERTI KELAM KABUT.
SEKIAN SILA CERMIN2 DIRI.




5 comments:

Anonymous said...

Awak tak suka, jangan hantar anak belajar di Unisel, cari IPTS lain je.. berlambak yg lagi baik. Masuk la MMU ke, UNITAR ke, LIMKOKWING ke.. tak payang fikir panjang nak report POLIS ke. Ok

naha said...

Belajar2lah terima kritikan untuk kebaikan.

mamamia said...

salam..anak saya pun belajar di unisel..pengurusannya memang kelamkabut jika dibandingkan dgn IPTA..

naha said...

mamamia- Wkslm, ya hari tu nampaknya macam kelam kabut sikit namun tak nafikan unisel telah menyediakan peluang untuk anak2 kita melanjutkan pelajaran...cuma harap pihak pengurusan memperbaiki kelemahan mereka pada masa2 akan datang.

Anonymous said...

Pasal UNISEL saya taknak tauu .. kalau mancing ok


Kritik bang jgn tak kritik.....