Pages

Wednesday, January 02, 2008

API! API!

Hari ni aku bernasib baik lagi...

Dan hari ini juga aku kena hantar anak bongsu pulang ke asrama. Oleh kerana suami ada meeting jadi aku tak masak nasi instead nak goreng fish chips kegemaran anak aku je...

Lepas tuang minyak dalam periuk dan nyala kan dapur gas aku ke bilik air nak buang air jap....tak ingat berapa minit tah lepas tu aku buat benda lain pula...tiba2 anak bongsu aku panggil ,mak ! dapur ni....2 ,3 kali...sebab suaranya tak macam bunyi urgent je aku macam biasa ke dapur paling tak mungkin minyak tu dah berasap kerana terlalu panas.

Terkejut beruk betul aku bila tenguk api dah tinggi menyambar kabinet yang ada kat atas dinding tu,manakala api dalam periuk tu terus menyala menyambung ke kabinet dan belakang kabinet tu pula ada wayar elektrik....walaupun anak dah tutup api dapur gas tetapi aku tetap tanggalkan kepala gas dari balang takut di sambar api ....walau pemadam api ada tak jauh tapi dek sebab panik atau nak cepat aku angkat dulu periuk yang masih ada api menyala2 tu dan letak atas lantai simen . Tangkainya masih boleh di pegang walaupun ujung jari ibu aku melecup sikit....sebab waktu begini nak cari kain buruk pun dah tak ingat....

Aku cuma fikir nak letak benda yang terbakar tu jauh2 dari bahan yang boleh membuatkan ia terus merebak ...sewaktu aku berjaya padamkan api yang menyambar dinding kabinet tu, api yang datang dari periuk atas lantai tadi tu pula menjulang tinggi hampir ke muka ku.Rasa perit dan betul2 macam terperangkap dan tak tahu mana nak lari......rupa2nya anak aku curah air dalam api yang masih menyala tu.....sedangkan fire extinguisher hanya 1 meter je belakang dia....haaih.

Dalam tahun 1981 kejadian yang hampir sama juga berlaku di sini tetapi di rumah lain....waktu tu kami pasang lingkaran ubat nyamuk dan letak tepi kusyen kerana ada tetamu datang dengan anak kecil yang sedang tidur. Nak jadi cerita kami langsung terlupa nak padam ubatnyamuk tu, terus masuk bilik dan tidur....bila terjaga tengah malam kami nampak cahaya terang benderang dari bawah pintu...bila buka saja pintu bilik tidur apa lagi terbatuk2 le termakan asap,ruang depan jadi kelabu tak nampak apa, nasib tak mati lemas .Waktu tu suami panjang akal dan terus cari fire extinguisher dan padamkan api yang hampir2 menjilat siling rumah .....sekarang rumah tu dah di robohkan dan di ganti dengan pokok kelapa sawit.

3 comments:

waterlily said...

Alhamdulillah selamat ya. Kata orang berpantang maut sebelum ajal.

Salam Maal Hijrah.

Anonymous said...

ala.. mama pun sama gak, cakap kaliq tak guna fire extingusher tu.. kalu dah panik.. semua benda tak menjadi.. thats why certain manusia je boleh jadi angkasawan..

Naha said...

Haha orang angkasawan bukan ada pakai baju khusus ke?