Pages

Thursday, January 31, 2008

My Aerobic

Hari ini saya berjaya mencuba gelung rotan yang bersaiz kecil,yang saya cuba berkali2 tetapi gagal....saya dapat gelek sebanyak 4 kali! Manakala gelung Rotan yang besar tu dah semakin laju dan lambat jatuh.

SIAPA LEBIH ISLAM

Jangan sekali2 kamu berlaku sombong di muka bumi ini.....Inilah satu2 amaran dari Allah yang saya cuba pegang selain mengelak dosa2 besar yang tidak mudah di ampuni. Banyak orang mempersendakan perintah dan amaran Tuhan semata2 kerana Maha Suci Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. Buat sebanyak dosa tanpa takut kepada kemurkaanNya dengan alasan boleh bertaubat bila2 masa dan Allah akan mengampuni mereka...

Kalau lah begitu untuk apa dan pada siapa neraca di padang masyar nanti ?Walau sebesar zarah yang halus dan tidak nampak di mata akan di timbang di sana..itulah untung baik dan untung jahat kita. Begitulah dengan hanya berniat Allah sudah mengetahui.

Kita terlahir Islam di dunia lalu mengakui kita Islam...samada kita tidak berpuasa ,sembahyang, berzakat atau tidak memakai tudung kita tetap akui keislaman kita .Saya mahu mengkritik blog RPK yang kadang2 tidak sehaluan dengan kata hati saya. Seperti merelakan isterinya tidak bertudung kerana dalam banyak ilmu yang mereka pelajari iaitu melalui bacaan dan tidak satu ayat pun menyuruh muslimah memakai tudung kecuali isteri2 Rasul. Begitu juga blognya yang terdahulu menasihati orang jangan ke masjid sembahyang Jumaat tetapi ke mahkamah untuk mendengar satu kes berkaitan penangkapan pekerja hotel kalau tak salah.Ayat nya boleh mengelirukan kecuali orang yang tahu kepada hukum dan keperluan satu2 keadaan itu.Tetapi saya tersangatlah malas untuk menulis blog yang berbentuk kritis kerana mungkin badan dan minda saya terlalu letih ....cuma di sini saya berharap sesiapa yang membaca blog RPK...berhati2 lah mengenai akidah masing2....di sini saya tidak mengatakan dia salah kerana mungkin saya yang salah.

Atau di akhirat nanti bila kita di soal kenapa di dunia kamu tidak menutupi aurat rambut mu...maka jawap kita...dah banyak kitab yang kita baca termasuk Al Quran Nur karim...tetapi perintah yang terkandung hanya kepada isteri2 Rasul dan kami bukan isteri Rasul...nah mungkin Allah boleh ampunkan kamu dari pada orang2 yang langsung tidak membaca dan mengetahui Al Quran....namun kalau ditanya pendapat ku yang kurang ilmu ini ... maka lihatlah di sekeliling kamu ...lebih ramai terutama di negara yang fasih berbahasa Arab memakai tudung walau mereka bukan isteri Rasul dan tanyalah diri mu mana yang lebih baik...bagi ku lebih baik berkerudung dan tak perlu lagi kena soal kerana kita dah tahu apa itu aurat ketika bersembahyang dan ketika melakukan ibadat haji... mungkin juga saya ummah ikut2an hanya ingin selamat dan tidak mahu mengambil risiko ,tetapi apa salahnya kalau isteri Rasul itu yang menjadi sumber ikut2an itu.

Saya yakin Neraka Bukan Hanya Untuk Orang2 kafir sahaja dan bukan juga untuk orang yang tidak berkerudung....neraka untuk kita yang takut kepada Allah.

Wednesday, January 30, 2008

I'm In

Janggal betul hari ini kerana kena ke gym sorang-sorang ..macam biasa terlambat 10 minit.Ya ! lebih baik lambat dari langsung tak pergi. Bila tenguk muka2 Amoi yang saya selalu jumpa sepanjang minggu ini ..tak lah rasa segan silu sangat.

Hari ni budak depan saya translate kat saya bahasa Cina ..."auntie tu cakap mau beranak pun tak susah macam ni.." di bandingkan dengan rentang kaki kemudian angkat bola ,tangan kena lurus sambil rendahkan badan secara menegak serendah yang boleh kemudian naik dan di ulang berkali2....Tima kasih ye ..bila di tanya kenapa badan dah slim datang aerobic katanya nak siap sedia ke National Service...aduh mak ..pro aktifnya kamu!

Hari ni sah saya dah jadi ahli seumur hidup , itupun kalau tak kena pindah ....dan saya bukan orang Kluang jadi mustahillah saya akan ke sini seumur hidup saya. Saya cuma mahu balik sukatan pinggang yang less dari 30 inci tu.....kemudian nak maintain tak mau makan banyak lemak dan kabohidrat lagi.Tolonglah abang sayang jangan dok tayang2 pula makanan yang sedap2 depan mata nanti separuh mati pulak nak burn the calori...

Hari ini instructor tak tutup kepala dengan scarf tapi cuma pakai topi, hmm lebih suka tenguk dia pakai scarf lagi ,nampak macam instructor...masa buat crunch masih terjadi kekajangan di bahagian dada dia nasihat makan lebih calcium,magnesium and potassium...namun hari ini ada improvement sikit sebab dapat buat lebih sikit dari minggu lepas. Masa dalam bilik persalinan Si Taukeh Zhulian melaram pakai baju yang ada pinggang dan tiada lengan...amboi2, selalunya pakai T shirt tak le nampak sangat potongan ..hari ini bukan main sexy lagi ....mesti nak ke Mall shopping baju raya ni.

Nota: perubahan yang ketara pada ku hari ini ialah bahagian lenganku yang besar dan lembik, yang nampak lendut kerana tidak ade muscle hari ini semakin anjal...

Ya ,4 bulan..lagi....tak sabar nak tenguk resultnya.

Monday, January 28, 2008

PerUt MuLas

PERUT SAYA tiba2 SENAK dan KEMBUNG ,tak tahu salah makan apa....

Sunday, January 27, 2008

GUBAHAN untuk LINApencilBox



Inilah gubahan yang baru siap ,cantik tak? truly speaking saya pun rasa tak puas hati sangat dengan rupa gubahan ni.Macam ada yang kurang.

Masa agak suntuk bila dapat mesage dari Lina yang dia mahu gubahan macam lalipop tu . Esoknya kami terus keluar cari barang Dan malam tu juga saya siap kan gubahan ini.

Kami berpeluang ke Air Hitam dengan suami...bertolak pukul 6.oo petang.Untuk mencari bunga cantik tak susah, tetapi warna biru agak kurang dan saya pula cuba mencari bunga bersaiz kecil dan murah sedikit ..Setelah berjalan ke beberapa buah kedai baru jumpa bunga biru yang sesuai ,harganya 4 jambak 10 ringgit.Manakala pasu nya pulak kami dah terbeli yang agak mahal iaitu 9 ringgit(harap Lina tak ralat le) Kami bernasib baik bila jumpa burung dengan sarangnya yang ada 50% potongan ,harganya jatuh 4 ringgit 50 sen.Kami juga membeli seekor rama2 kertas untuk hiasan yang beharga 2 ringgit. Saya campur 2 ringgit lagi untuk lain2 bahan seperti gam, rumput ,span dan reben jadi jumlah kos semua 27 ringgit 50 sen.

Untuk dik Lina, harap boleh kasi komen ye ( yang membangun saje ,tau! ) supaya makcik boleh memperbaiki lagi kelemahan yang ada.

Thursday, January 24, 2008

Hari Ini

Hari ini keluar rumah agak lewat around 10 am , no aerobic class jadi tak kisah lah lewat sikit , latihan saya cuma berjalan dan berlari2 anak atas thread mill selama 30 min ,kemudian cycling 30 min , akhir sekali buat goyang hoolahoop sebelum masuk kebilik berasap.Jam 12 .00 dah rehat. Semasa menuruni anak tangga, setiap langkah anak tangga menyebabkan PAHA saya terasa sakit nak mampus!

Dan macam biasa juga perut seperti menjerit2 minta di isikan jadi sebelum balik singgah kedai makan beli lauk,2 ekor ikan keli goreng berlada, 2 ketul ikan pari masak asam pedas ,urap dan masak lemak nangka.Harganya 16 ringgit,jadi saya pun cuba kira balik agaknya sekor ikan keli harga 3 ringgit x2 baru 6 ringgit, ikan pari 2 ketul mungkin 6 ringgit juga ,2 jenis sayur tu mungkin 4 ringgit,jadi betul le tu harganya..tak sabarnya nak sampai ke rumah nak bedal nasi yang dah masak awal pagi tadi.

Hari ni banyak perkara gembira berlaku ,selain dari rasa yakin diri tahap maximum (bahawa potongan badan saya akan bertambah seksi) saya juga dah buat keputusan nak daftar jadi ahli... saya boleh datang bila2 masa dengan hanya membayar 76 ringgit sebulan...duit pendaftaran dan ahli seumur hidup pula sebanyak 250 ringgit sekali bayar. Kalau di tolak , campur dan bahagi tetap lebih murah dari bayaran 18 ringgit sekali masuk.

Berita bagus lain bila suami dah park some money dalam akaun OSK and start buying Sime Darby and IOI blue chip shares. Bila saya tanya suami kenapa mesti panggil blue chips , jawapnya seperti biasa cuba mama tekan blue chips dalam internet nanti dia keluar...ok, ok nanti mama cari .....Blue Chip Shares.

Dan yang paling gembira sekali apabila anak dara saya yang bersusah payah berangan nak ajak abahnya pergi melancung hingga hampir2 tak jadi akhirnya hari ini telah dapat meyakinkan abahnya dan terus booking Air Asia and she/we chose Krabi , Thailand. http://krabi.sawadee.com/
to be our destination . Salah satu sebabnya ia dekat dan murah dari segi tambang , jadi kalau bagus boleh bawa anak2 yang lain atau lagi adventurous pergi melalui jalan darat . Suami awal2 lagi dah tolak idea saya ni tapi tak apalah . Nanti dah sampai sana bolehlah saya bandingkan dengan Pulau Langkawi Malaysia yang terkenal dengan rokok, coklat dan minuman murah tu.

Wednesday, January 23, 2008

CRUNCH

Hari ni ketika saya buat CRUNCH bahagian abdominal terjadi kekejangan. Terpaksa meniarap untuk releks kan muscle yang sakit walaupun instructor suruh saya baring secara telentang dan angkat kedua tangan keatas tetapi meniarap lebih berkesan kerana berat badan akan menekan bahagian dada yang sakit kekejangan dan mengurangkan rasa sakit dan mengurangkan cramp.

Lebih kurang 5 minit abdominal pain itu hilang dan saya dapat teruskan stretching yang lain sambil menggunakan bola besar tu.Minggu ini badan kurang rasa SENGAL macam minggu lepas walaupun tahap keletihan masih kuat.

Tuesday, January 22, 2008

N & N ,FLORAL AND GIFT SHOP.....antara angan2 dan keinginan.

Beberapa hari ini macam tak kisah nak up date entry.... bila on je computer mesti pergi ke You Tube....banyak benda berfaedah yang boleh dipelajari dari situ.

Selain dari mengadap komputer saya masih lagi berjaya menggerakkan punngong saya pergi ke gym...tetapi untuk berapa lama lagi pun entahlah...anak perempuan saya cuma ada seminggu lagi sebelum cutinya berakhir. Bukan tak suka pergi tetapi orang Melayu hanya saya dan anak saya saja ....yang lain semuanya Amoi. Segan juga tiap kali masuk bilik persalinan kalau kita sorang je yang brkulit gelap dan bersaiz L .Anyway bukan itu yang akan menjadi penghalang ,yang jadi penghalangnya bila nak keluar dari rumah nanti.. tak ada tukang ajak dan will power pula rendah, ada satu bar je ,nak mengangkat bontot yang berat ni mesti ada empat bar minimum.

Walau macamanapun jangan ingat saya tak bertekad nak teruskan.Salah satu sebabnya pakaian sukan dah dibeli sebanyak 2 pasang begitu juga tikar yoga.Jadi saya tak boleh berhenti separuh jalan!

Dua tiga hari ni saya juga asyik memikirkan bagaimana nak membuka kedai bunga..berapa modal yang saya harus ada..., berapa untung yang saya bole dapat....di mana saya boleh dapat supply yang murah selain dari KL dan Cameron Highlands. Apakah saya boleh order terus dari negara pembekal...apa risikonya. Masaalahnya saya tak ada tempat hendak bertanya.Aduh tadi masuk kedai bunga tu, tapi nak bertanya itu dan ini takut tak di layannya.Kedai bunga mesti ada peti ais untuk simpan bunga segar,mesti ada pasu2 besar dan kecil ,bunga2an yang tulen atau tiruan.Akhir sekali mesti ada gubahan untuk di jual.Naha & Nodee or N & N ,Floral and Gift Shop...apa macam bagus tak nama tu?

Selain buat gubahan yang menarik saya terpaksa fikirkan bagaimana nak menjualnya. Saya selalu terfikir kebanyakan rumah orang mesti ada bunga2 tiruan yang lama dan pasu2 yang terbiar kerana gubahannya dah rosak atau nampak buruk berabuk...sebenarnya bunga2 ini boleh di cuci semula dan diubah dan di beri nafas baru....konsep ini yang saya cuba ketengahkan...boleh bawa bunga lama dan saya akan gubahkan nya semula...kebaikannya satu, rumah anda tidak semak dengan bunga lama dan kedua, anda boleh berjimat dari membeli bunga baru yang agak mahal.

Dahulu saya juga pernah mention yang saya suka kalau orang dapat membelinya dengan cara yang tidak maembebankan...seperti bayar beransur2...Dua konsep inilah yang saya ingin serapkan jika saya berjaya mempunyai kedai bunga sendiri...

Friday, January 18, 2008

A SILENT PRAYER

HE IS THE CLOSEST AND THE ONLY MAN WHO IS CLOSE TO ME RIGHT NOW NOT EVEN MY BIOLOGICAL FATHER.....SINCE I HAVE BEEN LIVING WITH HIM FOR 26 YEARS COMPARED TO 20 YEARS LIVING WITH OTHER CLOSE MAN....I HERE PRONOUNCE ON HIS 5OTH BIRTHDAY...TODAY....YOU ARE MY TRULY2 HERO.....

WILL TRY TO SEARCH AND DOWNLOAD LAGU DARI PENYANYI YANG MANIS DAN TAMPAN TUU UNTUK KAMU ......

TODAY IS HIS BIRTH DATE AND I SILENTLY PRAY.....'' TERIMA KASIH ALLAH KERANA TELAH MEMELIHARA DIA SELAMA 50 TAHUN DI DUNIA YANG FANA INI......AMIN''

BERSALAH

Pernah tidak anda rasa ada orang menilai anda , pasangan anda dan keluarga anda tetapi sebaliknya anda tidak dapat berbuat demikian walaupun anda ingin.

Bukan kerana anda tidak tahu tetapi ada sesuatu yang anda tahu yang kawan anda tidak tahu. Contohnya anda tahu suaminya curang di belakangnya dan anda rahsiakan kerana tidak mahu mereka bergaduh....

Pernah tidak anda rasa hendak berterus terang sahaja agar dia tidak hanya nampak keburukan orang lain . Tetapi setelah difikir dengan dalam apa faedah yang anda dapat kemudian maka anda pun memilih untuk berdiam-diri.... rasa bersalah anda tanggung secara diam2 kerana 'rahsia' itu kerana yakin anda tidak menyelamatkan rasa kesalahan lain.

Thursday, January 17, 2008

ONE'S WEAKNESS IS ANOTHER ONE OPPURTuNITY

I love reading whatever bad things that happen in AMERICA...yes I do. Such as his economy downturn , the hurricane disaster and watching stupid films showing their real stupid men can really make me happy too. Just knowing that there are actually a bunch of stupid and coward American make me even happier.

To day i am much2 happy reading about their bad economy in Yahoo news which i had copied and pasted down . And suddenly i was surprised by the news about their fear that Europe will attack them which i read in berita Harian today ,so as for my record i provide the link here.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Dunia/20080116220839/Article/index_html

Like some Muslim countries i guess living poor is not a burden to their leaders and people such as Afghanistans and Palestines....they don't protest due to believe in GOD's takdir . But wait until it happens to AMERICA i damn feel impatient to see how they react.



LET BUSH DOWN!!

From yahoo News.


AP

Somber Fed Says Economy Has Lost Punch
Wednesday January 16, 5:33 pm ET
By Jeannine Aversa, AP Economics Writer


Federal Reserve Says US Economy Has Lost Momentum; Recession Fears Persist.

WASHINGTON (AP) -- Retailers, home builders and many manufacturers should brace for even more rough times ahead, a somber Federal Reserve suggested Wednesday amid growing fears that the U.S. might be sliding into recession.

ADVERTISEMENT
The Fed's snapshot of business conditions showed a national economy losing momentum heading into the new year and a future riddled with uncertainty. The persistent housing slump and harder-to-get credit are making people and businesses ever more cautious, it said.

Separately on Wednesday, more big banks reported losses and said people were having trouble making payments for everything from credit cards to cars. Stocks were mostly down for the day, the Dow Jones industrial average declining 34.95 points, or 0.28 percent.

The Fed report was the unwelcome icing on a recent batch of economic indicators -- ranging from a plunge in retail sales to a big jump in unemployment -- raising concern that the country is heading for its first recession since 2001.

At the beginning of last year, many economists put the chance of a recession at less than 1-in-3; now an increasing number say 50-50 or even worse. Goldman Sachs, the biggest investment bank on Wall Street, thinks a recession is inevitable this year.

The Fed report said the economy did grow during the survey period -- from the middle of November through December -- but more slowly than during the late fall. Credit problems intensified in December as did troubles in the housing market. That threw Wall Street into new turbulence.

The economy probably grew at a feeble pace of about 1.5 percent or less in the final three months of last year and will stay weak in the first quarter of this year as consumers -- major shapers of the nation's economic health -- tighten their belts.

After retailers suffered their worst sales season in five years in 2007, "the outlook for 2008 among retail merchants was cautious," the Fed said in its report. And the outlook for housing remains gloomy: "weak during the first part of 2008."

Fallout from a meltdown in risky "subprime" mortgages continued to sock financial institutions. JPMorgan Chase & Co. and Wells Fargo Inc. both reported Wednesday that their earnings fell -- raising fresh fears of a widespread lending crisis.

Federal Reserve Chairman Ben Bernanke, in a speech last week, pledged to aggressively cut a key interest rate as needed to try to prevent all these problems from plunging the economy into a major recession. That may well mean a bold half-point cut at the end of a two-day meeting on Jan. 30. The Fed started cutting rates in September, but some critics on Wall Street and elsewhere say Bernanke should have acted sooner and more forcefully.

"Clearly there is a high level of caution," said Ken Mayland, president of ClearView Economics. "Everyone's guard is up to protect and insulate one's businesses from the high degree of sluggishness that is expected to prevail in the months ahead."

With voters expressing angst over the economy, the White House and the Democrat-controlled Congress are exploring ways -- including the possibility of temporary tax rebates -- to get money quickly into the hands of consumers and help stimulate spending. Presidential contenders also are floating their own ideas for rescue packages.

The chairman of Congress' Joint Economic Committee said he had spoken Monday with Bernanke and found him "generally supportive" of lawmakers and Bush approving a stimulus bill.

Bernanke, who hasn't supported any specific plan, testifies before the House Budget Committee Thursday.

The recent leap in the nation's unemployment rate, from 4.7 percent in November to 5 percent in December, rang one of the loudest warning bells. It raised concerns that consumers would clamp down, sending the economy into a tailspin.

On Wednesday, the Fed observed that "holiday sales were generally disappointing" and pointed to "further weakness in auto sales."

A day earlier, the government reported that shoppers cut back on their spending by 0.4 percent in December, wrapping up the weakest year for retailers since 2002.

Adding to worry about how consumers will hold up: Consumer confidence, as measured by the RBC Cash Index, fell in January to its lowest point in figures dating back to 2002.

The housing picture remains bleak -- "quite weak" in all Fed regions, the survey said. Sales continued to be sluggish, and inventories of unsold homes "persisted at historically high levels."

Manufacturing activity varied around the country, but there was one common thread: Factories reported "pronounced weakness" in housing-related industries as well as the automobile business. The Fed, in a separate report Wednesday, said production by big industry was flat in December, fresh evidence of an economic slowdown.

Mayland was more graphic. "Manufacturers have gotten cold feet," he said.

Businesses are having to cope with high costs for energy and food, too. That's squeezing profit margins for companies and boosting prices to some customers.

Consumer prices moderated in December, rising by 0.3 percent, the Labor Department reported Wednesday. For all of 2007, prices jumped 4.1 percent, the biggest increase in 17 years.

Note:

JUST FOR MY RECORDS.

I SAID ALHAMDULILLAH

Semasa ada berbaki 30 min ,instructor yang ramah tu approached kami yang sedang sejukkan badan sebelum ke sauna.Dia suruh continue datang dan katanya kalau nak tenguk result sekurang2nya 4 bulan , sambil bagi contoh beberapa peserta yang kebanyaknnya Chinese ladies.Yang sekarang ni potongan macam anak dara belasan tahun sedangkan mereka dah over 40.

Cerita punya cerita apa yang saya tahu ,nama saya tak tahu....keturunan- Cina, age-thirty plus,status -single, agama- Cristian revert to ISLAM.

SO I SAID TO HIM "ALHAMDULILLAH".

OKB

Tadi lepas exercise ,tenguk hp ada miss call dari Jah, so i called her back....Ada kot dalam sejam kami berbual sampai terputus kerana batterinya kong...kemudian saya pun tak call balik sebab rasanya dah habis cakap...beberapa minit kemudian masuk mesage nya....di baca...." batteri saya kong tadi, SELAMAT MENJADI OKB."

Butir2 bualan nantilah saya masukkan kalau rajin......tetapi cukuplah untuk saya katakan disini..ya, ada tanda2 kerisauan di hatinya .Mana tidaknya suaminya masih bekerja di Indonesia dan belum tahu bila pulangnya.

SENGAL

Hari ni dan semalam badan saya sakit- sakit akibat pergi ke gym....luckily masih ada saki baki cuti (cuti sembahyang). Jadi dalam pukul 8 malam saya dah rebahkan diri ke atas katil. Bukannya senang nak tidur dalam keadaan badan rasa bisa2 dan terlalu letih.Siang tadi pula ada kelas aerobic, yang tak tahan tu waktu buat stepping dan guna bola plastik yang besar untuk stretching ...

Waktu baring2 tu saya terpaksa stretch kaki dan tangan buat macam bentuk X le (ini cara untuk mengurangkan rasa lenguh dan bisa2) kemudian jadi bentuk Y le dan tah apa2 lagi sampaila saya terlelap.

Terjaga bila suami masuk tidur dan mendenguS di tepi telinga...' lapar le...'

'Nak maggie tak ,mama masakkan?' dengan suara yang macam orang separuh mengigau...nasib baik suami kata tak payah , mungkin malas nak bangun. Katanya lagi dia dah alas perutnya dengan roti...

Ingatkan dah selamat dan boleh sambung tidur rupa2nya tidak.'Picit kepala abah jap ....tarik2 sikit rambut sampai abah lena.'

Akhirnya saya kena bangun juga jadi tukang picit...bila suami terlena saya pula yang terkebil2 tak boleh tidur.Jam di dinding pukul 2 pagi. check pintu depan dan belakang sah tak berkunci. Dapur berselerak, lampu pun banyak terpasang.....lepas kunci pintu dan tutup lampu dapur saya buka komputer dan terus sign in....

Monday, January 14, 2008

KOMEN ANAK HALAL



Mula2 tahniah kepada producer ...is it Osman Ali ? Kerana dapat kutipan yang tinggi ,juta2 juga lah angkanya. Oleh kerana saya ni macam kaki juga tenguk filem tak kira lah filem Tamil ke, Melayu ke, Cinake...janji bagus jalan ceritanya dan mutu pengambarannya saya akan puas hati.

Kenapa saya pilih tajuk filem ni....sebelum tu saya kena bagi tahu yang saya bukan tukang komen yang professional jadi tak payah lah nak ambil hati apa yang saya nak komen ni..lagipun memang saya jenis suka komen kalau saya rasa tertipu dengan komen orang yang pandai bagi komen.

Kadang2 rasa nak bagi tahu TV3 boleh tak jangan main jemput je orang bercakap dalam TV tu...kutipan 3 juta untuk filem tu tak bermakna filem tu dah cukup bagus....tak semena2 orang macam saya terpengaruh nak tenguk kerana ingat kan best sangat sampai masuk dalam TV.

Nasiblah saya ni bukan jenis macam orang utara kata "terketar2" nak tenguk sangat. Walaupun jenis spesis "ter" tu memang ada. Dalam dok tulis pasal filem saya teringat sorang kawan saya ni yang memang jenis "terketar2" ni.

Dia jenis yang tak boleh tunggu esok....jenis yang tahap teringin sesuatu sampai terliur2 atau tak boleh tidur malam selagi tak dapat. Atau tak boleh lupa sampai tahap migrane...dan suka menggunakan bujuk rayunya dari tak dapat sampailah dapat. Cuma satu saja yang saya nampak dia tak boleh ubah...sikap suaminya yang pendiam dan serius mungkin juga keras macam kayu tu. Tetapi saya tak serupa dengan dia walaupun kami berdua kawan baik.Saya jenis yang tak kisah kalau tunggu esok atau lusa atau tulat asalkan ianya bukan kes kecemasan atau keperluan.

Dan tiba2 je bila anak2 saya pulang mereka beli CD filem Anak Halal ni apa lagi macam pucuk di cita ulam yang datang la....mestilah tak sabar nak tenguk filem Melayu yang kononya hebat ni.

Masyaallah...tertanya2 saya apa dan di mana kehebatan ceritanya setelah saya mula menonton filem tersebut....kualiti gambarnya juga tak seberapa .Bahagian teknikal seperti kesan bunyi kesan apa2 lagi yang saya tak tahu nak komen sebab saya bukan tahu bab2 tu semua. Yang saya tahu hanya membandingkan filem Melayu dengan filem Thailand yang saya selalu tenguk(filem seram lokong, alone ,colic)...filem Filipina yang pernah di tayang di TV tak lama dulu, filem Hongkong dan filem Indonesia seperti Malin Kundang satu....sekurang2nya mesti ada sedikit kesan yang terpahat dalam hati saya untuk saya katakan filem yang saya tonton itu bagus...dan apa yang tersirat di dalam filem itu berjaya di sampaikan kepada saya.Sukurang2nya seperti filem Gubra, filem Cinta atau filem komidi yang benar2 mencuit hati.

BAGI PENDAPAT SAYA:

Filem Anak Halal adalah satu lagi filem yang kurang nilai moral yang baik dan menunjukkan betapa anak2 Melayu tidak tahu hala tuju hidup mereka dan suka dengan kehidupan sedemikian. Anak Halal menunjukkan kehidupan anak2 Melayu yang tidak langsung bertanya apakah agamaku atau apa kah tujuan hidupku ?Anak Halal hanya gimik kepada perkataan anak haram yang bersepah di kawasan2 setinggan dan flat2 murah di sekitar Kuala Lumpur.Anak Halal hanya sesuai di tonton oleh budak2 muda yang suka pelakun2 seperti Fasya Sanda yang suka menjerit2 kerana ketagihan dadah,suka kehidupan bebas, suka babak motor,babak melepak ,babak bertumbuk , babak hutang along dan babak edar dadah.

Anak Halal telah berjaya menjadi filem box-office di Malaysia....Itu yang Pelik tetapi Benar.Dan aku geleng kepala sambil mulut ku terus mengomel ketika menonton filem tersebut.

CSL and the BLUES...

Walaupun dah agak basi cerita ni ...saya terasa nak tulis juga sikit2 , tu pun lepas dengar pengumuman dalam berita yang sesiapa membeli, menyimpan ,mengedar gambar blues orang ni akan dikenakan hukuman...termasuk lah sesiapa yang download nya dari internet !!

Saya rasa lucu ...bukan apa sebelum pengumuman tu kami dah download dari Ares tetapi tergendala sebab server tak dapat....dan sebelum tu saya ada juga terbaca dari blog aisehman yang menyebut dia dah tenguk dua biji bola besar(TWO BIG BALLS) ...Saya terfikir juga kenapa orang nak tenguk benda2 tu buat tak lalu makan je....tetapi bila internet ok dan Ares pun ok terdapat lah full list of cerita termasuk la tajuk famous ni...mmmm kuching mana tak makan ikan ha! cuba cerita sikit....kuching tua???

Kami tak le buat ape2 kesalahan walaupun dalam Ares tulis tajuk Chua Soi Lek yang keluar hanya lagu rock and roll bukan blues...

Teringat le satu CD yang saya dah beli/tenguk....saya memang gemar kisah2 benar like the cruel/amazing Asia,kisah2 pelik mengenai adat atau kebiasaan dalam satu2 negara yang kadang2 terlalu berbeza , yang berlaku di seluruh Asia . Saya juga suka tenguk CD jack ass ...

Oklah berbalik pasal topik asal....dalam banyak2 blog yang saya baca pasal Soi lek blues ni tetap saya katakan the best story comes from Malaysia Today seperti link di bawah ni....alasan saya ialah why after two years baru keluar sama seperti the Linggam tape....very fishy.

http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/754/40/

Dan disini saya nak kaitkan sedikit dengan cerita dalam CD yang saya suka teguk tu.Di negara Jepun memang ada rumah/kedai untuk laki2 tua melepaskan nafsu shahwat mereka. Kebanyakan mereka tak ada pasangan atau isteri2 yang dah tak berapa larat nak melayan.

Sekali pandang rumah atau kedai tu nampak macam biasa je ada orang tunggu di muka pintu depan dan di dalamnya ada beberapa bilik....yang peliknya bilik itu tidak ada katil dan ruangnya lebih kurang 5x7 kaki persegi. Di tiap2 dinding itu ada lukisan gambar potongan wanita yang telanjang dan di bahagian gambar kemaluan di tebuknya lubang.

Lelaki2 tua akan datang dengan pakaian kemas dan masuk kebilik tersebut setelah membayar wang.Apa yang mereka lakukan ialah melekapkan badan mereka pada dinding gambar itu dan memasukkan kemaluan mereka kedalam lubang yang di sediakan... dan di sebalik dinding itu pula ada seorang wanita separuh umur membawa bangku dan timba kecil.Kerjanya senang aje serupa macam orang perah susu lembu.Selesai perah dia akan keluar.Agak2 nya dalam 10 tahun akan datang boleh ke buka kedai macam tu di Malaysia ni....

Saturday, January 12, 2008

Hijrah

Maal Hijrah datang lagi. Sebenarnya aku masih di takuk lama ,namun aku boleh berbangga atau sekurang2nya tumpang gembira bila adik bongsu ku menalipon yang projek peliharaan ikan dalam kolam hampir siap.....sebanyak 500 ekor anak ikan siakap akan menghuni dalam kolam ikannya pada bulan Februari ini.

Pada bulan March dia tidak lagi bekerja dengan Sushiedo Co,Kuala Lumpur tetapi akan berhijrah ke Setiawan. Manakala suaminya akan menyusul dan mengajar di sana pada bulan Jun.Aku yakin adik ku akan berjaya Insyaallah kerana satu; sikapnya yang selalu positif. Kedua; pengalamannya sebagai sales executive selama lebih dari 10 tahun dan ketiga ; sokongan padu dari suami dan keluarga sebelah suaminya.

Kedua, aku juga gembira bila anak perempuan ku sempena Maal Hijrah ini mula melabur dengan Public Mutual Bhd.....sedikit2 lama2 jadi bukit .Itu yang cuba di semaikan oleh ejen pada semua pelabur.By next 20 years hopefully pulangannya boleh cecah 20% compound interest.Aku suka part yang dia kata bila kita melabur ia boleh mencegah inflasi sebab kita melabur dalam bentuk unit bukan dari segi wang.10 tahun akan datang kalau kita simpan duit seratus ringgit dan tidak melabur nilainya akan susut tetapi tidak jika kita beli unit trust...kerana ia akan di kira pada harga nilai semasa.

Oklah ....seterusnya aku tiba2 je semacam tertanya2 di mana Dr Mahathir sekarang.....rindu nak dengar ceramahnya. (Tadi baru dengar dalam berita yang beliau akan di panggil ke mahkamah kerana isu.... apa tu, tak sabar nak tenguk wajah beliau dalam TV untuk memberi keterangan)

Waktu siang tadi suami asyik menalipon kawan2nya kerana wajah orang yang di kehendaki oleh polis, yang terpampang dalam TV kerana membunuh seorang ahli politik di Segamat,nampak serupa dengan orang yang mendapat kontrak memperluaskan jalan di kawasan kami di sini.Kawannya juga setuju cuma kata kawannya budak tu dengan si mati kawan akrab. Ada tak sesuatu yang tak kena di sini?

Baru beberapa hari lepas video aksi ranjang seorang menteri dengan gelfrennya menjadi tontonan dan bualan....itu yang dapat di rakam .Aksi2 tak senonoh menteri2 lain yang tak dan belum dapat dirakam tentu lah banyak juga.Selagi masih boleh sorok mereka mungkin selamat itupun hanya di dunia.

Ini lah tahun hijriah di Malaysia...samada semakin baik atau sebaliknya kita lihatlah jika umur panjang.Mudah2an Allalh sentiasa selamatkan Malaysia terutama umat Islam dari kekufuran dan kejahilan dan juga dari bencana2 yang dasyat.

Akhir sekali aku ingin sangat lihat pada tahun baru ini, Si George Bush dicela dan dihina oleh manusia sejagat kerana kejahatan dan kezaliman nya terhadap orang Islam..aku juga berdoa semoga lebih ramai manusia mengenali dan memeluk Islam dan berdoa agar iman ku dan orang2 Islam lain semakin kukuh dan tetap kukuh dan akhir sekali bagi orang2 Islam yang murtad bertaubatlah dan kembalilah ke jalan yang lurus semula.

Selamat Tahun Baru 1429 Hijriah.

LEGA

Hari ni saat2 yang merungsingkan jiwaku dah berakhir dan bertambah elok bila net working juga kembali normal setelah seminggu meragam tak boleh download server ...dah macam nak jumpa doktor je semalam yang seboleh2nya aku tak mahu jumpa.Tetapi kalau tak jumpa aku jadi semakin rungsing fikir macam2. ....fikir 9 bulan akan datang ,setahun akan datang dua tahun sepuluh tahun dua puluh tahun ....masyaallah....boleh sakit jiwa tau jadi perempuan ni!

Mula2 tu sebulan tu aku rasa dah biasa le kalau tak datang pun..kemudian masuk dua bulan pun aku rasa macam biasa juga....tetapi bila lepas dari tiga bulan dan masuk bulan keempat ,tiba2 je ada perubahan pada diri aku...mula2 semasa kat Kuantan hari tu aku rasa pening2 lalat ketika tunduk dan aku cuba elakkan dari tunduk ketika makan dan banyak berbual2...ketika bawa anak jumpa pakar ENT aku juga check tekanan darah ku yang doktor kata normal.

Lepas tu buah dadaku rasa keras dan sakit...yang ini aku betul2 rasa tak selesa. Aku tak boleh pakai bra terlalu lama kerana ia menambah kesakitan dan bila baring pula aku tak boleh tidur mengiring terlalu lama dan ini juga menyebabkan buah dada yang terhimpit tu berasa sakit.

Dari seminggu ke dua minggu kemudian masuk tiga minggu dan aku mula panik.....antara tanda yang aku tahu selain dari nak datang darah kotor dan jika tak datang juga bermakna aku mungkin.....kemudian aku terus teringat dekat arwah emak yang mengandungkan adik aku ketika umurnya dah lanjut...kawan2 aku yang mengandung at the age of forty something....mereke semua terkejut tetapi happy membela anak2 mereka..yang best nya mereka siap nasihat aku lagi ..."Kalau kau Ani , tak boleh lah (maksud mereka beranak dan jaga anak) ....."

Dan aku paham aku tak se sihat dan se cergas mereka.....sure anak aku akan terbiar je kalau tak pakai amah! Komplikasi lain jangan cakap lah..... mungkin juga aku boleh mati shahid pula...kemudian teringat pula sape nak jaga anak2 kalau ibunya dah mati....

Di sini aku cuma nak tulis ...pasal otak orang perempuan ni....kata orang cara orang lelaki berfikir lain dengan orang perempuan berfikir .....jawapannya ofcourse lah lain.....apa yang ada dalam badan orang laki2 dan fungsi badan mereka juga berlainan dari perempuan.Jadi mana boleh fikiran dan perasaan mereka boleh nak seratus peratus sama. Betul kah menjadi Ibu lebih susah dari menjadi Perdana Menteri?Hmmmmm...tolong fikirkan untuk diri saya, boleh?

Wednesday, January 02, 2008

API! API!

Hari ni aku bernasib baik lagi...

Dan hari ini juga aku kena hantar anak bongsu pulang ke asrama. Oleh kerana suami ada meeting jadi aku tak masak nasi instead nak goreng fish chips kegemaran anak aku je...

Lepas tuang minyak dalam periuk dan nyala kan dapur gas aku ke bilik air nak buang air jap....tak ingat berapa minit tah lepas tu aku buat benda lain pula...tiba2 anak bongsu aku panggil ,mak ! dapur ni....2 ,3 kali...sebab suaranya tak macam bunyi urgent je aku macam biasa ke dapur paling tak mungkin minyak tu dah berasap kerana terlalu panas.

Terkejut beruk betul aku bila tenguk api dah tinggi menyambar kabinet yang ada kat atas dinding tu,manakala api dalam periuk tu terus menyala menyambung ke kabinet dan belakang kabinet tu pula ada wayar elektrik....walaupun anak dah tutup api dapur gas tetapi aku tetap tanggalkan kepala gas dari balang takut di sambar api ....walau pemadam api ada tak jauh tapi dek sebab panik atau nak cepat aku angkat dulu periuk yang masih ada api menyala2 tu dan letak atas lantai simen . Tangkainya masih boleh di pegang walaupun ujung jari ibu aku melecup sikit....sebab waktu begini nak cari kain buruk pun dah tak ingat....

Aku cuma fikir nak letak benda yang terbakar tu jauh2 dari bahan yang boleh membuatkan ia terus merebak ...sewaktu aku berjaya padamkan api yang menyambar dinding kabinet tu, api yang datang dari periuk atas lantai tadi tu pula menjulang tinggi hampir ke muka ku.Rasa perit dan betul2 macam terperangkap dan tak tahu mana nak lari......rupa2nya anak aku curah air dalam api yang masih menyala tu.....sedangkan fire extinguisher hanya 1 meter je belakang dia....haaih.

Dalam tahun 1981 kejadian yang hampir sama juga berlaku di sini tetapi di rumah lain....waktu tu kami pasang lingkaran ubat nyamuk dan letak tepi kusyen kerana ada tetamu datang dengan anak kecil yang sedang tidur. Nak jadi cerita kami langsung terlupa nak padam ubatnyamuk tu, terus masuk bilik dan tidur....bila terjaga tengah malam kami nampak cahaya terang benderang dari bawah pintu...bila buka saja pintu bilik tidur apa lagi terbatuk2 le termakan asap,ruang depan jadi kelabu tak nampak apa, nasib tak mati lemas .Waktu tu suami panjang akal dan terus cari fire extinguisher dan padamkan api yang hampir2 menjilat siling rumah .....sekarang rumah tu dah di robohkan dan di ganti dengan pokok kelapa sawit.

Tuesday, January 01, 2008

MY Million Dolar friend

Received sms dari Jun ,wishing me selamat tahun baru....alhamdulillah dia masih seperti dulu.

Aku selalu fikir duit boleh merubah seseorang....but not this friend of mine, Insyaallah.

Bulan lepas jumpa dia di UnIsEL...happynya mak datuk dan aku pun tumpang happy.Dia dah pandai main saham....suka cara dia express : sekali dapat chek angka besar2 ,ni dok bawa ke hulu kehilir macam main2 je....

Dulu semasa suami kami sama2 kerja di Kalimantan pun dia pernah cakap lagu ni : tiap kali balik(suami nya) ada je duit bergulung2 dalam beg.....rupiah ,tau2 je le.Kalau dia masih dok di sana dah tentu dapat title 'tante girang'.

Katanya duit insuran nyawa suaminya dia sedekah pada surau atas nama suaminya, dia juga buat upah haji dan akhir sekali buat korban untuk arwah suaminya....bila di fikir2 sampai ke semua tu...yang saya selalu dengar bila mati ada 3 perkara saja yang kita boleh bawa kesana, amal baik kita, doa dari anak yang soleh dan ilmu yang kita ajar dan boleh menafaatkan orang....ada apa yang tertinggal tak, yang saya kurang paham?

Mudah2an sampai la....

2008

Tahun baru ni aku berharap Kerajaan akan utamakan Kalender Islam....